saya dpt dr laman www.iluvislam.com
Q:wajib ke perempuan pakai stokin kaki?
A:assalamualaikom..
Berkenaan dengan tapak kaki,berlaku khilaf dikalangan para ulama.(kekhilafan ini berlaku kerana perbezaan ijtihad yang dilakukan oleh Mujtahid.Ijtihad mereka semuanya berdasarkan Quran dan Sunnah.Cumanya setiap orang berbeza pemahamannya terhadap sesuatu nas.Oleh itu,tidak menjadi masalah kerana ia bukanlah nas yang qatie tapi zanni.)
saya akan membawa beberapa hujah dari ulama mazhab antaranya:
Imam Nawawi menambahkan dalam syarahnya terhadap al-Muhadzdzab, iaitu al-Majmu', "Diantara ulama Syafi'iyah ada yang menceritakan atau mengemukakan suatu pendapat bahawa telapak kaki bukanlah aurat. Al-Muzani berkata, 'Telapak kaki itu bukan aurat.' Imam Abu Hanifah berkata, "Kaki itu bukan aurat, kerana kedua kaki itu memang biasanya tampak. Kerana itu, ia seperti wajah." Selain itu, Imam Abu Hanifah, Tsauri, dan al-Muzani berkata "Kedua kakinya juga bukan aurat."
Apabila terjadinya Khilaf dalam sesuatu hukum,maka disitu terdapat option.Iaitu sama ada mahu memakai stokin atau tidak terpulang pada individu.Namun,dalam hal ini perlulah kita mengambil pendapat yang paling rajih(iaitu bertepatan dengan kebenaran).Pendapat yang paling rajih adalah keutamaan memakai stoking.Namun begitu,perlulah kita menghormati merka yang tidak memakai stoking.Berlapang dada dalam hal khilaf.Kerana Islam adalah agama yang berada di tengah(iaitu bersederhana).
Seperti Firman Allahbiggrinan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (surah Al-Furqan:67 )
semoga dapat merungkai permasalahan ini.
WaAllahualam.
0 komen disini:
Post a Comment