A mature person is one who is does not think only in absolutes, who is able to be objective even when deeply stirred emotionally, who has learned that there is both good and bad in all people and all things, and who walks humbly and deals charitably -eleanor roosevelt
matang. sebenarnya, satu kematangan itu diukur dari segi apa? umur? sikap? personaliti? dari segi apa?
satu kematangan itu mungkin dari segi umur. bila umur sudah lanjut. seseorang itu sudah dikira matang. tapi ade je, makcik yang sudah lanjut usia tapi berpersonaliti tidak seperti usianya. habis tu matang itu dari segi personaliti bagaimana?
seorang yang berpersonaliti seperi seorang yang tidak melompat-lompat seperti kanak-kanak atau bermain atau berfesyen sesuai dengan usia? oh oh dan dan, seorang yang berpengalaman dan tahu dalam serba serbi kemahiran dalam kehidupan.
ngeng~ hari ini saya baru saja sedar sesuatu. ini adalah pada pendapat peribadi sendiri. bukan dirujuk dari buku motivasi HM Tuah iskandar. bukan bukan. ini dari permerhatian sendiri dan pemikiran sendiri. mungkin ada salahnya. sebab ini bukan berdasarkan kajian.
dan jangan salah faham dengan apa yang saya tuliskan. ianya tidak spesifik kepada contoh yang diberi. cuba bukakan minda dengan skop yang lebih besar. situasi yang lebih kritikal dan erm keadaan yang lebih mencabar. contoh yang saya berikan itu, alahai.. kanak-kanak darjah satu juga boleh berfikiran sebegitu.
okay, saya mahu mulakan hujah saya. satu kematangan itu adalah kesanggupan untuk berkorban. betul? salah? bagi saya matang itu bila seseorang sanggup berkorban. tidak kira kondisi. sebagai contoh. kita sebagai manusia, mempunyai pelbagai keinginan bukan? contohnya, ini contoh. saya menginginkan perfume DKNY be delicious yang apple shape itu. ya, yang itu lah. tapi mengenangkan masih belajar dan wang simpanan juga bukan dari titik peluh sendiri. maka, segala luxuries terpaksa di tangguh dahulu. gantikan dengan benda yang lebih murah atau tak perlu langsung. ini contoh saja. perempuan mana boleh berwangi-wangian disekeliling khalayak ramai. ini dari segi kebendaan. cuba dari segi lain.
contohnya, mengorbankan waktu senang demi seseuatu yang lebih penting dan mustahak. rasanya ini lebih kepada seseorang yang tahu mana priority lalu mementingkan apa yang berkeutamaan.
bagi saya lagi, kematangan itu, apabila dia rasa bertanggungjawab ke atas dirinya mahupun orang lain. contohlah kan, contoh mudah. balik rumah, penat-penat pun, nampak pinggan mangkuk dalam sinki, basuh walaupun bukan kita yang guna. kiranya jadikan diri berguna. di mana saja. pergi rumah orang jadikan diri berguna. balik rumah, jadi anak berguna, tak susahkan mak ayah. tapikan kalau diri sendiri punya pinggan mangkuk pun tak basuh dan tunggu orang lain basuhkan. ini ukuran sifat matang yang negatif. ini contoh mudah. ada lagi contoh berat. tapi tak payah lah.
sifat ini juga biasanya tak akan menyusahkan orang lain. lebih-lebih lagi masa. orang yang bertanggungjawab ke atas dirinya dan orang lain, akan menjaga ketat masanya supaya tak menyusahkan orang lain. ini contih dari segi masa.
lagi satu, seorang yang matang. beliau akan serius. serius bila patut serius. tak serius bila tak perlu serius. faham?
jujur. ya, jujur pada diri sendiri dan pada orang lain. tidak membuat alasan atau menipu untuk melindungi diri sendiri atau untuk kesenangan diri sendiri. jujur. teringat mak pernah kata, silap tak apa, tapi jangan tipu. tak kisahlah kena marah atau apa. tapi asalkan jujur.
boleh menerima sesuatu dengan baik walaupun dia tak suka pun apa yang diterimanya.
observant. sensitif terhadap perkara sekeliling. dan tahu apa yang dilakukan. dan lagi satu. berfikiran jauh dan tidak melatah. berfikiran jauh dengan serius dan bukan dengan angan-angan.
dan dan dan... tahu menghargai orang tua sebab dia tahu satu hari nanti dia pun akan jadi orang tua juga.
okay cukuplah. lain kali kalau teringat lagi. saya tambah lagi. ini saja yang dapat fikir. saya ada ciri-ciri itu atau pun tidak? tengah cuba muhasabah balik diri sendiri. hari ini baru belajar ini semua. satu kematangan seiring dengan pengalaman, silap di sana sini. itulah buat kita belajar.
pengorbanan itu masih agak perit untuk dilakukan. tapi tak apa kalau boleh membahagiakan adik beradik dan tak menyusahkan kedua ibubapa.








