Showing posts with label sekolahku. Show all posts
Showing posts with label sekolahku. Show all posts

Monday, 30 November 2009

orthodontic: overjet

sekarang saya tengah belajar dalam blok DSP6. dalam satu blok ada pelbagai subjek dan dia akan bagi satu kes untuk dibincangkan. saya dapat kes keempat jadi doctor. sebelum masuk kepada case. kami kena buat simulasi macam mana nak buat general oral examination masa pesakit sampai klinik. cek semua, sebelum pergi kepada case. lymph nodes pun nak kena cek, wah.

pesakit berumur 12 tahun. tiada masalah sistemik seperti jangkitan pada mulut atau apa. cuma, dia rasa malu sebab asyik kena ejek sebab gigi dia terkeluar sikit.

jadinya, chief complain pesakit adalah... ORTHODONTIC! yay. saya suka ortho. kan cita-cita nak ambil orthodontic walaupun ada perasaan nak drop subject ini sebab susah. tapi sah2 tak boleh drop sebab wajib. semua subjek pun wajib. jangan berangan nak drop apa-apa. hmm, tapi kalau ada rezeki dan tak ada aral lah. hari itu tanya dr. dia kata specialist bahagian ini 5 tahun baru habis. sebab tunggu patient itu sembuh sempurna. ceh, membantutkan semangat saja.

okay sambung.

masalah ini biasanya disebabkan oleh genetic dari ibu bapa atau masa baby kanak-kanak ini selalu hisap jari atau gigit selimut. tapi, ianya boleh dirawat. apa lagi, braces lah kan. tapi masalah yang kami hadapi bila lihat x ray atau panoramic radiograph kanak-kanak ini, ada gigi permanent yang belum erupt. kalau main cabut mana-mana gigi bukan pada masanya, ia akan membantut pertumbuhan gigi dia.

sebab apa nak cabut? sebab, rahang kanak-kanak kecil, gigi besar. jadi. macam tak muat semua gigi nak mengisi ruang rahang. lalu, gigi belakang tolak gigi depan jadi terkeluar sikit dan ada berlapis. dan, bad oral habit thumb sucking. gigi terkeluar sikit. tapi budak ini dah severe dah. sebab dia sampai tak boleh tutup mulut.

kesan tak tutup mulut, oral mucosa kering, nanti senang kena ulcer, bacteria, caries, xerostomia dan sebagainya. dan yang paling penting, pertuturan tak sempurna, kunyah apatah lagi.

ini contoh. gambar sebenar tak boleh siar

fuh semua pun nak berkaitan kan?

makanya, treatment yang kami pilih, headgear, tarik rahang atas supaya tak terkeluar dan untuk rahang bawah, perlu guna alat yang meransang pertumbuhannya supaya rahang atas dan bawah compatible. rawatan untuk rahang bawah kami dah bincang nak guna activator, twin block appliance atau bionator.

macam charlie and the chololate factory masa dia kecik. tapikan, macam tak pernah pun nampak orang pakai kat malaysia. mungkin tak perasan. ahhah, jimmy dalam cartoon ed, edd and eddie.



tak ada gigi yang akan dicabut sebab sayang. budak ini baru 12 tahun.

jadi sebelum apa-apa. anak-anak kecil, janganlah bagi dia hisap jari, atau gigit mainan yang keras, masa tidur gigit selimut. semua ini akan bagi kesan kepada pertumbuhan. bukan saja-saja. boleh serius juga. sayang kan?

semua ini hanya ringkasan saja.

sebenarnya, seteruk mana pun gigi itu kena caries atau apa. cabut adalah last option sebab apa-apa hal kena selamatkan gigi. bukan main cabut saja. contoh ada lubang, tampal dulu. kalau tak berkesan, root planing. root treatment dan sebagainya untuk selamat kan gigi. even tinggal akar saja pun tak cabut tapi buat crowning and root treatment. tapi kalau dah sampai gigi itu non vital atau dah mati. dan boleh buat infection mengakibatkan cyst atau abcess, terpaksa buang.

heh ingat kerja dentist main cabut je ke untuk selesaikan masalah. huhu. makanya, jagalah gigi anda sebaiknya.

hari ini saya akan bentangkan case ini secara rumusan treatment dan sebagainya di hadapan lecturer dan rakan-rakan. hendak gembira saja hari ini.

Saturday, 24 October 2009

oral medicine: caries; jangan anggap remeh



post ini mungkin agak panjang. tapi taknak tulis dengan panjang lebar. tapi letak visual bagi senang faham. ramai yang macam tak percaya gigi berlubang (caries) boleh menyebabkan kematian. adalah seorang ini bertanya macam mana caries itu boleh buat bengkak dalam rongga mulut kemudian menghalang pernafasan dan sebagainya. inilah puncanya:
kemudian. abcess dalam gambar di atas yang mengandungi bakteria akan tersebar ke tisu-tisu berdekatan. bagaimana ia boleh menyebar? sebab dalam pulp ada salur darah yang membawa darah ke mana-mana di dalam badan. jadinya infeksi ini akan bertakung di spaces yang berdekatan gigi. lalu berlaku inflamasi, lalu membengkak. spaces yang terlibat seperti sublingual spaces, submandibular spaces (ini yang common). bila berlaku pembengakakan bawah lidah dan di salur pernafasan di trakea. ia menyekat udara masuk. lepas itu pesakit tak boleh bernafas. nak tak nak terpaksa buat bantuan pernafasan seperti menebuk bahagia tekak seperti dalam televisyen yang kita selalu tengok.




memula ingatkan seperi double chin biasa. tapi sebenarnya ia adalah infeksi.

kawasan berwarna biru, kawasan infeksi yang telah terinflamasi. lalu beri tekanan kepada lidah dan menutup salur pernafasan.

apa pun sekiranya anda seperti rasa sakit, demam, rasa tak sedap dalam mulut, gusi bengkak dan kemerahan, dan banyak lagi tanda-tandanya, silalah berjumpa doktor atau dentist berdekatan.

makanya kalau gigi berlubang, jangan tunggu hingga 8 tampalan dan 3 rawatan akar baru nak pergi jumpa dentist sebab dapat diskaun kalau tampal sekali banyak. ianya berbahaya.

itu sajalah post ringan sebagai pemanasan otak hari ini. sekian.


Wednesday, 21 October 2009

orthodontic: angan-angan yang harapnya boleh jadi kenyataan



bila tengok video di atas mudah, senang dan bergaya saja orang itu bermesra dengan dawai yang pelbagai diameternya. tapi secara realiti, jangan harap nak siap selama 5 minit. berjam-jam untuk membengkok dawai. tangan tak terluka, tidak sah. pasti ada tusukan dawai satu dua. jauh sekali untuk bercita-cita mempunyai tangan lembut dan tulus seperti iklan losyen bayi. setiap hari bergelumang dengan gypsum aka plaster of paris aka simen yang orang buat balut tangan atau kaki yang patah. muka bertempek-tempek simen. uish selekeh sekali. simen ini nak buat model gigi seperti video diatas.

hampir juga berputus asa untuk melanjutkan pelajaran hingga specialist bahagian orthodontic. kenapa orthodontic? secara jujur.

  • tidak mahu terlalu sibuk tapi boleh caj rm4000 satu pesakit.(actually it based on the complexity of the treatment and the material used during the treatment..haha im not that cekik darah)
  • pergi klinik ketika ada appointment saja supaya lebih banyak masa bersama anak-anak dan keluarga. mahu memasak sendiri dan mencuba resepi terbaru di televisyen setiap hari di rumah (cewah!!! kononnya tidak mahu mengabaikan keluarga)
  • tidak mahu on call. sebab itu tidak mahu dental surgery.
  • juga mahu mensenaraikan diri sendiri diantara muslim terkaya juga. (sungguh keduniaan. tapi tak apa..alat..ALAT..jangan lagha)
  • mahu kalahkan oprah. tak perlu jemput Dr. Oz yang jewish untuk melariskan rancangan tentang kesihatan. oh, sungguh racist sekali. (erm.. ini tipu saja)
  • mahu memastikan orang biasa boleh tersenyum dengan yakin tanpa rendah diri kerana gigi terkeluar, berlapis, atau bercakap selalu tempias terkena orang lain dan dapat menutup mulut dan mengunyah dengan betul.
  • mahu melihat orang yakin dan gembira dengan diri sendiri serta boleh tersenyum nampak gigi dengan gembira. orang lain gembira, hati menjadi puas.
  • mahu membayar kembali hutang pengajian kepada ibu bapa supaya mereka boleh mengerjakan umrah berkali-kali dan menunaikan hasrat emak yang mahu mengusahakan perniagaan telur masin di kampung halamannya, kelantan dan tinggal di sana di hari tua bersama ayah walaupun ayah orang kedah. sungguh comel perancangan mereka. (tak tahu kenapa telur masin, emak ini pelbagai..biarlah, asalkan mereka bahagia.)

okay, tak jadi berputus asa. membuat dawai ini perlu latihan. bak kata lecturer: ianya ibarat sukan menembak atau memanah. bukan sekali tembak dah kena sasaran. ia perlu latihan. makanya. mulai hari ini. ingin berlatih bersungguh-sungguh. insyaALLAH.. biarlah tangan tidak selembut bayi seperti dalam iklan, asalkan boleh mencapai cita-cita. huahua.

perjalanan masih jauh. sila berusaha dan bertabah! nak senang di hari muka perlu bersusah di hari belum muka (ini untuk diri sendiri)

sebenarnya ini hanya pandangan ketika belajar. padahal, modal membeli "dental chair" juga sudah beratus ribu. apatah lagi barangan-barangan lain. makanya, 10 tahun pertama perkerjaan, harus makan tempe setiap hari dan menaiki LRT atau berbasikal saja jika mahu kemana-mana. perlu merancang kewangan juga. haih. tiba-tiba tak jadi. nak belajar sampai habis saja sekarang. (matlamat jangka pendek)

okay. cukup dengan angan-angan jangka waktu 20 tahun akan datang. pergi belajar.

*be a good muslim by seeking knowledge*

Saturday, 3 October 2009

tahun ketiga sangat tak best

maksud busy. tak boleh update belog dengan ayat yang panjang lebar. tak boleh cek facebook selalu. tak boleh reply email munayana. tak boleh beriadah bermain badminton dengan geng grasella. tak boleh tidur awal. tak boleh keluar rumah kecuali BETUL-BETUL penting. tak boleh tengok nur kasih. tak boleh tak boleh tak boleh.

isnin present infection oral disease. ada paper kena buat. lab lab lab. gigi dah cari semua tapi ada yang kena reject sebab itu sebenarnya third molar. tinggal satu gigi lagi nak kena cari. 26= gigi maxillary first molar sebelah kiri. kubur siapa nak kena gali.

maxillary first molar ada empat cusp satu cusp of carabelli (COC). third molar pula pelbagai bentuknya. nampak macam COC terus ingat itu 1st molar. nak bezakan kanan dan kiri tengok bahagian mesial distal dan struktur serta bilangan akar. nak bezakan maxillar dan mandible. tengok bilangan akar, bentuk crown dan cusp. dental anatomy belajar masa tahun pertama. tapi sekarang kena rujuk buku balik sebab dah lupa!

tak sangka tahun ketiga semacam ini gayanya. ada masa rasa macam tak layak belajar dental. rasa macam sangat tak pandai sebab sangat-sangat banyak kena belajar dan kena tangkas cepat dan berbakat. rasa macam dah habis limit. masa discussion tentang gingivitis, periodontitis, dan infeksi lain macam pesakit HIV atau LGE, mudah terkena penyakit oral kan. kena belajar apa penyakit-penyakit itu. lepas itu siapa tak jaga dan gosok gigi dengan betul, nanti dapat caries, lepas itu boleh jadi penyakit lebih parah jika tak cuba nak ubati. jangan ingat gigi berlubang itu saja-saja je eh. boleh kena infesi sampai tulang. pulpitis, periapical disease? hah siapa nak jawab? test hari khamis!!!

memang serius rasa macam banyaknya ilmu yang aku ini tak tahu! rasa macam nak tukar course. masakan. T___T

***

gempa yang berlaku di padang sangat menakutkan. ibu bunda ayu pernah kata, dekat-dekat sini pun ada gunung berapi tak aktif tapi belum mati. apa pun yang berlaku itu atas kuasa Allah. pasti ada hikmahnya. kita ini manusia, janganlah nak sombong sangat.

membaca ini [klik] buat saya tak tahu nak cakap apa. haih dunia.

baca status ini buat saya tersenyum :

Nadeya Atena yOsh! kuar beriadah wif grasela's geng coz my own housemates sume x layan saye..huhu..diba ngah tdo sbb demam..amal ngan yana ngah bz siapkn dsp4..fatinfar yg x blk2 dr pg wat ospek maksimal..izza gi open house raye..fatin nad n nazee hilang gi bndung wif pacar msg2.. ~mode:out~


p/s: baru lepas siapkan kertas kerja. hehe. bahan presentation belum siap lagi ini. dan baca untuk persediaan orang tanya soalan juga belum buat.

p/s2: balqis, kerja biro sukan.. err.. nanti aku cuba siapkan

p/s3: sama2 hatim! :)

p/s4: post ini nampak panjang sebab tulisan besar. :p

Thursday, 27 August 2009

subjek semester depan


subjek semester depan:

1) Infectious Oral Disease
2) Non-infectious Oral Disease
3) Nutrition
4) Research Methodology
5) Exa. (I think it's examination) of Stomatonagthic System
6) Health Management

lab pula,

1) Pedodontic Lab (I think thats what he meant)
2) Prosthodontic Lab
3) Radiology
4) Orthodontics
5) Conservative Dentistry

ini sanjit yang call pak furqon di jatinangor. thanks.

terkejut badak lah jugak. lab sampai 5. dulu ada 2 pun dah melepek. apa nak jadi, jadi lah. asalkan grad jadi pandai dan cekap. kalau ikut manja diri. tak dapat ah. T___T

hari ini ayah mengamuk dipagi hari. sebab makanan tak tutup dengan tudung saji kat dapur. hah siapa yang angkat food lepas sahur tadi? hasif..izyan? zati? kakak dia tak cek ke? TAK. kakak dia lepas basuh pinggan terus pergi solat. lepas itu tak masuk dapur langsung. lepas itu duduk depan komputer cek facebook. :P

kak suhana balik kampung. tak best ah.

p/s: masa usrah, ada cakap pasal seorang di RTM cakap masa bulan ramadhan ini orang sibuk tanya berbuka dengan apa. sahur dengan apa. di status-status facebook tapi tak tanya hari ini ibadah apa yang kita dah buat? semakin banyak dari semalam atau tak. HEH

hatim ada belog persendirian. eceyh. tahniah.

Thursday, 9 July 2009

baabun pintu


hari itu. angin begitu kuat menghempas dedaun pintu di asrama puteri. sudah menjadi rutin, di kala pelajar putera menunaikan solat jumaat, pelajar puteri diulit mimpi. itupun kalau tiada usrah dari ustazah yang menjadi warden ketika itu. jarang sekali ada.

hah, dengar bunyi ini. GANG!! kreeeeet GANG!! [ini bunyi pintu tertutup dengan ganas]

lagi beberapa minit waktu prep petang akan bermula. aku bingkas dari katil double dec [panggilan katil dua tingkat oleh eika, kawan satu katil dua tingkat] pergi buang plastik air teh ais yang tersangkut di tingkap. dibeli ketika balik kelas tadi. berjalan perlahan ke tong sampah. mamai tidur siang masih bersisa.

aku campak plastik air teh ais ke dalam tong sampah hitam di luar dorm dengan gaya menjaringkan gol bola keranjang. GOL!! bersorak dalam hati. aku buat pusingan tubuh 180 darjah berpaling ke belakang dengan penuh gaya untuk kembali ke dorm c2.4.

tiba-tiba..

kreeet GANG!!! tepat kekisi pintu kayu yang begitu gah lagi sasa fizikalnya mengena kepala. Aduh! aku hilang imbangan. terhuyung-hayang sekejap. pening lalat. cepat-cepat kembali keadaan waras. aku toleh ke kiri dan kanan. bimbang junior lalu lalang untuk ke bilik air. uish, kalau sesiapa nampak. memang jatuh standard! kakak senior langgar pintu!! KAHKAHKAH. (*&^%$@#$%^&(*&^ nasib menyebelahi diri, tiada sesiapa. syukur alhamdulillah. jika tidak, sudahlah sakit, ditambah malu pula.

tak semena-mena aku rasakan seperti sesuatu mengalir dari kening. merah. DARAH! panik! mula terasa pedih dan berdenyut yang teramat sangat di bahagian luka. aku tekup tempat luka untuk hentikan pendarahan. namun, gagal. cepat-cepat meluru ke dalam dorm. panik! rakan-rakan yang lain juga. mana tidak, darah tidak berhenti mengalir. eika, menghulur sekotak tisu. mardex dan yang lain mendapatkan aku. tanpa sedar aku menangis. menangis dengan dahsyat. tapi jujur aku katakan, aku menangis bukan kerana sakit. tapi terkejut. eh, tak. terkejut mungkin sedikit saja peratusannya. tapi yang paling aku ingat aku menangis kerana aku bimbang BERPARUT! wah, baru belasan tahun ketika itu tapi wajah sudah seperti samseng. Oh, TIDAK!!!!

mardex bawa aku ke bilik operasi pengawas ketika itu. kak ida, ketua pelajar ketika itu menyuruh aku berbaring, untuk mengelakkan darah terus mengalir. semua mengandaikan keningku perlu di jahit kerana bukaan pada luka itu agak dalam. warden bertugas yang membawaku ke klinik juga!! aku panik! serius. adalah satu dua ayat yang agak dungu aku keluarkan yang buat mereka tergelak. hah, aku tak mahu di jahit oleh sesiapa!!

cikgu warden yang paling di sayangi dan agak garang ketika itu membawa aku ke klinik. wee~ tak kena jahit! doktor itu tere sekali. adalah, cara dia merawat aku ketika itu tapi yang pasti beberapa hari juga kening berbonjol bandage. dan yang paling pasti, LUKA ITU MENINGGALKAN PARUT. tanda ingatan kasih sayang pintu dorm sebelah mahu aku simpan. mungkin. terima kasih incek pintu.

tulisan ini kenangan yang aku mahu semadikan di sini. ayat yang entah apa-apa yang aku keluarkan itu, biarlah aku rahsiakan. hanya mardex yang tahu. dan ianya sungguh memalukan. entah mardex masih ingat atau tidak aku tidak pasti.

Monday, 22 June 2009

?


soalan kejutan public health. siap!

tiba-tiba pak furqan mengumumkan yang dr sazali nak buat periksa 100 soalan. [sebenarnya tak tahu ini subjek apa, mungkin epidemiology atau demography atau biostatistic -teruknya awak ni liyana-]
hah sudah! tak belajar langsung. tak tahu bila kali terakhir kelas bersama dr sazali itu. soalan pun entah bila belajar pasal begitu banyak persamaan kimia diantara asid dan fluoride. stanum fluoride bla bla. fluoride bercampur saliva watte *(&^%$%^&* okay okay tak nak merungut kan.

baiklah! ini semua latihan untuk bila sudah kerja, sering ada kejutan. bila perkara kejutan sebegini terjadi tak kira kamu tidur atau tak malam itu, kamu harus berkorban dan laluinya juga. takkan nak mengadu kepada emak, ayah, blog. merungut dengan kakak sedara, atau pun sahabat handai yang begitu rapat. berdikari!

saya rasa sangat penat. tapi, tak berani nak cakap penat. orang lain ada yang lagi dahsyat dari ini. ini baru ringan. okaylah. lepas ini ada periksa kejutan lagi tak? silakanlah.

terima kasih dr sazali

p/s: tadi jawab ikut common sense saja tentang fluorosis, penyakit abiotic dan biotic. maafkan saya wahai diri sendiri. kerana tak bersedia.

Sunday, 7 June 2009

ini bukan cerita pasal coffee

assalamualaikum! [alhamdulillah. bagi juga salam. kalau tak, main terjah saja biasanya]

memandangkan esok adalah hari periksa dan juga atas request jueann teringin baca entri pasal periksa saya nak tulis sesuatu untuk mengingatkan diri sendiri dan sesiapa yang menyinggah. wallawei~ sepatutnya sekarang berpulun membuat dan mencipta soalan peperiksaan untuk dijawab sendiri. sungguh syok sendiri tapi berkesan! (ha, jangan close eh, mesti ingat ini tazkirah panjang lebar kan? baik baca sampai habis! tak baca, siap ah!)

hai semua. oh, semalam dan semalam kakak usrah datang bersama kak z [z bukan nama sebenar. mungkin ziana zain]. bagus juga. boleh lah sepak terajang orang yang tak sedar diri ini. dah nak periksa bermain-main jongkang jongket, lontar peluru dan tengteng. [oh, maaf ya mood semakin sengal sejak kebelakangan ini]

semalam ketika liqa' yang menseronokkan. [tak tahu kenapa bila liqa' mesti rasa semakin bersemangat waja untuk belajar. wiwit~] kami bertadabbur surah al-alaq. ini surah biasa dengar kan? tapi baru semalam saya tersentuh dengan ayat supaya mensedarkan diri. dalam-dalam kita mengejar cita, sibuk mengkorek segala ilmu yang kita dalami, perlu disedarkan:

Dia menciptakan manusia dari segumpal darah Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia Yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya Yang mengajar manusia dengan pena Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas

[96:2-6]

beberapa potong ayat di atas cukup menerangkan. kita, manusia yang dilahirkan tidak tahu apa-apa tapi Allah ajarkan kita semua yang kita tak tahu. bagaimana? pena yang di jadikan perantara untuk di kita dapat semua ilmu itu. dengan cikgu, dengan buku dan pelbagai sumber ilmu lain. tapi terlupa. semua jenis ilmu ini adalah dipinjam dari Allah. tapikan adakah kita benar-benar kembali kepadaNya selepas menikmati segala rahmat yang diberi ini?

manusia yang melampaui batas bila terasa diri ini cukup. ilmu adalah hak mutlak dirinya. lepas itu tidak bersyukur. nau'zubillah. semakin berilmu semakin terasa diri sungguh pandai. [taknak!!!]

sebenarnya kita patut bersyukur sebab ada Allah. lepas apa-apa pun kita buat. kita ada Dia untuk berharap dan kembali. siapa yang yang tak tu memang ah. [warning diri sendiri]. macam zaman dulu kan, ibnu sina itu boleh belajar medic tapi hafal alquran dan hadith. saya sendiri dah 21 tahun, ilmu yang ada ini pun seciput nak hafal hadith dan sunnah yang berlemon-lemon. [motivasi diri: push diri sendiri. tekanan itu perlu]

macam mana ibnu sina boleh terer [rujuk: hebat]. sebab dia bila ada masalah cepat-cepat bersolat hajat dan meminta petunjuk dari Allah sebab dia memang yakin hanya Allah sahaja yang tahu segala jawapan kerana semua ini kan ilmuNya. dia hafal Al Quran dulu baru belajar ilmu lain.

dunia masa sekarang sering terhijab dengan siapa pencipta kita. buat kita terlupa tempat pengharapan yang sebenar-benarnya. bila sedih sebab keciwa makan panadol satu papan dengan coke 3 tin. [oh, kes juvana masa kini] macam tiada tempat mengadu. ya, normal. manusia itu sedihnya perlu tempat pergantungan untuk meluahkan rasa.

wahai manusia! kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah yang Maha kaya(tidak memerlukan sesuatu), Maha terpuji.
[35:15]

janganlah kerana terbuai dengan kenikmatan dunia, rasa semua sudah cukup dan merasakan segala apa yang kita ada adalah milik kita selamanya. dan ini lah yang menyebabkan kita begitu kecewa apabila kegagalan berlabuh dalam hidup. apa pun kena selalu ingat, Allah paling kenal kita. Dia paling tahu apa yang terbaik untuk kita. kita ini siapalah nak pertikaikan. kan?

ecece..cakap senanglah kan? oh, saya pun dah beberapa kali juga menerima kegagalan dalam hidup. yang paling tak best bila kita selalu berada di atas, sekali di uji berada dibawah memang sedih gila. lagi-lagi keluarga dan orang sekeliling memberi pengharapan tinggi. lebih-lebih lagi mak dengan ayah. lepas itu dibanding-banding dengan jiran sebelah rumah, anak kawan mak cik sedara [wattefish]. orang confirm tanya punyalah result nak banding dengan anak sedara. T____T lepas itu tengok kawan-kawan yang pernah kita kecapi kejayaan bersama sebelum itu tengah meraikan kejayaan mereka sambil bergambar gembira untuk masuk surat khabar. kita balik rumah makan pisang goreng sambil mamai macam tak percaya, rasa seperti mimpi menghadapi kegagalan [sungguh loser!] T_______________T

ayah sangat sweet masa itu. ayah kata, kalau kita tengok orang yang di atas memanglah kita rasa down. cuba kita sesekali tengok orang di bawah kita. tak ke kita patut bersyukur? wah, tQ ayah!

alhamdulillah. sekarang baru tahu erti redha. hah. itu pengajaran supaya berusaha lebih dan tidak manja. sekarang ini? gagal berkali-kali. boleh tenang dan tersenyum. [bajet kuat tapi kunun mantain] satu ujian sepatutnya buat kita sentiasa mempositifkan diri. sebab, kan taqdir kita telah tertulis. Allah memandang usaha kita. berzilionzilion kita berusaha. tapi tak dapat seperti yang kita nak, ingat, kepahitan di dunia, tak semestinya pahit di akhirat. dan satu kejayaan itu bukan satu titik nokhtah, tapi cubaan nak tengok kita ini seorang yang bersyukur, riak atau ujub. ahah! susah juga itu kan.

apa pun, bersyukur dengan ilmu yang kita ada ini. berusaha sehabis mungkin. belajarlah untuk Allah dan segala apa pun berharaplah padaNya. kerana kasihNya, kita ada disini. berpulun belajar ilmuNya. masih mampu untuk berpulun. masa belajar itu cuba rasakan kasih dan cinta Allah bagi kita peluang belajar ilmu dunia ini supaya kita jadi pandai. tak jadi macam manusia yang macam seketul daging yang kosong.

jagalah * .hati. * m.i.n.d.a * N A F S U*
jaga hubungan dengan Allah
jaga ukhuwah.
elakkan bergaduh dengan kawan-kawan dan jiran sebelah rumah
doakan kejayaan kita bersama kay! :) :) :)
tenang-tenang pun, cuak itu masih ada
okaylah okaylah tu je. tQ sebab baca sampai habis.

END

pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah mengering tintanya

nota kaki: tak ada p/s

eh, faham tak bahasa melayu yang saya gunakan?

-entri baca saja tanpa komen apa-apa-

Thursday, 28 May 2009

ciskek!!!!


dialog semalam


cikgu tak ajar. pastu buku lab tak lengkap pun. tak faham langsung nak buat macam mana. pastu baru tahu kena hantar esok. tak ada playar pulak tu. isk isk~

macam mana mak nak tolong..mak pun tak boleh buat apa-apa

waaa~~ mak tak payah buat apa-apa..mak dengar aje..waaa~~

alala..okay..tenangkan perasaan. nanti pergi mintak tolong kawan-kawan buat sama-sama.

okay. nak tidurla. sedih.

tidur kejap. nanti buat dengan semangat.

selepas setengah jam. bergerak dengan tangkas meminjam playar dan menyiapkan kerja lab yang hancur dengan rakus dan pantas.

dialog hari ini

clasp ini jelik sekali

tak kisah doc. saya sudah pasrah.

ya ini jelik ya.

ya.

ciskek sungguh. 2 kali diulang jelik.

dialog tak patut hari ini

kring kring (bukan bunyi ringtone sebenar)

hello assalamualaikum.

hello ini mbak yang mahu jual tanah di rencekek itu ya?

huh? oh, ini salah nomor. saya ga jual tanah. saya jual kain je. maaf ya.

peh. talian diputuskan dan sambung buat lab. suspensi sungguh. ingat siapa. nombor misterius. jual tanah? adakah? ha ha. kayanya hamba. ada tanah di sini. nak dijual pula. hakhak.

apa pun. lab dah selesai!!!!! habis. finish. penat wei serius. apa yang patut di banggakan kepada kami sekelas. lab yang sepatutnya 6 minggu berjaya di selesesaikan dalam masa 4 minggu! salah siapa lah agaknya ya yang tak buat jadual kamu baik-baik. 2 minggu rugi! tak mengapa. sebab, dah siap. lega sangat. rasanya kalau tak, mesti semua shining, siap polish dan tak di kata jelik.

saya punya. hancur semalam. sebab wax melekat pada model. kena buat balik. semua. tapi buat laju-laju. terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu. ada yang tak tidur semalam tengok bola MU dan Barcelona. but still tolong. mekasih a.

alhamdulillah syukur nikmat kepada Tuhan yang memberi rahmat. alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...


suka, suka juga..exam wei. EXAM! lepas itu BALIK...lalala~

oh ya, dapat resepi no baked cheesecake yang kat atas itu dari sini : klik sini

tapi dah ubah suai..sikit. mungkin 40%. trylah!!!

dalam hidup ini kalau manual tak lengkap. dan tak tahu hala tuju. memang sesat. nak nangis. tak tahu nak buat apa dan terumbang ambing. hasilnya, adalah jelik. (macam buku cerita kanak-kanak si jelita dan si jelik ahah). jelik itu buruk. kut. terfikir juga. buku manual kita? guru kita siapa?

kaunselor matrix dulu pernah kata. walau apa pun kerja kamu buat. cerita saja pada emak. walaupun emak tak faham pun. kongsikan saja. ia buat emak rasa dia penting untuk kamu. sibuk mana pun, telefonlah. cerita apa saja. mak pasti dengar. kan?


gambar 1: wax yang diletak atas model.

gambar2: besi pada gigi palsu itu namanya clasp. kena bentuk menggunakan playar.

sebenarnya kerja-kerja ini sangat seronok. tak percaya cuba tengok kat link ni. oklah. serius. kena belajar sungguh-sungguh. sangat bimbang. takut result periksa jadi fitnah untuk kerja yang sepenuh masa itu. kalau result jelik, ayah mesti marah. mak mesti sedih. taknak!!!!! [ingatan untuk diri]

p/s: tadi terdengar dalam radio. lalat ada 4 ribu kanta di setiap matanya. lipas buleh hidup 9 hari tanpa kepala dan mati sebab kelaparan. ha ha.

p/s2: serius sangat selekeh. kawan-kawan lama mesti dah tak kenal siapa. oh, dulu pun selekeh juga. tapi tak seteruk sekarang.

Wednesday, 6 May 2009

promosi


klik lah gambar atas itu. sengaja promosi. blog ini semakin lama semakin kurang manfaatnya. ya, saya sedar itu. maaf. klik sajalah gambar di atas itu. semoga bermanfaat! :)

nak tulis banyak kat sini
nak cerita banyak kat sini
tapi tak boleh.
bukan malas
bukan tak ada idea
tapi terpaksa berkejar masa dan kesibukan dunia
melayan kerenah manusia yang tidak pernah puas
mahu semua sempurna
terlupa yang mana ada benda sempurna di dunia ini

liyana: tapi nampak sangat kut macam sengaja nak buli
puding: dah2..jangan ingat lagi..
liyana: tapi..
puding: dah2..buat je kerja kamu..

okay, tak pelah. nasihat puding :
  • berbaik sangka
  • jangan banyak komplen
  • jangan buat bising
  • jangan malas
  • bersabar
  • bertenang
  • buat kerja ok?

layan je lah..

pesanan kepada 'orang-orang'. berhentilah membuli anak orang yang sebatang kara di sini. [tetiba air mata bergenang..mak, yana rasa nak balik sangat-sangat]
teringat ayat [2:286] ayat kegemaran. be strong! hiyark2!!

p/s: gambar itu di google. bukan masak dan snap sendiri. eheh.. :)

p/s2: blupblupblup [bahasa rahsia mengelakkan diri dari merungut dengan berjuta2 perkataan]

p/s3: ehh birthday "life is like a dream 4th july"..ha ha happy belated birthday! dah setahun rupanya kamu. lawak bila baca post2 lama. childish gila. eleh sekarang macam matang sangat kamu tu!

Wednesday, 29 April 2009

entiti infiniti


AMARAN: ini entri merapu sendiri.

pengalaman aneh
  1. pengalaman aneh satu klik lah sini wei
  2. pengalaman aneh dua klik sini ha
  3. pengalaman aneh tiga klik jangan tak klik
  4. pengalaman aneh empat klik2

ada lagi beberapa. tapi donut tak update lagi. tak mahu cakap banyak. study wei. ya Allah selamatkanlah kami semua.

p/s: kena beli playar lab orthodontic sendiri. saya sengkek ni. harga playar bukan macam harga gunting lipat kedai runcit.

p/s2: entri pendek tak perlu p/s banyak2. sekian.

[ha ha takbolehkomen]

Wednesday, 25 February 2009

doa

saya tiada idea untuk menulis
saya juga ada banyak kerja perlu disiapkan
saya tak suka kerja last minit tapi saya selalu buat
saya tak suka diberi tugas last minit
saya boleh stress kerananya

saya suka semua berada dalam perancangan
sempurna
saya suka semua perkara terkawal
saya tidak suka apa yang di plan
terganggu

semalam saya stress
tiba-tiba saya diberi kerja last minit
untuk persatuan [bukan nama sebenar]
sejam setengah di taip, di print dihantar
kelas lagi 3 jam
printer saya rosak
saya perlu ke cc
maklumat untuk ditaip juga belum diterima

saya mahu study sebelum ke kelas
maknanya tidak sempat
saya mahu menangis
kerana saya sudah plan apa yang saya mahu buat
saya rasa terganggu
mungkin ini adalah sifat semulajadi yang menangis bila tertekan
bukan!
ini bila emosi tidak stabil saja
bila terlampau banyak perkara menekan
hadir dalam satu masa

lalu saya berdoa
ujian apakah ini.

tiba-tiba ketua mesej saya tidak perlu buat tugasan itu
kelas pula batal

doa boleh dimakbulkan sekelip mata bukan?

saya tidak tertekan lagi

pengajarannya:
perkara ini melatih kamu untuk lebih bersedia
menghadapi apa jua masalah di saat genting atau pun tidak
cepat-cepatlah berdoa bila dalam kesusahan
ape pun, kita merancang, Allah yang tentukan.


lepas ini, kamu, sila jangan cepat stress. cuba fikir nanti2
ini baru sikit.
jangan manja sangat ok.

Sunday, 8 February 2009

cuti buat apa?

berbelog

berenang [klik]. mekasih emak. kirim goggle anakanda dari mesia. anakanda tak mampu beli disini. mahal sangat. tapi berenang enam jam bersama rakan-rakan cukup membelangkan. mekasih al-ma'soem [tempat renang muslimah] mekasih ayah sebab suruh masuk kelas renang lepas SPM dulu. anakanda bolehla terapung sikit-sikit di air sedalam 2meter di sini. berbanding dulu yang di paras air 1 meter pun boleh nak lemas. mekasih cikgu renang. air pool di sini sangat sejuk berbanding di mesia.

*saya suka berenang*



bersama mereka di jakarta ^^ seminggu kat sana cukup menggembirakan dan rasa terisi.


berjalan bersama dia 5 hari. kami:
  • membeli belah
  • ke spa, jalan-jalan sekitar fakulti aku dan merasa makanan kegemaran di tepi jalan
  • ke bandung berbelanja naik bas damri yang penuh sesak. naik angkot juga. [hampir sesat sebab salah naik angkot. aku tak ingat jalan]
  • pergi tangkuban perahu, tengok permandangan, makan di restoran makanan sundha yang eksklusif, pergi paris van java, tengok tempat jual DVD [semua ini supir yang bawakkan]

*bukan selalu dia datang. nak balik negara koala dah kan? selamat mula belajar ya sobat!*


meluangkan masa bersama mereka. [termasuk menghabiskan wang. mungkin ini yang terakhir]



kemas bilik kaw2 punya. atas bantuan ibuk. [erk?~]



berkhemah[klik] yang memuhasabah. pengalaman yang tak dapat dilupa. diselamatkan kak Z berkali-kali. yang paling seram. hampir jatuh ke dalam jurang. yang pasti. air deras dan sejuk yang menggigit. [tiada pacat disini. :s ]

apa kami buat di sana? baca:
  1. sini
  2. sini



dapat ini dari donut cokelat. nampak tak ada pin dalam tu! beli di kedai tudung rabbani.[arahan donut: buat muka teruja dan terkejut] saya juga suka botol air ini. pink pula warna kegemaran. mekasih ya!



memasak pelbagai. belajar dari yang master. :p



baca buku. tapi hanya berjaya habis 3 buah saja. murabbiah kata, kitab dan buku-buku lain nanti kita bedah sama-sama ya. ^^

jadi habislah cuti 2 minggu itu.

selamat datang semester baru! sekolah sudah mahu start semula. subjek-subjeknya:
  1. psychiatry
  2. psycology
  3. dermatology
  4. general surgery
  5. pharmacology
  6. pharmacy

lab dental macam tiada. pelik. lab itu mencabar. dan bagus juga jadual penuh. buat kita sentisa beringat. semoga tidak leka dan malas.

sebetulnya aku bimbang takut dan semua berbaur. apakah? rindu emak dan ayah...

cuti dengan selitan aktiviti tidak berfaedah. tahniah puding! :(

itulah manusia. belum lalui lagi sudah gentar. cepat-cepat kembali atas landasan!


p/s:
  • yan sudah ada belog.
  • yan dan hasif sudah ke asrama hari ini. belajar rajin-rajin adik-adikku!
  • kehangatan dan kepanasan kisah di palestin sudah semakin hambar. lagi-lagi di tutup dengan kisah di perak. aduhai malaysia. [teruskan boikot. teruskan berdoa. jangan sekali-kali berhenti]

Saturday, 7 February 2009

sabtu yang sejuk. [tak tahan sejuk mode]

gambar ini tidak sharp
tulisan: your smile melts my heart. aku yang melted dapat ini box dalamnya ada coklat. ohh dari orang tersayang.
bila orang tengok ini box, orang kata sweetnya orang yang bagi. satu
permukaan ada huruf L [untuk liyana]. permukaan lain ada gambar teddy tulis: love me not? satu permukaan lagi ada tulis: returning kiss. emak yang tolong bagikan box ini masa cuti panjang itu hari. mak kata si pemberi kata aku makin dingin dengannya. aku pun tak perasan. dinginkah? bila tengok box ini buat aku rindu orang yang bagi box ini. lalu aku pun telefonlah orang itu.

sengaja kasi kontroversi. ayah yang bagi la.

hari ini telefon mak dan ayah. rindu sangat. mereka sedang bersarapan bersama. pagi sabtu kata ayah. semua tak bangun lagi. esok Hasif akan di hantar ke MRSM Balik pulau. [MRSM?] risau juga adikku yang seorang itu. izyan juga ada di rumah, pulang bermalam, sekarang di sekolah sains kuala selangor. sekolah abang yang dulu [syazwan]. emak beritahu yang abang mungkin tidak ke indonesia. katanya JPA tak mahu menghantar pelajar ke sana lagi. tak mengapa. mungkin ada hikmah. dapat tempat yang lebih baik insyaALLAH.

abang SMS semalam : between india n rusia. tp dye ckp tgk dlu. 4 the tyme being, takde yg fly ke indo under jpa. abes ar kakna jadi doc tak diiktiraf :p

what the...cis kau abang.

teringat semasa kecil dulu. ayah akan pastikan aku bangun awal, kemas tempat tidur. sekarang? adik-adik tidak begitu. kasut sekolah, aku dan syazwan mesti basuh sendiri. sekarang? pembantu rumah basuhkan. segalanya mudah. kata kawan-kawan ibu bapa mereka juga begitu. mungkin usia semakin lanjut. ayah dan emak sudah penat untuk marah. kakak dan abang sepatutnya menyambung mendidik adik-adik. rugi. mereka tak dapat merasa bagaimana ayah marah mahu memotong tangan dulu. potong tangan kerana menconteng dinding. potong tangan kerana menggunting langsir. conteng dinding itu syazwan, bukan aku. nasib baik yang diconteng itu bilik stor. bukan ruang tamu. aku tahu, itu cara mereka mendidik. menggertak. marah. tapi tidak memukul. tapi itu sudah cukup buat aku dan syazwan patuh. bila teringat waktu kami kecil dulu, buat aku tersenyum.

belaja apa pun bukan sebab mahu pass exam, graduate, senang dapat kerja. give passion in what you study. itu lah yang membezakan antara doktor yang berkualiti dan tidak. passion dengan apa yang di pelajari. rajin-rajinkan ke majlis ilmu. jangan mengelak. cuba ambil ilmu sebanyak mungkin.

kata ayah. aku mengadu aku nyatakan bimbangku tentang JPA yang emak katakan itu. bagaimalah kami yang graduate di sini akan hadapi alam pekerjaan nanti. dan juga jadual untuk semester depan yang agak menekan

itulah baru betul. ayah pelik last semester yana banyak break. bersyukurlah sebelum ini boleh rehat. kali ini kena betul-betul belajar.


teringat kata ayah tentang momentum belajar. ohh. aku rindu kata-kata ayah. aku suka dengar dia memberi nasihat. bukan membebel tapi mendidik. aku tahu itu. itu caranya. terkadang pedas kalau aku salah. perit untuk ditelan. terkesan hingga menangis. tapi itulah caranya. buat aku ingat.

aku ceritakan bagaimana perjalanan aku ke pangandaran. jalan yang bersimpang siur. menaiki bas. adventurous kataku. dentinasi bajet. susah. tapi tempat yang kami tuju itu sangat cantik

belajar dengan yang susah itu. menjadikan kita lebih kuat. ambil itu sebagai pengajaran.

lega. kata-kata perangsang dari ibu bapa itu perlu. patut. mesti. aku bahagia. gembira. suara mereka menenangkan. memberi inspirasi. memberi semangat. sayang emak dan ayah. tapi sering sukar diungkap melalui kata. egonya engkau ini. kata emak, aku warisi itu dari ayah. iyakah?



Sunday, 18 January 2009

epal merah itu.

sementara tunggu waktu isyak, aku cuba cek soalan growth and development yang aku buat pagi itu. 3 soalan yang buat aku musykil. 3 soalan. belum yang silap. semua soalan ada 75. yang aku dapat cek lebih kurang 50 sahaja. yang lain? tak hafal tiap bait ayat 75 soalan untuk satu jam. benarkah outer enamel epithelium bersama ameloblast yang mineralize enamel menjadi keras? aku musykil. setahu aku stratum intermedium. serius. biarlah. semua telah lepas.

tapi

periksa yang dah lepas.

ilmu itu aku akan guna lagi bukan? ilmu bukan sekadar ilmu. ilmu bukan sekadar dicedok. periksa. habis begitu sahaja.

kesilapan terbesar. ilmu=belajar=periksa=result.titik.

bila mahu di aplikasi nanti?

buka buku. adakah?

terkadang aku pelik. adakah ini budaya orang-orang yang sedang belajar?

kasihan. berubah lah! sampai bila mahu begini?

bagi yang lebih. mudah memandang rendah pada yang dibawah. [EGO]. orang yang belajar di tempat berprestij lagi bagus dari orang yang belajar di tempat yang [entah-apa-apa]. satu produk terhasil mengikut acuannya bukan? prejudis!!

hentikan ini semua. aku muak.

pandang diri sendiri sebelum memandang orang lain dibawah kamu. orang sekeliling kamu. cermin diri kamu. cermin. kamu=dia. titik.

***

berkata tentang sekeliling dan cermin. benarkah?

bimbang. cakap tak serupa bikin. berilmu tapi disampahkan.

kata orang. sebiji epal yang busuk di letak didalam bakul bersama 20 epal yang segar. lebih cepat epal-epal tadi sama-sama membusuk.

tambah lagi sebiji epal segar lagi suci berkilat. diletak bersama 20 epal busuk. fikir sendiri.

macam mana epal itu mahu survive? dia perlu kuat. epal itu bukan perfect. sesegar manapun epal itu, bukan senang untuk mengekalkan kesegarannya di kelompok epal yang sudah-tidak-elok.

kasihan bukan?

lumrah kehidupan. sunnatullah. mampukah kau melawannya wahai epal? udara. suasana dalam bakul juga memainkan peranan.

kasihan engkau wahai epal. Yang Maha Agung menciptakan engkau segar. berkilat dan rangup. mudah betul kau kalah. kalah dengan dirimu sendiri. akhirnya jadilah engkau sama seperti epal lain. tidak lagi istimewa. tidak lagi berkilat. tidak lagi rangup dan segar. aduhai.

sedari awal, pokok epal dah berpesan.

"jaga dirimu baik-baik wahai epal segar. jaga jiwamu."


kau gagal

mahu jadi seperti epal itu? baik kau dimakan ketika masih segar. sekurang-kurangnya kau mengenyangkan si lapar. berbakti sebelum tamat riwayatmu.

*berfikir*

Saturday, 10 January 2009

sifat bulan januari

ditulis pada 010109

JANUARI


Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
..yela kot ni..tataw a..
suka mendidik dan dididik
..maybe la kot..sebab anak sulung..rasanya..
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
..kadang2 aku memang camni..astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..but selalunye kritik dalam hati..dah pesan pada cik donut, tegur saya kalau saya buat perangai huduh ni kan?
Rajin setiap yang dibuat nampak keuntungan
..entah..rasanya malas most of the time
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur
..ohh u're right! sepah is my middle name also... :p
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam
..always berfikiran mendalam till become sensitive in certain thing
Pandai mengambil hati orang lain
..yeke? bagusla..bole dapat ramai kawan..
Pendiam kecuali telah dirangsang
..erk..this one macam tipu!..org kate, 1st impression nampak pendiam.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi
..pemalu? eheh..daya tumpuan tinggi? tapi selalu kalah main SNAP
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
..kadang2 i can break my own rules jugak
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
..yala..resdung
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya
..erk!~..xpernah practikkan lagi..bakat terpendam i guess
Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah
..kecuali kanak2 yg suka gigit org for sure! suke duduk rumah? maybe...
Setia pada segala-galanya
..hmm..no komen!
Perlu belajar kemahiran bersosial
..bia betul?!!! betulla kot..
Sifat cemburu yang sangat tinggi
..huh? yeke?


***

-sifat bulan lain pulak-

klik disini

salam

hari ini hari sabtu. jadual periksa yang kami dapat hanya ilusi. hakikatnya. banyak paper yang perlu aku duduki.

klik kalau nak tengok jadual itu

nak dijadikan cerita peristiwa semalam dimana gigi aku [bukan gigi aku sebenar yang dalam mulut. gigi orang lain, untuk tampal] HILANG! tiba-tiba. aku tinggalkan elok je dalam dulang bersama barang2 lain seperti lecron dan segala macam mak nenek supaya aku tak lupa dan tak tinggal mana2. tau ajelah, manusia ini memang pelupa.

lalu aku ke belakang lab, burn out, cairkan logam [ni proses untuk tampal gigi guna emas, xkanlah nak letak logam cair direct dalam mulut patient. terbakar lah itu orang!]

bila kembali di meja, dulang dan gigi hilang, barang lain ade. tension jugak. aku cari kat tiap meja, kat lantai.TAKDE.

banyak-banyak kali aku set mind. ujian apakah Allah nak bagi ini. takpe. aku percaya. ada hikmah. sabar.

dah nak nangis.[xde keje lain] lepas tu aku pergi je dekat lecture hantar hasil kerja logam yang dah keras ikut bentuk lubang gigi untuk signature. dengan yakin walaupun hati membara dan terluka [cewah!]

"dimana gigi nya?"

"hilang" [muka tension]

"gimana boleh hilang?" [sambil sign dan bagi markah]

[aku diam. tension sangat.nak nangis]

dalam paper tu dia tulis "gigi hilang, dicari"

haih....tak pasal result aku ade note kat tepi. tapu nasib baik sangat lecturer itu tak garang macam dr *****. tak nak dapat kosong.

keluar je, aku tak boleh nak start polish, sebab gigi tu takde, so aku cari punya cari, tetiba, ade atas meje tah sape.letak sepah macam sampah. nasib baik. alhamdulillah.

moral of the story:
  • ape-ape jadi ingat, pasti ade hikmah. silalah bersabar
  • jangan tension
  • jangan sumpah seranah atau mencarut [memang berkesan yang ini]
  • jangan amik gigi orang lain
  • tulis nama pada gigi besar2 [gigi ini dah berpunya!]
aku rasa orang yang ambil tu nak pinjam dulang, pastu dia tengok ade gigi tah sape. so die konpius dan letak gigi tu mana-mana dia suka.

semoga orang itu insaf. lab memang memeningkan dan penat. tak boleh nak kacau, satgi ada yang mengamuk. ha ha. tapi nanti, itulah kerja kamu. bukan geledah mulut orang saja. tapi, kalau gigi tu hilang. aku kena cari gigi lain, pastu kena buat balik acuan untuk lubang carries gigi tu, cair balik logam [senang crite start balik dari mula] sabo2~ T_T

renungan sejenak: itu baru sikit. umat islam di palestin, bukan hilang gigi. hilang pelbagai. tak kecoh. astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah. jangan suka sangat dengan nikmat kat sini. sentiasa beringat. doakan mereka disana. aku agak terasa dengan kata-kata seseorang tentang palestin pada hari itu. nanti aku tulis. insyaALLAH. hari ini perlu study kaw2 punya. senin exam lab dan exam dental anatomy. bimbang, kalau tulis sekarang aku emosi. lalu menjadi ganas. sudahlah penulisan aku tidak seayu orang ayu. itu saja untuk hari ini. sekian. mekasih.

puding caramel
bandung
100109

Wednesday, 7 January 2009

aku betul-betul tak faham.

PERHATIAN: post kali ini bercampur baur seperti rojak. agak lari dari point sebenar. abaikan tulisan berwarna hijau.

salam semua. dengan ini suka aku mahu katakan,

exam microbiology dan biochemistry sudah selesai!

tetapi ada satu paper lagi iaitu epidemiology dan demography pada 14 januari nanti. kata amalyn beliau mahu mula belajar subjek itu 2 hari sebelum exam. hebat bukan? sebab beliau memang senang tangkap [catchup]

ohh ya. blog aku juga sudah berwajah baru. pada mulanya aku mahu bikin skin yang lebih canggih. namun aku batalkan niat itu. kerana aku tahu, pasti aku akan berada dalam bilik ini 48 jam deal dengan code2 html yang bukan bidang aku. tapi oklah. original skin berwarna kelabu dan agak serius. seperti blog kerajaan. lalu dengan bantuan amal. kami tukar warna dan serba serbi code yang ada.

alhamdulillah.

"blog kau dah macam blog islamic"
kawan, maafkan aku. aku sudah cuba sedaya upaya memastikan setiap entry aku membawa manfaat. setiap patah yang aku tulis, aku fikirkan dulu, ada manfaatkah kepada pembaca. tambahan lagi pelbagai jenis pembaca yang sedang menatap tulisan ini. kalau kau tak suka. silalah close sahaja. mahu kritik? silakan. aku terima ia sebagai didikan.

"kau dah berubah macam dah makin alim"


ouh. kawan, kalau kau lihat aku sekarang face to face, mungkin kau akan rasa aku sama seperti dulu. cuma cara aku berfikir, matlamat juga mungkin agak berbeza. atau lebih sesuai aku katakan. sangat berbeza dari dulu. semua ini aku salurkan melalui tulisan. aku sudah mula sedar apa tanggungjawab aku yang bukannya study 24 jam seperti itulah hidup dan mati. get a life people. kita punya matlamat dan tanggungjawab yang lebih penting dari itu. ganjaran? tak usah cakaplah. tidak terkira berganda dari apa yang kau fikirkan. pasti kau penasaran bukan?

aku sekaraang sedang belajar. belajar mencari erti hidup. berubah sedikit demi sedikit. itu pun, jika Allah mengizinkan. insyaALLAH. ingin sekali aku berubah ke arah yang paling baik. supaya ketika mati, aku tinggalkan dunia dengan bermakna.

pernahkah kalian terfikir, kenapa kalian dihidupkan, kemudian dimatikan. pernah tak? pelik bukan. secara analoginya, kalian membuat sebuah kek. 'icing' dan top yang menarik, cantik, malah sedap. aromanya vougi de vas! [kata-kata ema fatimah dalam laila issabella] tapi kemudiannya, kek itu dibuang.

what the...pelik bukan?

ahha kembali kepada persoalan asal. untuk apa dihidupkan. kalau kek pasti dibuat untuk kita makan. tetapi, kalau manusia dicipta. untuk apa? pasti ada sebabnya. dan seperti ada suatu perkara penting yang harus dilakukan di dunia ini. mahu jawapan? cuba renungkan. kata orang, kalau mudah mendapat jawapan. pasti senang lupa. aku juga sedang memikirkannya. tapi aku sudah punya jawapan tapi tak semua.

"kenapa kau menulis blog?"
ouh aku ada jawapan tersendiri yang aku rasa biarlah aku simpan sendiri. sebetulnya aku suka menulis. aku suka menulis pelbagai. aku tulis untuk kawan-kawan melalui email dan kami bertukar pendapat sekiranya ia satu isu yang membangkit dan mencabar untuk difikirkan bersama. tiba-tiba..

seorang kenalan yang aku kenal sejak tingkatan dua. kami berutus surat. senang cakap. macam penpal. beliau bersekolah asrama juga seperti aku. tapi jauh di kedah. aku pula di tengah kuala lumpur. lalu kami terputus hubungan atas sebab yang aku tak pasti. kemudian beberapa tahun kemudian. iaitu pada tahun 2008. dia dapat add aku di ym. waah. beliau memang suka menulis blog dan menyarankan aku menulis juga. disenaraikan segala kebaikan. mulanya aku ambil enteng. ya la. buat malu saja. untuk apa siarkan kepada orang ramai tentang pendapat, hidup kau yang peribadi? ha ha ha. tak semestinya peribadi.

tapi aku tulis juga melalui blog friendster. lama kelamaan. friendster seperti tidak se'friendly' yang diharap. seorang sahabat menyarankan aku menulis di blogspot. dan disinilah aku. he he. punyalah panjang kisahnya.


malu untuk aku siarkan. namun inilah hakikatnya. aku sedang berdebar menanti keputusan. adakah aku perlu menduduki peperiksaan remedial. maka, kalau ya, aku punya berkeping-keping lagi peperiksaan.

aku punya satu lagi persoalan. kenapa kau beragama islam. kenapa kau wajib solat. agama lain juga ada puasa dan sembahyang. kenapa? itulah kau harus mencari. islam bukan tradisi yang kau ikut sejak kecil. fahamkah apa islam itu?

aku pelik. tahukah engkau masalah umat islam masalah kita. kerana kita umat islam. aku malas hendak berkata banyak. kau bacalah blog cik donut ini. adakah kau benar-benar peduli? aku kesal bila kau kata

takkan kita nak pergi perang. nanti mereka serang kita balik
tak pun

boikot? nantilah aku boikot. kali ni je aku beli
waah aku terfikir. kau fahamkah kenapa perlu boikot dan kenapa kau perlu peduli. aku terbaca satu tulisan yang menyentuh bagi aku

...Berbicara tentang Palestina di hadapan mereka yang sememangnya tidak mahu mengambil peduli merupakan sesuatu yang membunuh saya. Seribu satu persoalan menerpa fikiran. Adakah Palestina tiada di hati saya sehingga saya gagal menyentuh hati insan lain mengenai Palestina? Saya penuh dosa dan saya gagal menyentuh hati kamu. Tapi mengapa video Palestina itu juga kamu pandang sepi? Mengapa wajah kanak-kanak tersebut tidak sedikitpun menyedarkan kamu keperitan di sana?

terfikir tak? salah satu yang aku belajar dalam modul ini sejarah kita (ISK)

kata-kata moche dayan seorang yahudi [sila betulkan kalau aku silap]

umat islam sekarang gagal kerana
  • tidak tahu sejarah
  • tidak suka merancang
  • malas
tidakkah kau rasa tercabar? nama saja orang islam tapi tidak tahu asal usul sendiri. aduhai. [aku juga sama]

nampaknya post ini sudah panjang berjela tidak seperti yang aku harapkan. lain kali aku tulis lagi. sekian.

rujuk :
  1. leokid
  2. ibn yazid
  3. sejarah
update : 08012009

Sunday, 7 December 2008

persoalan 2

"ehh ini graf apa?"


tanya Layen sambil melihat satu graf yang tertampal di bilik tidurku. kebetulan dia singgah. melawat.

"ini graf kebangkitan dan kejatuhan islam dulu."


"ohh..."


masing-masing terdiam buat seketika. hanya bunyi bacaan Al Quran dari speaker laptop kedengaran. kebetulan. bimbang juga dia tak selesa.

"kadang-kadang i takut dengan you."


"ehh kenapa u takut?"


"i dont know. terlampau islamic. i feel unconfortable."


"why? are you afraid of islam?"


"no. i just feel unwelcome."


what the fish?!
kelu. aku buntu. aku tidak tahu bagaimana untuk mengubah perbualan ini menjadi lebih santai. setiap butir bicara aku bimbang akan menjadi suatu yang sensitif di corong pendengaran. sememangnya aku tidak senang. seorang teman tidak selesa denganku kerana aku islamik? apakah islam itu di matanya? tidak tahu apakah cara yang paling berhikmah untuk aku terangkan padanya atau sekurang-kurangnya untuk aku cerminkan.

aku tanya kepada Tipah melalui Yahoo mesengger.

Tipah: hm..bagi aku..buat apa nak takut dengan apa dia cakap? takkan sebab dia orang cakap camtu ko nak slow down..takpe..biar la die nmpk smgt ko..

puding: aku bukan takut, klu die rs unwelocome...ade shield antara kite. aku mahu dia senang dengan aku. bukankah kita merupakan cermin. silap yang kita lakukan, fitnah untuk agama.

Tipah: ni soal aqidah n agama..tak boleh consider unwelcome pon..mane lagi penting. ko tak boleh nak gadaikan agama sbb kwn.

Puding: ini bukan sebab kawan ke apa. ni secara menyeluruh. nnti tak ke die rasa islam ni macam tak frenly

Tipah: juz maybe ko sndri boleh pecahkan shield tu. soal agama tak boleh main2..hmm..puding..islam dtg dtg krn asing dan kmbali dgn asing..kite akn dpndg asing..itu lumrah..kalau kite hilang kawan sebab agama pon..kite tak rugi pape..sebab die yg choose nk jauhkn diri dari ko..yg pntg ko tak jauh dengn die..

(maaf banyak singkatan ejaan)


secara jujurnya, bukan ini jawapan yang aku mahukan. persoalannya, mengapakah disebabkan seseorang itu mengamalkan cara hidup islam, dikatakan seorang yang menakutkan. apakah islam itu di mata dia?



aku rasa Tipah tak faham maksud soalan aku.




ya, memang soal agama tidak boleh dibuat main. tapi persoalan di minda aku,
apakah caranya untuk aku membetulkan pandangan dia terhadap cara aku? aku bukan seorang yang menakutkan. aku bukan tidak mesra. aku bukan seorang yang tidak terbuka mindanya. aku hanya cuba mendekati cara hidup agama yang aku anuti. jadi wajarlah aku mengamalkan apa yang sepatutnya.



aku masih ingat. kata ayah, "satu dunia dah ikut satu nilai murni tentang keamanan. tapi bila seorang islam letupkan diri berkorban demi agama, pasti dapat kecaman dari seluruh dunia. bukan individu saja, agama turut dipandang serong. secara tak langsung orang pandang islam pengganas."




seorang muslim menjadi cermin kepada agamanya.




aku tak boleh biarkan orang terus memandang serong kepada islam. aku sayangkan agamaku. tapi aku belum cukup kuat untuk menegakkan apa yang aku pegang. sungguh ini menaikkan rasa tidak puas hatiku. tapi aku biarkan ia sepi. sebab aku tak mampu.




bagi aku, cara pemakaian, percakapan atau apa saja dari segi fizikalnya tidaklah ekstreme gile . (terlampau islamic pekebendenye?! ish tak puas hati betulla ngan si Layen ni.) ya Allah, apakah yang cuba Kau tunjukkan?




p/s: cerita ini ditulis pada 03/12/08.

***


Wednesday, 3 December 2008

dental impression

post ini ditulis sudah lama. tapi dijadualkan untuk dipublish 3/12 =)

*salam*
nak share sesuatu tentang sesuatu. iaitu dental impression. ini nak buat model untuk gigi pesakit yang nak pakai braces ke, gigi palsu ke. takkan nak ukur-ukur besi suma direct dalam mulut patient kan. jenuh ler dia nganga. XP. ehh ok2 berbalik kepada topik utama.

sebelum apa-apa baca bismillah (bak kata teyya, kalau tak jadi, mesti sebab tak baca bismillah)

mari mulakan..

alginate dalam bentuk tepung dicampur air.

kalau nak lambatkan proses pengerasan alginate ini. campur dengan air sejuk k.

ahha! ini aku buat kat klinik Dr Kamilah hari tu, time cuti sekolah.

ok..sambung balik...

kat klinik, guna mesin ini untuk gaul alginate dan air ini bagi sebati. tetapi dalam lab, kami GUNA TANGAN. so, kena cepat sepantas 30 saat je. kalau lambat. alginate ini akan keras sebelum masuk kedalam mulut patient.



lepas tu masukkan ke dalam mulut patient. tinggal kejap selama beberapa minit. nak bukak dari mulut patient juga ada skill. kalau tak, semua gigi pesakit akan tercabut. (takdelah. mungkin sakit je la)

time ini, mesti berhati-hati. pastikan patient tidak mendongak sebab kalau silap, dia boleh tertelan alginate, atau alginate tutup salur pernafasan dia. lagi satu, biasanya, alginate tersentuh pada soft palate pesakit, dia akan rasa nak muntah.

(gambar hiasan sebab patient sebenar taknak gambar beliau disiarkan. privacy pesakit harus diutamakan)
tadaaa!~ ini lah hasilnya. yang kami guna di lab alginate ini berwarna pink. tapi klinik dr. Kamilah berwarna putih.

lepas tu, bancuh dental stone dengan air mengikut komposisi yang betul mengikut ratio 0.62 (tak berapa sure. tapi kalau dah tere. ikut suka. pastikan tak terlampau cair, pekat atau poros). kata Dr Kamilah, biasanya kalau orang yang tere masak, mesti cekap buat bancuh membancuh ni. macam buat cucur udang saja. tapi dental stone ini, kena make sure jangan ada porosity atau bubble k! kalau tak, terdapat lubang-lubang pada struktur gigi. tak tepatlah struktur yang kita mahukan. biasanya di lab, warna dental stone biru.

biarkan ia keras dengan terbalik macam ini. sebab kalau ada air, ianya tak turun ke struktur gigi.

dan.. tada! ini lah hasilnya.

last. buat base segi tujuh. di lab, kami perlu ukur segala segi yang ada. tapi di klinik rupanya ada acuan. cis.
ohh ya, base ini guna dental gypsum. tak sekeras dental stone dan warnanya putih. ratio nak bancuh gypsum a.k.a plaster of paris ini 0.5 tak silap. tapi biasanya ini pun aku ikut suka. nampak macam creamy dan cantik dan sebati. ok la. macam buat cucur. eheh..jangan buat ikut suka depan lecturer..ohh aku sungguh hipokrit disitu.


dan sudah pasti lah selepas lab kerja-kerja ini menjadi kan kami semua comot seperti pekerja buruh.. so, jangan haraplah nak buat menicure atau apa saja jenis kecantikan tangan.

semua ini perlu skill. cara nak letak alginate dalam tray, semasa letak dental stone dalam acuan gigi, kacau alginate juga perlu skill, nak buat base juga perlu skill, kena selari dengan kedudukan meja. perlu sabar, ulang lagi dan lagi. hikmah sabar. menjadikan kita lagi cekap.

lab penat kalau kena ulang banyak-banyak kali sampai perfect. kata Dr Kamilah, kalau kerja kerajaan, semua ini technician yang buat. kalau klinik sendiri, semua sendiri. yeah.

kasihan teyya yang menjadi pesakit aku, 9 kali (xdelah) aku amik impression dia. tapi, practice makes perfect. kan2?

p/s: ari ni birthday kawan sekolah rendah, Aina Safura bt Zambiri. tapi tak sure dimana dia sekarang.