Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, 6 November 2009

terasa nak sangat pergi tempat macam dalam gambar ini

sunflower. ceria. sangat-suka.

zikir menjadi keperibadiannya

dunia ini menjadi syurga sebelum syurga yg sebenarnya

bumi,
menjadi masjid baginya

rumah,
menjadi musolla baginya

tempat ia berpijak,
hamparan sejadah baginya

kalau ia berbicara,
bicaranya dakwah

kalau ia berdiam,
diamnya zikir

nafasnya,
sepenting mengucap tasbih

matanya,
penuh rahmat Allah..penuh kasih sayang

fikirannya,
baik sangka dan optimistik

hatinya,
diam-diam berdoa

tangannya,
ikhlas bersedekah

kakinya,
berjihad di jalan Allah..ia tidak mahu melangkah sia-sia

kekuatannya,
silaturrahim

makananya,
majlis ilmu Allah…hidangan yg terlazat

kesibukkannya,
memperbaiki diri..tiada masa mencari kesalahan org lain

saya ambil ini dari sini

sebenarnya dah malu juga sejak dua menjak ini lebih banyak mengutamakan perkara yang entah apa-apa. tapi kan tapi. bagus juga ada refleksi diri. bila dah kena ketuk baru nak tersedar. malunya. malu dengan diri sendiri. malu dengan Allah.

makanya nak buat tulisan kecil mengekspresikan perasaan. nampak tak tulisan ni?
nampak? oh okay, bagi menebus perasaan ini. saya nak cakap tentang ibadah sunat. cakap saja. tapi harap-harap boleh amalkan. tak kisahlah apa pun yang kita lakukan, kalau sebut nama Allah dah dapat pahala. teringat pun dapat pahala. best kan? apa-apa pun yang kita buat atas nama Allah dah jadi satu ibadah. dulu-dulu selalu ingat kalau beribadah maknanya sembahyang atau puasa atau pergi masjid. atau pergi haji.

ibadah sunat selain dari solat sunat atau puasa atau apa saja yang sunat. macam kehidupan harian. kadang-kadang terlupa masa tadika dulu ada belajar doa masuk toilet, keluar toilet, tengok cermin dan sebagainya. tapi selalu terlupa nak baca doa bila dah besar. padahal senang sangat. cakap alhamdulillah lepas makan atau bersin. tak pun berzikir masa nak pergi kelas. selawat dan baca doa sebelum tidur. tak susah pun kan?

teringat pula masa dulu banyak tadika sebab start sekolah umur 3 setengah tahun. tapi yang paling ingat masa 5 tahun tadika islam lepas itu belajar semua doa dan amalan tetiba 6 tahun tukar tadika disney yang pakai skirt itu. dah terlupa doa makan dengan alif ba ta. tak pasal-pasal ayah kena ajar balik. haha. ehh liyana jangan terpesong.. jangan terpesong..ok kembali kepada topik utama.

jadinya, cubalah kumpul-kumpul setiap hari ibadah sunat. lama-lama jadi bukit kan. dan terjadi habit. ameen. simple reminder untuk diri sendiri. terjangkit kepada orang lain, bagus juga :)

lepas ini kena sibukkan diri baiki diri. taknak bila iman down, lebih down dari masa belum 'faham'. perlu bina semula tangga-tangga dan batu bata. maka, istiqamah..istiqamah.. tetiba tersentuh sebab cakap ini kepada diri sendiri. nak ternangis pula. haih. susah betul orang lembut hati ini.

mulakan dari sekarang! tambahkan sikit persikit senarai sunat dalam mutabaah ibadah.

p/s: ada report lagi nak kena buat ni. exam minggu depan. wee~ bersusah susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Sunday, 7 June 2009

ini bukan cerita pasal coffee

assalamualaikum! [alhamdulillah. bagi juga salam. kalau tak, main terjah saja biasanya]

memandangkan esok adalah hari periksa dan juga atas request jueann teringin baca entri pasal periksa saya nak tulis sesuatu untuk mengingatkan diri sendiri dan sesiapa yang menyinggah. wallawei~ sepatutnya sekarang berpulun membuat dan mencipta soalan peperiksaan untuk dijawab sendiri. sungguh syok sendiri tapi berkesan! (ha, jangan close eh, mesti ingat ini tazkirah panjang lebar kan? baik baca sampai habis! tak baca, siap ah!)

hai semua. oh, semalam dan semalam kakak usrah datang bersama kak z [z bukan nama sebenar. mungkin ziana zain]. bagus juga. boleh lah sepak terajang orang yang tak sedar diri ini. dah nak periksa bermain-main jongkang jongket, lontar peluru dan tengteng. [oh, maaf ya mood semakin sengal sejak kebelakangan ini]

semalam ketika liqa' yang menseronokkan. [tak tahu kenapa bila liqa' mesti rasa semakin bersemangat waja untuk belajar. wiwit~] kami bertadabbur surah al-alaq. ini surah biasa dengar kan? tapi baru semalam saya tersentuh dengan ayat supaya mensedarkan diri. dalam-dalam kita mengejar cita, sibuk mengkorek segala ilmu yang kita dalami, perlu disedarkan:

Dia menciptakan manusia dari segumpal darah Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia Yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya Yang mengajar manusia dengan pena Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas

[96:2-6]

beberapa potong ayat di atas cukup menerangkan. kita, manusia yang dilahirkan tidak tahu apa-apa tapi Allah ajarkan kita semua yang kita tak tahu. bagaimana? pena yang di jadikan perantara untuk di kita dapat semua ilmu itu. dengan cikgu, dengan buku dan pelbagai sumber ilmu lain. tapi terlupa. semua jenis ilmu ini adalah dipinjam dari Allah. tapikan adakah kita benar-benar kembali kepadaNya selepas menikmati segala rahmat yang diberi ini?

manusia yang melampaui batas bila terasa diri ini cukup. ilmu adalah hak mutlak dirinya. lepas itu tidak bersyukur. nau'zubillah. semakin berilmu semakin terasa diri sungguh pandai. [taknak!!!]

sebenarnya kita patut bersyukur sebab ada Allah. lepas apa-apa pun kita buat. kita ada Dia untuk berharap dan kembali. siapa yang yang tak tu memang ah. [warning diri sendiri]. macam zaman dulu kan, ibnu sina itu boleh belajar medic tapi hafal alquran dan hadith. saya sendiri dah 21 tahun, ilmu yang ada ini pun seciput nak hafal hadith dan sunnah yang berlemon-lemon. [motivasi diri: push diri sendiri. tekanan itu perlu]

macam mana ibnu sina boleh terer [rujuk: hebat]. sebab dia bila ada masalah cepat-cepat bersolat hajat dan meminta petunjuk dari Allah sebab dia memang yakin hanya Allah sahaja yang tahu segala jawapan kerana semua ini kan ilmuNya. dia hafal Al Quran dulu baru belajar ilmu lain.

dunia masa sekarang sering terhijab dengan siapa pencipta kita. buat kita terlupa tempat pengharapan yang sebenar-benarnya. bila sedih sebab keciwa makan panadol satu papan dengan coke 3 tin. [oh, kes juvana masa kini] macam tiada tempat mengadu. ya, normal. manusia itu sedihnya perlu tempat pergantungan untuk meluahkan rasa.

wahai manusia! kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah yang Maha kaya(tidak memerlukan sesuatu), Maha terpuji.
[35:15]

janganlah kerana terbuai dengan kenikmatan dunia, rasa semua sudah cukup dan merasakan segala apa yang kita ada adalah milik kita selamanya. dan ini lah yang menyebabkan kita begitu kecewa apabila kegagalan berlabuh dalam hidup. apa pun kena selalu ingat, Allah paling kenal kita. Dia paling tahu apa yang terbaik untuk kita. kita ini siapalah nak pertikaikan. kan?

ecece..cakap senanglah kan? oh, saya pun dah beberapa kali juga menerima kegagalan dalam hidup. yang paling tak best bila kita selalu berada di atas, sekali di uji berada dibawah memang sedih gila. lagi-lagi keluarga dan orang sekeliling memberi pengharapan tinggi. lebih-lebih lagi mak dengan ayah. lepas itu dibanding-banding dengan jiran sebelah rumah, anak kawan mak cik sedara [wattefish]. orang confirm tanya punyalah result nak banding dengan anak sedara. T____T lepas itu tengok kawan-kawan yang pernah kita kecapi kejayaan bersama sebelum itu tengah meraikan kejayaan mereka sambil bergambar gembira untuk masuk surat khabar. kita balik rumah makan pisang goreng sambil mamai macam tak percaya, rasa seperti mimpi menghadapi kegagalan [sungguh loser!] T_______________T

ayah sangat sweet masa itu. ayah kata, kalau kita tengok orang yang di atas memanglah kita rasa down. cuba kita sesekali tengok orang di bawah kita. tak ke kita patut bersyukur? wah, tQ ayah!

alhamdulillah. sekarang baru tahu erti redha. hah. itu pengajaran supaya berusaha lebih dan tidak manja. sekarang ini? gagal berkali-kali. boleh tenang dan tersenyum. [bajet kuat tapi kunun mantain] satu ujian sepatutnya buat kita sentiasa mempositifkan diri. sebab, kan taqdir kita telah tertulis. Allah memandang usaha kita. berzilionzilion kita berusaha. tapi tak dapat seperti yang kita nak, ingat, kepahitan di dunia, tak semestinya pahit di akhirat. dan satu kejayaan itu bukan satu titik nokhtah, tapi cubaan nak tengok kita ini seorang yang bersyukur, riak atau ujub. ahah! susah juga itu kan.

apa pun, bersyukur dengan ilmu yang kita ada ini. berusaha sehabis mungkin. belajarlah untuk Allah dan segala apa pun berharaplah padaNya. kerana kasihNya, kita ada disini. berpulun belajar ilmuNya. masih mampu untuk berpulun. masa belajar itu cuba rasakan kasih dan cinta Allah bagi kita peluang belajar ilmu dunia ini supaya kita jadi pandai. tak jadi macam manusia yang macam seketul daging yang kosong.

jagalah * .hati. * m.i.n.d.a * N A F S U*
jaga hubungan dengan Allah
jaga ukhuwah.
elakkan bergaduh dengan kawan-kawan dan jiran sebelah rumah
doakan kejayaan kita bersama kay! :) :) :)
tenang-tenang pun, cuak itu masih ada
okaylah okaylah tu je. tQ sebab baca sampai habis.

END

pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah mengering tintanya

nota kaki: tak ada p/s

eh, faham tak bahasa melayu yang saya gunakan?

-entri baca saja tanpa komen apa-apa-

Tuesday, 17 March 2009

cinta hawa



assalamualaikum!

rasanya sejak kebelakangan ini saya asyik menulis tentang diri. peribadi sangat. macam jiwa-jiwa. ini adalah akibatnya apabila membiarkan hati ini disentuh perkara-perkara yang tak patut. hati.. ohh hati. duduk diam-diam boleh tak? saya paling tak suka bila hati rasa sedih yang teramat sangat tapi tak boleh menangis. ohh itu adalah satu penyiksaan.

okay, tak pe. drop the topic. terus kepada tujuan utama.

satu hari ketika liqa', murabbiah meminta kami buka al quran dan mencari apa jua ayat tentang cinta. ya. cinta lah. saya pulun juga cari. sebenarnya banyak, tapi selama ini tak pernah mencari. kalau jumpa pun sekali imbas saja. tapi apa pun ayat-ayat yang ditemui:

  1. [9:24]
  2. [3:31]
  3. dan lain-lain
dan pencarian ini tiba-tiba di tambah seorang teman iaitu "cinta hawa nafsu"

nafsu dibahagi kepada tiga iaitu nafsu mutmainnah, lawamah dan amarah. selalunya dalam diri manusia ada pertarungan dalam jiwa diantara ruh dan hawa nafsu. apakah sifat tiga jenis nafsu tu?

  • nafsu mutmainnah
selalunya nafsu mutmainnah ini ruh yang dapat menguasai apabila diorientasikan dengan zikir dan sebagainya.

"wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. maka masuklah kedalam golongan hambaKu. dan masuklah ke dalam syurgaKu" [89:27-30]

  • nafsu lawamah
nafsu yang satu ini seperti lalang. sekejap ke kiri dan ke kanan. sekejap nafsu dapat menguasai diri dan sekejap ruh dapat menguasai diri dan beronrientasikan oleh akal. nafsu yang ini menyebabkan si empunya diri sentiasa rasa bersalah selepas melakukan sesuatu yang dirasa tak patut.

"dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri)" [75:2]


  • nafsu amarah
selalunya, hawa nafsu yang dapat menguasai diri. manusia ini menghambakan diri pada hawa nafsu. perkara-perkara dunia lebih di sukai berbanding ALLAH. tidak sedar yang akhirat adalah paling baik di sisi ALLAH. nafsu yang ini mendorong kepada kejahatan berorientasikan syahwat.

"dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik." [3:14]

"Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. sesungguhnya Tuhanku maha pengampun, maha penyayang." [12:53]


itu saja. cinta itu pelbagai kan? tapi cari lah cinta yang tidak berteraskan nafsu. saya terbaca kisah cinta dari blog inqilaab[klik].. secebis ayat dari kisah itu:

Sananiri bertanyakan kepastian Aminah Qutb, “Begitu lamanya waktu berlalu, aku kasihan kepadamu atas derita ini. Sebagaimana yang aku katakan kepadamu pada awal jalinan kita, kemungkinan besok aku segera keluar, kemungkinan dua puluh tahun lagi, bahkan mungkin ajal menjemputku di penjara ini. Maka bagimu kebebasan penuh untuk mengambil keputusan yang baik bagi masa depanmu. Aku tidak ingin menjadi penghalang bagi kebahagiaanmu....

Si isteri memberi jawapan,“Saya memilih harapan yang saya tunggu-tunggu; jalan jihad dan syurga, keteguhan dan pengorbanan, tegar dengan janji yang kita ikrarkan dengan aqidah yang kukuh dan keyakinan tanpa ragu-ragu atau menyesal”.


bagi saya kisah ini menyentuh dan kisah cinta yang sweet.

teringat ketika sekolah menengah selalu baca novel cinta. terpengaruh. mahu yang itu, mahu yang ini. tapi bila difikirkan kembali, layakkah kita [saya lah sebetulnya] membina sebuah rumah sekiranya tidak punya asas yang kukuh. bagaimana mahu membentuk generasi seterusnya jika ibu bapa belum cukup kuat untuk menjadi pendidik. jadi, perkukuhkan diri dulu baru fikir untuk bina baitul muslim. kesimpulannya, gadis-gadis zaman sekolah suka berangan. biarlah rumah yang di bina itu bertujuan untuk mengukuhkan lagi dakwah. bukan sekadar memenuhi keinginan.


bacalah buku ini kalau dah bersedia

download

akhir kata, marilah kita berselawat kepada junjungan besar, Rasulullah saw.

doa untuk emak saya.

p/s: masih menjadi kanak-kanak kecil yang belajar. sekarang rasa agak janggal berkomunikasi dengan kawan-kawan lama guna 'bahasa kami.' mungkin kerana terasa diri ini semakin tua.

p/p/s: ayah dah jumpa blog ni. masa diambil menulis ini ialah 4.15 am-5.17 am [1 jam 2 minit]. selepas solat subuh! saya kena rancang penggunaan masa menulis, masa belajar, masa bermain. terima kasih ayah. biological clock juga kena reset semula sejak stay up hari itu. dah tonggang langgang dah sekarang. tsk~

Thursday, 26 February 2009

saya tak nak jadi kedekut

semalam saya ke pertandingan kultum [kuliah tujuh minit]. ini pertama kali saya ke sana. macam-macam cara penyampaian ada. kreatif juga. ada yang siap bagi resepi buat kek sebagai analogi. munari [bukan nama sebena], hebatla kamu! Has juga tak kurang. comel pula. nampak tak saya yang berbaju pink duduk belakang sekali sebab lambat? tu sokongan padu tu. duduk belakang tinggi sikit. silaplah tak bawak banner untuk kamu orang. ha ha ha.

tajuk kultum semalam ialah kesyumulan islam. saya teringat tentang usul 20 yang saya pernah dapat. jadi, saya mahu kongsi sikit dalam 20 dasar pegangan seorang muslim (usul al-fahmi al-islami al-mu'asir),

di sini usul pertama yang menyatakan

islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek kehidupan. ia adalah daulah dan tanah air ataupun kerajaan dan umat. ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. ia adalah pengetahuan dan undang-undangataupun keilmuan dan kehakiman. ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun usaha dan kekayaan. ia adalah jihat dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. sebagaimana juga ia adalah aqidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama sahaja di sisi kita.

daripada usul di atas dapat di dijelaskan tentang pentingnya memahami islam yang syumul. firman Allah SWT

dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan pada setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan kami turunkan kitab (al-quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk, serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim) [16:89]

dari ayat diatas. diterangkan bahawa kitab al-quran yang menerangkan segala sesuatu. yang bermaksud syumul. menyeluruh.

dari hadith (seerah nabawiyah: ibnu kathiir:2/163-169)

sesungguhnya agama ini tidak akan ditegakkan melainkan oleh orang-orang yang mengambilnya dari semua sudutnya

di dalam al-quran disebutkan semua bidang hidup manusia iaitu hukum Qisas [2:178] puasa [2:183] perang [2:216] jual beli dan hutang [2:282] riba [2:275] undang-undang [5:49] tidak lupa dunia [28:77]. ayat-ayat ini boleh di semak sendiri dalam alquran. banyak lagi kalau ikutkan.

di atas dasar sifat-sifat islam yang tetap dan tidak berubah inilah al-mursyid Hasan al-Banna r.m telah membicarakan asas yang pertama ini. beliau bertujuan menjelaskan sebahagian daripada perkara-perkara yang terkandung dalam islam. penjelasan yang dibuat oleh beliau ini diperkukuhkan lagi oleh al-Quran; dalam al-Quran kita temui ayat-ayat yang berkaitan hukum, solat, muamalat, kehakiman dan sebagainya.

sebenarnya penerangan tentang usul pertama ini telah diterangkan mengikut point-pointnya dan isinya telah di jelaskan. saya tidak pandai menulis tentang ini semua. tapi insyaAllah, saya boleh terangkan serba sedikit apa yang saya faham. kepada kawan-kawan terdekat. bolehla berjumpa saya kalau anda berminat ya. saya tak mahu kedekut. saya akan berusaha sedaya upaya menerangkan dengan baik. insyaALLAH..

jadi di sini saya tidak mahu kedekut. saya sertakan laman download buku usul 20 sekiranya mahu baca.

download

kalau macam saya, saya lagi suka hardcopy. kerana saya suka membaca dalam pelbagai posisi. tambahan lagi, saya dapat buku ketika daurah tempoh hari. tahun lepas agaknya alhamdulillah..sudah lama. tapi saya tak kongsikan. saya pun tak tahu kenapa.

oh ya, copy yang lebih kurang sama dengan buku yang ada di tangan saya boleh la tengok di sini
klik.

apa yang diterangkan lagi dalam usul pertama ini, bahaya kalau kita memahami islam secara silap. ini adalah ibarat kisah orang buta dan gajah. tahu cerita tu? try baca disini klik. ini pun saya google up saja. yang saya baca dari tempat lain.

dari penjelasan dalam buku yang versi panjang, ia juga ada menerangkan bentuk-bentuk penyelewengan dalam memahami islam dalam masyarakat dan kesannya, sekularisme dan bahayanya. dan akhir sekali dapat disimpulkan bahawa islam adalah kamil, syamil dan mutakamil. (sempurna, menyeluruh, saling sempurna)

tentang penerangan secara detail. saya rasa lebih baik berbincang menggunakan buku berbanding saya tulis disini. mungkin tidak begitu produktif.

kawan-kawan, saya mahu menambah sikit dari buku yang saya baru saja habiskan. katanya:

di samping mengupayakan faktor-faktor kekuatan, mujahid juga harus menghilangkan faktor-faktor kelemahan; kelemahan kemahuan, kerisauan, kesedihan, tidak produktif, ketidakberdayaan, malas, minder, pengecut, bakhil, kurang percaya diri, tidak merasa bangga dengan agamanya, dan lain sebagainya.


Rasulullah SAW mengajarkan sebuah doa agar terhindar dari faktor-faktor kelemahan tersebut,

"ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kegelisahan dan duka cita. Aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepadaMu dari kepengecutan dan kebakhilan, Aku berlindung kepadaMu dari dililit hutang dan didominasi orang lain."

(bekal dakwah, Syaikh Mushthafa masyhur page 231)

akhirnya, habis juga buku tu. lama kan saya baca? terasa juga sikit dengan ayat di atas. huhu~

okaylah. saya harus belajar sekarang. rasanya saya dah semakin lalai.

facebook ini telah merisaukan saya. lepas ini saya akan bersantun serta tidak rakus mereply wall disitu. ini kerana ayah saya sudah ada facebook dan beliau telah meng'add' saya semalam.

saya rasa ayah belum tahu tentang blog ini.

maaf saya melalut. selamat membaca ya!

akhir sekali jom renung ayat-ayat dari Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna

"zaman akan selalu melahirkan peristiwa-peristiwa besar dan kesempatan akan diberikan kepada amal-amal besar. Dunia sedang menunggu dakwah kalian; dakwah kepada hidayah, keberuntungan, dan keselamatan untuk membebaskan bumi dari penderitaan-penderitaannya. sekarang adalah giliran kalian untuk memimpin umat dan mengendalikan bangsa. demikianlah hari-hari itu Kami (Allah) gilirkan diantara manusia, dan kalian mengharap pada Allah apa yang tidak mereka harap. kerana itu bersiap-siaplah dan bekerjalah, sebab mungkin esok kalian tidak dapat bekerja lagi."

wallauhua'lam...

Monday, 16 February 2009

bekal



*hayati dan amati. bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada*

sekarang subuh macam dah lambat. dah pukul 4.45 am masih belum azan

malam semalam buat pertama kali kami buat cycle di rumah temma aka naqibah [bukan nama sebenar]. Alai aka cikgu[bukan nama sebenar] yang bagi tazkirah. cerita sirah pasal Rasulullah saw. dari baginda dapat ayat 3 surah al-maidah sehingga baginda menghembus nafas terakhir.

bila dengar kan. terasa sangat sedih. tak tahu kenapa. aku nampak temma air mata dia dah bergenang.

cuba bayangkan ketika rasulullah mengahadapi sakaratulmaut. masih menyebut "umatku umatku" berkali-kali. sentiasa berdoa untuk umatnya. tiba-tiba aku sedih. terharu juga. selama ni baca pasal fowarded email dari kisah malaikat izrael mengetuk pintu yang saidatina fatimah azzahra buka pintu.

pernah sekali aku ke satu daurah di tanah air tahun lepas. perkara pertama yang ditanya ustazah. "rindu tak kepada rasulullah?"

buat aku terfikir. rindu? ketika itu aku tak tahu bagaimana rasanya rindu kepada baginda. kalau rasa cinta dan rindu kepada Allah dapat dirasa dengan solat malam, terasa yang Dia ada dan melindungi dan sebagainya. tapi bagaimana mahu memupuk rasa cinta kepada rasulullah? aku diam.

kalau boleh rasa kasih kepada Allah kenapa tidak boleh pupuk rasa sayang kepada kekasihNya? petanda iman belum cukup mantap. belum cukup sempurna. belum cukup. tidak cukup.

sungguh. berilah aku petunjuk tentang ini semua. aku mahu menjadi muslimah yang sempurna. mahu hati dihijab dari sifat keduniaan melampau. tapi tak perasan pun ini semua. masih lagi mengharap agar hadir seseorang membimbingku. tidak boleh berdiri sendiri. bimbang aku rebah dikala cuba berdiri. masih belajar. kerana aku ini asalnya punya kisah jahiliyah sendiri. bukan dilahirkan di suasana tarbiyah. tidak kuat aku tinggalkan semua yang dulu secara drastik. kerana aku manusia. perlu masa. belajar sedikit demi sedikit. perlu sabar. perlu waktu untuk terus belajar. ehem..betulkan sedikit. seluruh pengharapan sepatutnya hanya pada Allah.

***

setiap malam sebelum tidur, aku pastikan aku baca 10 muka surat buku yang lagi 3 buah aku mahu habiskan. dalam proses ialah "bekal dakwah" tulisan syaikh mushthafa masyhur. ini bekas murabbiyah yang bagi. [terima kasih] beliau suruh aku baca muqaddimah kemudian bab 3 akhir dahulu. tapi aku lagi suka baca dari depan. jadi aku kena baca cepat-cepat supaya sampai bab tiga akhir. ehh melalut.

sebelum ini ditulis tentang hari akhirat, mati dan pelbagai jenis bekal. semalam aku sampai bab "dalam ibadah solat terdapat bekal" solat. ya. solat.

bagaimana diceritakan tentang nikmat bersujud ketika solat dan sujud merupakan posisi paling dekat antara Allah swt dan hambaNya.

Rasulullah sendiri melakukan solatnya hingga tenggelam dalam solat [terlampau khusyuk] sampai sakit bengkak kaki pun tak terasa.

siapa yang melakukan solat dengan hati yang jernih dan niat yang ikhlas, maka Allah akan melimpahkan ketenangan, rahmat, cahaya, dan hidayahNya sehingga dapat membantu pelakunya untuk mengahadapi liku-liku kehidupan dengan tenang dan mantap. [muka surat: 112]

dapatkah aku mencapai tahap di atas. kuncinya hati kan? kita tak tahu bilakah waktu mati kita. jika ditaqdirkan waktu mati ketika iman tengah goyah. apa akibatnya? takut bila bayangkan. insaf kejap. lepas tu lupa balik. sebab kita tak nampak. kita hanya tahu. tapi tak hayati.

tiba-tiba aku bermood serius pula.

kata murabbiyah ku semasa usrah online baru-baru ini. "cubalah berusaha dan berlumba-lumba untuk menjadi seorang yang dipandang Allah"

ok mahu berhenti. cukuplah tazkirah muhasabah diri di pagi yang hening ini. ditemani bunyi burung yang berkicau riang. mungkin bunyi ayah burung berpesan kepada anak-anaknya supaya duduk diam-diam di sarang. sementara dia mahu keluar bekerja mencari sesuap padi atau cacing atau ulat bulu untuk dijadikan santapan keluarga. [hyperbola tak? sebab tu aku tulis dalam belog. kalau tak, mesti orang kata aku jiwa-jiwa tak pun yoyo o]

hari ini hari isnin. kelas general surgery jam 11 pagi pula. harap-harap tidak hujan. kerana payung aku hilang.

sekian

Tuesday, 23 December 2008

*bersangka baiklah kepada Allah*

assalamualaikum wbt.

aku akan pergi ke kem ibadah. so called kem ibadah. dengan teman-teman, sahabiah dari Jakarta. ke Bogor mungkin. ini nanti akan diceritakan nanti insyaALLAH. pasti ada pengisian. aku suka. sebab aku dapat rasakan ketandusan ilmu. disini? entahlah. diri sendiri masih terumbang ambing.

suka untuk berkongsi satu lagu yang menyentuh hati. cewah.

aku ingin berkongsi tentang apa yang aku dapat dari UO [usrah online] semalam. kami bincangkan surah al falaq [subuh/makhluk].

ingin sekali aku ceritakan dari ayat pertama hingga terakhir pengertian dan tafseernya. kalau nak diikutkan ayat-ayat Allah ini, setiap huruf dan perkataan membawa maksud bukan? tapi. pasti penuh satu entry. mungkin berentry2

"aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh(fajar)"

kenapa ditekankan waktu subuh disini? sebab permulaan ialah waktu subuh dan semua makhluk di muka bumi Allah ini memulakan hari mereka bekerja dan sebagainya pada waktu subuh.

apa yang Allah turunkan kepada kita semuanya perkara baik. tapi yang buruk adalah pada sangkaan manusia.

seperti sekarang, balik dari pantai. aku diserang selsema. kemudian demam. sakit kepala dan lemah itu memanglah. tapi, kalau kita fikirkan. sakit itu bukanlah perkara baik kan? itu pada sangkaan kita. kalau difikirkan lagi demam ini bukankah satu kifarah dosa-dosa yang lalu. lebih baik kita terima di dunia dari di akhirat kan?

nampak tak. Allah membuatkan kita berfikiran positif sentiasa. beruntung kita sebagai muslim. setiap apa yang ALLAH berikan ada hikmahnya. dan kita sebagai manusia ciptaanNya. tidak tercapai akal untuk berfikir dari setiap sudut. dan hanya Allah yang mengetahuinya.

Allah berkehendak kita memilih baik atau buruk. maka setiap pilihan adalah di atas diri manusia itu sendiri. contoh ayat [92:5-10]. setiap apa yang kita pilih, Allah akan permudahkan. tak kisahlah baik atau buruk pilihan kita itu.

dalam surah ini Allah menyuruh kita meminta perlindungan dariNya yang mencipta subuh dan makhluk. ini kerana hanya Dia yang mengawal segalanya. empat perkara yang sering mengundang masalah kepada kita. dan kita boleh meminta perlindungan dari Allah:

  • ma kholaqo = makhluk
  • ghosikin iza waqob = malam yang berlabuh
  • annafasatifil u'qod = perempuan sihir yang menghembus pada ikatan
  • hasidin iza hasad = orang yang berhasad dengki
subuh adalah permulaan hari. mintalah perlindungan dari Allah supaya kita peroleh permulaan hari yang baik. insyaALLAH.

teringat mak dan ayah sangat marah kalau bangun lambat. nak bangun lambat? tinggal di asrama. terbalik kan?

sekarang baru aku lebih mengerti tentang setiap apa yang Allah beri pada kita adalah bergantung persangkaan kita sendiri. kalau baik, baiklah. kalau tak, tak lah. maka, sentiasalah minta perlindungan dariNya. minta perlindungan dari kemaksiatan dan kejahatan serta ujian kesusahan yang membuatkan kita kufur. nauzubillah.

jangan sampai tak taat kepada Allah ketika dalam kesusahan. sihir dan hasad dengki. jadilah seorang yang bijak dan baik dengan berhikmah, dipandukan iman yang sahih berlandaskan alquran dan sunnah.

p/s: doakan aku selamat pergi dan pulang selama seminggu di sana.

kata-kata penaja sebelum pergi. cewah.

"so b4 pegi..betulkan n luruskan niat masing2..kita bukan sahaja nak jayakan daurah tiap bulanan atau nak jayakan prgram yg agak akbar ni(walau bilangan tak akbar tp mission kita yg akbar iA),kita bukan nak cari ke'grand'an pd kerja or prgrm kita atau kehebatan kita dr sudut teknikal,tapi mission apa yg akan kita nak capai dan bentuk...kalau kita balik dr daurah,tp diri hanya begitu2 saja,so maybe there is sumthg wrong sumwhere..so skrg setting our mind,our mood n our mission,each of us,sepanjang daurah tu apa yg nak dibentuk dlm diri,apa yg nak dibentuk dlm akademi daurah kali ni..letak target masing2,supaya kita menjadi lebih baik dr daurah dan diri sendiri yg sebelumnya.. kalau dpt listkan lagi bagus..so nak ingatkan diri sendr ni khususnya dan akhwatfillah semua umumnya skali lagi..jangan kita terlalu stress or sedih sbb kerja kita or prgrm ni tak selancar yg dirancang..tp sedihlah kalau daurah kali ni tak membentuk apa2 dlm diri kita dan pemahaman kita,tak menjadikan kita individu yg lebih baik dr sebelumnya.. sama2 kita seimbangkan, perkemaskan dr sudut teknikal,dan maximalkan dr sudut mission iA..pergunakan kesempatan kali ni,peluang dpt kita berhimpun bersama2,jauh dr kebisingan kota jakarta dan bajai2,utk kita perkukuhkan iman, pemahaman,fikrah, akhlak,dan UKHWAH..persatukan yg lerai,perkuatkan yg lemah..sama2 kita perbaiki diri,dan saling memperbaiki iA.."

ingat tu liyana!~ mari hapal 20 hadith 40! study2...

Thursday, 9 October 2008

hadith logam

Sunday, 28 September 2008

email dari seorang teman...

Subject: SHARING IS LOVING ...MENJADI BUKAN MENCARI..SANGAT MENARIK


"Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya", kata seorang mahasiswi.

"Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!", tegas seorang mahasiswa.
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?
Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga?
Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan..
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan 'itu' walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI..
+:+ renung2kan..dan slamat beramal +:+




" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.........,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang Bertaqwa......ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia,


Wednesday, 13 August 2008

di manakah kebahagiaan yang hakiki?

salam...

pagi tadi aku bangun...aku turun bawah...tengok ayah ngan mak tengah prepare bfast...semalam aku nampak mak..hari ini ayah pon tolong emak..aku pelik..kenapa tetiba je ade perubahan camni...awal pulak tu mereka bangun..aku terus tanya.."mak ngan ayah tak kerja ke hari ini?"ayah jawab"kerja" hmmm aku pon naik balik solat sunat..pelik tak? aku confused sebenarnya..apa yang berlaku sebenarnya ni?

semalam sebenarnya aku berasa agak sedih, tak tenang, jiwa kacau..(hyperbola) well jarang betul aku tak boleh nak handle diri sendiri..biasanya kalau camni...aku akn simpan sorang..konflik dalam diri..tapi tetiba mak tanya.."ni ape hal banyak betul masalah" maybe sebab aku banyak mengeluh kot..mak pon terperasan...haih...

sebenarnye...aku tak berapa suka bila aku dah plan sesuatu tetiba ade orang lain yang interrupt then dah rancang somthing else untuk aku..dan perkara itu dah jadi titik dan aku kena ikut...

yer..memang la aku kena akur...tapi..(tiada tapi lagi) senang cite aku sedih dan rasa tak best...

orang kata maybe ade hikmah dan kita kena bersabar dan maybe ini merupakan satu petanda yang kita tidak boleh melawan taqdir..ayat macam bombastik sangat kan? aku rasa problem aku ni takdelah besar mana untuk aku 'hi lite' kan..cuma aku rasa terganggu..aku memang suka merancang...aku dah plan sejak bulan enam lagi..dan aku dah maklumkan semua kepada orang yang berkuasa ke atas diri aku..tapi...tetiba...mereka ubah..dan aku perlu patuh...

seorang sahabat kata...kita boleh mengubah taqdir dengan berdoa dengan bersungguh-sungguh... terima kasih... :)

tp..

baru je tadi kak eka kata kat aku..sebenarnye kita tak boleh mengubah taqdir..segala ketentuan dah memang ditulis kat luh mahfuz..doa dan solat hajat tu adalah satu motivasi kepada kita untuk mengadu pada Tuhan kita...kita adalah hamba...hamba yang lemah..tiada daya untuk mengubah sesuatu yang sudah Allah tetapkan...

jadi..aku perlu berfikiran positif!

kenapa orang lain susah nak faham keinginan dan kemahuan aku..maksudnya..susah untuk orang lain memahami diri kita melainkan diri kita sendiri (ayat putar dey~) tapi agak payah untuk kita menguruskan diri kita apabila kita terikat dan bergantung kepada orang lain..

macam mana tu?

entah lah aku pon tak tahu..faham-fahamlah sendiri..

kenapa aku asyik ulang payah..susah...nak tambah lagi satu perkataan sukar...

bila aku suarakan ape yang sebenarnya ada dalam hati aku..orang lain akan buat aku menangis..kenapa macam tak ada sesiapa nak menyokong impian dan cita-cita aku? adakah kerana mereka telah merancang perkara lain untuk aku?

emosi la pulak..untuk mengelakkan aku berasa malu menulis semua ini..aku rasa ada baiknya aku fikirkan bagaimana untuk mendapatkan jiwa yang tenang...

teringat sepotong ayat surah Al baqarah ; Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..

ada satu quote aku terbaca dari blog kak su "Adakala kita perlu menangis agar kita sedar bahawa hidup bukan untuk berhibur dan ketawa"

ayat tu kata adakala..tapi kalau acapkali macam mana pula..

tak mahu fikirkan lagi..aku rasa aku redha saja..di samping berusaha berkompromi (tapi macam aku tak buat apa-apa je)

kenapa aku terlampau sombong..bukankah Allah itu ada..kenapa aku tak mohon kepadaNya instead merintih sendri macam ini...yakin padaNya..insyaALLAH..Dia akan tunjukkan jalan..

plan hari ini:
pagi:
  • basuh pinggan,mop dapur
  • sidai baju
  • gosok baju
  • vacum rumah (senang cite kemas rumah)
  • susun kasut kat luar..
tengah hari
  • masak nasi
petang
  • online dengan rakus
malam
  • prepare dinner
  • kemas dapur basuh pinggan
  • basuh baju
  • tidur
semalam aku baca satu blog..aku suka ayat-ayat dia dan apa yang ditulis buat aku termuhasabah sekejap..terima kasih encik penulis blog..

ni ade something yang ingin aku kongsi bersama harap anda semua tak boring...

KEBAHAGIAAN
Jalan Lurus Mencapai Kebahagiaan
Bilal adalah seorang budak lelaki yg berkulit gelap dan menjadi hamba kepada Umayah. Ketika terbit cahaya Islam, Bilal merupakan salah seorang manusia yang dipilih oleh Allah untuk menerima taufik dan hidayahNya. Beliau bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang disembah kecuali Allah. Cahaya keimanan semakin hari semakin kukuh dan mantap di dalam hati beliau.
Pada satu masa Umayah telah mengetahui tentang keislaman Bilal. Lalu beliau memaksa Bilal untuk kembali kafir dan menyembah apa yang disembahnya sebelum ini. Tetapi Bilal tetap dengan pendiriannya. Selepas itu tuannya pun menyiksa Bilal dengan dijemur dipadang pasir yg panas terik, ditindih tubuhnya dengan batu besar dan pelbagai lagi siksaan kejam yg lain dikenakan kpd Bilal. Namun di saat diuji dan disiksa itu, hati beliau merasakan sejuknya sebuah keimanan kepada Allah swt, sehingga terkeluar dr bibir mulutnya ..Ahad(Allah maha Esa)…

Kita akan merasa hairan, dan mungkin akan segera bertanya mengapa Bilal, nabi-nabi, Rasul-rasul dan para sahabat lain begitu sabar dan redha menghadapi ujian, mehnah dan tribulasi yang begitu hebat itu?Jawabnya adalah, karena mereka telah mendapatkan sebuah kebahagiaan yang hakiki.
Kebahagian adalah satu perkara yg tidak difahami oleh kebanyakan manusia.. Kerana umumnya manusia menyatakan bahwa bahagia itu adalah kekayaan yang melimpah ruah, rumah indah dan besar, kenderaan mewah, pasangan yg cantik atau kacak, keramaian anak pinak dan penuh dengan segala kemudahan keduniaan. Memang itu semua adalah pendukung kebahagiaan di dunia, namun dalam dataran kehidupan, kita banyak bertemu dengan orang yang telah dipenuhi segala kemewahan dan kehebatan dunia tetapi tetap juga merasakan kesempitan hidup, tidak tenang, stress, bahkan tak jarang mengakhiri kehidupannya dengan membunuh diri... naudzubillah min dzaalik.

Inikah kebahagiaan ?
Mungkin ada pula yang akan berkata, kalau demikian bahagia itu harus meninggalkan urusan dunia, hidup miskin, mengembara, tidak usah punya isteri/suami dan keluarga atau………...? Itu juga bukan sebuah kebahagiaan yang benar, karena kebahagiaan boleh dinikmati oleh si kaya maupun si miskin, tua atau muda dan semua peringkat.

Berkaitan dengan hal ini para ulama mendefinisikan kebahagiaan dengan ketenangan hati, lapangnya dada, dan merasa cukup dengan pemberian Allah. Itulah kebahagiaan, dan segalanya hanya boleh diperolehi dengan keimanan yang benar, sebagaimana sabda Rasulullah saw;

"Sungguh menghairankan perkaranya orang mukmin, kerana setiap perkaranya akan baik baginya, apabila dia mendapatkan kenikmatan maka dia bersyukur dan itu baik bagi dia, dan apabila ia mendapatkan musibah maka ia bersabar maka itupun baik bagi dia" (HR Bukhari)

Merasai ketenangan, kebahagiaan, dan keamanan itu adalah pekerjaan hati. Bukan pekerjaan jasad. Hati itu adalah Raja. Tenang di situ bermakna tenanglah kehidupan jasadnya.Bila hati diisi dengan keimanan yang mantap dan kuat maka bila diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian pun jiwa/hatinya tetap tenang (mutmainah) yakni bersifat sabar dan redha terhadap segala perbuatan atau pekerjaan dari Allah swt. Pandangan mereka yang mencapai makam ‘mutmainah’ adalah bila segala apa yang berlaku disekeliling mereka adalah datang dari Allah swt. Mereka telah nampak zat, asmak dan afaal Allah ditajali(dizahirkan) disekeliling mereka. Jiwa seperti inilah yang telah digambarkan dalam firman Allah swt:

“Wahai jiwa yang tenang(mutmainah).
Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan lagi diredhai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,
dan masuklah ke dalam syurga-Ku”. (Al-Fajr:27:30)

Inilah peranan sebuah keimanan atau aqidah yang benar, yang menghantarkan seseorang kepada kebahagiaan yang sebenarnya.
Dunia memang tidak pernah sepi dari kesedihan dan kesenangan, kemudahan dan kesukaran. Menghadapi hal tersebut seorang insan muslim yang beraqidah lurus akan selalu cekal dan tabah menghadapi goncangan badai kehidupan.Beraneka ragam musibah, seperti kekurangan harta, kekurangan jiwa (kematian anak atau keluarga), kekurangan bahan makanan, pakaian atau ancaman, insya Allah akan mampu diatasi dengan kesabaran. Di dalam hatinya dipenuhi rasa harap kepada Allah, pergantungan kepada Allah secara mutlak, tawakal, sabar , dan ridha terhadap ketentuan Allah. Tidak goyah dan bergoncang keimanannya dengan ujian-ujian tersebut bahkan semakin kukuh, mendorongnya untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan mengikhlaskan doa hanya kepadaNya semata. Benarlah firman Allah swt yg bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun"
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (albaqarah:153-157)

Sabda Rasulullah SAW:

"Apabila engkau meminta mintalah kepada Allah dan apabila engkau memohon pertolongan maka mohonlah kepada Allah." (H.R. Tirmidzi)
Maka disaat itulah bertambahnya ketenangan dan kebahagiaan di dalam hatinya, yang kebahagiaan itu tak dirasakan oleh mereka yang tak kenal akan Tuhannya (makrifatullah). Ia pun yakin akan firman Allah :

"Apabila Allah menimpakan bahaya kepadamu maka tidak ada yang mampu mengangkatnya kecuali Dia." (QS Al An 'am)

Hal tersebut di atas berbeza dengan mereka yang lemah aqidah dan imannya. Ujian yang datang sering membuat goncang, putus asa, mengumpat takdir atau terkadang lari kepada hal-hal yang lemah seperti meminta bantuan manusia, jin dan makhluk-makhluk yg lain.

Insan yang beraqidah lurus akan menjadi peribadi yang penuh dengan keindahan. Hal ini karena jelasnya tujuan hidup yang ia miliki, hendak ke mana, untuk apa dan mengapa dia hidup di dunia. Maka jelaslah arah tuju perjalanan dia, sangat pasti ia melangkah dan tak ragu-ragu untuk meneruskan kehidupan. Ia sangat faham dengan tujuan hidup dia…….

"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu."
(QS Adz dzariyat : 56)

Allah saja yang dia harap ridhaNya, bukan yang lain. Sesuai dengan firman Allah swt yg bermaksud:

Allah meredhai mereka, dan mereka juga redha kepada Allah, dan Allah telah menyediakan bagi mereka Syurga-syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah keutungan yagn besar.” (at-Taubah:100)

Sehingga fikirannya pun tidak bercabang dan berranting, hanya satu. Berbeza dengan mereka yang punya banyak sembahan tak tahu tuhan mana yang harus ia cari ridhanya. Sehingga wajar Nabi Yusuf mengatakan kepada dua temannya di penjara.

"Wahai penghuni penjara apakah Tuhan-Tuhan yang banyak itu lebih baik ataukah Allah Yang Maha Tunggal dan Maha Kuasa." (QS. Yusuf)

Apakah kesannya bila mana jiwa atau tidak tenang?
Kesan drpd jiwa/hati yg tidak tenang maka berlakulah kes-kes yg kita lihat pd hari ini seperti Black Metal, pembunuhan sesama manusia , penderaan terhadap isteri dan kanak-kanak,penceraian di antara suami isteri, penganiayaan kpd golongan yg lemah , penindasan, rompakan, bohsia, bohjan, menjual maruah dan pada akhir sekali ialah kes membunuh diri.

Kes membunuh diri kursus terjadi di sebuah negara maju dimana pemuda dan pemudinya tidak berharap untuk hidup lagi. Mereka tidak mempunyai tujuan hidup yang jelas, mahu ke mana hidup ini diteruskan, mengapa ia harus dilahirkan dan hidup. Kata kunci yang kita dapatkan adalah , mereka tidak kenal akan islam dan aqidah islam yang lurus. Maka, penggalian nilai-nilai kesempurnaan Islam yang diawali dengan aqidah adalah hal yang diperlukan lagi.

Mari kembali kepada Islam... !
Bagaimanakah ingin mencapai keimanan yang mantap dan jiwa yang mutmainah?
Berkata Ariffbillah yakni orang yg telah sampai makam(martabat) jiwa mutmainah…

1) Menuntut ilmu (berguru)
2) Amalkan solat-solat sunat
3) Baca al-quran dengan menghayati dan memahaminya dan seterusnya beramal.
4) Berzikirullah (ingat kpd Allah) sentiasa
5) Mujahadah melawan hawa nafsu yg berlebihan

Dan pelbagai lagi cara dan teknik untuk memantapkan keimanan dan mencari ketenangan jiwa/ hati..dan apa yg digariskan diatas adalah perjalanan yg telah dilalui oleh Arifbillah.InsyaAllah dengan amalan2 sunat diatas kita semua dapat mencapai ketenangan jiwa seperti yg dikehendaki oleh Allah swt dlm firmannya di atas. KITA REDHA KEPADA ALLAH DAN ALLAH REDHA KEPADA KITA.


Kesimpulan:
Hakikatnya, kebahagiaan,kejayaan dan ketenangan tidak berada didunia. Ia berada di langit. Ia adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba yang dikasihiNya. Harta,pangkat, keluarga, kekuatan,kebijaksanaan dan lain-lain hanyalah pagar-pagar untuk memantapkan kebahagiaan. Justeru itu, walaupun ramai manusia yang memiliki segala-segalanya di dunia ini, tetapi kebahagiaan tidak mereka miliki. Dan berapa ramai manusia yang tidak memiliki apa-apa tetapi hidup mereka disinari kebahagiaan.Hidup ini adalah perjuangan. Jadikan dunia sebagai sahabat kamu untuk mendapatkan syurga. Janganlah kamu meninggalkannya.Hanya ditangan orang-orang soleh dunia akan menghentikan tangisannya. (Al Fakir)

Wednesday, 30 July 2008

isra' mikraj

Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.
(Surah Bani Israil: 1)

sempena hari ini merupakan 27 rejab..iaitu hari isra' mikraj..ni ha nk post kisah isra'..recall2..kite kan manusia yang sering lupa...enjoy reading!

Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. (Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani).


Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad)


Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.


Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia)


Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah:

  • Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang


Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur
  • Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti.


Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
  • Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka.


Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
  • Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah


Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
  • Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan


Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
  • Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti.


Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
  • Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi.


Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
  • Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.


Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
  • Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu.


Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
  • Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti


Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
  • Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti


Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
  • Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti


Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah
  • Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu


Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
  • Nabi tercium bau yang amat harum


Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
  • Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang


Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
  • Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya.


Gambaran orang yang makan riba'
  • Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.


Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.


Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.


Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.


Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.

Langit pertama Nabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia.
Langit kedua Berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya.
Langit ketiga Berjumpa dengan Nabi Yusof
Langit keempat Berjumpa dengan Nabi Idris
Langit kelima Berjumpa dengan Nabi Harun
Langit keenam Berjumpa dengan Nabi Musa
Langit ketujuh Berjumpa dengan Nabi Ibrahim

Friday, 11 July 2008

cinta itu anugerah

Cinta Itu Anugerah

Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan ". (Al Hujwiri -Kasyf Al-Mahjub )

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan , jangan biarkan ia hilang.

Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan.. . namun ia hadir kerana ketentuannya. ...jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan... namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan

Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali.

Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang. Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang itu.

Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya. Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.

Cinta itu satu siksaan jika tiada kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuat kepastian... gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa jua keputusan yang bakal diterima, tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita.

Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah segala -galanya.

Untuk bercinta kita mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran. Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.

Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati

Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.

Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya.

Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib, apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.

Cinta yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan. Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan. Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung GEMENTAR.

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya.

Jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya berbohong.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

"Sharing is Caring"

p/s:cik muna liyana yg foward mail ini..(xmungkinlah aku yg mnulis sebegini hebat ttg cinta..cinta?) walau ape pon..yg ak sedari dan plg ak hargai apabila rasa cinta agung antara Tuhan dan hambaNya..kemanisan 'dating' dapat dirasa ketika sejud di sepertiga malam terakhir..sungguh..rasa nak nangis..sangat indah perasaan itu..cuba sekali pasti nk lagi

Sunday, 1 June 2008

apakah engkau menginginkan kebahagiaan?

Apakah Engkau Menginginkan Kebahagiaan?
www.iLuvislam.com
oleh : everjihad

Ukhti (Saudariku) Muslimah,

Sesungguhnya kebahagiaan itu semuanya ada dalam ketaatan kepada Allah. Kebahagiaan seluruhnya ada di dalam meniti di atas manhaj (jalan) Allah dan di jalan Rasulullah, Allah berfirman:

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. (Al-Ahzab: 71)

Sesungguhnya kesengsaraan (kemalangan) seluruhnya ada dalam kemaksiatan kepada Allah dan kebinasaan seluruhnya ada pada selain manhaj Allah dan Rasul-Nya, Allah berfirman:

Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata. (Al-Ahzab: 36)


Saudariku Muslimah,

Allah telah memuliakanmu, mensucikanmu dan mengangkat kedudukanmu. Tidak ada ajaran manapun yang lebih tinggi mengangkat darjat wanita selain ajaran Islam. Bahkan Allah banyak menurunkan hukum-hukum yang khusus berkenaan dengan masalah wanita di dalam kitab-Nya yang mulia. Sedangkan sebelum Islam, wanita dijadikan barang dagangan yang murah dan hina, bagaikan perhiasan yang tidak ada nilainya. Hina di mata walinya, hina di mata keluarganya, serta dihina kan oleh masyarakat. Oleh karena itu terkadang ia diperlakukan seperti binatang, bahkan perlakuan mereka terhadap binatang lebih baik daripada memperlakukan wanita. Sesungguhnya engkau, wahai saudariku muslimah, tidak akan mendapatkan kemuliaan kecuali dalam agama ini, maka berpegang teguhlah (dalam agama ini) dan dengarkanlah firman Allah yang telah menceritakan kisah orang terdahulu, mestilah engkau selalu mengingatnya agar engkau memuji Allah atas kenikmatan yang engkau dapatkan.

Allah berfirman:

Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah ia akan memelihara dengan menanggung kehinaan, ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup) ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu. (An-Nahl: 58-59).

Saudariku Muslimah,

Sesungguhnya musuh-musuhmu banyak sekali, dan sesungguhnya orang yang ingin memanfaatkanmu dalam upaya meruntuhkan agama, rasa malu dan keutamaan banyak sekali, dan boleh jadi mereka itu dari kalangan kita sendiri. Salah seorang dari mereka (musuh-musuh Islam) berkata: "Tidaklah keadaan negeri Timur menjadi makmur melainkan apabila seorang pemudi melepaskan hijabnya dan membenamkan (menguburkan) Al-Qur'an dengannya!". Sesungguhnya dengan hal itu mereka ingin mengeluarkanmu menuju kesengsaraan dan kebinasaan, mereka mengajakmu menuju neraka Jahanam. Maka jika engkau menyambut mereka, mereka akan melemparkanmu ke dalamnya. Mereka ingin agar engkau menjadi wanita durhaka, yang berbuat fasiq dan membuka aurat. Mereka berusaha mengiringimu. Mereka menunggumu dengan sangat sabar agar engkau melepaskan abaya (pakaian muslimah) serta melepaskan hijab dengan segala kesinambungan, yaitu melepaskan keimanan, rasa malu dan kesucian, kemudian engkau akan meninggalkan kewajiban-kewajiban lain nya. Pada saat itu, perbuatanmu tersebut menyenangkan mereka (para musuh), mereka mempermainkanmu seperti anak-anak bermain dengan bola, dan mereka mempermainkanmu seperti anjing-anjing bermain-main dengan bangkai, semoga Allah menjagamu dari mereka.


Saudariku Muslimah,

Buatlah mereka menjadi marah, dengan tidak memperhatikan mereka dan tidak mendengarkan mereka, buatlah mereka menjadi bersedih dengan keteguhanmu berpegang pada agamamu, dengan menjaga rasa malumu dan beriltizam (berpegang teguh) dengan hijabmu.

Apakah engkau tidak mendengar sabda Nabi :

Dua golongan ahli neraka yang aku belum pernah melihat keduanya (dan beliau menyebutkan): Para wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang, mereka menyimpang dari jalan yang benar dan memperlihatkan kejelekan mereka kepada orang lain, kepala mereka seperti punuk unta yang miring mereka tidak akan memasuki surga, dan mereka tidak akan mendapatkan bau surga, sesungguhnya bau surga tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian. (HR. Muslim).

Para ulama berkata: makna para wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang adalah bahwa mereka memakai pakaian akan tetapi pakaian-pakaian itu ketat, tipis atau tidak menutup seluruh badan.

Saudariku Muslimah,

Agamamu adalah bentengmu yang amat kukuh, (untuk) memelihara kesucian, rasa malumu dan kemuliaanmu. Agamamu memerintahkanmu untuk berhijab dan memiliki rasa malu. Bila saja engkau meninggalkan perintah ini, maka engkau akan ditimpa azab Allah di akhirat sedangkan di dunia engkau menjadi mangsa serigala-serigala manusia yang ingin mencuri kesucianmu agar engkau merasakan kesusahan (kesedihan) sepanjang hidup. Akan tetapi sebahagiannya semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka yang telah mendengar seruan serigala-serigala itu, tetapi malah bekerja untuk mereka.




Saudariku Muslimah,

Takutlah engkau kepada Allah dan laksanakanlah tugas-tugas yang Dia wajibkan kepadamu. Apabila hatimu mengeras maka ingatlah bencana yang telah menimpa orang lain. Engkau tidak tahu bilakah bencana itu akan datang kepadamu, sesungguhnya itu adalah maut yang pasti terjadi.

Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali-Imran: 185)


Ingatlah wahai wanita hamba Allah, pada hari di mana engkau diletakkan dalam kuburan, dalam lubang yang gelap dan sepi itu. Ingatlah ketika sangkakala ditiup dan engkau dikumpulkan bersama para makhluk dalam keadaan tidak memakai alas kaki, telanjang dan kebingungan. Matahari benar-benar akan dekat darimu kurang lebih satu mil, dan engkau akan dipanggil dengan namamu diantara para makhluk untuk dihisab. Bagaimana keadaanmu ketika itu wahai hamba Allah, Di mana persiapanmu wahai wanita yang lalai? Apakah jenis pakaian akan bermanfaat ketika itu? Apakah lagu-lagu yang menghiburkan, filem dan majalah-majalah (yang merosakkan) akan bermanfaat? Apakah barang-barang permata akan bermanfaat?

Tidak demi Allah!
Hal itu tidak akan memberikan manfaat sedikitpun selamanya. Yang bermanfaat hanyalah kebaikan-kebaikan, dan amal-amal shalih, setelah mendapatkan rahmat dari Rabb bumi dan langit.



Ingatlah, bertaqwalah kepada Allah, wahai engkau yang bercampur-baur dengan laki-laki. Bertaqwalah kepada Allah, wahai engkau yang keluar (rumah) dalam keadaan memakai wangi-wangian menuju pasar-pasar dan jalan-jalan. Bertaqwalah kepada Allah wahai engkau yang menawarkan dirimu untuk berkhalwat (menyendiri) dengan laki-laki asing. Tidaklah seorang laki-laki bersepi-sepi (berduaan) dengan seorang wanita melainkan setan menjadi orang yang ketiga (diantara) keduanya. Bertaqwalah kepada Allah wahai engaku yang mendidik anak-anakmu dengan pendidikan yang tidak baik atau tidak benar. Ini terjadi apabila engkau tidak mengingatkan mereka dengan ketaatan kepada Allah, tidak menasehati mereka dan tidak menunjukkan mereka pada apa-apa yang dapat memberikan manfaat di dunia dan di akhirat. Bertaqwalah kepada Allah dan jagalah dirimu dari menjadi barang mainan orang-orang yang lemah iman. Bertaqwalah kepada Allah dan kembalilah pada petunjuk sebelum datang suatu hari yang pada hari itu hati-hati dan pandangan-pandangan (mata) dibalikkan. Ketahuilah bahwa azab Allah sangat keras, dan sesungguhnya engkau -demi Allah- tidak akan kuat merasakan azab neraka. Sesungguhnya gunung-gunung jika dilewatkan pada neraka maka dia akan meleleh
karena kuatnya panas neraka. Maka dimana engkau wanita yang lemah dibandingkan dengan gunung-gunung yang perkasa Sesungguhnya engkau mampu bersabar atas rasa lapar dan haus, dan engkau mampu bersabar atas bahaya. Akan tetapi demi Allah yang tidak ada ilah (penyembahan) selain Dia, tidak ada kesabaran bagimu terhadap neraka. Ingatlah, maka selamatkanlah dirimu dari neraka sebelum terlambat. Ketahuilah bahawa dunia ini pasti akan berlalu dan akhirat adalah tempat yang kekal.

Semoga Allah memberimu taufiq kepada apa-apa yang dicintai dan diridhai oleh-Nya, dan semoga Allah memberikan manfaat kepadamu dari apa-apa yang engkau dengar dan engkau baca, Semoga Allah menyampaikan selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya seluruhnya.