
semalam
ayah nak belikan burger ramly yang gerai jual tepi jalan sebab saya teringin. tapi tak jadi sebab dah malam. lagipun mesti abang jual burger balik kampung beraya. takkan nak biar ayah beli pula. apa punya anak. huwu~
TERIMA KASIH AYAH SEBAB CARE!!!
hari ini
emak kata tak sempat nak buatkan sira pisang. kegemaran saya. saya kata tak payah buatlah. dah lambat nanti. buat susah emak saja. ayah pula kena pergi ambil afiq, sepupu saya pagi ini di lapangan terbang subang. emak hantar ke KL central sahaja. saya ke lapangan terbang menaiki bas. ayah kata kalau sempat dia akan ke KL central berjumpa saya untuk kali terakhir. tapi mungkin tak sempat.
TERIMA KASIH EMAK SEBAB BANYAK SEBAB!!!!
TERIMA KASIH HASIF SEBAB TEMANKAN SAMPAI AIRPORT DAN BELANJA TAMBANG BAS!!!
kapal terbang yang saya naiki agak memeningkan. entah kenapa loya semacam cara pilot ini bawa. macam terhuyung-hayang. pilot atau saya yang pening lalat. sampai tunggu sampai semua orang turun. amal pula tercicir cincin
sampai saja di tempat imegresen. beg kena tahan sebab scan ada benda mencurigakan. mungkin sebab ada tulang ayam. dalam itu ada buku-bukuan, ada frozen food. burger ramly, ayam goreng, fries dan pelbagai lagi.
tiba-tiba..
saat nak buka depan orang imegresen. TAK BOLEH buka. mungkin saya ter reset. mujur bapak itu baik hati melepaskan saya pergi.
TERIMA KASIH BAPAK IMEGRESEN!!!!
balik rumah. tertekan sangat nak buka. kunci yang guna number. nak tak nak. try dari nombor 000 sampai 999 tak boleh juga! berpeluh juga. amal dan fatin farhana tolong . akhirnya. terpaksa cungkil menggunakan lecron. berguna juga lab instrument. merompak beg pun boleh, carve wax pun boleh. wallamak. tapi, kunci untuk beg wassalam lah jawabnya.
TERIMA KASIH YA ALLAH SEBAB KURNIAKAN ORANG-ORANG YANG PENUH KASIH SAYANG DAN BENDA YANG BERGUNA UNTUK DIMANFAATKAN
homesicknya. kedai makan di sepanjang sukawening masih bercuti. suasana juga sunyi. sake nampak macam nak tutup for good saja. sedih betul. di mana pakcik sake, masih lagi misteri. kedai jus sebelah pun tak perasan mana dia pergi. oh, sake itu kedai makan jual makanan simple orang bujang. seperti roti bakar, meggie. dan sebagainya. ada juga nasi ayam bakar ada sambal yang pedas yang memaksa orang beli air lebih.
tadi makan di jatos. beli nasi kepal di KFC. groceries tak beli lagi. cammana nak masak. jawapan untuk orang yang akan tanya apsal tak masak je.
sekian saja laporan kali ini. nak berkabung. homesick.
tadi makan di jatos. beli nasi kepal di KFC. groceries tak beli lagi. cammana nak masak. jawapan untuk orang yang akan tanya apsal tak masak je.
sekian saja laporan kali ini. nak berkabung. homesick.
p/s: title cerita di atas akan di gunakan bila adik-adik tak nak tolong buat kerja rumah. drama TV3 zaman bila entah.
p/s2: cerita KCB2 dah keluar. dvd original tak keluar lagi.



.jpg)

.jpg)

.jpg)












