Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

Tuesday, 8 December 2009

mail

Yana,
Ayah baru baca email kat airport Kota Kinabalu dalam perjalanan balik ke KL. Thanks for the email.
Jangan risau. Everything is fine. Jangan fikir banyak-banyak sangat. Just do what you want to do.
Dont worry, be happy. OK. Ayah di Seoul full time dengan conference tak sempat pun nak tengok bandar Seoul properly.
Acara dari pagi hngga malam. Lagipun dah nak winter. Suhu 1darjah Celcius. Tak berani nak keluar k mana-mana. OK. Flight dah nak naik.
Kena masuk dah. Keep in touch. Assalamualaikum.

*itu pasal dia sayang ayah dia*


sejak kebelakangan ini, semua perlu kita selesaikan. perlu perhatian. akademik bukan akademik. sekarang, semua benda adalah penting. tapi kena pilih yang betul-betul penting walaupun terpaksa tolak yang satu yang penting juga.

bila perkara seperti yang di plan tak jadi, lepas satu benda selesai, benda yang lain datang pula. lepas itu bertimpa-timpa. lepas itu bila ada silap sikit rasa nak melenting. rasa nak marah. sorry emosi pula dia. orang yang nampak takkan faham apa yang orang hadapi itu rasa. tak adillah rasanya kalau orang yang tengok itu bagi persepsi sendiri lalu anggap ia mudah. sibbaik bukan jenis mengamuk baling pinggan kerusi meja. hempas pintu. lagi suka diam.

taknak solusi. nak orang dengar je. nak orang bagi pinjam bahu je. tak nak nasihat dan cara selesaikan masalah. taknak. semua itu orang boleh fikir sendiri. cuma nak orang dengar je.

betullah, tidak boleh hidup seorang. perlu ada juga orang kena bagi kata-kata semangat. terima kasih fatihah. terasa nak balik sangat. ramai kawan-kawan balik cuti krismas sebab dah tak tahan. kalau balik, nanti susahkan emak dengan ayah saja. kadang-kadang kena tahan perasaan homesick dan kena kuat mental. dah ini perjanjian yang dah dibuat dengan ayah dengan mak sebelum sampai sini. inilah pengorbanan. jangan fikir benda selain tanggungjawab dan tugas sebenar.

baiklah.

baiklah.

baiklah.

dulu dia selalu rasa nak jadi macam mak atau ayah bila besar. tapi ayah kata, takyah. jadi seorang yang lagi berjaya dari mak dengan ayah. masa itu teman ayah outstation. masa dalam perjalanan, ayah bagi talk (err..) sikit. last-last sebab itu tolak tawaran TESL kat oaklan dulu. sebab ayah yang suruh. tak. ayah tak suruh. tapi macam suruh secara halus guna psychology.

mana pergi semangat?






















_ok dah

*tarbiyah dzatiyah*

Tuesday, 25 August 2009

hamper

talifon tak ada nak buat alarm bangun pagi. rosak. tapi tadi tetiba terbangun sendiri. itulah, lain kali jangan berharap pada alarm clock. cuba guna biological clock. berdoa dengan sepenuh mengharap bangun pukul 4 pagi, tepuk bantal sambil berdoa dan pejam mata kuat-kuat supaya boleh bangun dengan sendiri tanpa dikejutkan oleh anasir-anasir elektronik yang kadang-kadang tak boleh di harap. [hah apa kamu merepek ini]

sekarang dah subuh. hah semua orang tidur. baru boleh guna ini komputer. merajuk dengan zati sebab dia buat perangai. dia buat perangai sebab kata kakak dia si punca. nak dijadikan cerita. pada suatu hari. masjid dekat dengan rumah ada buat karnival hari keluarga. sempat juga membeli belah baju sehelai dua. eh, jangan terpesong. lepas itu. dah tengah hari. panas gila ajak zati balik. kami dua je yang pergi. zati ah ni. nak sangat pergi lepas itu tak ada siapa teman lepas itu kakak sulunglah kena teman. ceh. zati kata nak tunggu cabutan bertuah yang entah bila. then pujuk die makan cendol sebab nak balik juga. confirm tak dapat punya lah.

dah lah tensen, masa daftar game tiup belon sampai pecah. nak daftar nama zati ah. sekali kakak yang tulis nama itu cakap camni " mak dia pun boleh masuk juga. acara gubah bunga telur"

watte.. ape? mak dia? MAK? gubah bunga telur? GUBAH BUNGA TELUR??? haiya. muka dah standard muka seorang ibu kanak-kanak sebelas tahun. tak boleh nak kata apa dah ah. duduk rumah lipat baju sambil tengok drama bersiri je ah. ceh. CEH.

tapi bajet cool saja. jadi photographer orang tiup belon. kanak-kanak kiut bernasyid, ustazah sekolah agama, orang tua cek darah, orang cek resdung. ha ha.

sambung balik cerita.

sekali...dah beberapa minit kat rumah. kawan zati call cakap dapat hadiah pertama cabutan bertuah. siap ambil gambar tunjuk kat dia. apa lagi..mengamuklah kanak-kanak 11 tahun itu. hah.. kak na telah dipersalahkan. kawan dia pun satu. siap ambil gambar lagi. entah apa motif.

ayah pun kata pasal rezeki. kalau bukan rezeki kita, kita tunggu pun belum tentu kita dapat. maknanya tak ada rezeki lah tu. ahh, dia tak peduli. menangis bergolek-golek.

kakak dia cakap sorry sambil makan cendol. habis itu, nak buat apa. tapi sebenarnya rasa bersalah juga. sampai sekarang nak ungkit.

tapi buat tak tahu. dah tak ada rezeki dengan hamper hadiah pertama. mana tahu rezeki dekat hadiah peti ais cabutan bertuah tahun depan..

p/s:kakak pun tak matured sama macam adik.
p/s2: malas nak berdebat pasal boikot barang. semua nak cari gaduh. ((^^$$#@$&^*&$!!!!

Thursday, 9 July 2009

baabun pintu


hari itu. angin begitu kuat menghempas dedaun pintu di asrama puteri. sudah menjadi rutin, di kala pelajar putera menunaikan solat jumaat, pelajar puteri diulit mimpi. itupun kalau tiada usrah dari ustazah yang menjadi warden ketika itu. jarang sekali ada.

hah, dengar bunyi ini. GANG!! kreeeeet GANG!! [ini bunyi pintu tertutup dengan ganas]

lagi beberapa minit waktu prep petang akan bermula. aku bingkas dari katil double dec [panggilan katil dua tingkat oleh eika, kawan satu katil dua tingkat] pergi buang plastik air teh ais yang tersangkut di tingkap. dibeli ketika balik kelas tadi. berjalan perlahan ke tong sampah. mamai tidur siang masih bersisa.

aku campak plastik air teh ais ke dalam tong sampah hitam di luar dorm dengan gaya menjaringkan gol bola keranjang. GOL!! bersorak dalam hati. aku buat pusingan tubuh 180 darjah berpaling ke belakang dengan penuh gaya untuk kembali ke dorm c2.4.

tiba-tiba..

kreeet GANG!!! tepat kekisi pintu kayu yang begitu gah lagi sasa fizikalnya mengena kepala. Aduh! aku hilang imbangan. terhuyung-hayang sekejap. pening lalat. cepat-cepat kembali keadaan waras. aku toleh ke kiri dan kanan. bimbang junior lalu lalang untuk ke bilik air. uish, kalau sesiapa nampak. memang jatuh standard! kakak senior langgar pintu!! KAHKAHKAH. (*&^%$@#$%^&(*&^ nasib menyebelahi diri, tiada sesiapa. syukur alhamdulillah. jika tidak, sudahlah sakit, ditambah malu pula.

tak semena-mena aku rasakan seperti sesuatu mengalir dari kening. merah. DARAH! panik! mula terasa pedih dan berdenyut yang teramat sangat di bahagian luka. aku tekup tempat luka untuk hentikan pendarahan. namun, gagal. cepat-cepat meluru ke dalam dorm. panik! rakan-rakan yang lain juga. mana tidak, darah tidak berhenti mengalir. eika, menghulur sekotak tisu. mardex dan yang lain mendapatkan aku. tanpa sedar aku menangis. menangis dengan dahsyat. tapi jujur aku katakan, aku menangis bukan kerana sakit. tapi terkejut. eh, tak. terkejut mungkin sedikit saja peratusannya. tapi yang paling aku ingat aku menangis kerana aku bimbang BERPARUT! wah, baru belasan tahun ketika itu tapi wajah sudah seperti samseng. Oh, TIDAK!!!!

mardex bawa aku ke bilik operasi pengawas ketika itu. kak ida, ketua pelajar ketika itu menyuruh aku berbaring, untuk mengelakkan darah terus mengalir. semua mengandaikan keningku perlu di jahit kerana bukaan pada luka itu agak dalam. warden bertugas yang membawaku ke klinik juga!! aku panik! serius. adalah satu dua ayat yang agak dungu aku keluarkan yang buat mereka tergelak. hah, aku tak mahu di jahit oleh sesiapa!!

cikgu warden yang paling di sayangi dan agak garang ketika itu membawa aku ke klinik. wee~ tak kena jahit! doktor itu tere sekali. adalah, cara dia merawat aku ketika itu tapi yang pasti beberapa hari juga kening berbonjol bandage. dan yang paling pasti, LUKA ITU MENINGGALKAN PARUT. tanda ingatan kasih sayang pintu dorm sebelah mahu aku simpan. mungkin. terima kasih incek pintu.

tulisan ini kenangan yang aku mahu semadikan di sini. ayat yang entah apa-apa yang aku keluarkan itu, biarlah aku rahsiakan. hanya mardex yang tahu. dan ianya sungguh memalukan. entah mardex masih ingat atau tidak aku tidak pasti.

Sunday, 5 July 2009

love of my life





hari ini melakukan dua kesilapan yang mengecewakan. sungguh sedih sekali
pertama, di luar sedar menolak untuk menemani ayah menghantar abang ke kolej. ini betul-betul luar sedar. BETUL.

kedua, pada jam 10 malam, ayah minta buatkan nescafe. lepas itu, masak air. menoneng-noneng lalu terlupa lalu ayah pun naik tidur. mak kata ayah merajuk. saya betul-betul TERlupa. lepas itu pergi naik ke tingkat atas tanya ayah. dia kata dah nak tidur. kamu ini liyana *^%$%^&*(*%$%^&^%. performance tak baik. tsk~ habis reputasi.

***

banyak perkara yang nak di ceritakan. ayah telah mengkiwikan kasut saya. hoh. kasut yang berkusam itu seperti baru! tak pernah kiwi sepanjang beli. wah, sungguh terharu sekali! lalu, meminta saya memuat turun lagu zaman 70-an. queen. zaman rambut kembang. heh. lepas itu bercerita tentang lagu bohamian rhapsody berminggu-minggu menjadi top di UK. tapi di ban di malaysia. sebab? hehe. rahsia. ayah, kenapa penyanyi dia macam lembut saja. oh, inikan style zaman 70-an. oohh

hari itu mencuba resepi internet membuat pancake seperti dalam TV. wah, mendapat kritikan dari pemilik restoren nasi dagang yang berkunjung di rumah. katanya terlebih serbuk penaik. heh. dah buat macam dalam resepi. haih. tak apa tak apa. boleh cuba lagi. lalu mensuruh semua orang meletakkan honey dan chocolate syrup serta bluberry banyak-banyak untuk menyembunyikan rasa serbuk penaik itu. $%^&*&&^%$^ okay, isnin ini dan hari hari seterusnya breakfast pancake lagi! kakna nak berlatih sampai terer. hah?! taknakkk!! ceh. tak supportive langsung. lepas itu, ajak nasran, anak jiran sebelah rumah makan pancake itu juga. habiskan stock. resepi untuk 10 orang makan. banyak lebih. tiada komen dari nasran. hekhek~ nasran dengan kak suhana berborak tentang drama bersiri nur kasih. rasa macam lawak sebab perbualan antara wanita berkerjaya berumur 27 tahun dengan kanak-kanak lelaki sekolah rendah tentang drama bersiri?!! $%^&*&^% boleh masuk pula mereka berdua. tiba-tiba izzati pun boleh join. watte.. beralih kepada yuna dan seterus seterusnya. heh

hari jumaat harijadi izyan. dia balik dari asrama, sabtu, harijadi ayah. malam, satu keluarga buat makan-makan dan berBBQ. oh, abang juga pulang dari kolej. hasif sahaja di balik pulau. tidak cuti. ha ha best lah. kasihan itu orang yang di balik pulau. begitu jeles sekali ketika mentelefon rumah. tak apa, nanti boleh tengok gambar dekat facebook abang ada upload, he he. cis, baik tak payah ha ha. oh, ada juga jemput saudara mara dan jiran datang. heh. emak memang suka masak dan ajak ramai orang. ada nasi kerabu, laksa kelantan, dan side-side dish lain, serta kuih muih. orang kedah kena mengalah. ayah kata, tak kiralah siapa yang ada atau tak ada. tapi yang penting kita satu family berkumpul dan bergotong royong buat kerja sama-sama.








sudah sudah. gambar. cukup.

masih terasa ralat dengan diri. sedang berfikir macam mana nak betulkan keadaan. tadi abang demam setelah makan banyak malam itu. balik kolej dalam keadaan yang pendiam. eh, dia memang pendiam, tapi kali ini lebih pendiam lagi. izzati sihat. izyan, balik sekolah dengan gembira kerana mendapat banyak hadiah. ayah? tak dapat nescafe dari anak sulung. waaaa~~

*hargai keluarga walaupun kadangkala terasa seperti kehidupan dalam sitkom*

p/s: tadi minum air tebu. :p

Sunday, 14 June 2009

diari: dia suka kerbau

di atas ini gambar depan bilik jueann. dia sangat suka gambar ini kerana ada haiwan kegemarannya iaitu kerbau tihihihi kalaulah dia baca ini. internet rumahnya rosak~. ini masa orang tengah bajak. bila padi dah tumbuh. cantik. kabur sebab zoom paling maksimum. bestlah sebabnya, bukan senang nak jumpa semua ini. kampung dekat kedah tak ada pun padi. ada pokok kelapa saja. kampung di kelantan tak ada juga sebab dah lama tak balik dan macam dah tak ada kampung sebab sejak tadika mokwo n tokcek di sana dah tak ada lagi. T_____________T

pernah baca if you could see me now? tulisan cecilia ahern. ini penulis p/s: i love you. mantaplah ceritanya. tentang imaginary friend kanak-kanak. padanlah kadang-kadang tengok adik kecil bercakap sorang-sorang.

ini buat saya recall balik adakah saya juga ada imaginary friend macam ini. TAK INGAT LANGSUNG. tapi yang saya tahu, saya selalu anggap saya ada kembar. eh betul. saya selalu rasa macam ada kakak kembar. dulu saja lah. ha ha. tak tahulah betul ke tak ini semua secara psychologi.

okay setop. tadi buka buku catatan daurah yang tahun lepas. terjumpa ini:

TIME MANAGEMENT

ada satu jadual aktiviti harian. yang di pecahkan beberapa bahagian. dan ada tips:

  1. cuba enjoy apa pun yang kita lakukan
  2. berhenti menyesal dengan kegagalan, tapi cuba belajar dari kesilapan itu
  3. bila tersedar yang kita sedang bertangguh masa, tanya diri sendiri "what am i avoiding?"
  4. set kan deadline untuk diri sendiri
  5. buat long term goal dalam minda.
  6. reward diri sendiri bila berjaya selesaikan sesuatu mengikut plan yang di buat terutamanya sesuatu yang sangat penting
weekend ini sebenarnya ada daurah di jakarta. ustaz datang. waa bestnya. saya, kena berkampung di sini sebab periksa. tak apa. tak apa. belajar juga dakwah T_T semalam kakak usrah bagi dengar daurah melalui telefon tapi tak jelas. so, dengar rakaman je lah...kut.

study awal. ingat awal-awal. boleh pergi mana-mana bila-bila.

kesimpulannya jangan bertangguh kerja. jangan study last minit.

he he tulis ini selepas study prostodonthic. ini ialah satu cabang dalam pergigian untuk replace gigi yang dah tak ada [senang cerita gigi palsu]. ahh apa saja yang berkaitan dengan orang yang tak ada gigi. nak pakai bridge dan segala.

jadi kena belajar tentang kalaulah ada orang itu gigi dia tak ada, cek jenis dan klasifikasinya, dan struktur gigi palsu dan cangkulan pada gigi nak letak dekat mana. cangkulan itu fungsi nak cangkuk gigi palsu pada mulut. semua ini kena tepat dan betul supaya. pesakit selesa dan, gigi palsu tak terjungkit. pernah tak tengok orang yang pakai gigi palsu masa dia makan, bercakap, gigi dia bergerak-gerak macam nak tercabut. ahha! itulah kesilapan masa buat gigi palsu ini. kena cek sudut dan tekanan setiap gigi. perlu seimbang.

eh, baru perasan bila musim periksa, peneman untuk study, selalu makan makanan ringan. saya baru jumpa satu makanan ringan yang best

singkong itu ubi kayu. dah dekat dua tahun baru tahu. apa itu singkong yang orang nyanyi lagu "aku anak singkong" $%&*%$ amazing lah. balado itu mungkin berlada...agaknya.



coffeeeeeeeeeeeeeee......macam wajib ada. coffee ini kan, sebenarnya boleh stain gigi. tapi tak jumpa penerangan saintifiknya lagi. yang saya tahu caffein boleh menghalang adenosin dari bind dengan adenosin reseptor otak. adenosin ini yang perlahankan impulse otak, buat kita mengantuk. so, kita pun tak ngantuk lah. lagi satu, dalam caffein ini ada dopamine yang boleh meningkatkan mood, cuma dopamine ini boleh buat kita addicted. -tutup cerita coffee-

dan, tulisan pada nota perlu cantik dan kemas. tulisan tak cantik, tulis dengan pen magic nampak ceria pula rasanya. baru bersemangat nak revise balik bila nak periksa. dan semangat juga nak conteng-conteng di sebelahnya.

abaikan nota dermatology di atas. periksa dah lepas T____T hey hey..study for life okay, bukan untuk periksa! yela yela.. okaylah sambung bekerja mek.

p/s: rasanya apakah kriteria post yang tak boleh komen?

p/s2: internet laju. best betul upload gambar.

Friday, 17 April 2009

pengalaman ini saya taknak lupa



semalam saya ke sekolah untuk mempromosi penjagaan gigi kepada kanak-kanak sekolah dasar [sekolah rendah]. kumpulan saya terdiri dari 6 orang dapat kelas kanak-kanak berusia sekitar 5, 6 dan 7 tahun. tahu tak satu kelas ada berapa orang? 54 orang!!!! ya, saya juga terkejut. pada awal pagi memang saya agak gementar. bukan saya tak suka kanak-kanak. saya takut. bak kata jueann:

"kalau kau nak rapat dengan mereka, cuba jadi macam mereka"


okay. zaman kanak-kanak saya sangat berbeza. cara saya berfikir juga. mungkin kerana saya di jaga oleh seorang nenek yang tinggal berhampiran rumah. ahh, ini lain kalilah saya cerita. nanti melalut.



bila sampai sana. mereka nampak sangatlah pelik dengan kehadiran kami. saya bersyukur dapat kelas 1 [macam darjah satu yang berumur :5,6,7 tahun]

mereka nampak nya tidak nakal dan mendengar kata. dan juga interaktif. bagus! tapi kami kena fikirkan games selang 2 slide flipchart secara spontan. haha sebab tahap fokus mereka bukan boleh berterusan.[terbaca dalam blog kak anfal tentang beliau handle anaknya] dan hadiah-hadiah yang tiada kaitan dengan makanan bergula juga di beri. penerangan tentang makanan apa yang sihat untuk gigi dan mengajar cara menggosok gigi dengan betul. berus gigi di beri setiap seorang satu.



baguslah sebab mereka menjawab soalan kami dengan baik. semua participate. [sebab nak hadiah kot :p]. sebelum kami datang, ada seorang itu, macam nak menangis sebab ingat kami datang nak cabut gigi. ha ha. aaaa~~ comelnya! lepas itu saya ajak ambil gambar dan cakap-cakap sikit, dia nampak macam okay.



kami edarkan juga coloring sheets dan leaflets. tapikan, mereka tiada pensel warna! dulu di rumah, mak sediakan warna di rumah di letak banyak-banyak dalam raga. kami adik beradik menggunakan pensel warna itu. dan yang di bawa di sekolah ada sekotak. tapikan di sini. pensel warna tiada. aduh! tapi kami bagi hadiah alat tulis, susu dan pelbagai. yang paling penting mereka semua dapat berus gigi free ok!

ada yang segan nak tunjuk gigi. percaya atau tidak, saya di tugaskan menyanyi bersama mereka lagu 'bangun tidur' versi kanak-kanak di sini. ah, penat juga mencari di internet. itupun saya tanya tentang lagu ini dengan cikgu kelas bahasa sunda saya ;) [terima kasih cikgu]. mereka sudah belajar lagu ini dan menyanyi dengan lancar. fuh lega sikit.

nasib baik dapat kelas kanak-kanak macam standard tadika, sebab saya buat gaya-gaya yang entah apa-apa pun tak lah malu sangat. macam cikgu tadika. alhamdulillah..merasa juga pengalaman handle kanak-kanak tadika macam yang saya impikan dulu. ecece~

yang pasti, mereka suka bergambar. kami minta mereka buat gaya sedihlah, terkejutlah, gembira, tunjuk gigi, marah. semua sporting ikut saja. hehe.

sebelum ke sana. macam-macam saya bayangkan. saya takut ada yang menangis tendang-tendang kerusi [pengalaman di klinik semasa cuti], gigit orang [pengalaman di kampung], berlari-lari dalam kelas sambil menjerit [dalam tv]. macam mana nak handle ini semua?!!! ahah! semua ini imaginasi saja! yay! saya cari dalam youtube 'kindergarten teaching' dan macam-macam. best pula. lain kali boleh buat lagi semua ini. kena study lebih untuk psychology kanak-kanak. :D

kawan-kawan lain ada yang dapat kelas 2 kelas, 3 dan kelas 4. kumpulan saya dapat kelas kanak-kanak yang paling kecillah. memang kecil macam 4 tahun. comel. :)



p/s: beli crayon untuk mewarna flipchart. teringat zaman sekolah rendah. eheh~ best pula. :)

p/s2: tengok status di facebook kawan-kawan semua tentang betapa gembiranya kami selepas lawatan ke sekolah rendah :)

p/s3: okay sekarang kena belajar untuk blok baru minggu depan! there goes the hectic life~. tapi sekarang sedang selit masa baca buku 1515. eheh.

p/s4: saya dah cerita semua ini pada mak. mak kata bersyukurlah duduk di malaysia. student satu kelas maksimum 35. jangan nak complain kerajaan. banyak kemudahan kita dah dapat. [erk..apakah?]

p/s5: ada seorang pelajar disini yang ibu nya telah meninggal dunia. alfatihah..

Friday, 10 April 2009

nikmat


hari itu balik dari kelas, tiba-tiba seorang kanak-kanak yang kurus, kakinya tidak beralas, wajah sedih dan sugul menghampiri.

kak, [bla..bla..bla] mau beli buku sekolah


ayat di depan tak dengar dan tak faham. tapi yang bab buku sekolah itu yang menarik perhatian. haih, sensitif sikit bab nak pergi sekolah tapi tiada wang ni.

sedikit pemberian dan flyers karnival sukan [sebab ahli biro sukan] di hulur. berpesan kepadanya supaya belajar rajin-rajin.

semasa seusia kanak-kanak ini. tak perlu meminta untuk beli buku sekolah, atau menuntut ilmu. emak dan ayah dah rancang sejak lahir. nak sekolahkan di mana. belajar apa. tak tahu erti mencari wang, jerih mencari rezeki. kanak-kanak ini entah ada wang untuk makan atau tidak.

ya Allah, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdik(nya). dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur) [93:8-10]

bagaimanalah dengan masa depannya. ya Allah, permudahkanlah.

sudah tonton slumdog millionaire? terbayang cerita itu. adakah semua kanak-kanak yang mengemis senasib dengan salim dan jamal malik? siap tunjuk macam mana mata anak kecil itu dibutakan untuk mengaut keuntungan meminta sedekah. ah, tak larat tengok cerita itu. memang menguji minda dan emosi.

sekarang, bila tengok kanak-kanak tepi jalan, terbayang mereka ini ada agensi yang menggunakan merekakah? kejam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

setting tempat di sana. memang nampak real. saya tertanya juga, betulkah india semacam itu? kanak-kanan yang hidup di himpunan sampah yang memang dahsyat sangat macam bukit, makan tidak peduli apa pun. lagi satu, pergaduhan di sebabkan agama sehingga berbunuhan. emak jamal malik mati sebab itu. sedih gile. selama ini belajar tentang parasit helminth, protozoa segala rasanya mereka sudah kebal. penjagaan gigi apatah lagi!

ahh amal kata, saya yang terlebih emosi tonton cerita itu. apa pun, di mana saya berada jauh lagi okay dari di india [macam dalam cerita itu lah. realitinya saya tak pasti] waaa!~ tertekannya.

bersyukur, bersyukur, bersyukur.

p/s: memang tak dapat nak bayangkan lagi time kanak-kanak itu di butakan mata. aaaaaaaaa~~~~

p/s2: semalam berenang dengan rakusnya sampai tak ingat nak balik. tapi yang paling best, takde orang dan TAK HITAM!!!! menggunakan goggle baru yang emak kirim. yeah!

p/s3: tercapaikah matlamat nak tere masak sebelum 24 tahun ni?

Friday, 13 March 2009

saya <3 emak saya.



saya dan ibu saya punya perangai yang berbeza [saya rasa]. kecuali sifat cuak/kelam kabut [mungkin?]. saya seorang yang 'agak' sentimental dan sensitif. suka berfikiran dengan mendalam. emak pula seorang yang 'cool'. tidak sentimental, tidak sensitif [nampak macam tu la]. nampak seperti tiada perasaan. contohnya, kalau saya, saya akan cepat menangis bila melihat sesuatu yang menyentuh jiwa. emak saya, cool saja. katanya "lek la." ohh ya, kami punya habit di dapur yang sama. iaitu sepahkan selepas masak. ahha ada sikit, saya agak lambat pickup atas sesuatu perkara buat saya juga nampak seperti tiada perasaan.

saya tidak pernah melihat emak menangis. ohh tak. pernah sekali ketika umur saya empat tahun. saya bergaduh dengan abang [adik saya]. lepas tu mak menangis. katanya teringat arwah nenek saya yang beru meninggal ketika itu. kami panggil 'makwe' [sebutan orang KL]. tapi sebetulnya sebutannya 'mokwo' [bahasa kelantan]. dulu-dulu masa kecil, apalah yang saya tahu sangat. tapi sedih juga lihat emak tiba-tiba mengalirkan air mata. saya dan abang pun berhenti bergaduh. teringat pula mokwo selalu panggil saya amanina walaupun nama saya liyana. dan abang, 'awe'. menangis abang, sebab nama tu tak komersial. awe awe awe..ha ha

semasa kecil, mokwo selalu ribakan saya dan bacakan al-quran, bawa pergi kebun. saya suka, sebab saya agak 'jakun'. kat rumah mana ada. tengok kambing pun dah happy. [melalut pula]

walau apa pun, saya sangat-sangat sayangkan emak saya. emak selalunya tidak menunjukkan perasaannya kalau dia risau, sedih, marah. [biasanyalah]. ehh jap, kalau marah, ada kot. kadang-kadang. biasalah, marah sayang masa kami kecil dulu. tapi kalau sedih, kecewa memang tak pernah emak tunjukkan.

semalam saya call emak, tapi tidak berjawab. malam ketika saya berjalan mahu pergi majlis berbuka puasa, emak call. katanya baru pulang dari outstation. sekarang rumah juga sunyi. tinggal izzati dan ayah saja di rumah. semua tinggal di asrama berjauhan dari rumah. kami 5 beradik. kalau semua ada, pasti riuh juga. bila semua tiada walau seorang, pasti terasa kehilangan dan sunyi rumah itu.

emak call, tanya bila saya nak exam. saya kata minggu depan, hari jumaat. kami pun berborak panjang. tiba-tiba emak kata dengan nada biasa.

"mak nak operate 19 haribulan ni."


"huh?" [saya terkejut]


"doktor suruh. bla bla bla..."


saya terkejut. sebab selama ini saya tak tahu pun mak sakit. satu organnya terpaksa dibuang. saya sangat-sangat takut dan risau sebab kami berjauhan. jauh sangat. saya mahu berada di sisi emak sekarang.

sebenarnya saya betul-betul risau. [nak nangis] sehari sebelum saya exam pula operation itu. saya rasa seperti mahu pulang. jaga emak. tengok emak. masakkan untuk emak. duduk di sebelah emak 24 jam.

"alaaah..rilek la..mak tak takut pun. tak payah fikir. belajar rajin-rajin nak exam."


waaaa mak selalu macam ini. mana pernah tunjuk perasaan. saya hubungi abang, minta dia tengokkan mak.

Ya Allah, permudahkanlah. janganlah Kau biarkan ibuku terseksa dengan kesakitan dunia ini.

saya tak mahu emak saya sakit walau sedikit. tak sanggup saya lihat dia menderita. aduh, kenapalah air mata ini senang betul keluar sejak akhir-akhir ini. lupa pula saya memang sentimental. maaf ye. ter emo pula. sebenarnya, saya tak mahu biarkan 'life is like a dream' selalu dirudung sedih. hilang cerianya asyik bersedihan saja tuan rumah ini, sebenarnya, puding caramel adalah seorang yang happy go lucky dan ceria!

titip doa buat ibu yang dicintai. selalu, sentiasa, setiap hari. sungguh, saya sangat bimbangkan ibu saya sekarang ini.


p/s: tulis 5.00am-6.27am. 13 mac 2009. hari ini birthday abang. dah wish semalam :) :) :) kamu memang cool lah brother!~

Saturday, 7 February 2009

sabtu yang sejuk. [tak tahan sejuk mode]

gambar ini tidak sharp
tulisan: your smile melts my heart. aku yang melted dapat ini box dalamnya ada coklat. ohh dari orang tersayang.
bila orang tengok ini box, orang kata sweetnya orang yang bagi. satu
permukaan ada huruf L [untuk liyana]. permukaan lain ada gambar teddy tulis: love me not? satu permukaan lagi ada tulis: returning kiss. emak yang tolong bagikan box ini masa cuti panjang itu hari. mak kata si pemberi kata aku makin dingin dengannya. aku pun tak perasan. dinginkah? bila tengok box ini buat aku rindu orang yang bagi box ini. lalu aku pun telefonlah orang itu.

sengaja kasi kontroversi. ayah yang bagi la.

hari ini telefon mak dan ayah. rindu sangat. mereka sedang bersarapan bersama. pagi sabtu kata ayah. semua tak bangun lagi. esok Hasif akan di hantar ke MRSM Balik pulau. [MRSM?] risau juga adikku yang seorang itu. izyan juga ada di rumah, pulang bermalam, sekarang di sekolah sains kuala selangor. sekolah abang yang dulu [syazwan]. emak beritahu yang abang mungkin tidak ke indonesia. katanya JPA tak mahu menghantar pelajar ke sana lagi. tak mengapa. mungkin ada hikmah. dapat tempat yang lebih baik insyaALLAH.

abang SMS semalam : between india n rusia. tp dye ckp tgk dlu. 4 the tyme being, takde yg fly ke indo under jpa. abes ar kakna jadi doc tak diiktiraf :p

what the...cis kau abang.

teringat semasa kecil dulu. ayah akan pastikan aku bangun awal, kemas tempat tidur. sekarang? adik-adik tidak begitu. kasut sekolah, aku dan syazwan mesti basuh sendiri. sekarang? pembantu rumah basuhkan. segalanya mudah. kata kawan-kawan ibu bapa mereka juga begitu. mungkin usia semakin lanjut. ayah dan emak sudah penat untuk marah. kakak dan abang sepatutnya menyambung mendidik adik-adik. rugi. mereka tak dapat merasa bagaimana ayah marah mahu memotong tangan dulu. potong tangan kerana menconteng dinding. potong tangan kerana menggunting langsir. conteng dinding itu syazwan, bukan aku. nasib baik yang diconteng itu bilik stor. bukan ruang tamu. aku tahu, itu cara mereka mendidik. menggertak. marah. tapi tidak memukul. tapi itu sudah cukup buat aku dan syazwan patuh. bila teringat waktu kami kecil dulu, buat aku tersenyum.

belaja apa pun bukan sebab mahu pass exam, graduate, senang dapat kerja. give passion in what you study. itu lah yang membezakan antara doktor yang berkualiti dan tidak. passion dengan apa yang di pelajari. rajin-rajinkan ke majlis ilmu. jangan mengelak. cuba ambil ilmu sebanyak mungkin.

kata ayah. aku mengadu aku nyatakan bimbangku tentang JPA yang emak katakan itu. bagaimalah kami yang graduate di sini akan hadapi alam pekerjaan nanti. dan juga jadual untuk semester depan yang agak menekan

itulah baru betul. ayah pelik last semester yana banyak break. bersyukurlah sebelum ini boleh rehat. kali ini kena betul-betul belajar.


teringat kata ayah tentang momentum belajar. ohh. aku rindu kata-kata ayah. aku suka dengar dia memberi nasihat. bukan membebel tapi mendidik. aku tahu itu. itu caranya. terkadang pedas kalau aku salah. perit untuk ditelan. terkesan hingga menangis. tapi itulah caranya. buat aku ingat.

aku ceritakan bagaimana perjalanan aku ke pangandaran. jalan yang bersimpang siur. menaiki bas. adventurous kataku. dentinasi bajet. susah. tapi tempat yang kami tuju itu sangat cantik

belajar dengan yang susah itu. menjadikan kita lebih kuat. ambil itu sebagai pengajaran.

lega. kata-kata perangsang dari ibu bapa itu perlu. patut. mesti. aku bahagia. gembira. suara mereka menenangkan. memberi inspirasi. memberi semangat. sayang emak dan ayah. tapi sering sukar diungkap melalui kata. egonya engkau ini. kata emak, aku warisi itu dari ayah. iyakah?



Friday, 30 January 2009

ini mungkin tipu




You Are a Troublemaker



You have the type of personality that people either love or hate.

You're opinionated, dramatic, intense, and very outspoken.

And some people can't get enough of you - they're totally addicted.

Others, well, they wish you were a little more reserved.



Your strength: Your flair



Your weakness: If you think it, you say it



Your power color: Scarlet red



Your power symbol: Inverted triangle



Your power month: March


Monday, 19 January 2009

kisah kanak-kanak 2

"cik..kalau yana gunting sikit langsir ni buat baju untuk barbie ni boleh tak?"


sambil membelek barbie doll yang pakaiannya agak tak semenggah. bosan. langsir baru mak ni cantik pula pada pandangan mata.

"guntinglah..gunting."


waah..lampu hijau. kucapai gunting besi yang boleh dilipat-lipat entah kepunyaan siapa. gunting flexible itu. masih wujudkah kini? cik [pengasuh aku tika itu] tiada. di dapur mungkin. aku terfikir juga. betulkah boleh potong? tapi cik kata boleh potong. boleh kot!

hmmm macam mana nak gunting ini? hentam sajalah. aku gunting..gunting..dan gunting. sampai separuh guntingan. penat. mungkin langsir ini agak tebal. gunting yang kecil memerlukan tenaga yang banyak untuk memotong. malas menyambung guntingan. tenaga tangan yang kecil membantutkan semangat. lupakan hasrat baju baru barbie. keluar berbasikal.

petang itu....

"ya Allah.... langsir baru!"


aku terkesima. kenapa dengan mak ini.

"yana....!"


cuak disitu.

"kenapa gunting langsir mak?"


diam. mak macam marah. bukankah cik kata boleh gunting. aku dah minta izin. bibir dicebik tanda sedih dimarah [well memang kalau kena marah. selalu akan buat muka begitu]

malam itu, ayah dengan gunting besi yang aku guna untuk menggunting langsir.

"mana tangan yang gunting langsir tadi? kena potong tangan ni!"


ayah marah. aku menunduk. bimbang tangan dipotong. abang [syazwan] dah berguling menangis. risau tangan kakaknya dipotong. [hehe..kau sungguh comel abang] tangan diletak dibelakang. disorok dari penglihatan ayah. macam mana nak makan, main basikal, menulis kalau tiada tangan.

tapi sampai sekarang. aku masih bertangan. ayah tak potong tangan. marah saja. ayah garang bila marah. tapi tak pernah menyakiti kami adik-beradik. cubit pun tidak pernah, inikan pula merotan. kata-kata yang menusuk sudah cukup buat aku menangis dan terkesan. ayah tegas tapi penyayang.

bila diingat, lurus bendul sungguh kamu ini liyana. padanlah orang kata kau nakal.

nakal yang tak disengajakan.

ditulis pada 15 disember

Monday, 1 December 2008

saya sangat rindukan dia...

(re-edited post. ditulis lama dulu)


saya rindu dia..dia akan bertolak ke US hari ini. saya terus SMS dia sesudah solat tahajjud pagi tadi, bimbang jika 'flight'nya sudah berlepas. saya taip "take care. i'll miss you. have a nice and a safe trip :)" butang 'send ditekan' message delivered.
usai solat subuh telefon ku berbunyi tanda SMS di5782d849e9a9f0_full terima..saya buka inbox..waah balasan darinya
"TQ. I miss you too. Be a tough & harworking girl"

terasa seperti mahu menangis. saya sangat rindukan dia.ya..saya memang seorang yang manja.saya akui saya sering mengabaikannya. lebih-lebih lagi dia sering sibuk.

saya putarkan memori lalu bersama dia. masih saya ingat kami sering berjogging bersama di pagi hujung minggu.pada ketika itu, saya memang lambat berlari, tapi dia akan perlahankan lariannya agar seiring denganku.

saya masih ingat ketika saya takut untuk tidur bersendirian, dia menemani saya sepanjang malam hingga terlena, walhal dia mempunyai urusan yang sangat penting pada keesokan harinya

saya masih ingat ketika kami berjalan-jalan di mall, saya ternampak satu 'teddy bear' yang besar dan comel.saya minta dibelikan bear itu.tapi katanya, 'tiap hari kumpul duit belanja, baru boleh beli' kecewa dengan kata-katanya..apa lagi muncung empat belas la jawabnya..merajuk
tapi, saya simpan juga duit belanja. MATLAMAT UTAMA: teddy bear berwarna pink bersaiz XL harus kumiliki.ceyh..setiap hari saya bawa bekal dari rumah. RM 1 sehari saya masukkan dalam tabung.
satu malam dia pulang membawa teddy bear yang kumahukan..saya sangat sangat sangat gembira tak terkira..haha (jiwa kanak-kanak)
katanya..dia mahu saya belajar menabung. wang yang saya kumpul dimasukkan ke dalam bank..=) dia mendidikku secara tidak langsung. dia tidak mahu saya menjadi spoilt brat barangkali..


Qurancompanion1uy8_1 tidak kurang dengan didikan agama. dia ajarkan saya membaca Al-Quran dan mengenal huruf alif ba ta,menghafal bacaan dalam solat..ketika saya masih di tadika(4 thn) sehingga saya masuk darjah satu(7 tahun) setiap hari saya bersekolah kebangsaan pada waktu pagi, petang ke sekolah agama, pulang dari sekolah agama, seorang guru mengaji Al-Quran sudah menunggu saya di rumah..belajar mengaji pula. begitulah jadualku setiap hari.saya rasa sangat sibuk.kawan-kawan saya bermain di luar,saya belajar.selesai belajar baru boleh main,kata emak. kuusulkan pada dia mahu berhenti sekolah agama.alasan:penat, boring, mahu main.dia menolak.katanya pergi saja. saya akur.saya khatam Al-Quran ketika 9 tahun. saya belajar solat, tahu sedikit sebanyak tentang ilmu tauhid,fekah,sirah, tajwid etc.saya juga bisa menulis jawi, hafal doa-doa harian,asmaul husna,wirid dan sebagainya. besar sungguh bakti sekolah agama padaku. "nasib baik ayah halangku berhenti bersekolah disitu" kataku dalam hati

ketika usia 12 tahun, saya peroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.terpancar kegembiraan ibu. tapi ayah nampak biasa saja pada raut muka nya. saya terpilih ke sekolah berasrama penuh. hubungan kami semakin hambar. kami jarang berhubung.

saya masih ingat saya hubungi rumah..ayah angkat..saya kata padanya "ayah,boleh tak tolong beritahu pada mak jemput yana hujung minggu ni ye.yana boleh balik rumah" jelas kegembiraan pada suaraku..(yeah boleh tengok tv)

ayah menjawab "kenapa xminta ayah saja yang jemput yana? asyik mak aje"

macam jealous je ayah ni..saya fikir mungkin ayah free agaknya..jarang sekali dia menjemputku dari sekolah.

selesai di sekolah itu selama 5 tahun.cuti 3 bulan, ayah sarankan saya belajar berenang dan memandu..kenapa berenang? katanya Rasulullah kan sunatkan umatnya belajar berenang memanah etc..hmm saya akur saja..sampai saya boleh berenang dari yang basic sehingga gaya kuak kupu2..haha seronok juga berenang..

ada satu ketika saya memandu sesat hingga ke shah alam..minyak habis..mak risau benar..tapi nasib baik saya berjaya pulang dengan selamat..sampai dirumah ketika dinner..ayah marah benar padaku..saya tak dibenarkan memandu buat beberapa lama..

kemudian saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi di Kulim Kedah.kenapa Kulim? atas saranan ayah. Kulim kampung halaman ayah."yana bole jenguk Tok(nenek) selalu" dalam hati saya mahu menolak.saya mahu belajar di kawasan bandar.bole selalu pulang ke rumah.kawan2 juga ramai disana.

tapi, saya tiada kuasa untuk membangkang.(bangkang dalam hati).ayah punya kuasa veto. satu hari ayah berpesan kepada saya supaya berbaik dengan tok.dia ceritakan di mana dia berasa sangat sedih.ketika bapanya meninggal dunia, dia sedang belajar di UK.tak sempat lihat bapanya dikebumikan.tok tidak menghantar berita sehingga ayah selesai peperiksaannya.takut ayah terganggu ketika itu.dia mahu saya hormat tok.tok satu-satu nya orang tua ayah..lebih-lebih lagi kini dia sangat sibuk untuk selalu pulang ke kampung.

sekali lagi saya akur,setiap hujung minggu saya pulang ke rumah tok,saya cuba rapatkan diri dengan tok.tok sangat rajin. die seorang yang sangat bekerja keras dan tidak akn duduk diam.ada saja yang dibuatnya walaupun dia sudah menjangkau lebih 70 tahun.bila saya pulang ke rumahnya, pasti tok masakkan makanan yang sedap2 untukku. saya tersentuh dengan kerja keras tok tonjolkan,jadi tiap kali di rumah tok,saya akan membantunya disamping belajar memasak,mengemas dapur and rumah,mencuci dan sebagainya.

pernah telefon saya rosak..ayah tidak dapat menghubungi ku..ketika itu dia perlu bertugas di penang..terus dia ke Kulim menghantar telefon baru untukku..katanya susah untuk dia hubungi ku..terharu juga..walhal..apa salahnya tiada telefon untuk sementara..

selesai belajar di Kulim.saya bercuti 3 bulan, saya pulang ke rumah saya di KL.walaupun ibu menggaji seorang 'maid' untuk keluarga kami,ayah sering menyuruhku membuat kerja rumah dan memasak untuk keluarga. ayah merupakan pengkritik utama masakanku..satu hari; "sedap ikan sambal ni.tak sia-sia ayah hantar pergi kulim belajar masak dengan Tok"

waah! pujian pertama dari ayah tentang masakanku.saya sangat gembira. apa lagi..senyum xlekang dari bibirku seharian..haha..saya semakin rajin belajar masakan kegemaran ayah. belajar membuat air nescafe(minuman kegemarnya) hanya mak saja yang pandai buat air itu mengikut citarasa ayah..saya belajar dari mak.sampai la ayah puji katanya saya buat macam mak buat..gembira lagi..(sebenarnya saya mahu attention ayah..buekk...manja) bukan senang untuk dapatkan pujiannya..

kata ayah dia mahu saya punya pakej..tahu semua perkara..hurm...baiklah..saya cuba..saya akan cuba belajar dari kritikannya.

sekarang saya llanjutkan pelajaran disini..semakin jauh dengan ayah.ayah juga sibuk. jarang sekali membalas SMS ku kecuali jika benar2 penting.sibuk benar dia.saya sering berhubung dengan emak saja. jika saya tidak call ke rumah.pasti emak yang call atau sebaliknya.emak tidak pernah lupa bertanya tentang keperluan saya, kesihatan,makan minum saya..semua..

suatu hari saya suarakan pada emak, kenapa ayah semakin jauh dengan saya bila saya semakin dewasa. kami sudah semakin tidak rapat.sedangkan dulu kami sering bersama.ayah seperti tidak kisah tentang saya lagi.selalu sibuk dengan kerjanya.. kata emak; sebenarnya ayah sering tanya dan risaukan keperluanku,kesihatanku,duit belanja,makan minumku.tapi ayah minta emak yang call saya.kata emak, ayah sayangkanku..tapi dia tidak suka tunjukkan kasih sayangnya..

hari ini..saya sangat rindukan dia ayahku...terima kasih atas segalanya..didikan direct dan indirect.agar saya mnjadi seorang yang dewasa..im always your girl ayah..Ab70d877829080_large

Monday, 24 November 2008

kisah semut

PERHATIAN: post kali ini hanya karutan semata. jangan baca kalau anda tak mahu membuang masa anda.


pada suatu pagi. semut-semut di 'busut kartika sari' bersiap-siap untuk ke sekolah. sepatutnya hari tu takde kelas. tapi, ketua kelas semut SMS semut merah kata ada kelas. semut pink sudah siap pagi tu dengan beg sekolah, semut hijau pun dah siap. yang belum siap, semut kuning. mereka bertiga selalu ke sekolah bersama-sama berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam (kalau lambat) tapi macam selalu lambat je. so selalulah berkenderaan awam. eheh

semut pink memerhatikan semut hijau dengan kasut barunya. sakan betul semut hijau pada hari itu. :p

semut hijau: mana semut kuning?
semut pink: entah. kat atas bersiap lagi kot.
semut hijau: semut kuning!!! OoOoO semut kuning. cepatla weh!
semut pink: (sambil melihat jam tangan) hmm kita naik bas lah ari ni.

semut2 lain pun sedang bersiap. semut merah dan semut biru sibuk menyiapkan diri. semut merah dan semut biru selalu berbasikal bersama ke sekolah. so xkisah la.

semut hijau dan semut pink makin gelisah.

"kita dah lambat ni" kata semut hijau.

tiba-tiba...

semut kuning masih dengan pijama dan t-shirt turun dari biliknya,

"eh, korang nak pergi mana?"

semut hijau: weh, ko tak tahu ke kita ada kelas ari ni? pergi bersiap sekarang! tak payah mandi! semut pink, ko tak bagi tahu semut kuning ke?

semut pink: aku mana tahu die tak tahu. sebab dia dah bangun dari tadi lagi..

semut merah dan semut biru tergamam. sambil tergelak. adeih~

semut merah: macam mana semut kuning boleh tak tahu. bukan ke semalam time aku cakap pasal SMS tu depan dia. time kita makan sama-sama depan TV ni

semut2 lain : hmmm entah la (sambil berfikir)

pada masa yang sama. sepantas mungkin semut kuning bersiap. lalu semut-semut pun pergi ke kelas. nasib baik cikgu semut tak datang lagi.

sampai saja di kelas

klasmate semut semua perli semut kuning

"semut kuning, nak pergi mana ni?" (ayat semut kuning tadi)

rupanya semut merah dah bagitahu satu kelas tentang semut kuning. ape la semut merah ni

kesimpulannya:

  1. JARKOM (jaringan komunikasi) penting. bagitahu kepada semua. gunala Ym dan SMS. sebarkan kepada SEMUA kalau ada kelas.
  2. bangun awal
  3. malam tanya kawan-kawan ada kelas ke tak esok pagi
  4. better late than never
  5. sediakan payung sebelum hujan
  6. jadilah seperti semut merah sangat alert dengan bunyi serta perbualan yang hangat. tetapi haruslah berpada-pada. bukan curi dengar. tapi join the conversation.
  7. kasihan semut kuning. nasib baik dia xmarah semut-semut lain. salute u..cool saje..
***

My Japanese name is Tsukiyama Iemochi.
Take The Original Japanese Name Generator by Shu today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



*wekend yang banyak membuang masa*

Thursday, 20 November 2008

kisah kanak-kanak 1


*salam...*
hari ini dengan rasminya selesai sudah paper terakhir untuk growth and development. yay! satu sorakan kegembiraan dalm hati je. sebab result belum keluar lagi.

ogey2~ actually aku dalam dilema. atina ajak pergi jogjakarta cuti bulan 12 ni, pastu ada daurah seminggu at the same time, mak suruh balik. wang saku berapa sangatla aku ada bulan ini..ayah pernah cakap : "movement means mOney" aish.. (actually takdela besar sangat masalah aku ye tak). itulah kamu!

cuti pun belum lagi..ape la kamu ini cik yana.

tiba-tiba aku tukar layout. aku pun tak pasti kenapa. mungkin kerana aku boring. aku bosan dengan yang sebelum ini. ceh..adakah aku jenis yang cepat bosan? sebenarnye, tak. cuma aku rasa macam aku suka hitam. tapi aku juga suka pink. pink dan hitam? suite kan dua warna ini? mungkin aku punya konflik identiti. mungkin. aku pun tak pasti.

***

aku masih ingat time kecik-kecik dulu. masa tu aku masih 4-5 tahun. time tu kecoh tentang fishball yang dijual terkandung daging ba.alif.ba.ya. atau nama sopannya incik khinz. berita dari radio RTM disampaikan oleh mariamah tijo. dulu aku dijaga oleh seorang pembantu rumah yang aku dah lupa namanya, tapi dia suka betul dengar radio RTM. Fine, xpenting. berbalik kepada kisah aku.

mak pun membuang segala fish ball yang ada. tak beli lagi. then, nak dijadikan cerita, jiran aku bagi fishball. yang aku tahu, mak aku terpaksa la buang. nak elakkan was-was. aku pun tak tahu macam mana aku boleh tahu. tapi itulah hakikatnya:

mak dah buang fishball tu!

pada satu petang yang indah lagi damai, sedang aku bermain basikal merah 3 roda aku, mak cik aku pergi berborak-borak dengan jiran sebelah rumah yang bagi fish ball tu. aku tereavesdrop perbualan mereka. aku 'ter' okay!

jiran: macam mana fishball tu. sedap tak?

makcik: hmm sedap. (dengan yakin)

aku pun tak tahu kenapa. tetiba akal aku berfikir dengan kritikal. bukankah mak kate, tak baik menipu. tipu kan berdosa, Tuhan marah. nanti masuk neraka. apa yang perlu aku buat? dilema beb. dilema kanak-kanak. aku tak boleh biarkan ini terjadi! ini satu kesalahan besar! aku mengumpul kudrat lalu aku lepaskan kata-kata dengan satu nafas.

"tak!! cik Anis (bukan nama sebenar) tipu..sebenarnya fishball tu dah kena buang sebab dalam tu ade daging ba.alif.ba.ya!"

cik Anis: YANA!!!!!!!!!!

aku terlupa! Cik Anis terkulat-kulat disitu. jiran aku tergamam. aku tak pasti dia faham ke tak dengan ayat aku tadi. apa yang aku ingat. sepantas the flash (ehh tipu je) aku lari tinggalkan basikal merahku. mencari kubu persembunyian. sebab aku terkejut, cik Anis macam nak marah aku je tetiba.

aku gelabah ayam. aku wonder kenapa cik Anis macam nak marah aku. walhal, bukankah aku berkata benar. betul ape. ustazah kat sekolah pun kata tipu berdosa. (sekolah tadika islam dulu k! haha)

mak balik kerja. confirm! mak dah tahu.

TAPI.....

mak tak marah. dia cakap dengan penuh sifat keibuan. tentang white lie. lega rasanya. aku dah terbayang tidur dalam kotak (tempat aku menyorok masa kecik) hari itu.

sekian

aku rasa :

  1. berani kerana benar
  2. jangan eavesdrop orang tua-tua sembang
  3. jangan menyampuk. diam saja.
  4. jangan berkata tidak benar depan kanak-kanak
  5. jangan lari kalau tak salah
  6. walau apa pun kita buat fikirlah kesannya kepada sekeliling.
  7. bagi salam sebelum apa-apa.
  8. sekarang baru aku tahu tentang being tactful n white lie
  9. jangan makan makanan yang rasa was-was. baik buang terus.
  10. sorry cik Anis..sorry sangat-sangat..bila ingat balik aku malu dengan makcikku itu.
ogey2~ sudah masuk waktu solat. cukup untuk hari ini. pen off.

Tuesday, 26 August 2008

..Allah knows..



sweet....~ =)

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS (x2)


BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

Friday, 11 July 2008

zati ooo zati

sepanjang cuti ni..aku banyak meluangkan masa dengan adik2 xspecially adikku yang bongsu..macam2 kerenah..biasalah..td kan...ade ke...tunjuk jari die yg kecik tu..ckp..."kakna cuba tgk ni zati terpotong..nmpk isi" waaah sampai nmpk isi! hyperbola kan..hahhaa aku hanya mmpu terglak dlm ati..kang die trase lak...aku kata la..."ehh mana kakna tgk..ehh haah la..sakit x..meh ltk myk gamat" hahhahaha...

adeke..td..adik bongsuku tanya ayah cmni...
zati:ayah,dlu tok ade gtau ayah x masa ayah baby kene bungkus ke x..
ayah:(mungkin bekung kot) ada
zati:ayah ada bintik2 kat lidah x
ayah:ada
zati:ayah, ustaz zati kata org yg lahir kena bungkus pastu lidah die ade bintik2..klu ank die sakit kan..die cam ludah kat ank die bole baik
ayah: zati sakit x? (hehe)
zati:takkk...

pahape la..betul ke ustaz die ckp nih..haihh..i wonder....~adeih..keanak-anakan...mudah benar percaya terutamanya pada guru die...lebih percaya pada guru di sekolah berbanding ibu bapa dirumah..kenapa ya?