Tuesday, 26 August 2008

syirik...?

usai membaca quran dan tafsir..aku ke bilik emak..saje..nk meninjau-ninjau..aku nampak izzati bersendirian di atas katil dalam bilik emak sambil termenung..
"izzati takut dimurkai Allah"
tiba-tiba izzati bersuara dengan matanya mula berkaca..dia masih bertelekung sambil memeluk Al Quran..baru sudah solat barangkali..

haih...kenapa pula adikku sorang ni...
"kenapa zati cakap camtu?"
dia memandang aku sambil mengerutkan dahi...
"zati takut dimurkai Allah sebab syirik"
"Syirik? kenapa pula..apa yang zati dah buat?"
aku bingung dengan adik bongsuku yang berusia 10 tahun itu..
"zati dah buat syirik yg paling besar sekali kakna tau tak..zati takut.."

"apa yang zati dah buat ni?"


"kalau kita dah tahu dah azan..tapi kita tengok TV jugak..ustaz kata itu dah kira syirik..macam mana kalau Allah murka pada zati..zati takut.."
air matanya mula bertakung

otakku mula berfungsi..apa yang perlu aku katakan ni..aku kena bijak mengeluarkan kata..takut tak boleh diterima akal kanak-kanak berusia 10 tahun..ataupun dia terlampau berat untuk menerimanya..

"hmm..zati..Allah sayangkan hambaNya..kalau zati rasa Dia murka pada zati, cepat-cepatlah mintak maaf.."
aku sambung lagi...

"sebab apa kakna kata Dia sayang kita? sebab semua kat dunia ni kan Allah yang punya..kita pinjam je...kalau Allah marah, lepas tu Dia terus amik balik semua yang Dia dah bagi..macam mana?"


"contohnya, zati bagi pinjam sharpener kawan zati, pastu tetiba kawan zati takmo kawan zati, mesti zati dah taknak bagi pinjam sharperner lagi kan? tapi Allah tak buat macam tu pun..sebab dia sayang kat hambaNya..kalau tak, dah lama kita mati sebab Allah amik udara,makanan,rumah suma...sedihkan kalau kita buat Dia marah"



"so zati minta maaf..janji takmo buat lagi..."
aku takut dia boring...tapi dia masih memandang mata aku ketika aku berbicara..panjang lak aku bagi penerangan..ingat nak bagi ISK ngan shahadatul haq terus tapi nanti tak faham pulak..huahua..

"so sekarang zati nak buat apa?"


"zati nak minta maaf"


"macam mana?"


"lepas ni bila maghrib ke..jangan tengok cerita Conan lagi..terus pergi solat.."


lepas tu aku terus turun..kutip baju kotor untuk dibasuh..aku terwonder...hebat betul penangan ustaz..sampai macam ni sekali adikku terkesan...baguslah..kecik-kecik dah takut Allah murka..actually peristiwa ni buat aku tersentak..aku pun selalu leka..maknanya aku juga dikategorikan sebagai seorang yang syirik?

astaghfirullah...buat aku merenung diri..

p/s: aku rasa jawapan aku tak berapa baik..huaaa...mesti lebih bersedia...

3 komen disini:

Anonymous said...

bleh bgtaw tak ape mkne syirik yg d mksudkn ustz tu..nk tau sbb msh kompius..tolong yer..

~*miss yana*~ said...

ustaz tu kata. kalau melebih2kan something dari Allah..macam kalau tengok TV tu kan..pastu azan pastu xmo solat lagi..cmtu la kot

lagi satu...

macam chatting2 smpai lambatkan solat.

macam mngabaikan sesuatu yg Allah perintahkan..dan mempermudahkan..

something like that la...kata ustaz itu kepada adik saya

sekian..

AlexAlabasta said...

Bagusla adik hang, me rasa kalau dapat adek macam tu sure bangga punya... Jagalah dia dengan sebaik mungkin~