kepala aku sakit macam nak pecah sejak semalam. aku kira bukan akibat salmonella thyphii sp. la kot. aku dah ambik injection and, dah genap setahun aku aku kena sejak aku diserang pakcik salmonella itu. rasanya dah ok kot.
iman makin down aku rasa. AQ pun baca macam ngantuk gile. aku tak tahu apsal. pagi ini aku bermalasan, tapi paksa diri bangun juga sebelum azan subuh..takut tak sempat kejar waktu sebelum subuh, seriusly aku sangat malas..
lalu aku buka AQ, jumpa ayat ini;
Dan sekiranya Allah Menghukum manusia disebabkan apa yang telah mereka perbuat, niscaya Dia tidak akan menyisakan satu pun makhluk bergerak yang bernyawa di bumi ini, tapi Dia menangguhkan (hukuman)nya, sampai waktu yang sudah ditentukan. Nanti apabila ajal mereka tiba, maka Allah Maha Melihat (keadaan) hamba-hambaNya. (35:45)
amikko! dari ayat di atas, apa yang aku faham, manusia ni memang takkan lepas dari dosa dan kesalahan, kalau tak kecil, dosa besar. sebab kita bukanlah maksum. Allah bagi lagi peluang untuk hidup, baiki diri.
cuba bayangkan, sekali buat salah. let say, pergi berfoya-foya. tiba-tiba zapp!~ kena panah petir..tak sempat nak bertaubat. tapi kita masih diberi peluang. sampailah ajal kita sampai. betapa sayangnya Allah kepada hambanya. walaupun berapa banyak dosa yang dilakukan, rezeki masih diberi, masih boleh merasa rahmatNya di bumi ini..subhanallah...waaaa~ kenapa aku tak appreaciate?
layakkah aku untuk menerima Salam sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang. (36:58)?
aku mudah lupa sebab, tak nampak apa yang ada depan mata, tak nampak betapa bertuahnya aku masih bernyawa, diberi peluang untuk melakukan perkara baik. manusia, selalu tak hargai apa yang dia ada tapi bila dah takda baru sedar.
hmm, semalam aku terpecahkan silinder penyukat kat lab. sebenarnya macam ni, aku nak letak impression yang aku dah siapkan. sebelah tu ada susunan silinder penyukat kaca. tetiba aku tersiku satu silinder, then silinder tu langgar silinder kedua, langgar silinder ketiga, silinder keempat dan seterusnya. aku tak kira berapa silinder yang ada. but for sure satu dah pecah dengan parah. tapi aku bajet cool. dan terus beredar dengan tenang.. what the......???
actually aku tak perasan pun ini satu kesalahan. *tegar gile* -_-
insyaALLAH hari ini aku akan ke lab lagi. nak minta maaf kepada pakcik penjaga lab. mesti dia rasa silinder itu pecah dengan misterinya. padanla aku rasa macam berdosa and macam ade unfinish bussiness je. kejinya aku! kalau dia nak minta ganti rugi, aku akan cakap aku takde duit.
tapikan, aku sebenarnye tak puas hati ngan pakcik lab tu, aku tertinggal cuvet last week atas meja lab. pastu aku tanya dia, ade tak nampak. dia kata "takde2" (dalam bahasa indo, tanpa aku habis cakap pon..nampak sangat dia malas layan aku)
tapi, lucky me, sebab aku ternampak kotak cuvet dalam bilik tempat simpan barang dalam lab itu, maka aku ambil yang itu. nasib baik lecturer semalam dr koesteman. wooahh! dengan cool dia benarkan amik.
wehh! aku rancang nak tulis 2-3 ayat je. ni berayat2. k la. pen off.
*mari study*
p/s: cakap memang senang. nak buat tu yang susah. *sigh*
p/p/s: semut kuning bangun lambat hari ni. kul 730.kelas kul 8. semut pink lupa nak pastikan semut kuning da bangun ke belum.
p/s: cakap memang senang. nak buat tu yang susah. *sigh*
p/p/s: semut kuning bangun lambat hari ni. kul 730.kelas kul 8. semut pink lupa nak pastikan semut kuning da bangun ke belum.
4 komen disini:
boleh2 nk masukkan pasal semut kuning di bawah. seakan2 ini blog semut kuning lak. haha.
sebab semut kuning macam da jd part of penulis's life..tataw pesal..
mcm mane pule ngn queen of semut?
x tmsok dlm pnulis nye life ke?
queen of semut pun..tapi queen of semut kan medic student..selalu bizi saje..kecuali ketika toilet semut hijo runtuh, queen of semut pinjam toilet semut pink.. =) ade hikmah toilet itu runtuh.
Post a Comment