Tuesday 11 November 2008

tradisi?


(dialog ini telah diolah bahasa)

amal (bukan nama sebenar) : kalau orang mengutuk agama kita. apa yang kita patut buat untuk membidas kata-kata mereka. (amal xseskema ini) lebih-lebih lagi tentang murtad. aku ada terbaca tentang orang kutuk agama kita sebab kenapa orang murtad perlu dibunuh. apa yang mereka kata, kan hak masing-masing bebas beragama dan ganas betul bunuh orang sebab tukar agama.

pada pendapat aku orang suka ambil sepotong ayat al quran pastu elaborate pastu mengelirukan kita sebagai umat islam. tapi kenapa kita keliru? bukankah ini agama yang kita pegang sejak lahir lagi?

aku rasa,itulah sebabnya.. kita dilahirkan dalam islam. belajar tentang agama dan solat dan sebagainya. ikut apa yang diajarkan. solat ketika disuruh ibu bapa. sebab kita solat, mak kata sebab orang islam wajib solat. puasa..ayah kata orang islam wajib puasa di bulan ramadhan.

ikut saja apa yang disuruh. sampai dewasa.

itulah sebabnya, kita adalah golongan pengikut. nanti bila kita sudah berkeluarga mengajarkan anak-anak solat seperti apa yang ibu bapa kita ajarkan dulu. macam satu tradisi. turun ke generasi seterusnya.

kita bukan pencari. terkadang aku perhatikan golongan muallaf yang mencari tentang agamanya, pemahaman mereka lebih baik dari kita yang memang dilahirkan islam. mereka komited terhadap islam dan nampak lebih tenang dan sangat gembira dengan agama yang dianuti. bila ditanya tentang islam. mereka sangat gembira dan bersungguh menceritakan tentang keindahan islam. kita?

aku rasa sebab kita tidak seperti sahabat dahulu yang menyerahkan segalanya untuk Islam. kerana mereka tahu siapa mereka. mereka berada dekat dengan Rasulullah dan bersama-sama menyebarkankan apa yang mereka tahu. faham ayat-ayat yang diturunkan Allah sebagai petunjuk dan percaya ianya pegangan dalam hidup.

adakah kita benar-benar faham apakah islam itu?

jika ditanya..apakah agama yang kau anuti? kalau kita nak kata islam adalah agama yang murni penuh nilai-nilai murni dan segala..agama lain pun mengajarkan penganutnya nilai-nilai murni.

apakah yang akan aku jawab?

bila dilihat pada umat islam sekarang, sesetengah yang hanyut. nampak sama saja seperti golongan yang tidak ada pegangan. tidak terlihat keindahan islam yang sering disebut-sebut. nak bagi contoh yang jelas. tiada. apa yang ada. cerita keindahan islam dizaman tamadun islam dulu.

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah"
(Surah al-A'raf (7), ayat 179)

mungkin tak perlu jawab apa-apa. diam. entahlah. aku bukan mahu menuding ke arah sesiapa. peringatan untuk diri ini juga.

--------------***---------------

pagi ini aku terbaca blog akuanakmalaysia yang menulis tentang isu fatwa pengharaman pengkid. ini sangat menimbulkan ketidak senangan dalam hati aku. lalu aku buka laman malaysia kini. sungguh menghairankan fenomena hari ini. aku bersetuju dengan apa yang ditulis satu blog ini.

macam agak segan juga aku rasa, isu ini sudah lama dibincangkan tapi aku baru sedar. lain kali rajin-rajinlah baca newspaper kay!

terbaca satu blog yang agak sarcastik tapi menggeletek hati. hahaha! sungguh..aku terkesan..

perasan tak..hari ini aku seperti sangatla rilek..inilah yang merisaukan aku! dalam bulan ini kelas pada hari isnin sahaja! aku risau diri jadi malas yang tiada berpenghujung. kata ayah, study, bina momentum yang konsisten..sekali kita berhenti,payah untuk bina momentum dengan kadar yang sama semula.

sama juga dengan analogy yang pernah cikgu shaari, cikgu sejarah aku ketika di sekolah menengah dulu kata..."kamu semua adalah satu kumpulan pelari..sekali kamu berhenti, sukar untuk kamu mengejar kembali orang-orang lain yang tak berhenti.." lebih kurang macam tu la ayat dia...

oleh itu jangan sekali-kali berhenti berehat!

oh ya..khamis ini aku exam growth n development. development n eruption of the teeth. serta muscle of the face. silalah study...

hari ini aku lebih senang untuk menjadi seorang yang antisosial sejak peristiwa semalam yang bagi aku agak melampau untuk aku hadam. mengaitkan aku dengan kisah silam. aku di dikatakan melakukan perkara yang paling keji aku mahu jauhi..apalagi untuk aku bayangkan..waah..lawak kan..sila lah gelak.. sakit masih terasa. namun, aku harus positive mungkn ini balasan kepada dosa aku yang lampau. melampau-lampau..mungkin ini satu lawak untuk ditertawakan. tak mengapa. bukanlah masalah dunia untuk aku fikirkan. soal lain yang lebih penting sampai mati untuk aku fikir lagi banyak. ooh hati yang sensitif serta emosi yang tidak stabil..pergi..pergi..pergi jauh2 dan jangan datang lagi...syuh2~

5 komen disini:

Anonymous said...

hidup underground!!!haha~
ko ni rajin la yana.. bgosnye! aku pon nk rajin jugak.. tp sshla :(

Anonymous said...

satu penulisan yang baik tentang 'islam tradisi'.

seringlah mengingatkan kerana dengan itu anda akan teringat.=)

Liyana said...

to mieza xslim mane pon sebenarnye: sebenarnye aku malas..tapi bila aku tulis..teringat aku kena rajin..kalau ikut..tido pon best juga! waah! teringat tyme kat skolah dlu..ko slalu tak tida malam..study gne ironing board..lagi rajin..aku blk prep..sure tido...

to dr radzi: terima kasih..mengingatkan untuk teringat.. :)

Anonymous said...

tak TIDA pon bole yana oi...
aku xTIDO sbb xsiap hw... bukan stadii ngeng~

ko jeles kan aku slim =p xsaba nk wat puding caramel!!!!!! weeee~~~

Liyana said...

semangat betul..inikah hamiza yg dulu! wah kamu sudah berubah..tpkan...kalau gune blender..xde ke rasa bawang ke cili ke nnti? ape pon all the best, fren!!