Saturday, 22 November 2008

waa hari ini aku bace paper!

*salam...*

hari ni aku bace paper. tu pun cik teah bagi. ish entah ape2 manusia sekarang. lagi-lagi rakyat malaysia, melayu, ISLAM pulak tu. Ya Allah apa nak jadi dengan saudara seagamaku..

petikan cerita pertama:

KUALA TERENGGANU 21 Nov. - Penduduk bandar ini gempar dengan drama seorang remaja berusia 18 tahun yang mengancam untuk terjun dari bangunan hotel 10 tingkat kerana kecewa ditinggalkan oleh kekasihnya ketika umat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat. [baca lagi]

tiadakah perkara yang lebih penting dalam hidup ini untuk difikirkan. tiada lagi perkara lain yang utama untuk dilaksanakan. sanggup menggadaikan nyawa untuk perkara yang belum tentu membawa kebaikan untuk akhirat. tak terfikirkah azab yang bagaimana akan diterima kalau mati sebab membunuh diri? mengutamakan cinta manusia yang belum pasti kekal sanggup menggadai nyawa sebab tu. childish! melebih-lebih dengan duniawi. kesian mak ngan ayah dia. mesti malu. bila kita punya nikmat dan kelebihan kita jadi lupa. buta. segalanya tidak pernah cukup. pernah tak terfikir kalau kita tiada apa yang kita ada sekarang? "maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"

sorryla..tetiba je emo+sedih+merepek. lapar kot.. :p

second cerita:

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan terbaru rejim Zionis di Gaza selepas terlucutnya perjanjian gencatan senjata antara Israel dengan Hamas. [baca lagi]

bagus betul Malaysia ni. mengecam sekeras-kerasnya. tapi yang buat aku terfikir, adakah yang akan mendengar kecaman ini? lepas kecam, apa tindakannya. adalah umat islam di Gaza akan terbela? memang kita berlainan negara secara geografinya, tapi kita bersaudara seislam. aku kesal sebab aku pun tak tahu macam mana nak membela nasib mereka disana. apa yang aku boleh buat hanya berdoa. bila aku buka page palestinkini setiap hari pelbagai siksaan dunia mereka terima. kita kat sini? sibuk bercinta, nak bunuh diri sebab merajuk dengan kekasih hati. what the fish?! apakah yang kamu fikirkan? sedih weh!!

patutla ayah selalu suruh aku berfikir sesuatu di luar surrounding. fikir menyeluruh. cuba jadi seorang yang lebih observant. ambil tahu apa yang berlaku pada dunia. dulu ya, aku orang yang paling malas buka paper. kat sekolah. aku bukanlah diantara orang yang berebut paper dengan rakan sekelas. sekarang baru aku nampak. thanks ayah.

cerita ketiga:

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki. [baca lagi]

yang ini aku tiada ulasan. pagi tadi semut kuning berkata kepada aku.
"aku rasa macam ade something fishy. tapi baguslah dia dah dapat hidayah..."




Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

p/s: hari ini aku dan atina saje ade kat rumah. yang lain keluar.boOoring... kami masak breakfast roti telur huu~teringat..cukup makankah saudaraku diseberang...*sigh*

8 komen disini:

Anonymous said...

daku slalu m'ingtkn diri bhw dugaan Allah itu punya hikmah disebaliknye..
setiap insan punya ujian tersendiri dr Allah..
fasobrun jameel nizwa^^
tq yana krn m'ingtkn daku yg sering lemah ini..
shukran jazilan ya sohabati..^^

Liyana said...

nizwa, terima kasih sebab sudi baca post ini. ak sangkakan tiada yang peduli. hikmah bagi kita, supaya kita sedar dan sentiasa beringat tentang nikmat yg diberikan insyaALLAH..itu yg aku rasa.. yang pasti segala apa yang Allah tentukan ada banyak rahsia tersembunyi.

afwan izza..same2 kita ingat2..ingatkan aku yg sering berfoya2... :(

Anonymous said...

im one of ur blog silent readers..^^
insyaAllah..iman ini adakalanya naik n turun..
moga ditetapkn hati..^^

hatim AR said...

sentiasalah bprasangka baik...mane tau michael jackson tuh mmg btol2 nk mmeluk islam kn?kalo die x ikhlas pon lantak la die..at least dgn die memeluk islam rmai sket org putih yg tertarik ngan agama nih,so kurang la islamophobic..haa kn aku dh bertazkirah hehe.niway aku pon dh lame giler x bc surat kabo sjak dok ireland nih..ari2 aku tkejut+rase ketinggalan giler bile tbace pasal mawi nk kawen.hahahaha

Liyana said...

ya la..isk..astaghfirullah..dats y aku kata xde ulasan utk berita ini

aku lg la..dr dulu smpi skang mls bace paper..aku rs eika yg plg rajin..

cte mawi n ekin tu kan da lame..haih..pegi bukak newspaper hatim~ ;))

Liyana said...

ahha! in addition..itu kata-kata semut kuning...bukan aku...

Shaera Abdul Mubin said...

hape bendela bunuh diri pasal kene dump! bodoh gle la weii. sori eh yana kasar. sebab aku xphmla nape org2 cm tu sgt pendek akal bile buat keputusan. mcmla xde jantan lain. or..hidup die mmg bergantung kt lelaki je ke? bile xde lelaki xbole hidop?? Tuhan je tau pe die pk. esh. :)

Liyana said...

sabo weh..haha emo..ak pon terfikir cmtu gak mmula..tu la..hanya Tuhan je yg tau ape dlm fikiran die...