Wednesday 3 December 2008

dental impression

post ini ditulis sudah lama. tapi dijadualkan untuk dipublish 3/12 =)

*salam*
nak share sesuatu tentang sesuatu. iaitu dental impression. ini nak buat model untuk gigi pesakit yang nak pakai braces ke, gigi palsu ke. takkan nak ukur-ukur besi suma direct dalam mulut patient kan. jenuh ler dia nganga. XP. ehh ok2 berbalik kepada topik utama.

sebelum apa-apa baca bismillah (bak kata teyya, kalau tak jadi, mesti sebab tak baca bismillah)

mari mulakan..

alginate dalam bentuk tepung dicampur air.

kalau nak lambatkan proses pengerasan alginate ini. campur dengan air sejuk k.

ahha! ini aku buat kat klinik Dr Kamilah hari tu, time cuti sekolah.

ok..sambung balik...

kat klinik, guna mesin ini untuk gaul alginate dan air ini bagi sebati. tetapi dalam lab, kami GUNA TANGAN. so, kena cepat sepantas 30 saat je. kalau lambat. alginate ini akan keras sebelum masuk kedalam mulut patient.



lepas tu masukkan ke dalam mulut patient. tinggal kejap selama beberapa minit. nak bukak dari mulut patient juga ada skill. kalau tak, semua gigi pesakit akan tercabut. (takdelah. mungkin sakit je la)

time ini, mesti berhati-hati. pastikan patient tidak mendongak sebab kalau silap, dia boleh tertelan alginate, atau alginate tutup salur pernafasan dia. lagi satu, biasanya, alginate tersentuh pada soft palate pesakit, dia akan rasa nak muntah.

(gambar hiasan sebab patient sebenar taknak gambar beliau disiarkan. privacy pesakit harus diutamakan)
tadaaa!~ ini lah hasilnya. yang kami guna di lab alginate ini berwarna pink. tapi klinik dr. Kamilah berwarna putih.

lepas tu, bancuh dental stone dengan air mengikut komposisi yang betul mengikut ratio 0.62 (tak berapa sure. tapi kalau dah tere. ikut suka. pastikan tak terlampau cair, pekat atau poros). kata Dr Kamilah, biasanya kalau orang yang tere masak, mesti cekap buat bancuh membancuh ni. macam buat cucur udang saja. tapi dental stone ini, kena make sure jangan ada porosity atau bubble k! kalau tak, terdapat lubang-lubang pada struktur gigi. tak tepatlah struktur yang kita mahukan. biasanya di lab, warna dental stone biru.

biarkan ia keras dengan terbalik macam ini. sebab kalau ada air, ianya tak turun ke struktur gigi.

dan.. tada! ini lah hasilnya.

last. buat base segi tujuh. di lab, kami perlu ukur segala segi yang ada. tapi di klinik rupanya ada acuan. cis.
ohh ya, base ini guna dental gypsum. tak sekeras dental stone dan warnanya putih. ratio nak bancuh gypsum a.k.a plaster of paris ini 0.5 tak silap. tapi biasanya ini pun aku ikut suka. nampak macam creamy dan cantik dan sebati. ok la. macam buat cucur. eheh..jangan buat ikut suka depan lecturer..ohh aku sungguh hipokrit disitu.


dan sudah pasti lah selepas lab kerja-kerja ini menjadi kan kami semua comot seperti pekerja buruh.. so, jangan haraplah nak buat menicure atau apa saja jenis kecantikan tangan.

semua ini perlu skill. cara nak letak alginate dalam tray, semasa letak dental stone dalam acuan gigi, kacau alginate juga perlu skill, nak buat base juga perlu skill, kena selari dengan kedudukan meja. perlu sabar, ulang lagi dan lagi. hikmah sabar. menjadikan kita lagi cekap.

lab penat kalau kena ulang banyak-banyak kali sampai perfect. kata Dr Kamilah, kalau kerja kerajaan, semua ini technician yang buat. kalau klinik sendiri, semua sendiri. yeah.

kasihan teyya yang menjadi pesakit aku, 9 kali (xdelah) aku amik impression dia. tapi, practice makes perfect. kan2?

p/s: ari ni birthday kawan sekolah rendah, Aina Safura bt Zambiri. tapi tak sure dimana dia sekarang.

8 komen disini:

tya_tasha said...

hai ni 1st time bkk bnda ni.
blog kamu menarik,,sy pasien malang y bt impression 9 kali (rase cam lbih dr 9)
hmm,,knp maikel jeksen 2 msuk Islam? heh2.dah 2 amik nama makruh.
huhu

Liyana said...

mikael tu nk bagi bunyi sama cam michael kut..

lebih ke. ala, kamu ptut berterima kasih dengan saya sbb saya buat sndiri tau impression tu. kamu dpt markah yg memberangsangkan. :p

h a r i z, H said...

oho...
dolu2 slalu telan bndalah nih kt husm...
ada skali tuh try wat smpai 3,4 kli bhgn atas mulut sbb nk termuntah...wahaha...

btw, student dentist ker???

Anonymous said...

weh bezaman seh menda ni...tp at least time cuti tu pelawaan aku tak sia2 kan? kau blaja sesuatu yg diaplikasikan kat lab,glad to help!

Liyana said...

H2: uish2..tertelan ka? msti xbest kan..da la xsdap..

yg atas plg susah buat..sng nk termuntah...sbb tu buat yg bawah dulu spaya dia xterkejut nk buat yg atas nnti

gitar hero: aku tak siarkan pun gmbar ko tyme buat impression..baik x aku...?

nur_amalina said...

yana hapi la bace blog ko pasal ni aku pun blaja secare teori jer dulu pasal alginate ni.

tapi tuk praktikal nye belom lg. stakat ni aku baru wat praktikal sampai gipsum jer dulu.

hehe ok take care =P

Liyana said...

ahha..aku pun mmula blaja teory dulu, xnmpk lagi. kan teori dgn dia punya composition suma2 properties dan segala buat aku pening. tp bila buat br la tau..

gypsm tu nk bg tere bancuh bg xporous dan lain2..dlu pun 1st lab aku deal ngan gyps..huhu..

salsabila said...

liyana!
ko dh stat wat kat org..
ak bru wat kat patung...
2 pn susah gle!
nex wik stat masuk klinixcited but takot!