Tuesday, 9 December 2008

selamat dan selamat..belajarlah bahasa sunda.

Rasulullah SAW dalam hal ini bersabda, "Allah SWT mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat (dari seratus rahmat) kepada jin, manusia, dan hewan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas kasihan dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (Allah SWT) menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti." (HR. Muslim)



pada 8 disember yang lalu, aku menyambut hari raya haji. (semua orang islam kot). aku bangun awal pagi sebab excited teruja. keluarga di Malaysia biasanya sambut hari raya haji. pasti mak akan masak makanan yang lazat dan enak untuk santapan keluarga. kalau cuti panjang dah ayah tak sibuk, kami akan pulang ke kampung (kelantan atau kedah). tahun ini, chat dengan ayah...[ayah dah terer guna chat kat yahoo mail]

ayah: kami di airport. nak balik kelantan

uish2~ jeles sungguh. pasti meriah. hmm..aku mesti buat sesuatu untuk jadikan raya haji disini juga bermakna. pakai baju raya yang ayah pilihkan [walaupun kemeriahan baju ini aku tak berapa nak berkenan. aku gagahkan juga pakai. bagi ayah cantik, cantiklah bagi aku]

lepas subuh berjemaah, matsurat dan segala. aku start masak nasi ayam. dibantu fatin fana dan izza nizawa. wahh kami sangat bersemangat. dah la esoknya izza dan fatin exam. risau juga dengan mereka ini. tapi masih nak tolong. (tak tahu kenapa medic student ini selalu exam pada waktu macam ni) fatin semangat buat PUDING CARAMEL!


tak sangka kat sini solat sunat awal gile. jam 6.30 pagi dah selesai solat. nasib baik ada satu lagi surau yang imam tengah baca khutbah pertama. fuh sempat. namun, khutbah itu dalam bahasa yang bunyinya macam bahasa philipina campur thailand. aku haram tak faham. tapi dengar aje la. sebelah aku ada seorang makcik. aku tanya, "bu, ini bahasa sunda ya?"

"iya..ga ngerti ya neng?"

hehe (senyum saja)

lepas itu aku pun bergegas sambung buat nasi ayam. teman-teman dari jakarta juga ada bersama. kami pun bersama-sama menyepahkan dapur.

dan.. siap!

lepas itu, sepatutnya tengok orang sembelih lembu, tapi tak sempat. rupanya dah habis sembelih.

namun..kami makan dengan gembira.

sahabat-sahabat dari jakarta dah balik. sanggup mereka datang lawat aku. terharu. tapi tak sempat makan bersama sebab cab dah sampai. tapaukan nasi ayam untuk mereka dengan bantuan nazee. sayu je melihat mereka pergi. :(

p/s: hari yang sama, harijadi Dib dan tai. yang ke-20. happy birthday. line sibuk. tak boleh call mak dan ayah :(

***
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA
[fatin bagi lagu ini walaupun ni eid adha]

0 komen disini: