Wednesday, 7 January 2009

aku betul-betul tak faham.

PERHATIAN: post kali ini bercampur baur seperti rojak. agak lari dari point sebenar. abaikan tulisan berwarna hijau.

salam semua. dengan ini suka aku mahu katakan,

exam microbiology dan biochemistry sudah selesai!

tetapi ada satu paper lagi iaitu epidemiology dan demography pada 14 januari nanti. kata amalyn beliau mahu mula belajar subjek itu 2 hari sebelum exam. hebat bukan? sebab beliau memang senang tangkap [catchup]

ohh ya. blog aku juga sudah berwajah baru. pada mulanya aku mahu bikin skin yang lebih canggih. namun aku batalkan niat itu. kerana aku tahu, pasti aku akan berada dalam bilik ini 48 jam deal dengan code2 html yang bukan bidang aku. tapi oklah. original skin berwarna kelabu dan agak serius. seperti blog kerajaan. lalu dengan bantuan amal. kami tukar warna dan serba serbi code yang ada.

alhamdulillah.

"blog kau dah macam blog islamic"
kawan, maafkan aku. aku sudah cuba sedaya upaya memastikan setiap entry aku membawa manfaat. setiap patah yang aku tulis, aku fikirkan dulu, ada manfaatkah kepada pembaca. tambahan lagi pelbagai jenis pembaca yang sedang menatap tulisan ini. kalau kau tak suka. silalah close sahaja. mahu kritik? silakan. aku terima ia sebagai didikan.

"kau dah berubah macam dah makin alim"


ouh. kawan, kalau kau lihat aku sekarang face to face, mungkin kau akan rasa aku sama seperti dulu. cuma cara aku berfikir, matlamat juga mungkin agak berbeza. atau lebih sesuai aku katakan. sangat berbeza dari dulu. semua ini aku salurkan melalui tulisan. aku sudah mula sedar apa tanggungjawab aku yang bukannya study 24 jam seperti itulah hidup dan mati. get a life people. kita punya matlamat dan tanggungjawab yang lebih penting dari itu. ganjaran? tak usah cakaplah. tidak terkira berganda dari apa yang kau fikirkan. pasti kau penasaran bukan?

aku sekaraang sedang belajar. belajar mencari erti hidup. berubah sedikit demi sedikit. itu pun, jika Allah mengizinkan. insyaALLAH. ingin sekali aku berubah ke arah yang paling baik. supaya ketika mati, aku tinggalkan dunia dengan bermakna.

pernahkah kalian terfikir, kenapa kalian dihidupkan, kemudian dimatikan. pernah tak? pelik bukan. secara analoginya, kalian membuat sebuah kek. 'icing' dan top yang menarik, cantik, malah sedap. aromanya vougi de vas! [kata-kata ema fatimah dalam laila issabella] tapi kemudiannya, kek itu dibuang.

what the...pelik bukan?

ahha kembali kepada persoalan asal. untuk apa dihidupkan. kalau kek pasti dibuat untuk kita makan. tetapi, kalau manusia dicipta. untuk apa? pasti ada sebabnya. dan seperti ada suatu perkara penting yang harus dilakukan di dunia ini. mahu jawapan? cuba renungkan. kata orang, kalau mudah mendapat jawapan. pasti senang lupa. aku juga sedang memikirkannya. tapi aku sudah punya jawapan tapi tak semua.

"kenapa kau menulis blog?"
ouh aku ada jawapan tersendiri yang aku rasa biarlah aku simpan sendiri. sebetulnya aku suka menulis. aku suka menulis pelbagai. aku tulis untuk kawan-kawan melalui email dan kami bertukar pendapat sekiranya ia satu isu yang membangkit dan mencabar untuk difikirkan bersama. tiba-tiba..

seorang kenalan yang aku kenal sejak tingkatan dua. kami berutus surat. senang cakap. macam penpal. beliau bersekolah asrama juga seperti aku. tapi jauh di kedah. aku pula di tengah kuala lumpur. lalu kami terputus hubungan atas sebab yang aku tak pasti. kemudian beberapa tahun kemudian. iaitu pada tahun 2008. dia dapat add aku di ym. waah. beliau memang suka menulis blog dan menyarankan aku menulis juga. disenaraikan segala kebaikan. mulanya aku ambil enteng. ya la. buat malu saja. untuk apa siarkan kepada orang ramai tentang pendapat, hidup kau yang peribadi? ha ha ha. tak semestinya peribadi.

tapi aku tulis juga melalui blog friendster. lama kelamaan. friendster seperti tidak se'friendly' yang diharap. seorang sahabat menyarankan aku menulis di blogspot. dan disinilah aku. he he. punyalah panjang kisahnya.


malu untuk aku siarkan. namun inilah hakikatnya. aku sedang berdebar menanti keputusan. adakah aku perlu menduduki peperiksaan remedial. maka, kalau ya, aku punya berkeping-keping lagi peperiksaan.

aku punya satu lagi persoalan. kenapa kau beragama islam. kenapa kau wajib solat. agama lain juga ada puasa dan sembahyang. kenapa? itulah kau harus mencari. islam bukan tradisi yang kau ikut sejak kecil. fahamkah apa islam itu?

aku pelik. tahukah engkau masalah umat islam masalah kita. kerana kita umat islam. aku malas hendak berkata banyak. kau bacalah blog cik donut ini. adakah kau benar-benar peduli? aku kesal bila kau kata

takkan kita nak pergi perang. nanti mereka serang kita balik
tak pun

boikot? nantilah aku boikot. kali ni je aku beli
waah aku terfikir. kau fahamkah kenapa perlu boikot dan kenapa kau perlu peduli. aku terbaca satu tulisan yang menyentuh bagi aku

...Berbicara tentang Palestina di hadapan mereka yang sememangnya tidak mahu mengambil peduli merupakan sesuatu yang membunuh saya. Seribu satu persoalan menerpa fikiran. Adakah Palestina tiada di hati saya sehingga saya gagal menyentuh hati insan lain mengenai Palestina? Saya penuh dosa dan saya gagal menyentuh hati kamu. Tapi mengapa video Palestina itu juga kamu pandang sepi? Mengapa wajah kanak-kanak tersebut tidak sedikitpun menyedarkan kamu keperitan di sana?

terfikir tak? salah satu yang aku belajar dalam modul ini sejarah kita (ISK)

kata-kata moche dayan seorang yahudi [sila betulkan kalau aku silap]

umat islam sekarang gagal kerana
  • tidak tahu sejarah
  • tidak suka merancang
  • malas
tidakkah kau rasa tercabar? nama saja orang islam tapi tidak tahu asal usul sendiri. aduhai. [aku juga sama]

nampaknya post ini sudah panjang berjela tidak seperti yang aku harapkan. lain kali aku tulis lagi. sekian.

rujuk :
  1. leokid
  2. ibn yazid
  3. sejarah
update : 08012009

3 komen disini:

dolat said...

huhu~
memang rojak.
exam + palestin + kamu = rojak.
sedapnyer~~
btw..kalau model tu 'misteri' sah2 sume orang taw~
btw mana yang hang kata si LKY tu tanya hang pasai hidup selepas mati jadi hantu bla3x tu??

Anonymous said...

teruskn menulis..sy suke bc tulisan awk..hehe..moga tetap tabah hati tk berbelah bahagi..chewah..hehe

ain said...

salam...
liyana...ingat aku lagi?
aku suka cara ko 2lis,pendek2,cm robot,tapi ada isi n senang paham...=)
ganbatte,ne!jgn berhenti menulis...
aku ble bayangkan ko bercakap mse baca blog ko...mirip skali,teh!
-ain zubaidah salleh,jogjakarta..-
p/s:blog aku,kang kne sekeh plak kalo xkasi kat ko...=P
http://filania201189-ain.blogspot.com/