aku tak suka pergi camping sebab:
ya. betul. aku tak suka pergi camping. jangan kata aku manja. aku memang tak tahan sejuk. aku bersyukur tidak tinggal di kutub. hikmah Allah mahu aku di sini. ianya berdasarkan kesanggupan bukan?
aku tak tahan sejuk
baiklah. kata saja aku manja. aku terima. sudah ternyata.
*sigh*
tapi camping kali ini aku dapat:
aku masih ingat ketika mendaki batuan tingkat sungai deras itu. aku perlu menarik tangan Fina di belakang. aku terfikir. kalau aku tidak kukuhkan kedudukan pasti kami akan jatuh ketika aku menarik tangan Fina.
kalau aku tak pastikan kaki tidak pijak batuan licin, pasti kami tergelincir.
analoginya. jika kau mahu bawa bantu seseorang, bawa kepada kebaikan. kukuhkan dirimu. iman, tarbiyah. supaya sama-sama sampai kepada matlamat.
sungai itu jenih. kalah ulu yam dan sungai congkak dan air putih di kulim [ 3 sungai ini yang aku pernah pergi]
(Green canyon di indonesia aku tak masukkan dalam list kerana masa aku pergi dulu hujan. air keruh yang amat tak macam orang cerita. jadi tak valid kalau aku judge tika hujan)
indah. memang indah. air terjun dan sungai jernih yang masih belum dijilat sampah dan cemar. benar. kata kak mila tentang tafsir surah a'basa
"Kamilah yang telah mencurahkan air melimpah dari langit, kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya" 80:25-26
benar. air terjun itu mencurah dengan derasnya melewati satu belahan bukit. sesekali bayang pelangi melintasi terusan.
indah nian
air deras dan aku dipaksa terjun ke dalam air sedalam 10 meter. aku tak percaya. mungkin 5 meter. tapi masih dalam kan? sepandai-pandai kau berenang. masih lemah membawa diri di arus yang maha deras.
mungkin ini kali pertama dan terakhir.
memang ambil masa yang lama nak suruh seorang demi seorang terjun kerana TAKUT. tapi bila aku fikirkan. kalau aku takut, bagaimana dengan sahabat di belakangku? pasti terkesan dengan aura takut dan gementar. kalau aku punya timbang rasa. aku patut beri rasa yakin, berani dan semangat kepada sahabat di belakang kan?
aku boleh, kau juga boleh.
percaya. terjun, percaya walau apa pun yang terjadi, kau ada Allah.
percaya diri kau tidak lemah melawan fobia
percaya kau berani melawan takut
bagaimana kau mahu menjadi contoh kalau kau rasa diri lemah dan takut?
aku juga bajet konfiden. tapi aku lupakan semua takut. kerana aku ada Allah.
air jernih, sejuk. hutan hijau. cantik.
buat aku merenung sejenak tentang kebesaran dan bukti kewujudan Tuhan.
pernah sekali kenalan non muslim itu bertanya:
"kadang-kadang saya tertanya. benarkah wujudnya tuhan ini. mengapa masih ada peperangan yang disebabkan agama. kalau tuhan wujud, kenapa ada banyak agama dan boleh akibatkan kacau bilau di bumi kenapa masih ada jahat benarkah ada syurga dan neraka? adakah mati itu wujud. dan kita semua akan menjadi hantu sekiranya tidak menghuni salah satu dari dua tempat itu setelah mati?"
sukar untuk aku jelaskan kerana kita punya percaya yang berbeza.
wajarkah aku keluarkan sedikit ayat tentang kewujudan alam yang merupakan bukti kewujudan Allah?
wajarkan aku keluarkan ayat tentang Allah menciptakan manusia bersuku bangsa supaya kita berbaik-baik?
wajarkah aku cerita kan tentang mati, barzakh syurga neraka seperti yang aku imani dan faham?
kalau kamu? apa yang kamu akan jawab?
- sejuk

- belajar
- mengenal
- mengerti
- menghayati
- sedar
- mencintai

p/s: banyak lagi mahu kucerita tapi aku butuh waktu, ketika dan laptop sendiri. sekarang aku masih terkandas di jakarta. aku sudah hitam. tak tahu kenapa.
6 komen disini:
salam sayang buat kamu..
sejujurnya,damai juga agak kurang hendak keluar berkhemah...tapi,bila sahaja sudah sampai di tempat perkhemahan,damailah yang paling bersemangat waja...
setuju pada pendapat kamu.."sebelum nak menarik seseorang,kita perlu cukup baik dahulu"...tetapi,jangan jadikan itu alasan untuk terus mengelak dari mengingatkan insan2 sekeliling kita tentang kekuasaan Allah ^^
maaf..banyak entri kamu yang damai terlepas pandang...agak sibuk kebelakangan ini...maaf ya sayang ^^
jaga diri agar selalu dalam iman dan islam ^^
Keh3. Tersenyum saja aku membacanya. Jangan dibenci pada sesuatu, kelak ia tak dapat ditinggalkan walau secubit waktu. ;>
Aku suka berkhemah!!
fuh,kalo temapt camping selawa gambar yg pudding caramel upload tuh,sejuk tak sejuk, nyamuk tak nyamuk,sanggup saya ke sana!
subhanAllah...
salam alaykum..
sory, lambat mengomen..
1st, lawanyer pic kat atas tu.. ituke tempatnye?
2nd, saya ske camping, bila masa mengizinkan..
3rd, saya ske keindahan alam, sebab tu saya ske camping [d tmpat2 yg cambesh].. heheh.
4th, baca di blog dib gak, best nye mukhayyam tu...
5th, wah, soalan non-muslim... tatawuLa.. sy rsa wajar je.. cuma ga usah terus kluarkan ayat2 berat..
bukanke 13 thn lamanya tempoh yg Allah ambil utk bina & tetapkan akidah d zmn Rasulullah.. baru masuk bab2 penyelesaian permasalahan hidup yg laen..
so, akidah tu yg lg penting..
[maapla, sy dak br blajar.. x pandai nk mengajar.. cuma share pe yg drasa bley bantu..]
tanyala... dia percaya pd destiny x.. [takdir].. if caya, tnya lagi, camne dia ley caya, sedangkan dia xbley lihat destiny tersebut..
tanya lagi.. dia pcaya x adanya future, or masa depan... if caya, tanya.. nape caya? penah lihat ke masa depan?..
hmm.. camtu gak laa camne kita caya adanya syurga or neraka.. kita caya akan wujudnya mende yg kita x nmpak.. [plz btulkan mana2 yg x btul n xbley dguna pakai..thx]
mati, kta ke alam barzakh dlu.. then baru ke alam sterusnya d mna amal kta akan dhisab.. sterusnya menentukan tempat yang akan kita diami d akhirat kelak.. bak seseorang mendapat sijil result priksa.. baek resultnya, inshaallah lg byk pluang dia ada utk msa dpan yg cerah..
wa, kamu ley citerkan kat kenalan tu, sal alam2 tuh.. hoho, but mayb harus study lg.. cari sumber yg sahih, so, lebey dpercayai..
so, cayakah seseorang itu akan kewujudan tuhan?.. if x caya coz persoalan laen spt nape ada kacao bilao d bumi, nape ade kjahatan..
nnt saya post-kan satu citer di blog CZ, kisah yg agak berkaitan ngan kes nih.. he... inshaallah..
k, sory nyemak d blog neh.. wassalam~
kak damai: wassalam..samelah..xberapa gemar, tp sgt mencintai pemandangannya
sangpelangi:xbenci, cuma tak gemar :D
warungkampung:pemandangannya lebih kurangla..cuma lagi real :p
ana:wah panjang komen anda. xsabar nk tunggu post kamu ttg ini.
mungkin ini satu ujian buat aku. dengan persoalan yg aku sendiri tataw mcm mana nk handle.
mekasih ya
ohh haah dib punya belog ade ckp pasal camping. best sgt air die!! cuma sejuk yg mngggit aku tak berapa gemar mcm aku kate, aku tak tahan sejuk..haha
Post a Comment