Wednesday, 21 January 2009

*tidur dalam sedar*


pagi ini aku lihat ke luar jendela. udara pagi yang dingin dapat dirasa. padi yang hijau. petani sudah keluar membanting tulang di sawah. cantik. manusia keluar mencari rezeki. burung-burung turut berkicau tanda gembira kukira. permulaan hari. mencari rezeki. indah. sampai bila aku boleh melihat ini semua.

semalam. aku baring sebelum tidur. merenung siling. kurenung pula dinding. jasad sudah penat. namun qalbu kegundahan. mata sukar dilelapkan.

fikiran menerawang jauh.

jika Allah menarik nyawaku malam ini. ketika aku tidur. adakah aku sudah bersedia?

adakah aku siap dengan skima jawapan. apa aku sudah bersedia menerima sakitnya kematian.

jika ditanya, apa yang aku buat dengan ilmu yang aku peroleh.

jika ditanya tika umat islam sedang diseksa apa yang aku lakukan.

jika Allah bertanya. apa yang aku lakukan untuk agamaNya?

apakah yang aku lakukan untuk Islam?

duduk bersahaja. melihat tanpa rasa. mendengar tiada kesan. tiada usaha walau sedikit. adakah?
usaha yang sedikit tapi masih ragu. tiapnya ada pertikaian.


kaku. kesedaran diselit bersama ke'lagha'an. argh.. sadis..

takut akan kematian. adakah ini namanya cinta akan dunia? adakah ini penyakit wahn?

aku bimbang, takut, sedih. tidak mahu diri ini dikalangan yang tahu akan hadirnya waktu mati. percaya akan hari pembalasan. beriman dengan hari qiamat. tapi masih berlengah. mengalpakan diri.

ingat tapi lupa

*sigh*

hatiku, jiwaku hanya milikMu.

*tidur dalam sedar*

4 komen disini:

Siti Yusrina Nadihah Binti Jamaludin said...

Simple yet a deep reflection...

P/s: Lagu Terima Kasih Tuhan adalah lagu yang cukup "dekat" dgn hati akak....semoga sentiasa dalam peliharaan Allah...Amin.

Lotsa love from Queensland~

Anonymous said...

=) hee, muhasabah~

Liyana said...

kak yus: hehe mekasih...i really appreciate ur visit here.

lagu itu..memang cukup dekat. lirinya bermakna utk saya juga

ana: hee muhasabah. act dah tulis ini dah lama..

zamrie said...

jika malam menjemputku moga siangku bermandikan cahaya...