assalamualaikum!
rasanya sejak kebelakangan ini saya asyik menulis tentang diri. peribadi sangat. macam jiwa-jiwa. ini adalah akibatnya apabila membiarkan hati ini disentuh perkara-perkara yang tak patut. hati.. ohh hati. duduk diam-diam boleh tak? saya paling tak suka bila hati rasa sedih yang teramat sangat tapi tak boleh menangis. ohh itu adalah satu penyiksaan.
okay, tak pe. drop the topic. terus kepada tujuan utama.
satu hari ketika liqa', murabbiah meminta kami buka al quran dan mencari apa jua ayat tentang cinta. ya. cinta lah. saya pulun juga cari. sebenarnya banyak, tapi selama ini tak pernah mencari. kalau jumpa pun sekali imbas saja. tapi apa pun ayat-ayat yang ditemui:
- [9:24]
- [3:31]
- dan lain-lain
nafsu dibahagi kepada tiga iaitu nafsu mutmainnah, lawamah dan amarah. selalunya dalam diri manusia ada pertarungan dalam jiwa diantara ruh dan hawa nafsu. apakah sifat tiga jenis nafsu tu?
- nafsu mutmainnah
"wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. maka masuklah kedalam golongan hambaKu. dan masuklah ke dalam syurgaKu" [89:27-30]
- nafsu lawamah
"dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri)" [75:2]
- nafsu amarah
"dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik." [3:14]
"Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. sesungguhnya Tuhanku maha pengampun, maha penyayang." [12:53]
itu saja. cinta itu pelbagai kan? tapi cari lah cinta yang tidak berteraskan nafsu. saya terbaca kisah cinta dari blog inqilaab[klik].. secebis ayat dari kisah itu:
Sananiri bertanyakan kepastian Aminah Qutb, “Begitu lamanya waktu berlalu, aku kasihan kepadamu atas derita ini. Sebagaimana yang aku katakan kepadamu pada awal jalinan kita, kemungkinan besok aku segera keluar, kemungkinan dua puluh tahun lagi, bahkan mungkin ajal menjemputku di penjara ini. Maka bagimu kebebasan penuh untuk mengambil keputusan yang baik bagi masa depanmu. Aku tidak ingin menjadi penghalang bagi kebahagiaanmu....
Si isteri memberi jawapan,“Saya memilih harapan yang saya tunggu-tunggu; jalan jihad dan syurga, keteguhan dan pengorbanan, tegar dengan janji yang kita ikrarkan dengan aqidah yang kukuh dan keyakinan tanpa ragu-ragu atau menyesal”.
bagi saya kisah ini menyentuh dan kisah cinta yang sweet.
teringat ketika sekolah menengah selalu baca novel cinta. terpengaruh. mahu yang itu, mahu yang ini. tapi bila difikirkan kembali, layakkah kita [saya lah sebetulnya] membina sebuah rumah sekiranya tidak punya asas yang kukuh. bagaimana mahu membentuk generasi seterusnya jika ibu bapa belum cukup kuat untuk menjadi pendidik. jadi, perkukuhkan diri dulu baru fikir untuk bina baitul muslim. kesimpulannya, gadis-gadis zaman sekolah suka berangan. biarlah rumah yang di bina itu bertujuan untuk mengukuhkan lagi dakwah. bukan sekadar memenuhi keinginan.
bacalah buku ini kalau dah bersedia
download
akhir kata, marilah kita berselawat kepada junjungan besar, Rasulullah saw.
doa untuk emak saya.
p/s: masih menjadi kanak-kanak kecil yang belajar. sekarang rasa agak janggal berkomunikasi dengan kawan-kawan lama guna 'bahasa kami.' mungkin kerana terasa diri ini semakin tua.
p/p/s: ayah dah jumpa blog ni. masa diambil menulis ini ialah 4.15 am-5.17 am [1 jam 2 minit]. selepas solat subuh! saya kena rancang penggunaan masa menulis, masa belajar, masa bermain. terima kasih ayah. biological clock juga kena reset semula sejak stay up hari itu. dah tonggang langgang dah sekarang. tsk~
2 komen disini:
weh aku dah lame x dtg blog ko.. ari ni ttbe terajin nak update blog la wat mcm2.. haha... miss u.. bile nak blk malaysia.. leh kte jln2 sambil window shopping...hehe
salam...
Betul...berhati-hatilah dengan nafsu...
Post a Comment