Monday, 30 March 2009

laporan hari ini


salam

semenjak dua menjak ini saya rajin meng update belog. walaupun banyak benda lain yang perlu saya buat. saya akan selit juga masa menulis. sebab? saya agak risau dengan kebolehan saya mengingat. saya mempunyai short term memory. dan ia juga ada kaitan dengan daya fokus yang rendah. saya rasa lebih dahsyat dari daya fokus ikan emas.

jadi, saya beli satu buku tulisan scott hagwood. tentang rahsia melejitkan daya ingat otak. apa? melejit? saya pun tak tahu maksudnya. tapi saya beli juga. saya assume mungkit menajamkan agaknya.

saya baca buku itu menggunakan kaedah scanning saja. saya ada buku lain yang perlu dibaca seperti buku psychology, slide-slide general surgery, dermatology, psychiatry, buku-buku ringan seperti can you keep a secret, the notebook, jalan cinta para pejuang dan lagi dua buku lain. semua ini pending. sebab saya tidak sempat baca serentak. jadi saya setkan buku-buku tambahan selain buku pelajaran, 10 muka surat setiap hari. sebelum tidur, saya akan buka lampu tidur untuk baca buku. lepas itu saya pun tidur.

dalam buku encik hagwood ini kata, salah satu langkahnya ialah menulis jurnal harian. ingat kembali apakah aktiviti kita seharian. saya agak malas menulis. tapi saya rajin menaip. jadi, saya mahu jadikan belog ini sebagai jurnal boleh? boleh tak? boleh la ye.. :)

tadi saya periksa general surgery. alhamdulillah! seronok lah soalan dia. saya menjawab dengan tenang dan tidak stress. alhamdulillah. kira balance lah dengan pharmacology yang agak ganas soalannya.

lepas itu saya ke jatos [jatinangor town square] membeli groceries. makan dan pulang.

malam ini saya ada meeting biro. jadi sebelum malam ini saya harus buat perkara lain untuk mengisi masa. meeting yang lepas fatihah temankan saya. kali ini saya pun tak tahu nak ajak siapa temankan. wuwu~ lecehlah meeting di malam hari.

okaylah. cukup itu sahaja laporan hari ini.

p/s 1: saya nak cepat. saya tak nak betulkan sebarang kesilapan ejaan. kalau ada kesilapan ejaan. faham-faham sajalah ya.

p/s 2: minggu ini tiada kelas bahasa sunda. nanti saya bagitahu kenapa saya masuk kelas ini walaupun salah satu sebabnya adalah dipaksa oleh amal.

p/s 3: mak saya rasanya sudah semakin pulih atas jagaan ibu mertuanya iaitu tok saya. tapi mungkin agak lambat. tapi saya harap dia akan cepat sembuh. dan semoga Allah sentiasa menjaganya.

p/s 4: kena study dermatology. jawab soalan. esok nak bincang di sake.

tulis: 18 minit

4 komen disini:

jueann^^ said...

cik yan beezee ke?
cm x je..=p
masih mgekalkn rutin arian tuk memecah karamkn bilik saye d pagi ari..
haih2..=)ahaha

[ann yang polite]

~*puding caramel*~ said...

malas nk tunjuk depan jueann.
saje je. sebab boring. pagi2 suma org cm sunyi, ape lg..ketuk pintu bilik sebelahla..
hehe ^^

[polite la sangat :p]

BaLQis said...

byk tul ps ko..haha

Anonymous said...

yana dn pesanan khidmat masyarakat nya...ha3
have a great time dear
may Allah bless u