Saturday 21 March 2009

maafkan saya


maafkan saya kalau post ini mengganggu mood pembaca. saya dah tak dapat menahan diri terus menerus lagi. saya sedih teramat sangat. saya sangat fragile. saya boleh menangis di mana sahaja. dalam bas, ketika dengar lagu, ketika di keramaian. di mana-mana.

saya nak elakkan dari berasa sedih dan merosakkan mood orang sekeliling, saya berada dengan kawan-kawan, saya keluar makan bersama, tengok tv, pergi kelas, buat bising, berlawak-lawak, bermain facebook. saya tak suka mood saya boleh mempengaruhi orang sekeliling. saya tahan seboleh mungkin.

tapi kali ini saya dah tak tahan. saya sangat rindu, tapi saya tak boleh bercakap dengannya. mungkin bagi sesetengah orang ini adalah perkara biasa saja. tiada apa. maaf kerana bagi saya, saya sangat sedih sebab saya sangat sangat sayangkan emak saya. segala memori kami berputar di minda.

saya teringat ketika darjah empat. saya sesat dan tidak pulang ke rumah sampai jam 9 malam. emak saya sangat risau. jam 9 itu, mak terjumpa saya. saya menangis. saya nampak mata emak saya berkaca. masa ini lah saya sedar yang emak saya sayangkan saya.

dulu saya suka keluar dengan kawan-kawan. ayah saya selalu tak benarkan. tapi mak selalu bagi. mak akan pastikan saya pulang awal. jam enam kalau saya belum pulang, mak akan call. saya rasa emak paling faham saya. katanya, kalau saya tak suka sesuatu, boleh nampak dari raut wajah saya. katanya saya tak boleh tipu kalau saya tak suka. tahu apa saya suka apa yang tidak. ahh..banyak lagi mahu saya tulis. tapi saya tak mampu.

saya sentimental, saya sensitif, saya rapuh. kalau bab ibu bapa ini memang saya agak sensitif. ketika ibu saya kata yang jarinya sudah tidak rasa pada periuk panas. saya sudah sedih. bimbang.

kalau kamu tanya tentang ibu saya, saya bimbang saya sertakan jawapan dengan tangisan. saya malu juga dengan diri saya ini kadang-kadang. kononnya nampak seperti keras tapi punya hati yang sangat rapuh.

ini buat saya terfikir. mungkin Allah mahu menguji saya. adakah saya kembali padaNya setelah Dia uji saya dengan perkara ini. bukankah semua yang saya ada adalah milikNya? Dia baru mahu test sikit saja dari satu-satunya harta pinjaman yang saya sangat sayang. belum lagi Dia ambil terus. adakah saya kembali padaNya? adakah saya merayu dan menangis padaNya?

seorang kakak pernah berkata Allah suka seorang hamba itu cuba mendekati padaNya, mengadu padaNya. termuhasabah sebentar. janganlah kesedihan ini membuatkan saya lupa semua ini. alhamdulillah, subhanallah saya teringat.

saya rindu, saya mahu dengar suaranya. saya rindu kata-kata comelnya. saya rindu untuk berkongsi cerita tentang aktiviti kami. macam biasa. ayah pesan untuk tidak call lagi buat masa sekarang.

saya sangat-sangat sedih

Masih hangat terasa ...
tangan yang membelai yang mengusik manja...
daku damba kasihmu
biar jadi pedoman...
buat penyuluh jalan kugapai impian...

angin kau nyanyikan lagu untuk permataku tenang selalu..
bayu sampaikan berita, daku kini ceria, aman dan bahagia
selimutkan rinduku bersama malammu...


maafkan saya. saya dah tak boleh tahan lagi. maaf. maaf. maaf. biarkanlah saya menangis. sampai air mata ini berhenti sendiri.

5 komen disini:

aziraliyana said...

tak mengapa...kalo dngan menulis dapat mengurangkan beban apa salahnya.

dolat said...

aku doakan emak ko cepat sembuh!


p/s: xsangka ko dah sesat sejak kecik2 lagi.mmg sifat semulajadi eh tu

Anonymous said...

Besar sekali kasihmu pada si ibu ya. Setiap kesakitan itu pasti ada penawarnya...

p/s ujian tidak akan datang melainkan kepada hamba yang disayangi-Nya. Kamu cukup beruntung, puding caramel.

duha said...

bila Allah uji kita dengan bnda yg paling kita sayang,bermakna ini satu ujian yg besar untuk meningkatkan kita kepada "level" yang lebih tinggi..

Allah sayang kak yana, that's why Dia bagi ujian camni..macam Kak Yana cakap, Allah nak tengok apa yg akak akan buat dengan ujian sebegini..pulang padaNya atau sebaliknya..

dan ingatlah, La yukallifullaha ila wus'aha..Allah tidak akan memberi ujian melainkan Dia tahu kita mampu menghadapinya..yakin pada Allah~

p/s: tak salah nak bercerita atau mengekspresikan kesedihan akak..jangan simpan sorg2 ye..apa gune kawan kalau bukan utk membantu? :)

ju ibrahim said...

ini r kegunaan blog..
kdg2 bercerita dgn mnusia mereka bosan..
tp blog cukup setia "mndgr" ape yg kita nk tls kn.hahah...
mengarut r ape pn,die setia mndgr..
be tough girl...