Thursday 16 April 2009

habis



salam!

apa khabar pemilik hati sekelian?
saya telah berjaya menghabiskan buku jalan cinta para pejuang. alhamdulillah. dan, saya pun tak pasti kenapa saya begitu sensitif ketika membacanya. kisah-kisah zaman sahabat-sahabat begitu menyentuh perasaan saya. beberapa kisah yang begitu menyesakkan. terlalu banyak. dan yang pasti terlalu jauh kehidupan saya ini dengan mereka dalam meraih cinta yang hakiki.

sedikit sinopsis dari buku:

kalau cinta berawal dan berakhir karena Allah,
maka cinta yang lain hanya upaya menunjukkan cinta padaNya,
pengejawantahan ibadah hati yang paling hakiki:
selamanya memberi yang bisa kita berikan,
selamanya membahagiakan orang-orang yang kita cintai.
-M. Anis Matta-

baca selanjutnya......

saya baca secara marathon ketika kawan-kawan sedang rehearsal untuk dental health promotion ke sekolah rendah di sini esok.

ayat 2:216 di ulang sebanyak 4 kali tak silap saya. tak sangka memori saya boleh tahan juga. berlatih2!! nampak di situ macam ayat itu penting dan boleh di relatekan dalam pelbagai situasi.
dan kata Rasulullah berbunyi : jika kalian berharap syurga, pintalah firdaus yang paling tinggi! diulang sebanyak 2 kali.

sekarang ini bermood yang agak terganggu. bimbang saya akan menulis mengikut hawa. saya risau juga, kadang-kadang saya menulis sesuka hati. tak terfikir sekeliling. mungkin saya telah membuat sesorang berkecil hati tanpa saya sedari walaupun saya tak maksudkannya pun. okay2~ taknak fikir. kan dah cakap. tiba-tiba emotional pula.

berbalik kepada buku ini. saya suka ayat-ayatnya. banyak yang mendalam. nak ulas panjang pasal buku ini. tapi saya sudah kesuntukan masa. saya gagal merancang dengan baik kali ini. buku ini akan dihadiahkan kepada orang yang di sayangi.

dalam taat padaMu, kadang tak cukup
berdiri di luar dinding hitam
maka tolonglah kami agar bisa berjingkat
menutup pintu abu-abu

di mana saya sekarang ini?

p/s: gagal merancang masa dengan baik. :(

p/s2: tak nak tulis banyak-banyak ulasan. mood tak berapa ok. nanti merepek.

p/s3:mendapat panggilan misteri sejak beberapa minggu ini.

10 komen disini:

Balqis said...

salam Liyana,

Menarik nampaknya buku yang kamu baru habis baca itu.

dalam taat padaMu, kadang tak cukup
berdiri di luar dinding hitam
maka tolonglah kami agar bisa berjingkat
menutup pintu abu-abu
Sungguh terkesan!

Liyana said...

sangat menarik!

banyak kata-kata dari beberapa ahli philosophy, hadith dan ayat aQ yang mendalam maksudnya. bahasa juga mudah di fahami. penulis ini macam feymes di sini. kawan yang promote buku ini. :)

Iliana said...

salam...

aduhh~ terngiur tengok puding caramel tu..

kadangkala, saya pun beremosi ketika menulis..tapi, bila difikirkan balik, penulisan yang beremosi itulah yang menunjukkan rasa yang sebenar..cumanya, ianya dipengaruh akal yang singkat..

eh, buku itu di pasaran Malaysia ke Indonesia? hehehe...menarik (^_^)

Balqis Riza said...

salam~
yana..buku ko tu aku tak abs baca lg...hihi
ade date kne pulang tak??

Liyana said...

iliana: he he mudah saja membuatnya. tapi kalau mahu mudah. zaman sekarang sudah ada yang segera.

betul apabila menulis dengan emosi. ianya datang dari hati. tapi kesannya, terlupa tentang kesan dluar fikiran jika tersalah tulis.

buku ini baru lagi. rasanya belum di jual di pasaran malaysia. tapi bukunya yang sebelum ini saya pernah nampk terjual di malaysia.

Liyana said...

baLQis: wsalam.. wah2..macam library pulak. tak pelah. take ur tyme. lagi pun aku pun dah tak baca buku tu. btw, jangan tak baca pulak!

Anonymous said...

wah dah habes!
kamu ulang skali lagi bce buku ni..
cari part2 yg teringat dan terkesan,bru2 ni kan marathon..
mungkin ade bnyk lgi isi yang dpt digali dan dikorek di situ..
selamat menggali dan mengorek!

-nak jadi anonymous lagik,hahaha-

Liyana said...

Anonymous: hehe..alhamdulillah..lega sikit.
terima kasih. yang pertama saya tersentuh part sultan muhammad al fath tu

lepas tu part kisah2 cinta sahabat2..sedih... :'(

terima kasih!

dolat said...

ko ingat x?
buku "can u keep a secret"?
tu pon aku xhabes baca lagi~

Liyana said...

donutcokelat:
ingat! aku pun terbantut baca sebab dalam bentuk PDF. tak larat nak baca. aku lagi selesa buku yang betul2 buku. boleh baca dengan pelbagai posisi