Monday 20 April 2009

hujung minggu


salam!

minggu ini adalah hujung minggu yang begitu padat. blok baru yang akan bermula hari isnin adalah berkaitan stomatognathic system iaitu sistem yang meilbatkan mulut, rahang, gigi, pharynx yang berkaitan dengan aktiviti mengunyah, bercakap dan degglutition [menelan?]. secara automatisnya, ia berkait rapat juga dengan fungsi-fungsi chemical, mechanical dan physiology tisu-tisu berhampiran. [saliva, enzyme etc juga termasuk]

sabtu, belajar. baca buku-buku rujukan yang dipinjam dari perpustakaan dan buku-buku lain. report dan bahan presentasi perlu disiapkan! topik pertama nampak ringkas. anatomi dan fisiology bagi gigi, jaringan periodontal, tulang rahang, lidah, otot-otot pengunyahan dan sendi temporomandibular. [sengaja translate. sebetulnya belajar dalam bahasa inggeris]

lepas itu pergi menjadi tukang sorak untuk game bola baling. kata nad: ambil udara pagi. betul juga. kalau tak, memang terperuk saja dalam bilik dengan timbunan kertas di lantai dan meja [bilik sangat berantakan sekarang]

petang itu lab partner datang untuk membuat sedikit diskusi. kemudian lepas maghrib usrah. malam itu sambung bekerja.

ahad: sukan. sukan kemuncak. saya pergi lambat sebab saya nampak status kamyaw di ym "done". aaahh~ beliau sudah siapkah? apa lagi. saya pun buat laju-laju part otot pengunyahan sebelum keluar.

acara sukan rakyat secara keseluruhan. saya penonton dan tukang sorak. sebab acara saya dah lepas. macam-macam, kaki jerangkung, tuju selipar, lari dalam guni dan banyak lagi yang berkaitan permainan rakyatlah senang cerita. lumba makan tahu pun ada! 2 orang wakil setiap rumah, seorang perempuan seorang lelaki makan 20 biji tahu sumedang setiap seorang. saya bukan penggemar tahu. jadi, saya menyokong dan mengipas sahabat saya. [kata penyokong :p]

break tengahari, saya pulang ke rumah dah tak balik ke sana lagi. sambung kerja. sekarang bandung cuacanya panas yang membahang. memang sangat panas. saya cek termometer jam tangan suhu mencecah hampir 40 darjah! padanlah pulang saja muka terasa pedih yang membakar.

penat dengan dehydrasi jangan cakaplah. apa pun perjuangan perlu diteruskan! report!!!

alhamdulillah, malam itu siap juga. selepas final touch, print out. lega. baca buku 1515. kemas bilik. :p

kata kawan lama saya, beliau pelik. katanya, saya masih sempat membaca novel ringan semacam itu. katanya dia tak sempat langsung.

bagi saya masa itu bukan tidak cukup. tapi ianya bergantung bagaimana kreatifnya kamu menguruskan masa. contohnya, kalau saya tidur petang itu, saya perlu menggantikan waktu tidur itu untuk membuat assignment. malam, tak sempat nak baca buku ringan.

Allah itu adil. 24 jam sehari. insyaALLAH cukup.

okaylah celoteh saja. pagi ini mahu membaca untuk kali terakhir sebelum kelas. tiada gambar untuk di upload. mungkin nanti. :)

p/s: balqis, amal dan atiqah. maaf kerana tidak menyokong kamu lari dalam guni.

p/s2: harap lecturer baru tidak garang :s

p/s3: muna liyana. saya tak sempat reply email kamu lagi. kalau kamu baca ini, anggap saja saya sudah update cerita pada kamu ya ;)

6 komen disini:

Balqis Riza said...

haha..ko takde ke tgk aku lari??
ptut la....huhu

aah weyh..bndung panas...tlg la....adeyh~

Liyana said...

takde lah...
aku balik ingat nak pergi balik. tapi bila tengok buku n kertas2 atas meja. aku terus melekat kat meja.

semalam petang tu hujan la jugak. but ape pun...panas membahang kan..xpernah agie bandung cani aku rase..

Balqis Riza said...

tu la..suh earth hour taknak..hahaha
*tak tuju kt ko ek..kt lain..hehe*

Liyana said...

takpe..he he sebab aku support earth hour 100% ari tuh!!!!!

p/s: tok aku kat mesia pun support..klu org muda xamik tau..memang malu lah!

Anonymous said...

salam yna...!
muna bce ur post nih..
he3...no worries... i am well-understood of students' life
the pace and excitement...he2
kamu sila jga ksihatan juga
bykkn minum air ya dong sayang....
regards,munnamu yg anggun

Liyana said...

wsalam muna!

yeke..thanks..act nasihat ini adalah untuk kamu lah muna..
kamu juga..tapi memang panas pun..aaa~~