Friday 17 April 2009

pengalaman ini saya taknak lupa



semalam saya ke sekolah untuk mempromosi penjagaan gigi kepada kanak-kanak sekolah dasar [sekolah rendah]. kumpulan saya terdiri dari 6 orang dapat kelas kanak-kanak berusia sekitar 5, 6 dan 7 tahun. tahu tak satu kelas ada berapa orang? 54 orang!!!! ya, saya juga terkejut. pada awal pagi memang saya agak gementar. bukan saya tak suka kanak-kanak. saya takut. bak kata jueann:

"kalau kau nak rapat dengan mereka, cuba jadi macam mereka"


okay. zaman kanak-kanak saya sangat berbeza. cara saya berfikir juga. mungkin kerana saya di jaga oleh seorang nenek yang tinggal berhampiran rumah. ahh, ini lain kalilah saya cerita. nanti melalut.



bila sampai sana. mereka nampak sangatlah pelik dengan kehadiran kami. saya bersyukur dapat kelas 1 [macam darjah satu yang berumur :5,6,7 tahun]

mereka nampak nya tidak nakal dan mendengar kata. dan juga interaktif. bagus! tapi kami kena fikirkan games selang 2 slide flipchart secara spontan. haha sebab tahap fokus mereka bukan boleh berterusan.[terbaca dalam blog kak anfal tentang beliau handle anaknya] dan hadiah-hadiah yang tiada kaitan dengan makanan bergula juga di beri. penerangan tentang makanan apa yang sihat untuk gigi dan mengajar cara menggosok gigi dengan betul. berus gigi di beri setiap seorang satu.



baguslah sebab mereka menjawab soalan kami dengan baik. semua participate. [sebab nak hadiah kot :p]. sebelum kami datang, ada seorang itu, macam nak menangis sebab ingat kami datang nak cabut gigi. ha ha. aaaa~~ comelnya! lepas itu saya ajak ambil gambar dan cakap-cakap sikit, dia nampak macam okay.



kami edarkan juga coloring sheets dan leaflets. tapikan, mereka tiada pensel warna! dulu di rumah, mak sediakan warna di rumah di letak banyak-banyak dalam raga. kami adik beradik menggunakan pensel warna itu. dan yang di bawa di sekolah ada sekotak. tapikan di sini. pensel warna tiada. aduh! tapi kami bagi hadiah alat tulis, susu dan pelbagai. yang paling penting mereka semua dapat berus gigi free ok!

ada yang segan nak tunjuk gigi. percaya atau tidak, saya di tugaskan menyanyi bersama mereka lagu 'bangun tidur' versi kanak-kanak di sini. ah, penat juga mencari di internet. itupun saya tanya tentang lagu ini dengan cikgu kelas bahasa sunda saya ;) [terima kasih cikgu]. mereka sudah belajar lagu ini dan menyanyi dengan lancar. fuh lega sikit.

nasib baik dapat kelas kanak-kanak macam standard tadika, sebab saya buat gaya-gaya yang entah apa-apa pun tak lah malu sangat. macam cikgu tadika. alhamdulillah..merasa juga pengalaman handle kanak-kanak tadika macam yang saya impikan dulu. ecece~

yang pasti, mereka suka bergambar. kami minta mereka buat gaya sedihlah, terkejutlah, gembira, tunjuk gigi, marah. semua sporting ikut saja. hehe.

sebelum ke sana. macam-macam saya bayangkan. saya takut ada yang menangis tendang-tendang kerusi [pengalaman di klinik semasa cuti], gigit orang [pengalaman di kampung], berlari-lari dalam kelas sambil menjerit [dalam tv]. macam mana nak handle ini semua?!!! ahah! semua ini imaginasi saja! yay! saya cari dalam youtube 'kindergarten teaching' dan macam-macam. best pula. lain kali boleh buat lagi semua ini. kena study lebih untuk psychology kanak-kanak. :D

kawan-kawan lain ada yang dapat kelas 2 kelas, 3 dan kelas 4. kumpulan saya dapat kelas kanak-kanak yang paling kecillah. memang kecil macam 4 tahun. comel. :)



p/s: beli crayon untuk mewarna flipchart. teringat zaman sekolah rendah. eheh~ best pula. :)

p/s2: tengok status di facebook kawan-kawan semua tentang betapa gembiranya kami selepas lawatan ke sekolah rendah :)

p/s3: okay sekarang kena belajar untuk blok baru minggu depan! there goes the hectic life~. tapi sekarang sedang selit masa baca buku 1515. eheh.

p/s4: saya dah cerita semua ini pada mak. mak kata bersyukurlah duduk di malaysia. student satu kelas maksimum 35. jangan nak complain kerajaan. banyak kemudahan kita dah dapat. [erk..apakah?]

p/s5: ada seorang pelajar disini yang ibu nya telah meninggal dunia. alfatihah..

12 komen disini:

Balqis said...

Wah....

Terkenang zaman sekolah dulu, ada orang datang (ada nurse, doktor gigi kot...maybe ada student dentistry juga) suruh gosok gigi. Ramai-ramai dia suruh baris tepi longkang, bagi cawan sorang satu pegang, pastu dia ajar cara2 gosok gigi.... wah... teringat2... huhu...

Dulu memang jaga gigi betul2 sebab takut cabut gigi... sekali satu hari, dentist kat klinik skolah ckp ada satu gigi kena cabut sebab dah goyang sikit, huhu.... sakitnya bukan kepalang....

Tapi seronoklah sebab dapat free berus gigi dgn ubat gigi kecil tu, hahaha....

Semoga jadi dentist yang baik ngan kanak2, ya!!

Balqis Riza said...

weyh..aku terkejut~
haha..aku igt aku dh post bile tgk nama diatas..hahaha..rupenye bkn aku~

hehehehe..

wah..buat aku teringt zaman sekolah..ade doc dtg check gg..hihi..
papepon, tahniah yana..
nmpk cm seronok je..
farmasi takde cmni..
huhu

DrSam said...

pengalaman yang menarik dan berharga. Saya rasa semua orang, terutama waktu kecil akan merasa saspen apabila tiba waktu pemeriksaan gigi. Ada yang sembunyi dalam toilet pun :)

Anonymous said...

arghh...!!
tension3...byk nye tak bce ag ur story....
sorry dear fren...ksibukan maximus kini...
i'll be missing u n keepin u update hee3....

munnamu yg anggun

Liyana said...

balQis:

kak balqis,
ha ha. saya rasa setiap kanak-kanak sekolah rendah yang bersekolah kerajaan akan menghadapi perkara yang sama. saya juga gigi perlu dicabut dulu. tapi mungkin emak sudah selalu membawa saya berjumpa doktor gigi. saya jadi berani. :)

menggosok gigi dengan rakan-rakan juga buat kami bersemangat membawa macam2 bentuk berus gigi sebab excited. kanak-kanak memang macam itu..

terima kasih ^^

Liyana said...

baLQis:

he he..terkejut?

thanks! tapi memang bestlah pengalaman ini aku rasa. sebab bukan senang nak tengok keadaan dan anak-anak sekolah rendah disini macam mana sistemnya semua. berbeza dari malaysia yang pasti.

nanti kau cuba usulkan kepada fakulti tentang lawatan semacam ini. bagi taklimat kepada sekolah tentang ubat-ubatan ke atau tentang pekerjaan ke. ohh ya, senior aku kena bagi taklimat yang macam ini kepada student universiti. fakultas fikom. aku rasa lagi susah sebab mereka mesti nak tanya tentang orthodontic dan segala.

anyway, thanks :)

Liyana said...

DrSam: he he kanak-kanak. macam2 pengalaman ada. ada yang tak mahu pergi sekolah pun. tak tahulah. sepatut dididik dari kecil supaya tidak takut pada dentist agaknya.

Liyana said...

anonymus:

muna liyana
munaku

tak mengapa. kamu kan dimasukkan ke hospital beberapa lama. SILA JAGA KESIHATAN [tulisan besar bernada tegas dan garang]

lepas segala urusan saya selesai. saya mail kamu ok. macam biasa..

xoxo

Anonymous said...

yana
me bce ur post..yg sama
ha3
bru prasan
u look very the mother like la ha3

Liyana said...

anonymus: huh? saya kakak yang garang..but ok la nak belatih jadi keibuan hehe

dolat said...

aku rindu budak pakai baju hitam dalam kelas aku.
diam duduk depan aku,dan selalu tgk aku.
dia pendiam.
tapi sangat comel.
[dia juga suka cover macho time amek gamba ngan aku]

Liyana said...

donutcokelat: adakah budak yang ojeg itu? apa pun, aku juga rinsu seorang budak namanya ajis. dia tak dapat berus gigi lepas itu muka macam nak nangis. tapi aku bagi dia hadiah.

[cover macho itu perlu untuk bergambar ^^]