jueann ada bela ikan. ada ikan bilis ikan warna emas tapi bukan goldfish. ikan buntal. salah satunya saya namakan somchan. somchan adalah ikan DBKL. saya terfikir. manusia setiap hari ada aktiviti yang dilakukan. macam pergi ke kelas, pergi kerja, balik buat aktiviti harian, kemas rumah dan sebagainya. tapi kalau ikan? apa saja yang ikan buat. duduk dalam balang kaca itu berenang-renang. ikan tak pergi sekolah, ikan tak pergi kerja. siang dan malam apa saja aktiviti ikan? entah. hanya Allah dan ikan yang tahu.
incek ikan, awak tak boring ke hari-hari berenang camtu?
erk..ikan ada perasaan boring ke?
aku telah hidup di bawah bayangan Al quran, dan di sana aku dapat merasa adanya keseimbangan yang indah di antara harakat manusia seperti yang di kehendaki Allah dengan harakat alam buana yang diciptakan Allah. kemudian aku melihat keadaan simpang siur yang dialami oleh umat manusia yang telah menyimpang dari undang-undang alam buana, juga melihat percanggahan di antara pengajaran di antara pengajaran-pengajaran yang merosak dan jahat yang diajarkan kepada mereka dengan fitrah semulajadi mereka, lalu aku berkata di dalam hatiku: maknakah syaitan yang jahat telah memimpin umat manusia di Neraka ini? ah, alangkah ruginya manusia!
[perenggan 6 muqaddimah fi zilal]
sebetulnya, setiap ayat mempunyai maksud mendalam. tapi saya mahu kaitkan dengan ayat pertama saja.
nak share satu video ini. dari kawan sekolah menengah
setiap apa yang berlaku dah ditentukan mengikut keseimbangannya. sekali kita nak ubah, masalah lain timbul dan takkan pernah habis. kan? Hanya Allah tahu apa yang Dia aturkan. tak perlu ubah apa-apa. uish, nasib baik manusia tiada kuasa mengubah apa-apa macam DJ di atas.
incek ikan ini pula, saya nak fikirkan ikut akal manusia biasa. ikan ini mencantikkan persekiran bilik jueann. mana tahu ikan ini berzikir setiap hari kepada Penciptanya. wah, suasana bilik jueann dipenuhi dengan ion-ion positif. terima kasih ikan. takjub dengan Pencipta ikan, bukan pada ikan yang diciptakan. kita selalu kagum dengan sainstis yang menemukan satu penemuan yang hebat macam graviti atau apa saja pencipta mesin. tapi kita terlupa, kita patut kagum dengan pencipta penemuan tersebut. kan? sebab yang lagi tere, yang mencipta bukan yang terjumpa kan? hebat bukan pencipta yang boleh mencipta manusia seperti saintis yang begitu bijak boleh mencipta mesin. semoga apa yang kita kagum di dunia ini buat kita semakin dekat dengan Sang Pencipta. subhanallah..
p/s:donut, cerita ini sistem bunyi tak penting. jadi anda buleh tengok.
p/s2:dah present semalam. seronoknya! occlusion dan malocclusion.
p/s3:semalam tertidur lepas itu, satu rumah pergi jamuan harijadi teman fatin nad. kena tinggal sorang kat rumah. tapi tak sedar apa-apa. dahsyat betul. penat sangat agaknya. lab sampai pukul berapa entah. hujan pula.
p/s4: terjumpa liyana ialah nama band dari zimbabwe. muzik dari marimbas, percussion dan keyboard. hebat! lawaklah pula rasa.
11 komen disini:
salam..
perghh..bawak muqaddimah zilal..
mantap giler!!!
wsalam..
yang mantap, syed qutb la sebab mampu menulis dengan setiap ayat yang ditulis itu besar maknanya. kena faham betul2 baru dapat manfaatnya cewah. belajar dari kakak usrah.. ^^
Salam,
At least Somchan ada kerja juga. Kerja membersih, hehe...
saya dah tgk video itu. Mula-mula tak faham kemudian hairan, kemudian di akhir baru saya faham. Lucu juga boleh atur2 manusia guna piring hitam pusing2 tu... apakah?
Rosaklah dunia andai ada manusia boleh wat camtu, kalau buat untuk kebaikan takpe, kalau dia ubah ikut mood dan perasaan dia ker, kalau dia rasa2 nak bunuh org ker, atau kalau dia mrah ke, habislah, huhu...
Allah jua Yang Maha Adil...
muqaddimah zilal ni kitorg bawak sendiri je kt sni. kat sana maybe UQY yg bg direct. apepun mmg berkesan giler.. budak2 dpt je terus jadi "parkinson" gerak2 cari mad'u..tetibe semangat dakwah mencanak2..perghh penangan MFZQ...
BalQis: he he kak balqis. macam mana kak balqis kenal somchan..betulla. itulah hobi dia..setiap hari membersih tanpa henti..saya pun tak tahu dia boring ke tak.
mmula, saya pun tak faham. tapi lepas tu rasa cool juga buleh pusing2 piring saja. last tu saya buat konklusi sendiri. kalau DJ tu tak ubah apa2 keadaan tak jadi worst agaknya..
yeah..Allah jua yg Maha adil dan maha tahu
ibnu yazid: huiyo..anda kenal UQY..feymesnya beliau..tak sangka :P
MFZQ ini deep dan menyenth jiwa. dahsyatnya penangan mfzq kat sana. tapi hari itu dpt muntalaq dr UQS. sikit je sebab masa suntuk.
cikyan..update..
somchan x bersihkn pon..
tukang bela yg kne bersihkn sisa2 kumbahan mereke..=)
btw, somchan senyap myendiri je
yg len2 ske maen kjar2..
owh urm..diorg ade kje wajib stiap ari..bzikir pastu jd pnyeri bilik jueann nih~
fateenfana: oh tukang bela ikan kah? baik dan sabar si pembela itu kan..kiki~
smchan dia matured sikit. tu yang malas nak layan yg lain2 tu..asek main je keje.
itulah kuasa Allah..
waa ade somchan!!!
bilik aku ade binatang gak even aku xbela...
lipas,semut,labah2 kecik,nyamuk kekadang tu...hehehe
sebenarnya somchan itu jueann yang punya. aku tumpang bagi nama je.
uish~ exotic weh pet ko. ko xbela tapi dorang buleh jaga diri sendiri..
Post a Comment