Tuesday, 19 May 2009

takbolehkomen

assalamualaikum..(dah lama tak bagi salam kat sini)
kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya semata-mata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukan kecualilah jika dia mengakui dengan perkataan kufur, mengingkar perkara yang sangat maklum asas agama, ataupun mendustakan alquran yang jelas, atau beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwilkan selain kufur.
-usul ke 20 (20 dasar memahami islam)-

janganlah kita cepat-cepat cop seseorang itu kufur selagi dia belum istiharkan dia itu kufur. kata hassan hudhaibi "kita ini dai (pendakwah) bukan pnghukum" pegang ayat ini. oleh itu, sedih pula saya melihat semua menuding jari kearah kumpulan masing-masing mengatakan alirannya ini salah dan dirinya betul. bukankah islam itu satu. di mana-mana saja masalah sebegini timbul. entahlah. dimana ajaran islam bersaudara yang Rasulullah ajarkan pun tak tahulah di mana.

mengkafirkan seseorang peribadi tanpa pasti adalah bahaya kepada pelaku dan dakwah. (point untuk usul diatas) ini boleh lihat bukan secara live, di thread dan forum pun sudah cukup.

pernah juga tiba-tiba seseorang menegur saya di ym bertanya : tahukah anda (isi tempat kosong) memberi banyak kebaikan kepada umat islam masa kini.

bak kata seorang kakak. cara dia tulis itu macam, islam itu ada banyak group. dan group dia memberi banyak kebaikan kepada umat islam masa kini. dan, katanya kitab imam syafie yang kita belajar sudah tidak asli dan telah ditokok tambah. masa itu saya ini memang banyak perkara yang tak tahu. saya belum terdedah dengan perkara-perkara sebegini. keliru juga. saya google apa itu (isi tempat kosong). kebetulan, masa itu saya di kenalkan dengan beberapa kakak muslimah yang baik hati. macam-macam saya tanya. terima kasih kakak-kakak yang mengajar dan membantu saya. [air mata bergenang tanda terharu] ingatlah. islam itu kan satu?


pernah sekali seorang sahabat berkata kepada saya yang dia tidak mahu join usrah sebab naqib itu memakai seluar yang memdedahkan aurat ketika berkelah. sebenarnya saya nak tergelak. sebab alasan ini seperti tidak cool.

kamu tahukah usrah itu apa sebenarnya? kamu lihat seseorang itu dari segi apa? sambil tulis ini kan saya ada satu perasaan asing yang tak best pula. okay drop the topic.

tapi bukankah rugi sekiranya kita menolak satu perkara yang baik kerana satu cela yang di lakukan oleh seseorang seperti contoh di atas. manusia kan tidak sempurna pasti ada lompong dan sumbing di sana sini peribadinya. si pelaku itu perlulah lebih berhati-hati juga. susah bukan menjadi 3%. sering menjadi contoh dan diperhatikan.

tapikan, kita ini yang mengeji, adakah kita itu lebih baik darinya untuk mencela? tak faham betul lah orang sekarang yang lebih berbangga dengan kemaksiatan yang di lakukan. ahha, kamu si puding, sila berhati-hati. kamu pun kena aware dan ingatkan diri sendiri juga okay. jangan bising saja lebih.

sampai bila semua orang nak berfikiran macam itu? kalau macam itu, sampai bila pun tiadalah orang yang betul boleh di jadikan sandaran sebab semua orang tak sempurna. kasihannya.

dah tak ada idea berjela. tak boleh tulis panjang, nanti merepek.

tapi saya nak share satu video



video ini tak boleh dikecilkan lagi. adeih
tak tahulah kamu orang sudah tengok ke belum, saya pun tak habis tengok lagi. tapi saya suka part 6 ini. sebab macam ada kebenarannya tentang tenaga. kamu boleh menyebarkan ion negatif kepada orang sekeliling. saya mudah di pengaruhi oleh seseorang yang negatif. betul. saya jadi tension bila dengan orang macam ini. saya akan jauhkan diri darinya. tapikan, entahlah. fatihah kata, tak boleh macam itu. kadang-kadang kita kena cuba adapt dengan segala situasi dan manusia. wuwu~ saya belum kuat. ah, kamu boleh biasakan diri. jadi, berhati-hatilah dengan tenaga yang kamu sebarkan dan tenaga disekeliling kamu.

okaylah, saya nak siapkan report. kali ini topic agak sukar dan tak best iaitu tentang pergerakan rahang bawah yang pelbagai arah dan posisi, mekanisma dan segala. temporomandibular disorder dan etiologynya. wah, sangat tak best. erk kalau nak ambil orthodontic mana boleh rasa macam itu kan. yela2 bestlah.huh? jadi nerd selama 6 minggu harapnya berbaloi.



p/s: dah cuba tulis dengan tulisan ejaan dan ayat sms. tapi lebih lambat. nak fikir singkatan. oh, dah terbiasa agaknya. ahha, sekarang sedang baca buku baru sebelum tidur. best wei. best wei. best best.

p/s2: kelas psychology hari ini pukul 12. best betul. boleh siapkan kerja rumah kelas bahasa sunda.

p/s3: menghitung hari. exam orthodontic. wargh! cammana ni.


p/s4: maaflah kalau saya ter offense sesiapa. saya tak sengaja. dah lebih sejam ni. ok bye!

cag, wilujeng paturay tineung, sapu nyere pegat simpay, paturay petepang deui.
susah kan bahasa sunda? tak tahu sesuai ke tak tulis di sini ayat perpisahan ini.

nota kecil: nak makan steamboat lagi boleh?

[entribacasajatakbolehkomen]