Saturday, 13 June 2009

diari: merepek

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan
Tetapi acap kali kita terpaku terutama pada pintu yang tertutup,
Sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya.

Tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya
Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati
Cobaan yang cukup untuk membuatmu kuat.

Kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi.
Pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia.


aku dan saya maksud yang tiada bezanya. cuma, cara ia digunakan dan bagaimana ia diinterpretasikan bergantung kepada individu. ada yang berkara penggunaan kata ganti nama diri ini di kaitkan dengan akhlak seseoarng. bagi saya, bagi satu penulisan, penggunaan kata ganti nama itu dikaitkan mood dan penyampaian. kalau nak tulis untuk diri sendiri dan tentang diri sendiri, saya lagi selesa menulis aku. macam sebelum-sebelum ini. saya, lebih apabila saya terfikir yang saya sedang berkomunikasi dengan seseorang. ah, tak kisahlah. tapi yang penting. kekerapan menggunakan aku, bimbang sifat keakuan bermaharajalela. kata seorang pengkomen: lebih lembut penggunaan saya. terfikir lagi. ini kan blog tentang kehidupan saya. abaikan abaikan. merepek.

ini diari

semalam. berjaga selama 20 jam. dari jam 1 pagi sampai jam 9 malam. sungguh memenatkan. semalam paper psychiatry. 50 soalan yang sangat menggembirakan. dapat soalan past year. tulisan kabur-kabur. tapi baca juga. mana tahu, masuk. soalan itu soalan tahun 1998 dan 1999. tulisan macam guna mesin taip. teringat tahun itu, tahun di sekolah rendah. 1998, tahun sukan commonwealth di malaysia. tahun masuk pertandingan melukis di bukit jalil. tahun masuk pertandingan recorder. masuk pertandingan bercerita, tahun aktif dengan bola jaring. tahun menang pertandingan tilawah alquran di sekolah agama. tahun lari laju ketika sukan. tahun cik anis kahwin. tahun buat kenduri khatam al quran di kelantan. ha ha segan sungguh baca quran di tengah makcik-makcik yang tak dikenali. tahun peristiwa hitam. darjah empat. hah peristiwa hitam sila lupa. sila lupa.

semalam bangun jam 1 pagi. pergi periksa sejam, pergi bank bayar bil, beli nasi kuning. terima kasih diba dan motornya. lepas orang solat jumaat, pergi imigresen, buat KITTAS- surat izin belajar dan apa-entah-lagi [banyak dokumen nak belajar di sini] kena bayar berjuta-juta. rupanya lupa nak makan nasi yang beli itu. adoiyai. sakit perut. sekarang ini selalu lupa makan. teringat, call mak. mak tanya dah makan ke belum. baru perasan lupa nak makan. ha ha.

beli roti ada seorang pak cik ini jual. ehh kau suka beli makanan pelik-pelik. ahha, bila lagi nak try roti ini nampak pelik kerana orang jual itu kata ia kulit nangka. walhal saya rasa macam kulit tat nenas saja. semangat saja dia kata kalau tak sedap boleh pulangkan balik. yakin sungguh saya akan suka. ada bakat direct selling lah.

tahu sajalah pejabat immegresen yang suasana dan bunyi macam pejabat dalam cerita p ramlee. tunggu lama sikit. garang juga makcik di depan kaunter. fail tersilap entah macam mana. fatihah tercicir. kena datang lagi next week. fatihah penyabar. tapi muka macam nak menangis saja. ya lah, perjalanan ke sana yang penuh pancaroba, pening lalat dan vomit semua ada.

abang pekerja kat situ, suruh kami solat dulu sebab dia kata batas waktu asar di sini sampai pukul 5 petang. ini first time dengan pasal batas waktu ini. tapi tak kisahlah, kebaikannya semua orang kena solat awal waktu.

balik petang itu bersiap pergi jatos sebab birthday afiq. dah penat sangat. terasa macam nak pengsan pun ada.

boikot.

saya masih memboikot selagi boleh. eh, you still boikot semua ini? sebenarnya, memang dah surut dah kisah boikot memboikot nih. saya, selagi boleh, boikot je kalau ada alternatif lain. bukan tak boleh hidup pun kalau tak guna barang-barang itu. tapi bila kita macam semangat. nampak macam jumud. bila dalam satu cycle yang ramai-ramai. kita seorang saja yang berboikot dengan pendirian sendiri. nampak macam kita ini entahlah. jadi tak selesa. tapi bila fikir balik, recall balik. dulu ada orang pernah kata, apa lagi kita boleh tolong umat islam. nak pegi perang tak mampu.

namun, ketika berbelanja. ada juga saya tersilap dan tak sengaja beli. contoh paling nyata:

cornflake.

bukan kecil tapi saiz paling besar. jueann yang tegur. eh, ni kan nestle. hah. sebab dah terbiasa. lupa pula cornflake itu nestle. ahhh...
kata jueann, dia ingat saya teringin nak makan itu pasal beli. tapi yang pelik nya bukan beli kecil, yang paling besar. obvious kut.

glade.

dalam elak beli wangian bilik ini. saya cari pewangi lain. balik rumah. rupanya yang saya beli itu glade juga tapi dalam bungkusan yang berbeza. watte..

teh sri wangi

ingatkan nama macam produk sini. tapi balik rumah, tengok belakang kotak rupanya ada label unilever itu.

saya yang tak berhati-hati. tapi ada sedikit rasa kurang senang. kenapa saya mesti rasa tak best. tak best sebab bimbang pandangan orang lain. ini konflik ini. tak apa. sebuklah perasaan macam ini. berpendirian lah sikit. betul apa. takkan bila perang baru nak boikot. dah habis perang, lupakan semua. okay cukup liyana. secara analoginya, kita tahu saudara seagama disembelih beramai-ramai oleh musuh durjana itu. bila berita kematian beramai-ramai ini surut. kita nak ke support ekonomi orang yang membunuh itu? terasa gila wei. entah lah. senyap lah liyana.

pagi ini saya makan cereal bukan corflake. sebab yang saiz XL itu dah habis. pukul 4 pagi tadi sayu sangat melepaskan nizawa dan jueann balik malaysia. sedih sangat. ya lah. saya selalu bangun pagi. mereka sure dah bangun juga. jueann akan masuk bilik ambil air panas. suruh saya belajar. kalau saya masih tidur dia akan kejutkan. hari ini dia pesan jagakan somchan dan ikan-ikan lain. bagi mereka makan. sayunya. ketika subuh tadi saya dah bagitahu somchan yang tuannya balik malaysia. somchan macam masih tidur lagi. ikan-ikan lain berkejar-kejaran. mungkin berjogging pagi.

nizawa pesan. kalau apapun terjadi. jangan delete blog ini. mana tahu satu hari nanti dia akan baca lagi belog ini tentang kisah hidup kami di sini. jueann pula kata kau selalu merepek bila emo.

sedihnya! sunyi......lepas itu saya bayarkan bil makanan nizawa. then, tengok cerita house. satu episod di bawah. AXN semakin boring. tapi house masih best. dah lama tak tengok TV. tak sangka foreman dah date dengan doc baru yang sakit tumor di otak itu. opps. tak-tak. kes hari ini seorang wanita yang ada masalah hati ada kegatalan di kepala. dia menggaru tanpa sedar iaitu ketika tidur sampai kulit tertembus ke bahagian otak. dahsyatnya. lepas itu semua orang ingat dia ada haemophilia. sebab asyik berdarah tanpa henti. tapi sebenarnya dia ini ada penyakit lain. salah bedah masa buang tumor di uterus. lepas itu bila mentruasi, pendarahan berlaku di seluruh badan. keluar di setiap lubang. mata, hidung. pelik. tapi sebenarnya satu badan ada kaitan antara satu sama lain setiap sistem ada kaitan dengan sistem lain. siapa sangka.

oh ya! nak berterima kasih kepada kang dimas yang mengingatkan saya tentang peristiwa panjat pokok. link belognya perlu diskripsikan pemilik blog. canggihlah blog dia. tak sangka. dia tulis tentang saya ialah seorang yang panjat pokok. watte. lawak teringat balik peristiwa sem pertama yang begitu keanak-anakan.

nak baca? klik sini. itu pun kalau faham bahasanya.

oh, boleh baca balik semua ini lagi 10 tahun. itu pun kalau blogspot ini masih wujud.

okay. sekian saja repekan hari ini. sekarang sila buat kerja.

14 komen disini:

hanafijaafar said...

hehe, kalau kamu rajin. muat turun saja episod house sebab kisahnya sudah tamat musim kelima.

You Know Who said...

Salam,

masih dlm dilema utk del blog ni rupanya. hehe..

Nooreena said...

Salam Yana. Hm.. janganlah menghapuskan blog ini. Mana tahu boleh cerita kat anak-anak nanti zaman Yana belajar di sana. Semua ini pengalaman. Susah nak cari. :)

PS: Yana bayi Januari rupanya. ;)

Nooreena said...
This comment has been removed by the author.
Balqis said...

panjang... tapi bila baca, tiba-tiba sahaja dah habis...

huhu, jadi terharu bila habis baca...

kata-kata paling atas sgt terkesan. karya kamu?

kadang-kadang akan guna 'aku' dalam entri. lebih terkesan. tapi lebih byk guna saya sebab takut kakak2 yang lebih tua dan sudah kahwin baca...

aktifnya kamu sewaktu di sekolah...dan malah masih ingat banyak perkara!

jadi roti yang kulitnya nangka itu sebenarnya apa dalamnya?

masih boikot tapi kdg2 akan terbeli juga sebab dah biasa...
mujur banyak barangan ukraine lebih kurang sama jenis dgn barang nestle... bolehlah...
w/pun rasa nestle tu mmg terbaeeekk dari segi kualiti dia tapi tulah strategi n tektik israel... terbaeek...

nizawa dan jueann dah balik mesia? kamu tinggal brapa org/ w/pun x kenal mereka tapi sbb kamu selalu cerita. jadi rasa sedih juga nanti tiada cerita ttg kamu dan mereka. meraka sudah habis belajarkah? atau sudah habis exam? jadi skrg tinggal sorang? hati-hati, ya!

haha, betul tolonglah jangan delete blog ni, akak antara pembaca setia. ini kata-kata jujur. dengarlah. bila rasa penat dan tension, balik dan baca entri etrbaru kamu, rasa ringa sikit kepala sebab ayat2 kamu yang melata ikut suka hati tapi ada buah tangan bila habis baca (perkongsian). Juga cebisan2 hidup kamu lebih kurang suka dukanya hidup akak. Yalah sebab kita sama2 belajarkan? jadi, jgn delete okay!

okay, sekian shj komen merepek ini. maaflah teeeerrrpanjang. nak bagi adil dgn entri kamu yang panjang, okay... =p

gambatte tuk next exam, ya! ke dah habis?

Liyana said...

hanafijaafar: huhu..di sini dvd episod terbaru murah. tapi bimbang ketagihan menonton siri ini. pernah tengok satu season dalam masa 2 hari saja ketika awal-awal dulu. jadi, baik elakkan ada satu season.
sudah lama tak tengok siri ini. tak sangka sudah jauh ketinggalan ;P

Liyana said...

You Know Who:

wsalam,

:( dilema itu senantiasa ada dalam kamus hidup, tapi tengok lah dilema apa. huuu~

Liyana said...

nooreena:

wsalam kak reen: uits, hehe..tak tahulah.....
tiada apa yang kekal dalam hidup ini. tapi saya cuba..

ps: ehh macam mana kak reen tahu?

Liyana said...
This comment has been removed by the author.
Liyana said...

BalQis:

wallah kak balqis!!! panjangnya!!!! tak tahu macam mana nak reply ini.

komen ini pun terharu bila habis baca!!!

oh, karya yang paling awal saya dengar dari radio..menyentuh hati, lalu terasa mahu semadikan di sini.

ahha, terfikir juga. aku terasa macam lebih peribadi. tapi tengoklah empunya yang mencerna perkataan itu. masalahnya lain orang, lain rasanya..

ahha, banyak yang ingat dan banyak juga yang ingin lupa tapi tak boleh. :( tapi kadang-kadang tersenyum sendiri teringat kisah dulu

roti itu intinya macam coklat tapi kacang merah pun iya rasanya. saya pun tak pasti. erkk..mungkin coklat.

sama lah juga di sini banyak barangan tempatan yang boleh tahan juga. ahha, betul2..nestle baaanyak yang best!!! malah, produknya kebanyakannya di guna sejak kecil. dah dari kecil, siapa tak terbiasa. huwu~

nizawa dan jueann pelajar perubatan yang sudah bercuti. kami tinggal 8 orang. 4 orang tingkat atas dan 4 orang tingkat bawah. kami yang tingkat atas ini lebih rapat..mereka tak ada nih, kena cerita pasal ikan yang di tinggalkan pula lah. tak lah. masih ada yang lain, tapi itulah, bila rutin sudah biasa dengan sesetengah orang. mereka tiada terasa sangat kehilangan. :(

huu~ saya bimbang saya akan mungkir janji. tapi saya cuba :( tapi saya sayang juga. tapi entah lah. ada alasannya tersendiri.

wah, akak juga penulis kegemaran saya, saya terfikir adakah nanti bila akak sudah habis dan bekerja akan terus menulis memandangkan akan sibuk dengan kerjaya nanti. janganlah berhenti menulis!!!!

ha ha, komen teeeerrrrpanjang tapi terkesan. huwu~ terima kasih kerana berlaku adil :P

heh. ada lagi..ada lagi..sedang mengais mood untuk kembali ke landasan.

jueann^^ said...

i noe ull miss me cikyan~
ahaks..
sbb kamu da xley bebel kat saye da kn pagi2?
so cm bese..
jgn tgl breakfast+ kurgkn minum coffe k
n pliz kasik mkn kat lil2 fish ku yg comei2..
thx a lot..
study taw~

Liyana said...

jueann^^:elele..dah biasa dah kena tinggal ngan ko..xmiss pun!!
ahha..boringlah xle nk bebel kat orang dah..nk bebel kat somchan die asek bgn lmbat je :P
hmm akan dipertimbangkan...
ikan tu xde selera mkn dah..ke die xle duduk dlm gelap mlm2? aku dah bukak lmp dh semalam...
no prob ^^
hmm bila abes study, boring2 xtau nk kacau sape weh..aku turun tengok tivi..heh~

Nooreena said...

Yana, akak tahu daripada Mesin Masa. Pacik Doraemon pinjamkan kat akak minggu lepas. :P

Liyana said...

noreena: ha ha ade2 aje la akak nih~ ^_^