Friday, 4 September 2009
terakhir sebelum pulang
hola belog. mungkin ini tulisan terakhir sebelum bertolak ke tanah perjuangan tanah jatinangor the vass wat ever. eh eh dalam paper ada tulis tentang gempa bumi di jawa barat. oh jawa barat itu tempat saya lah. sumedang. sumedang pun ada tertulis dalam alamat rumah kami. tapi mungkin jauh ke barat lagi. gempa ini mengorbankan lebih 30 nyawa. sungguh menakutkan untuk pulang. tapi berita yang mengorbankan ramai orang ini buat saya terasa juga. di bulan ramadhan begini. ergh. takpe-takpe. ambil mood lain.
oh ya. pagi tadi ketua kelas telah menghantar assignment untuk di bentangkan pada hari isnin ini. sungguh banyak sekali point yang di mahukan. semua ini harus dibentangkan dalam bentuk power point dan kertas mahjong. sempat juga tadi mendownload beberapa e-book sumber rujukan yang patut. kalau tak, perpustakaan tutup pada hujung minggu. saya pula masih di malaysia sekarang. rasa sangat sempit. terima kasih amal kerana berjaya mendownload buku yang bagus.
internet juga perlu diuruskan sejurus sampai di sana memandangkan bil talian telefon dan speedy internet atas nama saya. fuh. modem pula terbakar gara-gara blackout dua bulan yang lepas sebelum pulang bercuti. akibat daripada blackout ini ikan mati dua ekor kerana pam bubble berhenti berfungsi. nasib baik somchan masih sihat. sekarang bagaimanalah agaknya keadaan somchan setelah di tinggalkan beberapa lama. perlu beli modem baru. nak beli dimana dan harganya masih belum pasti.
barang-barang untuk dibawa ke sana juga belum di pack. fuh. baju untuk pakai esok juga belum disiapkan. kerja sekolah lagi. dokumen yang perlu diuruskan juga belum 100% siap.
betapa tertekan dan gelabahnya saya sekarang ini, hanya Allah saja yang tahu. mungkin sebab ini saya sering ditemani oleh orang-orang yang boleh menenangkan saya. saya mudah gelabah. sejak sekolah. saya rasa. atau sejak tadika. entah.
sebenarnya saya nak tulis tentang saya pergi berjumpa kawan istimewa saya tapi tersalah orang di KL central. tapi tak sempat. banyak betul tapi.
sepatutnya saya perlu mencari satu set gigi tulen untuk sem akan datang. saya sudah beri bekas kepada klinik gigi tahun lepas. namun, nurse itu telah membuang gigi-gigi tersebut. haih. selamba saja buang. alasannya sudah busuk. haih. tak apa. saya akan cuba beli pada penjual gigi yang mengambil gigi daripada orang penggali kubur. tak tahu ini mitos atau realiti. tapi boleh dapatkan satu set dengan harga 500 ribu tahun lepas. walau apa pun. sesiapa yang mahu sedekahkan saya giginya yang masih baik satu set. silalah tinggalkan nombor telefon anda. bulan ramadhan ini digalakkan sedekah. kan?
huh. walaupun cuak masih sempat menulis belog. yeah. sebab belog ini sangat bermakna buat saya. di sini tempat saya curahkan segalanya. nampak tak macam saya menulis dengan tenang. ergh. sebenarnya tak. terasa macam nak jerit kuat-kuat. fuh puasa. puasa.
p/s: tak sempat nak bersayu-sayuan meninggalkan keluarga sekarang ini. kerja. T___T
hakikatnya saya sedang setkan minda dan fizikal dan biological clock untuk berubah kepada suasana belajar semula. momentum juga perlu ditambah lagi. tapi sedih itu ada.
sayang emak ayah adik-adik dan kak suhana. huwu T___T
di sumbat dalam
merapu sendiri,
my life
12 komen disini:
baru sound tros update syabas syabas hehe.ko punye gelabah cuak tuh x ilang lagi ke wei??camne la bole survive kt indon ek hehehe
yana jgn cuak2 okayyy..
weh sjk ble umah korang ade ikan?
umah ke or dlm blk ko?
dulu ak pg xde pon kan..
btw slamat pose..wuhooo..
bess gle ko bley rye kt msia n dpt collect duet raye,,
ak sdeyy T_______________T
selamat berjuang kembali!
haha lawak gile post ni okeyyyyy....
xnmpk muke ko pn aku tau ko tgk cuak2. hahahaha
seram gile kje ko ni asek nk kne cari gigi je. ni yg wat aku rse xsecure ni. ntah2 1 ari nnt ko wat gile nk 1set gigi aku pulak. hihi.
yana! collect la duit raye utk aku skali!!!!
hatim: haha saje je. aku tulis laju gile ni tau tak. eh aku survivor lah cuak2 pun
eeqa: ikan tu dalam bilik fatin sebelah bilik aku. ak xigt tyme tu ikan tu dah ade ke blum. if ade pun aku xsempat nk tunjuk kat ko.
aku tataw a org nk bag duit ray lagi ke tak kat org tua cam aku nih.
amalina: tQ!!!
mizek: hek eleh gelak2 plak. aku dpt bayangkan ko gelak hek hek bunyi cam betty sesak nafas tu. aha
mane leh collectkan duet raye. tak aci ah.
Post a Comment