Thursday, 15 October 2009

school rumble

sebenarnya sayang nak update blog. sebab post sebelum ini tentang sajak adik adi putra itu. nanti macam tenggelam pula. tak apa. nak publish lagi bawah entri ini. apa pun, hari ini adalah hari yang sangat panjang dan mencabar minda dan fizikal

pagi kelas radiology. perlu melukis dan mengambil foto gigi. bimbang juga terkena radioaktif. ceh paranoid. lepas itu, cepat-cepat makan sebab selepas itu terus lab prosthodontic tanpa ada waktu rehat.

semasa di lab prosthodontic, lecturer kegemaran saya iaitu dr. G tidak hadir hari ini. tapi tak mengapa. setiap kali hasil kerja membuat ukiran gigi menggunakan lilin. saya berjumpa dr A. dan setiap kali berjumpa dengannya, pasti ada kekurangan. saya tanya apa yang perlu saya betulkan supaya ianya sempurna. selepas siap, saya pergi jumpa dr A tapi dia sedang berurus niaga dengan makcik kerani menjual telekung. jadi saya tunggu sekejap. tiba-tiba dr X panggil saya. dia mahu lihat hasil kerja saya.

sebenarnya saya tak berapa gemar berjumpa dr yang berbeza. sebab citarasa mereka berbeza. yang ini kata lain yang sana kata lain. tapi nak tak nak jumpa juga dr X sebab dia dah panggil. lepas itu dr X suruh saya tambah wax lagi carve balik dan tebalkan pada bagaian lingual dan polish.

tambah wax sama juga seperti buat semula semuanya dari awal. sudahlah sebelum ini 7 kali saya betulkan. lalu saya duduk jauh dari orang lain sebab nak menangis. fragile pula tiba-tiba. bimbang beberapa perkataan orang lain yang tak lah teruk sangat tapi boleh buat saya terasa. lebih baik cari port sendiri. lepas 2 kali betulkan baru diterima oleh dr A

jam 230 petang. test DSP4. DSP4 ini matapelajaran satu blok yang merangkumi subjek tentang penyakit, gigi kanak-kanak dewasa dan rawatan-rawatan dari caries hingga gingivitis dan periodontitis. penyakit disebabkab oleh virus. bacteria dan fungus. yang memberi kesan lesion di bahagian rongga mulut.

bagus juga. pesakit HIV biasanya di peringkat awal tidak menunjukkan tanda-tanda jelas dengan penyakit tersebut. TAPI, tanda awal boleh dilihat dari rongga mulut. jadi, bila pesakit yang saja-saja datang nak buat treatment gigi, kalau mereka ada HIV, dapat dikenalpasti lebih awal. biasanya pesakit tak perasan dia ada HIV, tapi jelas tanda-tanda melalui keadaan dalam mulut. semasa nak rawat mereka, perlu lebih berhati-hati. ini contoh saja. ada sebab lain juga.

tapi soalan yang keluar itu, sungguh dahsyat seperti tidak pernah belajar. sakit kepala untuk menembak jawapan yang paling logic. mungkin kesan radioaktif kelas radiology pada waktu pagi (paranoid yang direka sendiri) akhirnya saya menulis resepi soto ayam. memang tak boleh berfikir dengan pelbagai kejadian yang mengecewakan.

buat malu saja dengan adik adi putra.


0 komen disini: