Friday, 11 December 2009

itik

tQ nordayana utk gambar

hari ini bangun dengan gembira dan semangat. haha. sejak kebelakangan ini dia ini mood pelik semacam. tak tahu apa pasal. rasa homey sangat. tapi bangun, jalan slow-slow sebab takut ganggu nazi kat bilik bawah. rumah ini macam tak kedap bunyi. mak dia datang. ada kat bawah. dah la semalam buat gempak pagi-pagi buta.

tak2 bukan mak dia. saya lah. nak tahu cerita tak? camni, semalam konon nak kemas katil. lipat comforter. sekali ter pijak kekisi tray yang besar gedabak. dalam itu ada lab tool. then tercampak2 semua pastu pecah spiritus. mak nazi terkejut (nazi yang cakap). haih. niat nak behave dari mengluarkan bunyi pelik waktu pagi gagal.

tak apa. tak apa. ini tak lah seteruk dalam lab prostho. memula jalan nak pergi minta sign lecturer (macam biasa) bawa tray kecil dalam itu ada sonde, lecron dan model gigi dan wax yang dah carve bentuk bridge dan crown. tetiba entah macam mana. licin pula lantai. then, tak boleh seimbangkan diri. tray tercampak, langgar dinding, saya jatuh termelutut. pastu model semua jatuh atas lantai. paling risau wax. kalau rosak itu habislah. tapi nasib baik ok. orang yang tengok semua macam tanya "are u okay?" sebab jatuh tragis juga. pastu ash kata lain kali, kena belajar art of falling. heh. wat ever lah kan. nasib tak ada orang gelakkan. sebab diorang kata, macam teruk je jatuh. tapi tak cedera pun. serius lantai itu licin.

tapi tak apa sebab ini tak seteruk jatuh berguling-guling dari ojeg itu. saya pernah tulis dulu yang ojeg nak buat coner 45 darjah sebab nak elak dari lori then jatuh. oh, since yang jatuh itu kan, mak terus haramkan dari naik kenderaan itu. dah tak naik dah.

tapi dah malu juga sebenarnya. semua orang dalam lab dikenali. T__T

hari ini kan, bangun pagi rasa macam homey sangat. entah dari mana aura itu datang. tengok keluar tingkap budak-budak tengah jalan nak pergi sekolah sambil bersembang. cakap pasal kerja sekolah, pasal beg berat, pasal drama bersiri malam semalam (tak, ini saya reka) ada makcik petani tengah tertunduk-tunduk dekat sawah padi. ada segerombolan itik tiba-tiba lalu. wah!! bestnya pemandangan dan situasi semua ini!!!! (tetiba excited) takut tak? haha

doc Ayu (bukan nama sebenar) yang mood swing itu kan. hari ini macam okay saja. alhamdulillah. mak kata, kalau nak jumpa orang macam ini, baca perkataan yang hati alquran itu. walyatalattof. banyak-banyak kali. fuh fuh..! ish2..takotlah kalau tetiba dia jerit. pastu okay balik. pastu..pastu..

lagi seminggu je nak cuti dan habis sem ini. misi minggu depan, nak jadikan minggu depan minggu terbaik dalam sem ini!!!

bahaya la excited terlebih-lebih. pernah dengar orang tua-tua cakap "jangan suka sangat, nanti nangis" uish2!!! esok sabtu pun ada lab doc Ayu lagi. sebab ganti. haila~ takot..


ada satu lagu nak dedicate untuk diri sendiri, terharu pula dengar. sebenarnya dah lama dalam i tune list. tapi baru sekarang nak terharu. ambillah ini


jumlah terharu sama-sama.

perasan je dia ni

:p


5 komen disini:

mysterious_musafir said...

salam...comelnya itik-itik itu! ngehehe...balik msia x?

~*puding caramel*~ said...

comel kan?

tak balik...akak sure balik kan? :)

Balqis Riza said...

boleh itik jln ramai2 cmtu eyh...
cute!!! hehehehe

~*puding caramel*~ said...

eh, ko kat cikuda kan. ade kat jambatan cincin. ak ade gmbar itik yg kat jambatan cicin tu masa ak duduk sana dulu...

Faridhil Athrash Bin Sallehan said...

creative r ko yana!! jeles!!