start mood dengan ceria. lagu yang ceria juga.
music latar: sebiru hari ini
music latar: sebiru hari ini
hari ini saya flu. sejak semalam. haha. tah apa-apa. itu pun nak cakap. exam lepas 2 minggu study week. dalam study week ada beberapa lab. tapi tak ada kelas. saya dah tulis dah plan nak buat apa nanti. lagi pun tak balik kan. awal bulan januari nanti exam. jadual exam yang confirm tak keluar lagi. kelakar betullah. semua pun bleh tukar2. sepatutnya this week exam tapi cancel. so, minggu ini memang pulun buat lab saja.
music latar: cravansari, kitaro.
sebenarnya saya nak cerita satu cerita. pernah dengar cerita tentang paku, pagar kayu dan seorang lelaki pemarah.
ada seorang lelaki ini. dia seorang yang pemarah dan pendendam. dia cakaplah dekat ayah dia, cammana ni.. ayah dia pun kata, (saya nak ringkaskan cerita) cuba, lepas marah. tancap satu paku pada pagar kayu. pastu dia pun buat. last-last macam dah tak cukup tempat dah. dia cakap lah pada ayah dia. "cemana ni ayah. dah tak ada tempat dah nak paku ni"
ayah dia kata, bila kamu maafkan orang, cabutlah balik paku tu.
lepas itu, dah habis paku dia cabut sebab dah maafkan semua orang. then, dia pun jumpa ayah dia balik.
ayah, dah habis semua paku saya cabut lepas maafkan orang, dah takde paku lagi dah nak cabut.
ayah dia terus peluk dia. cakap
"cuba tengok pagar kita. bayangkan pagar ini hatimu. sebabkan dari kemarahan adalah hatimu yang tertutup. macam paku-paku tadi yang sampai tak muat nak paku dah. semua tertutup dengan paku-paku. dan yang tersisa dari kemarahan yang dimaafkan pula adalah bekasnya yang berlubang-lubang." walaupun dah maafkan orang, hati still ada bekas luka. oleh itu, jagalah hati dari merasakan kemarahan emosi. lupakan saja. bebaskan hatimu dari luka itu.
sambung ayahnya lagi. (ceh, macam pertandingan bercerita)
saya pun tak tahu kenapa saya tulis pasal cerita ini. hehe
sebenarnya ini post terakhir di sini.....
stop music latar serta merta.
ya betul. tak tipu.
saya betul-betul serius. sebenarnya ada beberapa post yang saya tulis yang auto-publish. sebab saya bimbang tak berkesempatan nak tulis sesuatu pada tarikh tertentu. haha ada cerita tentang kena pecat sebab pergi tengok teater tun fatimah dekat istana budaya. dulu saya suka tengok teater.
dan beberapa lagi. sajak kegemaran. dan..dan..
dan, saya ada sambungan untuk kisah rindu waktu itu..
takpelah. lupakan..inikan post terakhir. saya rasa ada baiknya saya berhenti. tak perlulah saya tulis sebab di sini. bimbang juga. satu perkataan ditambah, lain pula yang jadi. tak boleh tak boleh. nanti macam-macam cerita saya nak tulis. bukan boleh bagi can dia ini.
uish, sedang tulis dengan tisu di sekeliling. sebab flu. huhu.
dan..saya nak kongsi sesuatu. cerita rooftop rant. adalah apa yang saya fikir. maybe sesetengah orang anggap cerita itu boring. memang kisah dalam cerita itu bukan saya. tapi, apa yang penulis itu cuba bawa. sama macam saya fikir.
dan, ayat-ayat cinta dan KCB bukan buku kegemaran saya.
saya serius. betul-betul serius. saya kena stop. tak boleh terima lagi dah semua ini.
macam kejam pula out of sudden tulis macam ini kan.. kejam dengan semua yang saya dah mula. dengan dunia bloggerspot ini. tapi nak buat macam mana....rasanya sebabnya dah cukup kukuh untuk buat saya berhenti.
terima kasih. kepada yang sudi baca dan komen. saya betul-betul hargai. serius. saya rasa macam lagi semangat kadang-kadang. :) terima kasih terima kasih..
saya nak minta maaf. silap saya di sini. mana-mana compang camping, tabur fitnah, atau apa-apa yang buruk-buruk saya buat kan...lagipun penulisnya selekeh. tuan rumah selekeh, rumah pun bersepah. T__T
doakan saya jadi seorang yang baik dan solehah. dan yang baik-baik belaka. doa itu akan kembali kepada kalian insyaALLAH. semoga Allah merahmati kalian. bayaran kepada orang yang selalu curi masa orang lain.
tadi saya baca buku a place called here. cecilia ahern tulis. ada satu ayat si sandy short kata
i can only assume that there's only one thing more frustrating than not being able to find someone, and thats not being found. i would want someone to find me more than anything.
itulah saja saya nak cakap. sebelum air mata bercurah-curah turun macam hujan petang tadi. tak apa tak apa. saya taknak lah sedih. hm, buka musik latar lagu.. demi matahari.
;)
life is like a dream
4 april 2008 - 16 disember 2009
sebagai kata akhir dari saya semadikan ayat ini betul-betul dalam hati
4 april 2008 - 16 disember 2009
sebagai kata akhir dari saya semadikan ayat ini betul-betul dalam hati
dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan(16:19)
p/s: entri ini tak boleh komen tau :( puding is in an unexplainable mood dah. semua pun nak deep. siapa pun tak boleh faham.