Faham? Faham yang membawa kebaikan kepada kita adalah kebaikan yang berkaitan dengan Ad-Din atau agama. Hal ini ada disebut dalam hadith;
"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din"
َمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ...
"Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…" (Surah Al-An'am 6: 125)
Kefahaman terhadap islam boleh dibahagi kepada dua persepsi iaitu faqih dalam ilmu fiqh atau faqih dalam ilmu islam. Seseorang boleh memahami Islam boleh memahami islam melalui dua persepsi tersebut. Pendekatan memahami Islam yang diketenggahkan oleh Dr, Syeikh Al-Qardawi:
- Memahami maksud sesuatu perkara atau amal
- Memahami keutamaan dan tertib amal
- Memahami sunnah alam (sifat kejadian dan sifat sosial)
- Mamahami pertimbangan antara kebaikan dan keburukan
- Memahami kepelbagaian
Seperti yang disebut dalam surah Al a'raf ayat 179
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
Hati yang menetukan kefahaman seseorang tetapi bukan aqal ataupun 'otak'. Kenapa macam tu?ok..contohnya; seseorang yang membaca novel, emosi mereka boleh dipengaruhi dengan cerita yang digarap oleh penulis. Si pembaca dibuai perasaan sedih, gembira mahupun marah dari novel yang dibaca. Tapi, bagaimana dengan buku yang berbentuk akademik seperti fizik atau biology? Adakah buku-buku sebegini dapat mempengaruhi emosi pembaca? Secara dasarnya, si pembaca menggunakan aqal untuk memahami apa yang terkandung dalam buku sebegini. Bagaimana pula dengan filem? Filem-filem romantik sudah pasti menyentuh jiwa penonton. Filem berbentuk dokumentari pula gimana? Apa yang difahami melalui hati manusia dapat mengubah hidup seseorang individu. Ini adalah kerana hati dapat mengubah perilaku manusia. Hal ini disebut dalam hadith iaitu:
"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."(Hadith ke-6, Hadith 40 An-Nawawi)
Hati menentukan tingkah laku seseorang..jadi? bila hati baik baiklah seseorang itu kalau hati tak baik..maka tak baiklah seseorang itu..
Whats my point here? Point nya ialah..manusia ni pelbagai..macam dalam hadith logam(taknak cakap pasal hadith logam ni sekang). Pada zaman sekarang mungkin ramai yang mengetahui hukum fiqh tapi adakah mereka memahami tentang apakah islam itu sebenarnya? Sebab tu la kita masih terdengar tentang orang yang tinggi pengetahuan agama tapi masih melakukan perkara-perkara 'pelik' yang dilarang agama..pelik sini maksudnya..perkara yang tak patut mereka buat..bila seseorang memegang teguh islam dihati..tak tergamak nak lakukan perkara yang ditegah agama kan?
Contoh lain..seorang pelajar medic..belajar tentang physiology, mechanism,morphology atau pathology tentang cancer..tapi kenapa masih ada yang merokok? (erk..contoh apakah ini)
Kawan2 marilah kita memahami sesuatu menggunakan mata hati kita.. kalau seorang yang belajar tentang agama hingga peringkat tertinggi,tapi masih melakukan perkara yang tak wajar dilakukan oleh mereka..orang berilmu yang patut menjadi contoh..atau idol kepada orang lain..memberi contoh tak baik pula..bukan buruk nama individu saja..sebab apa? Individu yang belajar banyak perkara dalam fiqh tapi adakah memahami melalui mata hati? Sematkan dalam hati betul2..? haih…ini contoh saja! Contoh untuk orang yang belajar menggunakan aqal semata-mata. Tapi bagi mereka yang belajar serta amal dan faham dengan hati. Tak sebut plak..sebab dah tau..cemana mereka itu kan? (Erm..maaf..penulis merupakan seorang yang negative..sentiasa nak amik yang negative aja.)
Contoh lain..Sumayyah..lambang wanita solehah yang mengorbankan diri untuk agama islam..menyerahkan sepenuh diri untuk agama Allah..bukan nak kata suruh kita korban diri untuk agama sini..tapi ingin bagi contoh dimana Sumayyah bukanlah seperti imam Syafie' yang berpengetahuan luas tentang ilmu agama..tapi Sumayyah sanggup korban dirinya untuk agama..sebab beliau faham Allah itu satu dan islam adalah agamaNya..semat dan cop betul2 dalam hati..HaTi beb..HATI..kuat betul penangan Hati…
Kesimpulannya…
- Jaga hati, akhlak terjaga, lahir individu muslim berjaya, muslim= orang islam..maka islam turut dipandang sebagai agama yang mulia agama yang berakhlak mulia..
- Faham melalui hati..baru ilmu lekat..
- Kalau study sesuatu sebab nak exam je..guna aqal semata-mata..sebab tu senang lupa
- Belajar tentang ilmu fiqh atau islam..faham menggunakan hati..translate guna aqal..save guna memory..insyaALLAH
- bak kate lecturer microbiology ku..Dr karlina..learn by heart...tapi..adeih..samo aje result microbe ku..xsampai hati lagi kot..men hafal je..adeih la..
Itu saja nak ngomel sini..peringatan untuk diri sebab sering alpa, lupa dan amnesia serta kadang2 mengalami konflik dalam diri.
Allahua'lam..
p/s: tulis sambil tengok cite jangan pandang belakang kat Astro..baru nk tengok..ter'tengok senanye..kome jangan panang belakang k..maju kedepan! eheh
0 komen disini:
Post a Comment