Thursday, 10 July 2008

kerana Allah itu ada

Mengaitkan Urusan dengan Allah

Setiap urusan yang tidak dikaitkan kepada Allah, berpotensi menjadi besar, rumit, dan berat. Kerana itu, orang yang paling sengsara dalam hidup adalah orang yang tidak mengenal Allah. Semua yang dilakukannya tidak memiliki gantungan yang kukuh.

Tidak ada rezeki selain dari Allah. Sekecil apapun itu, semuanya datang dari Allah. Manusia hanya sekadar perantara. Saat kita lapar, kemudian ada yang memberi kita makan. Maka yakinlah bahawa makanan itu datang dari Allah, orang itu hanya sekadar perantara. Benar ungkapan Imam Al-Ghazali, “Dia (Allah) yang menciptakan rezeki dan menciptakan yang mencari rezeki, serta Dia pula yang mengantarnya kepada mereka serta menciptakan sebab-sebab sehingga mereka dapat menikmatinya.”

Saudaraku, yang paling mahal dari pemberian adalah ingat kepada Allah. Contohnya saat mendapat wang. Yang terpenting bukan wangnya, namun bagaimana wang tersebut menjadikan kita ingat dan bersyukur kepada Allah. Saat kita dikurniai rumah, maka yang terpenting bukan bagus dan megahnya rumah, namun bagaimana rumah itu bisa mendekatkan kita kepada Allah. Saat rezeki terbesar kita bukan datangnya sesuatu, namun ingat Allah kerana sesuatu itu. Ali bin Abi Thalib berkata, “Jangan merasa adanya yang memberi nikmat kepadamu selain Allah. Dan anggaplah semua nikmat yang engkau terima dari selain Allah itu sebagai kerugian.”

Segala sesuatu yang kita alami, benar-benar ada dalam kekuasaan Allah. Semuanya terjadi kerana izin Allah, entah yang baik mahupun yang buruk. Andai kita bermaksiat, maka maksiat yang kita lakukan terjadi kerana izin Allah. Kerana itu, jangan mencari izin Allah. Yang harus kita cari adalah redha Allah. Redha Allah ini hakikatnya adalah izin yang bermanfaat bagi dunia dan akhirat kita. Demikian pula saat mencari rezeki. Semua yang kita dapatkan, halal mahupun haram, datang kepada kita kerana izin Allah. Rezeki yang kita dapatkan akan berkat dan membawa kebaikan bila dikaitkan dengan Allah sebagai Dzat Pemberi Rezeki.

Saudaraku, setiap urusan yang tidak dikaitkan kepada Allah, berpotensi menjadi besar, rumit dan berat. Orang yang paling sengsara dalam hidup adalah orang yang tidak mengenal Allah. Semua yang dilakukannya tidak memiliki gantungan yang kukuh. Jadi, kita akan stress bila hati lebih bergantung kepada ikhtiar daripada kepada Allah. Saat berbisnes misalnya. Bila kita bergantungkan kejayaan bisnes hanya pada strategi yang kita rancang, kita akan stress bahkan amat tertekan ketika bisnes tersebut mengalami kegagalan. Saat kita mendambakan pendamping hidup, dan kita menggantungkan harapan hanya pada ikhtiar semata, maka kita akan stress saat gagal menikah. Idealnya, ikhtiar 100% dan keyakinan pun 100%. Keyakinan adalah pangkalan tempat berpijak. Hati harus yakin, sambil terus menyempurnakan ikhtiar. Wallahu a’laam.

~ hasil nukilan KH Abdullah Gymnastiar ~

semalam..saya dilanda kegundahan yang besar..sedih..tepat waktunya..ku terima email dari kak yus..tentang mengaitkan urusan dengan Allah..astaghfirullah..baru ku sedar..mengapa harus ku bersedih aatas segala milikNya..walhal aku hanya peminjam di atas bumi ini..di dalam email tersebut terdapat link cerpen bertajuk "kerana Allah itu ada"..ya..dalam cerpen tersebut sedikit sebanyak mengena atas apa yang kurasakan sekarang...terkesan juga..sangat menyentuh hatiku..

semalam saya sertai satu majlis berbuka puasa di antara muslimah..ini merupakan satu pengalaman baru yang sangat berharga buatku.dianjurkan oleh muslimah medic.dijalankan di bale(tempat penginapan mereka).jam 530 petang kami membaca al matsurat bersama..kemudian berbuka dengan kuih,kurma,kismis lalu solat maghrib bersama..ketika imam membacakan alfatihah dan surah..sangat menusuk qalbuku..sangat mendayu..kurasakan seperti sesuatu yang kosong dihati ku terisi dengan ayat-ayat Allah..

lalu kami dihidangkan dengan nasi dulang..kami makan berkongsi 4 orang..belum pernah lagi saya makan nasi share satu dulang kecuali di tadika dulu..itupun bihun..saya suarakan kepada seorang muslimah..saya belum pernah makan begini..katanya di kampungnya sering makan begini ketika raya ketiga..oowh..

dapat saya lihat betapa ukhwah terjalin diantara muslimah disini..walaupon mereka tidak mengenali saya,terasa rapat diantara kami..terasa seperti bersaudara,,ya saudara seislam..silaturrahim yang erat..indahnya perasaan tersebut..saya rasa sangat beruntung dilahirkan dalam islam..alhamdulillah..

lalu kami solat isyak bersama,berzikir menyebut nama Allah bersama-sama..sudah lama tidak kurasakan solat dan berzikir bersama diantara muslimah sahaja..kali terakhir di sekolah dulu..lembut alunan zikir suara muslimah bagiku sungguh menyentuh..

kemudian ditayangkan tayangan dan sedikit tazkirah dari saudari huda..tentang mati, dan ibu..

sebelum tidur saya berdoa janganlah Allah jauhkan diriNya dariku..kurasakan imanku semakin tipis..aku berasa semakin malas..sudah 2 hari saya tertinggal qiam..ya terlampau penat dan terlampau pentingkan urusan dunia..dalam cerpen yang kubaca..katanya susah untuk cipta habit..tapi senang untuk musnahkannya..ya benar..susah untukku kembali ke laandasan setelah beberapa hari "bercuti"

pagi ini kugagahkan diri bangun..solat sunat..saya cuba jalinkan rasa cinta terhadapNya..saya zikirkan nama-namaNya..ya sungguh terkesan..perasaan itu lebih indah dari rasa cinta manusia,harta atau apa saja yang materialistik..Ya Allah janganlah Kau palingkan diriMu dari ku...kurasakan kemanisan solat 2/3 malam terakhirMu..

alhamdulillah..saya rasa lebih tenang sekarang...kerana Allah itu ada..DIA pasti menemani hambanya tidak kira sedih mahupun gembira..tapi mengapa hambaNya ini sering melupakanNya? air mataku terhambur sambil menyebut namaNya berulang kali...Edited_2_t2

saya sms ibu saya..beliau berasa sangat gembira atas kejayaan adikku terima biasiswa JPA untuk medic..tahniah untuk beliau..semoga adik-adikku semua berjaya di dunia & akhirat..

0 komen disini: