Thursday, 10 July 2008

majlis ilmu

kelebihan menghadiri majlis ilmu

Assalamualaikum wbt..pada beberapa hari yang lalu saya ‘stay over’ di rumah cik teah..slumber party? Ehh xlah…saya belajar di rumahnya..terubat sikit kesunyian..di musim exam ni..banyak anasir2 yang mudah sangat mempengaruhi emosi ku..lebih-lebih perasaan rindu yang membuak-buak kepada orang-orang yang nun jauh di seberang..(bukan homesick kay!)

Selesai solat jemaah bersama…kami(liyana,teah,nad,atiqah) join usrah online yang diberi oleh kak eka! Tentang kelebihan menghadiri majlis ilmu.

o Diturunkan ketenangan

· Sebagai student kan..kita sering tidak tenang and selalu nervousla atau ape2..macam yang aku hadapi ini la..banyak betul dugaan..fikiran sangat kelam kabut(walaupun memang semulajadi kelamkabut..tapi time exam bertambah kekabutan) tapi..apabila kita mendekatkan diri dan belajar ilmu Allah..insyaALLAH hati akan menjadi tenang.

o Rahmat

· Kita hidup dengan berkasih sayang.tapi tidak dapat dilihat melalui mata kasar..yang kita dapat lihat melalui hati..kasih sayang=rahmat ALLAH..tapi sedarkah kita yang sebenarnya semua kasih sayang yang ada di dunia ni merupakan rahmat Allah..contohnya seperti kita pelajar yang berada jauh di perantauan..menjadikan kita rapat dengan teman-teman walaupun semua nya dari pelbagai background dan dari pelbagai negeri..berkongsi makanan..berkongsi cerita dan sebagainya..kasih sayang wujud secara automatiknya die antara kami..

· Contoh lain..lembu atau sapi..(bahasa orang sini) tidak mempunyai akal..tapi kasih sayangibu sapi dengan anaknya dapat dilihat melalui cara dia melindungi anaknya dan beri susu dan sebagainya…

· Lain..kita masih lagi merasa kehidupan ini walau kita alpa kepada Nya..semua ini adalah kerana rahmatNya..

· Tapi rahmat yang kita rasakan di dunia ini bari satu peratus daripada keseluruhan rahmat ALLAH…

· Hadith:

Rasulullah SAW dalam hal ini bersabda, "Allah SWT mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat (dari seratus rahmat) kepada jin, manusia, dan hewan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas kasihan dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (Allah SWT) menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti." (HR. Muslim)

Doa mendapatkan rahmat ALLAH:

Al Mukminun : 109 : Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat yang paling baik.

Al Mukminun : 118 : Ya Tuhanku berilah ampunan dan rahmat, kerana Engkau adalah Pemberi rahmat yang paling baik.

Al A’raf : 155 : Ya Tuhanku, ampunilah saya dan saudara saya dan masukkanlah kami kedalam rahmat Engkau, sebab Engkau adalah yang paling Maha Penyayang. Engkaulah yang memimpin kami, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat, kerana Engkau adalah Pemberi ampun yang sebaik-baiknya.

[doa-doa ini ada lagi dalam alquran dalam surah2 tertentu..saya xrujuk lagi.ini yang saya jumpa dan yang kak eka sebutkan..kalau nak senang cari..boleh google up aje.. =) ]

o Malaikat jatuhkan sayap ke atas nya

o Apablia malaikat sudah jatuhkan sayapnya..malaikat mendoakan kita..insyaALLAH akan di makbulkan oleh ALLAH s.aw…

o Allah akan menyebut nama kita di padang mahsyar..

o Yang ini..sebagai contohla..dalam kelas kita ada 200 student semua..tp tetiba lecturer ingat nama kita n panggil nama kita..bangga n happy x? haha..tu la contoh yang kak eka bagi..yay..betul gak..bukan senang kan…kalau kat padang mahsyar nanti..berpa ramai makhluk cptaan ALLAH…ramai xterkira..tapi Allah sebut nama kita..bertuah la kan..

Semoga kita menjadi orang yang dirahmati ALLAH amiin…

Allahua’alam

0 komen disini: