assalamualaikum wbt
bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah..aku xtahu kenapa aku berasa sangat buntu dan ketandusan ilmu..aku seriously rindukan aktiviti aku semasa di universiti..bandung..jadual yang penuh setiap hari..yer..aku suka kan aktiviti yang penuh masyaAllah..semasa belajar..ingin bercuti..bila dah dapat cuti 2 bulan..(amik ko!) nak pulak bz..yala manusia ni xpernah berpuas ati...
Allah SWT telah berfirman:
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak" [2:216]
boleh jadi ade 'sesuatu' yang baik untuk ku tapi aku tidak sedari..apakah? mungkin buat masa ini aku perlu settle kan hal2 di rumah ini..aku rasa sangat bingung..pulang dengan menghadapi pelbagai masalah..adik yang memberontak(erk? well common untuk org yg meningkat remaja yang suka membantah) maid yang merupakan bekas rempit di indonesia..well basically diawl cuti aku dapat menghandle mereka2 ini dengan baik..
TAPI!!!!
aku da semakin ketandusan idea..hatiku semakin hilang sabar...selama ini aku menenagkan emak dari marah dan mengamuk..sekarang? aku pulak yang terasa hangin..hehe..amik ko! kemarahan masih boleh dibendung lagi..subhanallah..alhamdulillah..lailahaillallah..allahuakbar!!
penyakit hati..yer penyakit hati...macam mana nak heal kan dari penyakit hati ini? aku akui memang hati sangat mudah terjebak dengan pelbagai penyakit..pelbagai bacteria, virus mahupon fungus sangat mudah hinggap pada hati..apa yang perlu aku lakukan untuk mengelakkan semua microorganism ini bermaharajalela..ya! guna disinfectant dan sterelize kan!
aku perlu merancang..jika sebelum ini aku catitkan semua aktiviti ku..tapi dirumah aku betul2 tidak tahu apakah yang harus aku lakukan..yeah..selain memastikan rumah teratur..mencuba resepi di internet..menonton segala macam sinetron di kaca tv( huh? lagha sungguh!!)
nak keluar dari KOTAK ini!! huh!~
sungguh aku rindukan pengisian serta semangat dalm ukhwah fillah yang terjalin dengan saudara satu jemaah disana...di kepulauan nusantara...
Ya Allah..semoga ikatan antara kami kekal hingga akhir hayatku..
rabitah hati
hati ini telah bersatu,berkumpul di perut bumiMu,
hati ini telah berpadu,
bersatu memikul beban da'wahMu,
hati ini telah mengikat setia,
untuk mendaulat,
untuk mendokong syari'atMu,
di alam maya,
maka ya Allah eratkanlah ikatan yang ada,
kekalkan kemesraan yang ada,
tunjukkanlah jalan yang benar,
tunjukkanlah dengan cahayaMu yang tiada malap,
terangi alamMu,
hidup suburkanlah dengan ma'rifahMu,
tapi,jika ingin mematikannya,
matikanlah sebagai syuhada',
dalam perjuangan,
menegakkan agama yang mulia...
0 komen disini:
Post a Comment