Tuesday 26 August 2008

..akrab dengan Tuhan..

Assalamualaikum wbt..

beberapa hari yang lalu iaitu pada 16 august 2008. aku ke mid sebab aku mahu serahkan ole-ole yang dah berkurun aku beli untuk muna liyana..seorang sahabat..aku ke sana ditemani abang..mudah sikit ayah memberi green light bila aku tidak keseorangan..tambahan pula abang mahu survey laptop..so aku pun teman die melawat kedai komputer..win win situation aight!

kami berjumpa di depan Mc Donald..dan muna juga memberikan sesuatu juga kepadaku..salah satunya ialah buku..aku suka buku..dan buku tersebut besar maknanya buat aku..terima kasih muna..

buku akrab dengan Tuhan
basically aku suka penulisannya..ringkas dan senang untuk dibaca..tulisan juga tak terlampau kecil..jzkk muna

post kali ini aku mahu cerita tentang buku ini...

buku ini menerangkan dari mula..perkenalan tentang Tuhan kita..Allah SWT.. sifat-sifat dan nama-namaNya...then sampailah kepada bagaimana untuk akrab dengan Allah..

bercinta..

Bercinta dengan Tuhan itu tidak susah. Bercinta dengan manusia itu yang lebih payah. Dengan Tuhan, cintanya tidak ada syarat. Sekiranya seorang hamba itu hendak bercinta Tuhannya, bercintalah.

Bercinta dengan Tuhan itu tidak susah. Bercinta dengan manusia itu yang lebih payah. Dengan Tuhan, cintanya tidak ada syarat. Sekiranya seorang hamba itu hendak bercinta Tuhannya, bercintalah. Dia tidak akan berkata,

“Kau hendak bercinta dengan aku, kena banyak duit.”
“Ada kereta, baru aku timbang-timbangkan.”
“Boleh kau kuruskan badan dulu?”

Sebaliknya Tuhan berkata, “Selangkah kau datang padaku, seribu langkah aku datang pada kamu.” Tuhan sayangkan kita. Jika kita balas balik sayangnya, tentu dia gembira dan menghargai kita.

Apabila Tuhan menyintai kita, dia melindungi kita daripada sebarang kejahatan. Dia menutup mata kita daripada melihat maksiat, menutup telinga kita daripada mendengar maksiat dan menguncikan mulut kita daripada berkata perkara maksiat. Dia menutup hati kita daripada berhajat ke tempat-tempat maksiat yang tidak mendatangkan apa-apa faedah, malah keburukan pada kita.

Tuhan menyuruh kita meletakkan cinta yang mudah dan membawa keuntungan ini di tempat teratas. Bukan tidak boleh menyintai yang lain, tetapi sebelum itu perlu cintakan Tuhan dahulu. Apabila kita ingat dia semasa kita cintakan manusia, kita dapat mengawal perjalanan cinta itu supaya sentiasa terpandu dalam kebaikan. Pasti Tuhan meredai dan merestui cinta kita pada yang lain.

cinta yang indah...

Allahua'lam...

peace!

sebelum pulang kami sempat bergambar bersama
macam biasa..aku slalu senyum over.xdapat elak lagi..

p/s: ade x sesape foward mail atau ym untuk minta maaf before Ramadhan tu? hmm bacela kat sini : kliklah saya

3 komen disini:

aminuddin madil said...

macam best je cite..buku tu ade dgn awk tak?..huhu

Liyana said...

ade..dlm buku ni ade komik skali..tp ni bukan cerite fiksyen...die cm buku biasa..

nur_amalina said...

weh2 yana ko mmg suke senyum cam tu dr dulu sampai la skrg huhuhu