Monday 25 August 2008

..kenduri kat rumah tok..

salam suma...

ari tu kan kat kampung ada kenduri arwah..aku suka sebab ramai orang datang penat tu memang la..kat kampung kan tak buat catering..mak masak..aku susun pinggan mangkuk cawan suma then lap..basuh dan sebagainya..but kebanyakan kerja bibik buat sebab die rajin..aku nak buat..dia nak buat..aku basuh pinggan tetiba dia datang nak basuh..bukannya aku xmo buat...tapi xnak la berebut kija ngan bibik kan..huehhehe

aku pun tukar kija..kutip pinggan yang dah diguna..

kenduri arwah..actually buat untuk tokwan yang telah lama meniggal dunia..aku pon tak sempat jumpa..sebab aku tak lahir lagi..tapi aku tanya la tok "tok, kenduri arwah ni untuk siapa?" then tok jawab "siapa-siapa pon boleh" aku pun confuse...kenduri ni boleh untuk sesiapa ka...maybe lah..

orang yang hadir..adelah dalam 50 orang...terdiri daripada orang-orang masjid,sedara mara ,adik beradik dan bau-bau bacang...

lepas tu tetiba ter'cross' satu kenangan aku bermain badminton dengan cik amalina (bukan nama sebenar-sebab xmo nama disiarkan) pada waktu dhuha...dalam kul 8 kot..ehh 730 kot..tak hingat...

lepas tu amalina(bukan nama sebenar) menyuarakan pendapatnya tentang kenduri tahlil semasa kematian arwah neneknya..

apa yang kita tahu...setiap manusia yang pergi ke alam kematian ni sudah terputus segala connection dengan apa yang ada di dunia ni...kecuali 3 perkara iaitu:
  • sedekah amal jariah yg pernah dilakukan ketika masih hidup
  • ilmu yang bermanfaat
  • doa anak soleh
menurut cik amalina...(bkn nama sebenar)perlu ke kita buat kenduri camni..untuk apa..selain anak-anak yang tengah bersedih atas kematian ibu atau bapa then kena layan orang makan suma..

tapi tak silap aku, ayah pernah cakap, dulu2 kalau orang meninggal..rumah dia jamu air kopi ngan roti mayat..tak pon biskut tawar..biskut gula a.k.a roti gula..roti mayat tu..sebab ape nama dia roti mayat? sebab selalu dijamu ketika satu kematian...yela kot..aku rasa je a..

huhu~sebenarnya aku pun tak tahu apa tujuan dibuat tapi aku anggap..baca yassin dan sebagainya ketika orang meninggal dunia ni adalah untuk mengingati kita ni yang masih hidup..bila kita buka tafsir surah yassin..kan ade banyak peringatan kepada kita yang masih kat dunia ni..pasal kebangkitan..pasal kematian..dihidupkan..hmm takut ah..

so rasenye tak wajib pun kan nak wat..even Rasulullah pun ketika wafat baginda xmo kewafatan baginda tu orang igt2 atau sedih2 sangat..yang paling penting dakwah dan perlantikan khalifah baru cepat2 kena buat...

ubahla persepsi nak baca yassin untuk si mati..sebenarnya untuk kita yang masih hidup...

kenduri arwah/tahlil yang dibuat kat rumah tok tu ade ramai gakla orang masjid datang baca yassin ramai-ramai then baca doa suma...aku anggap as family gathering dan dan buat aktiviti keagamaan membaca yassin dan sebagainya..majlis start after solat jumaat ari tu...pastu suma pekena nasi berlauk...ngan ayam masak merah,ikan goreng, kerabu mangga, dalca,kari ikan,ulam dan sambal belacan..special made by mak dan makcik2ku..

lagi satu semua anak-anak tok yang jauh..balik kampung..ramai la..hinga'(bahasa tok)

lagipun majlis ni dibuat supported by anak-anak tok yang suma dah bekerja..so senangla...

Allahua'lam...

0 komen disini: