Tuesday 12 August 2008

pohon semalu


F1A311 Pathology Anatomy 3(2-2)
F1C203 Basic Radiology 1(1-0)
F1L202 Dental Material & Technology II 3(2-2)
F1C307 Pharmacy 1(1-0)
F10101 Psychology 1(1-0)
F10305 Clinical Phatology 3(2-2)
F1A105 Physiology II 2(1-2)
F1A102 General Anatomy II 2(1-2)
F1A212 Pharmacology I 2(2-2)

insyaALLAH sume kat atas tu adalah subject bagi sem baru nnti..saya sebenarnya rasa agak takut....macam mana ni (saya; sebab tengah mood agak pelik) ok2 takut takut juga...saya mahu meng-post sesuatu...yang saya rasa macam best...huhu...sharing is caring..mari la berkongsi... :)

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

2 komen disini:

Nisa Tarmizi said...

yana... dlu aku pnah join satu event ni.. jd comittee.. n de la cm aktiviti dlm event tu yg suh each of us plih satu tumbuhan yg represent us la.. then aku plih semalu.. aku ckp la de duri pertahankan dri, malu(ye la sgt), n akar kuat sume2 tu... n now after bc ko nye post aku x sangke lak de cite Rasulullah psl ni... rase hepi lak.. thanks 4 dis post.. at least aku tau pe aku ckp dlu mmg bernas.. huhu

Liyana said...

oish...anda pemalukah? hahaha..haah kan..hebat gak ko boleh terpikir..kalo aku..ak ckp ak mcm poko bunge matahari.. XD