aku ke ITB (institut teknologi bandung) terletak di tengah kota bandung. lebih kurang sejam lebih dari jatinangor, tempat tinggal ku.
kenapa aku ke sana?
Fina, minta aku ke sana memberi sokongan moral barangkali, untuk beliau memberikan pengisian kepada muslimah di ITB. tambahan lagi aku memang memerlukan tarbiyah lagi. lupa segala setelah dua bulan bercuti.recall balik.
syukur alhamdulillah..selesai sudah pengisian yang kami peroleh ketika di jakarta dikongsi bersama muslimah ITB. harapan kami agar apa yang disampai dapat menyentuh hati mereka. ameen.. aku pun teringat balik apa yang aku dengar sebelum ini. hehe..manusia manusia..mudah lupa.
sister di ITB sangat baik dalam melayan tetamu..lebih-lebih lagi aku yang tinggal di sana secara tidak sengaja. bukan dalam rancanganku untuk bermalam disana. jujur, itu merupakan pertama kali aku mengenali mereka. kecuali, seorang senior ku di sekolah menengah. seronok juga berjumpa senior.
tapi aku dilayan begitu baik. yang membuatkan aku terharu : selesai pengisian malam itu aku masuk ke bilik untuk tidur. jam sudah 1.15 pagi. esok aku perlu ke sekeloa untuk registrasi semester baru. mereka yang lain masih bersembang dan berbincang hal masing-masing. aku terus keluar tanpa meminta izin untuk tidur. (xpatut..tapi segan nak cakap nak tidur dulu)
ehh sambung, aku ke bilik untuk tidur, bantal dan selimut sudah tersedia..tapi, tuan punya bilik sudah tidur ketika itu. tiada bantal! ehh rasa bersalah...dia terjaga. aku berikan satu bantal kepadanya. kerana aku tahu, aku boleh berkongsi satu bantal dengan Fina atau Kak Ina. tapi beliau menolak katanya, tak mengapa kerana beliau memang tidur tak berbantal. adoi..kalau betul, masakan ada 3 biji bantal dalam biliknya..
sesi tolak menolak bantal berlaku. aku letakkan saja bantal di katilnya. lampu ditutup, bantal tersebut kembali kepadaku. beliau menang!
sahur
"ala tak sempat beli nasi" kami terlewat bangun. jam sudah 3.30 pagi.imsak jam 420 pagi
"takpe..saya makan simple je sahur, berat sangat nasi"
"yana biasa makan apa untuk sahur?" tanya kak syazni
"roti dan serunding" sepatutnya aku tak perlu la jujur sangat. cakapla biskut kering ke ape ke..aish...tapi tak tahu kenapa terpacul ayat tu dari mulut aku.
tetiba roti dan serunding dihidang buatku bersama hot chocolate..sebenarnya aku tak kisah makan apa..biskut pun takpe. sekadar alas perut. susah-susah aje la...
Fina dan Kak Ina bersiap-siap ke Jakarta.pulang.
registrasi
aku meminta penerangan detail tentang pengangkutan aku untuk ke Dipati Ukur. sebab aku telah berjanji dengan Nor untuk berjumpa dia dan rakan yang lain supaya kami dapat ke Sekeloa bersama.
sister ITB melukis peta dan landmark penting dalam buku notaku. memula ambil Angkot berwarna biru menuju ke caringin. turun di simpang then ambil satu kenderaan berwarna hijau menuju ke Cicaheum Ciroyon. turun Dipati Ukur. sangat risau aku termiss landmark yang diberi.
sampai saja ke destinasi.lega.risau juga. sudah berapa kali aku sesat ketika di awal aku jejakkan kaki di bumi nusantara ini. nasib baik Fatin bawakan baju kurung untuk aku pakai ketika registrasi nanti. terima kasih Fatin.
terima kasih kepada kakak2 di ITB.. nasi padang sedap.lagi-lagi bergedil yang kak ferra promote tu. :p
p/s: masih belum fmiliar dengan nama-nama tempat di sini.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
22 hours ago
0 komen disini:
Post a Comment