Wednesday, 19 November 2008

khalifah





Allah pernah berfirman :

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"…” (2:30)

nabi Adam manusia pertama yang diturunkan di muka bumi ini dan kita adalah anak cucu nabi Adam untuk menyambung tugasnya sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

mungkin maksud khalifah telah disalah ertikan sebagai seorang yang mentadbir negara atau seorang pentadbir untuk memakmmurkan bumi Allah. islam adalah satu agama yang mewajibkan penganutnya tunduk kepada penciptaNya serta patuh kepada apa yang telah diperintahNya. jadi, tugas khalifah adalah memastikan manusia terus berada dalam landasan ibadah kepada Allah.

tapi, adakah kita benar-benar berada dalam landasan menuju jalan Allah? mengejar tuntutan dunia, rezeki dan kebahagian hidup di dunia. matlamat untuk mencari keredhaan Allah terpisah jauh dari matlamat mencari kebhagiaan di dunia. contohnya, menjadi seorang yang berharta (berkerja), mendapat pasangan hidup yang baik (penuh dengan ciri-ciri ideal) dan sebagainya.

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.” (Surah Az-Zariyat 51: 56-58)

maksudnya, janganlah kita sombong dan terlupa yang kehidupan kita ini dah ditentukan oleh Pencipta yang maha kuasa.

“…kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.” (Hadith ke-4, Hadith 40 An-Nawawi)

aku sering terfikir..kenapa begitu payah kita mahu mengingat tujuan kita. ingat tentang Allah sering memerhatikan kita. sering hanyut dengan hiburan di kiri kanan depan dan belakang. asyik dengan aktiviti harian terlupa kewajipan yang patut diutamakan.

aku pernah terdengar. Allah sayangkan kita. Dia tidak pernah tunjukkan azabNya di dunia seperti umat terdahulu.

kawan, kan best kalau kita sama-sama ingat mengingat antara satu sama lain.yakni menjadi khalifah atas bumi.sentiasa mengingat yang mana penting dan yang mana kelekaan dunia. kita sama-sama sayang akan satu sama lain dan mementingkan ukhwah antara kita.

kan best kalau kita sama-sama berusaha untuk mencapai keredhaan Allah di dunia ini dan berusaha untuk mencapai kebahagiaan kekal di akhirat nanti.

p/s: post ini ditulis pada 10 11 08..kepada kawan2 yang sedang exam.selamat maju jaya!

0 komen disini: