Thursday 20 November 2008

kisah kanak-kanak 1


*salam...*
hari ini dengan rasminya selesai sudah paper terakhir untuk growth and development. yay! satu sorakan kegembiraan dalm hati je. sebab result belum keluar lagi.

ogey2~ actually aku dalam dilema. atina ajak pergi jogjakarta cuti bulan 12 ni, pastu ada daurah seminggu at the same time, mak suruh balik. wang saku berapa sangatla aku ada bulan ini..ayah pernah cakap : "movement means mOney" aish.. (actually takdela besar sangat masalah aku ye tak). itulah kamu!

cuti pun belum lagi..ape la kamu ini cik yana.

tiba-tiba aku tukar layout. aku pun tak pasti kenapa. mungkin kerana aku boring. aku bosan dengan yang sebelum ini. ceh..adakah aku jenis yang cepat bosan? sebenarnye, tak. cuma aku rasa macam aku suka hitam. tapi aku juga suka pink. pink dan hitam? suite kan dua warna ini? mungkin aku punya konflik identiti. mungkin. aku pun tak pasti.

***

aku masih ingat time kecik-kecik dulu. masa tu aku masih 4-5 tahun. time tu kecoh tentang fishball yang dijual terkandung daging ba.alif.ba.ya. atau nama sopannya incik khinz. berita dari radio RTM disampaikan oleh mariamah tijo. dulu aku dijaga oleh seorang pembantu rumah yang aku dah lupa namanya, tapi dia suka betul dengar radio RTM. Fine, xpenting. berbalik kepada kisah aku.

mak pun membuang segala fish ball yang ada. tak beli lagi. then, nak dijadikan cerita, jiran aku bagi fishball. yang aku tahu, mak aku terpaksa la buang. nak elakkan was-was. aku pun tak tahu macam mana aku boleh tahu. tapi itulah hakikatnya:

mak dah buang fishball tu!

pada satu petang yang indah lagi damai, sedang aku bermain basikal merah 3 roda aku, mak cik aku pergi berborak-borak dengan jiran sebelah rumah yang bagi fish ball tu. aku tereavesdrop perbualan mereka. aku 'ter' okay!

jiran: macam mana fishball tu. sedap tak?

makcik: hmm sedap. (dengan yakin)

aku pun tak tahu kenapa. tetiba akal aku berfikir dengan kritikal. bukankah mak kate, tak baik menipu. tipu kan berdosa, Tuhan marah. nanti masuk neraka. apa yang perlu aku buat? dilema beb. dilema kanak-kanak. aku tak boleh biarkan ini terjadi! ini satu kesalahan besar! aku mengumpul kudrat lalu aku lepaskan kata-kata dengan satu nafas.

"tak!! cik Anis (bukan nama sebenar) tipu..sebenarnya fishball tu dah kena buang sebab dalam tu ade daging ba.alif.ba.ya!"

cik Anis: YANA!!!!!!!!!!

aku terlupa! Cik Anis terkulat-kulat disitu. jiran aku tergamam. aku tak pasti dia faham ke tak dengan ayat aku tadi. apa yang aku ingat. sepantas the flash (ehh tipu je) aku lari tinggalkan basikal merahku. mencari kubu persembunyian. sebab aku terkejut, cik Anis macam nak marah aku je tetiba.

aku gelabah ayam. aku wonder kenapa cik Anis macam nak marah aku. walhal, bukankah aku berkata benar. betul ape. ustazah kat sekolah pun kata tipu berdosa. (sekolah tadika islam dulu k! haha)

mak balik kerja. confirm! mak dah tahu.

TAPI.....

mak tak marah. dia cakap dengan penuh sifat keibuan. tentang white lie. lega rasanya. aku dah terbayang tidur dalam kotak (tempat aku menyorok masa kecik) hari itu.

sekian

aku rasa :

  1. berani kerana benar
  2. jangan eavesdrop orang tua-tua sembang
  3. jangan menyampuk. diam saja.
  4. jangan berkata tidak benar depan kanak-kanak
  5. jangan lari kalau tak salah
  6. walau apa pun kita buat fikirlah kesannya kepada sekeliling.
  7. bagi salam sebelum apa-apa.
  8. sekarang baru aku tahu tentang being tactful n white lie
  9. jangan makan makanan yang rasa was-was. baik buang terus.
  10. sorry cik Anis..sorry sangat-sangat..bila ingat balik aku malu dengan makcikku itu.
ogey2~ sudah masuk waktu solat. cukup untuk hari ini. pen off.

7 komen disini:

Anonymous said...

congrats kat org yg dh abis exam tu!^^
owh kirenye white lie nie xdosa ea?
lalalala..
ape kate tukar name kdp 'pink lie' cm best je bunyi..^^

Liyana said...

masih2~
entah la..dulu2 pk juga dosa ke x..sekarang ni aku rasa baik diam.. =) hm pink lie cambest jugak..hhahaha

nur_amalina said...

yana kelakar la cite ko tu hehe
seronok2
ade pengajaran di sebaliknye... =P

Anonymous said...

comel....
saya suke bdk2. diorang ni jujur, dan comel. hehe...=)

Liyana said...

amalina: ngeh2~ ko tau jiran sebelah umah aku tu..umah sebelah kiri. cik na xduduk situ lagi time tu.

dr.razi: budak2..comel.. kecuali yang suka gigit org!

Anonymous said...

budak2 comel.. tp bukan yana :p

Liyana said...

kata2 org jeles... :p