Wednesday, 26 November 2008

persoalan



selepas kelas epidemiology and demography. suatu persoalan timbul di minda Merblee (bukan nama sebenar). mengikut kajian, perempuan yang bukan beragama islam dan yahudi, lebih ramai menghidap cancer kerana kaum lelaki tak berkhatan.

marblee: aku sering terfikir, kenapa Allah tak cipta manusia itu lahir je sudah berkhatan? kenapa Allah tak cipta manusia sempurna terus?

somchan (bukan nama sebenar juga): sebab Allah nak uji sama ada manusia itu akan patuh atau tak kepada perintahnya.


***

persoalannya.. kalau begitu, biarlah Allah cipta manusia yang baik terus, hati bersih, kerjanya beribadah saja seperti malaikat.

tapi Allah tidak cipta manusia sepolos itu. Allah ciptakan manusia punya hati dan akal. bagaimana seorang manusia menggunakan akal fikiran dan menguruskan nafsu. itulah ujian. dugaan yang perlu ditempuhi. mampukah seorang manusia itu menggunakan akal dan nafsu untuk patuh akan perintahNya. ganjaran diberi bagi yang mengerjakan perintahNya.

namun begitu Allah tak biarkan manusia termanggu-manggu tanpa petunjuk. Dia turunkan Al-Quran. sebagai penunjuk jalan di dunia yang fana ini. Dia kurniakan nabi dan rasul sebagai pengantara dan contoh ikutan.

kasihnya Allah kepada manusia, dijanjikan syurga bagi yang bertaqwa. dikurniakan rahmat dan rezeki ketika di dunia.

sayangnya Allah kepada manusia, sentiasa mendengar doa hambaNya

manusia berakal menggunakan akal untuk berfikir dan mendalami setitis ilmu dunia. hati digunakan untuk merasai kasih Nya. punya perasaan. punya nurani. punya nafsu.

cabarannya, mampukan seorang manusia itu menepis segala bisikan dan anasir durjana. mampukah manusia itu tabah dan sabar akan cabaran kehidupan dan dugaan hidup yang sementara ini. tanpa dibiarkan sebarang noda hinggap di hati?

dihijab dengan nikmat yang ada didepan mata, dengan keghairahan menuntut cita, keseronokan yang tiada hujung. manusia ini alpa dan leka.


(itulah) janji Allah. Allah tidak akan menyalahi janji-janjiNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. mereka mengetahui yang lahir (tanpak) dari kehidupan dunia; sedangkan terhadap (kehidupan) akhirat mereka lalai. (30:6-7)

ya Allah..ampunilah hambaMu yang kerdil ini. tetapkanlah hati yang sentiasa berbolak balik. baikilah hatiku agar sifat mazmumahku tidak merosakkan agamaku. limpahkanlah hatiku ilmu dan hikmah, agar lahir batinku bersyariat, supaya lahir batinku menjadi taat.

puding caramel
08:58am 261108
bandung indonesia

7 komen disini:

Anonymous said...

Persoalan kenapa kita tidak dijadikan terus sempurna, perlu dijawab juga dengan pertanyaan, untuk apa kita dihidupkan.

Walau agak berat untuk difikirkan, amat sayang kepada manusia yang tidak pernah mengendahkannya. Lupa asal-usul mereka dari tanah, lalu bongkak meniti dusta.

Aduhai.

Anonymous said...

aku malu membiarkan ini menjadi persoalan. tidak layak untuk mempersoalkan tentang mengapa Dia yang Maha Kuasa mencipta manusia terus sempurna.

sedangkan diri hanya manusia yang dicipta dari tanah.

sungguh..tidak layak...

"dan org yg tidak mengetahui berkata, "mengapa Allah tidak berbicara dgn kita atau dtg tanda-tanda (kekuasaanNya) kepada kita?" Demikian pula org2 sebelum mereka telah berkata seperti ucapan mereka itu. Hati mereka serupa. Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang yang yakin." (2:118)

Anonymous said...

kita mempersoalkan bila ade persoalan..
dan persoalan lahir dari rasa ingin tahu..
rasa ingin tahu membuah ilmu pengetahuan..
x salah ade nya persoalan...
sebb ia mengajak manusia berfikir..mengagumi kejadian Tuhan..
tak gitu?


yana..pd aja~

Liyana said...

makasih cik anonymus.

Anonymous said...

kesempurnaan semmgnya bukan sifat seorg hamba..
sifat kesombongan juga tidak layak dipakai oleh seorg hamba..
semuanya milik Allah semata..
An Nisa':40

'Sungguh Allah tidak akan menzalimi seseorg walau sebesar zarah dan jika ada kebajikan sekecil zarah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yg besar dr sisiNya'

Al Baqarah:155
"Dan kami pasti meguji kamu dhn sedikit ketakutan, kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yg sabar'

wallahualam..mari kte renung2kn..^^

Anonymous said...

sori ade spelling error..
*dgn
bukan 'dhn' tau!

Liyana said...

makasih juga cik nizwa..cuba merenung dan cuba beramal