fasabrun jameel (bersabarlah kamu dengan kesabaran yang cantik)
setiap apa yang berlaku kepada kita pasti ada hikmahnya. aku bukanlah seorang yang sempurna. beberapa hari yang lepas satu insiden di antara aku dan individu XX menimbulkan kemarahan aku. bagi aku apa yang telah dia lakukan sangat-sangat tidak boleh diterima akal.
aku marah. serius. aku sangat marah. tapi aku tahan. aku lupa dia insan biasa. aku insan biasa. pasti ketidak sempurnaan itu akan wujud. ketika dia meminta maaf berkali-kali, aku kata okay. tapi tak tahu kenapa. akhirkan aku luahkan segala juga. tiada apa yang aku pendam lagi. sungguh, selepas itu hati aku bukan bertambah suka dan tenang. tapi semakin gundah dan resah.
marah itu api, api itu syaitan. maka, cubalah untuk tidak marah. selepas kejadian itu. sungguh mudah aku marah. mudah tersentuh. perkara remeh dirasa perkara yang besar. hati. hati mudah sungguh kau ternoda. sungguh sukar untuk aku bersabar lagi.
Allah berfirman yang bermaksud:
aku marah. serius. aku sangat marah. tapi aku tahan. aku lupa dia insan biasa. aku insan biasa. pasti ketidak sempurnaan itu akan wujud. ketika dia meminta maaf berkali-kali, aku kata okay. tapi tak tahu kenapa. akhirkan aku luahkan segala juga. tiada apa yang aku pendam lagi. sungguh, selepas itu hati aku bukan bertambah suka dan tenang. tapi semakin gundah dan resah.
marah itu api, api itu syaitan. maka, cubalah untuk tidak marah. selepas kejadian itu. sungguh mudah aku marah. mudah tersentuh. perkara remeh dirasa perkara yang besar. hati. hati mudah sungguh kau ternoda. sungguh sukar untuk aku bersabar lagi.
Allah berfirman yang bermaksud:
gurauan orang sekeliling aku anggap satu perkara melampau. sabar. walaupun ianya menyakitkan hati. ingat yang kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. dan orang juga tidak boleh memuaskan hati kita sepanjang masa. terima ketidaksempurnaan itu sebagai suatu yang menyempurnakan.“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)
kata Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah;
dua perkara yang kita perlu selalu ingat:
1. kebaikan orang lain kepada kita
2. keburukan kita kepada orang lain
dua perkara yang kita perlu lupa:
1. kebaikan kita kepada orang lain
2. keburukan orang lain kepada kita
dua perkara yang kita perlu selalu ingat:
1. kebaikan orang lain kepada kita
2. keburukan kita kepada orang lain
dua perkara yang kita perlu lupa:
1. kebaikan kita kepada orang lain
2. keburukan orang lain kepada kita
aku membuat kesimpulan, maafkan. memaafkan orang lain lebih baik dari sedekah serta dapat menjaga hubungan silaturrahim antara saudara seislam.
Bertakwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain (dan peliharalah hubungan) rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (4:1)
hadith yang paling kita selalu dengar.
“Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)
bukankah menahan marah merupakan satu jihad. ohh hati, bertabah lah.. there's no big deal pon kan. janganlah terlampau sombong. hanya Allah yang punya kuasa atas sesuatu.
"Hendaklah mereka memaafkan dan melapangkan dada. Apakah kamu tidak ingin diampuni (dilindungi) oleh Allah?" (24: 22)
sekadar ingatan untuk diri
*peace*
p/s: kredit untuk kak yus yang memberi kata-kata semangat dan nasihat.
2 komen disini:
Salam adik liyana dearie....semoga lebih tenang dan damai, inshaAllah...apa yg dikongsikan adalah semata-mata ilham dari Allah..pemilik segalanya...kembalikanlah pujian padaNYA...yg Maha layak...
Akak tinggalkan dengan satu lagi ayat al-quran yg cukup terkesan di hati...
"Wahai org2 yg beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu.......supaya kamu menjadi golongan yg berjaya..." [Ali-Imran: 200]
P/s: Maaf, akak translate dr al-quran akak (english ver)...takut silap translate...so, akak leave out some translations...feel free to double check it later, inshaAllah...
~Bisikkanlah SABAR~
Love from Queensland (",)
wsalam kak yus..saya cek yg bm: wahai org2 yg beriman! b'sabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung. [3:200]
true..cukup terkesan di hati..syukran jazilan..jazakillah khayr
ketenangan itu milikNya..kegundahan itu hadir merupakan satu dugaan..bila hati itu tenang, bersyukurlah kerana Dia masih mendengarkan kita..
*terima kasih ya Allah kerana peduli* (kak yus's stat)
Post a Comment