tiap pagi aku akan turun ke tingkat bawah. tengok TV. friends. memandangkan dulu, aku tak sempat nak tengok. friends tiap hari khamis. sekarang, layan je la. kata Diba, tiap pagi, bunyi aku gelak macam ade ramai orang di ruang tamu. aku tak pasti sebab aku gelak kuat, rumah terlampau sunyi waktu itu, atau suara aku gelak terbias menjadi beberapa suara lain menjadikan ia berbunyi seperti sekumpulan orang yang gelak. macam serakan cahaya yang jadi pelangi..satu cahaya putih jadi 7 warna. satu sura jadi 7 bunyi suara pelbagai pitch. waah!
ahhah! CSI. aku suka CSI. serious. tiap ahad. aku akan tengok marathon 3 CSI (kalau sempatla). mungkin aku kagum dengan kehebatan tim-tim CSI selesaikan kes. dulu pernah juga aku bercita-cita nak jadi ahli forensik. yala.. pengaruh cerita. mereka sungguh cool. aku paling suka yang Miami.
aku suka House. aku pun tak pasti kenapa. mungkin sebab kurang drama dan banyak informasi. tapi still, cerita. pasti ada drama nya juga. kadang-kadang apa yang aku belajar, ada gak dalam crita. so aku jadi lebih excited. hmm tak de lah melampau.
aku suka anime juga. aku suka school rumble. sekarang, kenichi tapi tak habis lagi sebab aku malas nak habiskan. ini sebab syazwan yang download. thanks to syazwan my brother. siaran TV ada animax. haha.. kalau ikutkan, memang aku duduk depan TV sepanjang hari. nasib baik aku bukan jenis yang mewajibkan diri habiskan satu season. :D
aku suka menonton. yeah. aku suka membaca juga. lebih-lebih lagi novel-novel yang menggunakan pemahaman hati. mudah aku terkesan mengikut rentak emosi dari cerita.semua drama. kuat berangan!
apa yang aku perasan, aku terutamanya. suka menonton atau membaca suatu yang boleh menyentuh hati. penuh drama. cuba kalau national geographic diselitkan drama kisah ibu penyu dan anak-anaknya. pasti aku tak lepas tengok. beremosi dengan sikap ibu penyu yang meninggalkan telur-telurnya. kesian anak-anak dia kecik- kecik lagi dah jadi anak yatim. walaupun tiada drama, aku tengok juga. sekadar menambah ilmu pengetahuan. tapi xdela jadi the most favourite tv program.
orang suka drama. walau seteruk mana pun penulisan skrip sesuatu cerita, asalkan menarik dan seronok untuk ditonton. pasti menjadi sambutan punya la. CSI Miami yang paling aku suka, rupanya dikatakan : watchable yet horrible. haha! ya la. pengaruh.
tekan
sini untuk baca lebih lanjut tentang CSI Miami
p/s: off to Jakarta this weekend.. kem ibadah.. XD im so excited
2 komen disini:
aku suke NY!!!!!!
aku xsuke miami sbb ade haratio caine! menymph dowh kt die! ngn spek ital die tu. cheh~ aku rse die terlalu tua utk jd hero.. kehkehkeh
lah..xreal la amik muda. klu btul pun kan..mne de org muda nk jd terer cmtu.. H da la cool!~
Post a Comment