Sunday 7 December 2008

persoalan 2

"ehh ini graf apa?"


tanya Layen sambil melihat satu graf yang tertampal di bilik tidurku. kebetulan dia singgah. melawat.

"ini graf kebangkitan dan kejatuhan islam dulu."


"ohh..."


masing-masing terdiam buat seketika. hanya bunyi bacaan Al Quran dari speaker laptop kedengaran. kebetulan. bimbang juga dia tak selesa.

"kadang-kadang i takut dengan you."


"ehh kenapa u takut?"


"i dont know. terlampau islamic. i feel unconfortable."


"why? are you afraid of islam?"


"no. i just feel unwelcome."


what the fish?!
kelu. aku buntu. aku tidak tahu bagaimana untuk mengubah perbualan ini menjadi lebih santai. setiap butir bicara aku bimbang akan menjadi suatu yang sensitif di corong pendengaran. sememangnya aku tidak senang. seorang teman tidak selesa denganku kerana aku islamik? apakah islam itu di matanya? tidak tahu apakah cara yang paling berhikmah untuk aku terangkan padanya atau sekurang-kurangnya untuk aku cerminkan.

aku tanya kepada Tipah melalui Yahoo mesengger.

Tipah: hm..bagi aku..buat apa nak takut dengan apa dia cakap? takkan sebab dia orang cakap camtu ko nak slow down..takpe..biar la die nmpk smgt ko..

puding: aku bukan takut, klu die rs unwelocome...ade shield antara kite. aku mahu dia senang dengan aku. bukankah kita merupakan cermin. silap yang kita lakukan, fitnah untuk agama.

Tipah: ni soal aqidah n agama..tak boleh consider unwelcome pon..mane lagi penting. ko tak boleh nak gadaikan agama sbb kwn.

Puding: ini bukan sebab kawan ke apa. ni secara menyeluruh. nnti tak ke die rasa islam ni macam tak frenly

Tipah: juz maybe ko sndri boleh pecahkan shield tu. soal agama tak boleh main2..hmm..puding..islam dtg dtg krn asing dan kmbali dgn asing..kite akn dpndg asing..itu lumrah..kalau kite hilang kawan sebab agama pon..kite tak rugi pape..sebab die yg choose nk jauhkn diri dari ko..yg pntg ko tak jauh dengn die..

(maaf banyak singkatan ejaan)


secara jujurnya, bukan ini jawapan yang aku mahukan. persoalannya, mengapakah disebabkan seseorang itu mengamalkan cara hidup islam, dikatakan seorang yang menakutkan. apakah islam itu di mata dia?



aku rasa Tipah tak faham maksud soalan aku.




ya, memang soal agama tidak boleh dibuat main. tapi persoalan di minda aku,
apakah caranya untuk aku membetulkan pandangan dia terhadap cara aku? aku bukan seorang yang menakutkan. aku bukan tidak mesra. aku bukan seorang yang tidak terbuka mindanya. aku hanya cuba mendekati cara hidup agama yang aku anuti. jadi wajarlah aku mengamalkan apa yang sepatutnya.



aku masih ingat. kata ayah, "satu dunia dah ikut satu nilai murni tentang keamanan. tapi bila seorang islam letupkan diri berkorban demi agama, pasti dapat kecaman dari seluruh dunia. bukan individu saja, agama turut dipandang serong. secara tak langsung orang pandang islam pengganas."




seorang muslim menjadi cermin kepada agamanya.




aku tak boleh biarkan orang terus memandang serong kepada islam. aku sayangkan agamaku. tapi aku belum cukup kuat untuk menegakkan apa yang aku pegang. sungguh ini menaikkan rasa tidak puas hatiku. tapi aku biarkan ia sepi. sebab aku tak mampu.




bagi aku, cara pemakaian, percakapan atau apa saja dari segi fizikalnya tidaklah ekstreme gile . (terlampau islamic pekebendenye?! ish tak puas hati betulla ngan si Layen ni.) ya Allah, apakah yang cuba Kau tunjukkan?




p/s: cerita ini ditulis pada 03/12/08.

***


4 komen disini:

Anonymous said...

barangkali dia masih lagi dbelenggu fitnah ttg Islam..
barangkali dia baru punya teman muslim yg 'islamic' spt puding caramel..
mungkin kte perlu m'ubah persepsi ini..
contoh teladan yg baik mungkin dpt m'bantu menyangkal persepsi t'sebut..
Islam buat semua..namun hidayah Allah itu buat insan yg terpilih..

wee~
tulkn if ade yg slh ea semut pink!

Anonymous said...

hm...
si Layen tu bkn mcm tu..
ko mungkin xtaw sesuatu..
die nak meminjam tafsir Quran (english version) drpd teman baiknya.(ko pasti tahu siapa)
Lain2.. aku xpandai komen.
:)

Anonymous said...

aku pernah gk disoal bende ni oleh member non-muslim aku (org tu dekat je, ko pon kenal..) kadang dia takut nk dekat ngn aku bila aku mengerjakan amalan seharian.. x paham la plak kenapa.. so aku pon cerita la kt dia ape2 yg dia musykil..

dalam kes Layen ni, mungkin ade sebab dia rase unwelcome.. dia x paham kenapa kita berbuat sedemikian, dan kita sebagai muslim, x salah menceritakan kepadanye ttg amalan kita, mungkin dia akan rase lebih selesa.. kita jgn mempersoalkan kenapa dia berkata, dan berfikir sedemikian, seharusnya kita yg menerangkan kepada mereka..

maaf kalu ade yg salah ea..
sekadar berkongsi pengalaman..
keep writing :)

Anonymous said...

maaf.. sye x mmbantu anda..
hope ape yg sye ckp ade poin kt citu..
wpun x relate dgn mslh yg awk hadapi..
moga tabah~~