Wednesday, 31 December 2008

satu hari di pagi khamis [mysterious mood]


"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu."

"tuk tuk tuk tuk tuk tuk"

bunyi ketukan bertalu-talu di pintu bilikku. aku berselubung selimut. baru 30 minit aku lelapkan mata. aku bangun jam 3 pagi tadi. tiba-tiba mengantuk. sambung tidur jam 9 mahu bangun jam 9.45 [mengantuk sangat, aku langgar peraturan untuk tidak tidur waktu dhuha]. pelik. siapakah gerangan yang mengetuk pintu waktu pagi ini. 'ibu laundry' barangkali. tapi bukankah bayaran bulan ini aku telah langsaikan.

"masuk"

aku bersuara. aku rasa mungkin Amal. tiba-tiba sepi. tiada lagi ketukan. aneh. kipas angin berhenti bergerak. elektrik terputus mungkin. aku bingkas bangun. keluar dari bilik. aku terdengar kekecohan dibawah. cuba aku intai dari birai tangga dari tingkat atas.

"Diba, saya udah ketuk kamar beberapa kali, kenapa ga dibuka? saya tahu kalian udah bangun. saya lagi mahu berurusan soal pajakan kosan [rumah sewa]"

suara lelaki. lantang. kusangka pak Kemas [tuan rumah kami] hanya dia yang gemar bersuara lantang.

"saya ga tahu pak. saya kan bayarnya kemudian. yang lain barangkali masih tidur. dan ada yang lagi mandi"

mungkin pak agus. aku pelik kenapa pak agus nak mengamuk di pagi hari ini. mungkin dia yang mengetuk pintu bilikku tadi. bersyukur Allah masih pelihara auratku. nasib baik dia tak buka pintu.

"iya, tapi masakan semua nya mandi. saya tahu siapa yang mandi siapa yang ga dari paip diluar."

apa?! pervert!! suka hati je masuk rumah orang perempuan. bising-bising. yang aku pelik, elektrik diputuskan sebab mahu kami semua keluar dari bilik. bukankah biadap tindakan itu? lagipun, takkan nak buka pintu terus bila dia ketuk. kami kan perempuan. aurat wajib dijaga. tiba-tiba aku hangin rasa nak marah. apa ni?

"kapan mahu dilangsaikan uangnya? saya orang kepercayaan pak kemas. hormati saya. uangnya perlu dilangsaikan pagi ini. pajakan lestrik rumah ini masih belum dibayar"

hello! there's nothing to do with us kay! ahha..! that's your problem la tak langsaikan pajakan. kami dah langsaikan sewa tahun ini pada tahun lepas. wang yang di minta sewa tahun depan. bukankah pilihan kami nak bayar sekarang atau tahun depan. mengapa perlu mendesak kami begini. menutup bekalan elektrik. sungguh tidak profesional tindakan itu. marah-marah tak tentu pasal. tak hormat kami sebagai penyewa. masuk rumah sesuka hati.

sepatutnya sewa bulanan kami 7 juta setahun. Pak kemas beri pilihan. kalau bayar sebelum 10 disember ini perlu bayar 5.75 juta. kalau tahun depan 7.5 juta. kalau lambat dari 10 disember 6 juta.

kami membuat pilihan untuk bayar sekarang sebab jauh lebih murah. tapi, cara pak agus mendesak kami seperti itu memang tak boleh diterima. aku dengar nazee, diba, fatin nad dan atina bersuara kepada pak agus. malas untuk mencuri dengar lagi. aku masuk ke dalam bilik. menaikkan kemarahan aku saja.

nazee naik. nak kumpul duit sewa. diceritakan semula apa yang berlaku dibawah. "dah la aku tengah mandi" kata nazee. aku dengarkan saja. aku agak mamai ketika itu. aku berikan wang sewaku kepada nazee. kasihan teman yang tinggal di bilik bawah. terpaksa menadah telinga. yang aku pelik. diantara teman yang garang di bawah, langsung tiada yang mengamuk kepada pak agus. mereka terkejut agaknya dijerkah begitu. mujur izza dan fatin fana tiada. dah la mereka exam.

sebelum ke kelas pagi itu. atina ajak aku dan amal minta resit dari pak agus. geram pun ada. nak marah pun ada. sebelum itu, aku tunaikan solat sunat. minta petunjuk. bimbang aku mengamuk [macam tak mungkin je :p]

"assalamualaikum ibu, pak"

atina sedang menulis nama kami pada resit.

"waalaikumussalam. maaf ya saya lagi emosi tadi. pak kemas telepon sama saya dimarahin. mau uangnya pagi ini juga"

"iya pak. maaf saya lagi tidur, ga buka pintunya. lain kali, kalau mau minta uangnya, jangan marah begini.bukankah kami diberi pilihan mau dibayar sekarang atau tahun depan, jadi tak semestinya kami kena bayar sekarang. kalau nak bayar tahun depan pun boleh. nanti kami mau ke kelas juga boleh minta uangnya. bukannya kami tak keluar rumah langsung" [sangat lintang pukang ayatnya..ehhe]

"iya"

"kaget juga dengar pak agus marah tadi. ish apala pak agus." ibu dan pak agus tergelak kecil. mungkin mereka ingat aku buat lawak. ayat bahasa indonesia aku sememangnya agak aneh. aku tak berapa fasih berbahasa indonesia. tapi sebenarnya aku tak buat lawak dan aku tak tergelak.

"iya.."

dalam hati aku nak burst out segala.. "pak, kenapa tutup letrik. power sangatla tutup letrik tu? saya rasa tindakan ini agak rude. pastu nak marah-marah lak. bukannya kami tak bayar sewa tahun ni. ini kan tahun depan punya sewa. ni nak paksa-paksa pulak. ape kes? lepas tu, kenala paham, takkan nak terus bukak pintu, tak pakai tudung semua. kami semua kan perempuan. hormatlah sikit. masuk rumah kami sesuka hati. kenapa tak suruh ibu je mintakkan. bukan kami tak keluar rumah langsung. kami nak pergi kelas nanti mintakla. tak segan ke. paksa orang bayar sewa tahun depan tapi paksa macam kami tak bayar sewa tahun ni. siap tutup elektrik pulak tu. tak profesional langsung! dan ini sungguh kebudak-budakan. cakap baik-baik tak boleh ke? kami ni bukannya kepala batu. dah draw duit lama dah nak bayar. cuma risau, bukan sikit duit sewa tu. kenala sediakan agreement. kalau kena tipu, siapa nak pertahankan kami yang sebatang kara kat sini?"

tapi aku pendam. tangan dah menggigil. jantung aku juga macam nak pecah. aku tak pasti sebab lapar atau menahan kata. sabar liyana.........

"ohh ya, lain kali kalau pak agus ga mau dimarah sama pak kemas. suruh aja pak kemas call kami. biar kami yang bercakap sama pak kemas."

dia hanya tersenyum.

aku rasa bila pihak ketiga yang sampaikan sesuatu dari tuan rumah kami itu, pasti ada saja butir yang tertinggal. atau ada saja yang ditokok tambah. pasti pak kemas tak berpuas hati sekiranya ada yang kurang. kami juga begitu.

aku geram dengan sistem disini. sewa guna kata-kata, tiada surat perjanjian. bayar sewa by hand bukan melalui bank. tak tahu nak percaya pada siapa. tapi memang begitulah cara orang disini. sewa rumah suka hati naik turun harga. tiada yang tetap. marah-marah kami yang tiada ibu dan bapa disini. [tetiba sedih..wuwu~] tipu wang kami. minta bayar lebih-lebih [contohnya kepala paip gas yang dicaj sangatlah mahal walhal harga sebenar tak lah mahal, taknak diungkit lagi]. sebab tu la kami memang tak percayakan sesiapa. risau di cekik duit kami. memang barangan murah. tapi bayar itu ini yang aku pun tak pasti apa. itulah sebabnya duit cepat habis. [uish, macam marah je]

tak mengapa. mungkin ini proses pembelajaran untuk kita lebih berfikir. jangan mudah percaya orang. belajar urus diri dan wang. lebih berhati-hati berurusan dengan siapa saja. mak juga pesan, jangan cari pasal dengan sesiapa di tempat orang. ya ALLAH lindungilah kami. risau.


we hate you pak agus [untuk hari khamis itu]


sekian

ditulis pada 12 disember 2008 :D

9 komen disini:

Anonymous said...

ini citer taun lpas cik yan

sudah pulang kah kamu?

smlm saye tlh khilgn seorg shbt..

dan saye sgt sedey~

Liyana said...

huhu..haahla thun lepas. cik jueann nape?

sape sahabat kamu itu?

saya pulang senyap2 smlm. time tu nk dkt pukul satu. mnta nizwa bukakkan pintu...terkandas tepi high way..saba je la dugaan ini. lama gak tunggu tepi jln tu.

h a r i z, H said...

haha.adoih. sama ja ngn kat sini, bdak2 1st year yg duk di rumah yg senior tlg carikan pn ada msalah dgn janitor dy, dpanggil Sa'adon. Mmg dak2 x puas ati gler. Haha.

Anonymous said...

antara part yg plg funny ialah ble pak agus turn off main suis..
haha even mamaku pon t'gelak..
yeah..
we hate u for that particular day pak agus!
hopefully he wont noted this!

yana sudah pulang!m'mbawa kisah mlm thn baru nye..^^
semua yg berlaku dlm p'ngetahuan Allah jua..

lukpi said...

haha..
dunia kat mane2 pn sama..
lau psl duit..
mcm2 jdnya..
cni pn sama..
seolah-olah bg org arab 'menipu duit' itu adlh halal..hayyaa

Anonymous said...

pak agus kejammm~~
ilang akal kah??
duet pnye pasal..
manusie ley jd binatang~~
agagaga~~~emo~~

Liyana said...

H2: rasenye dimana2 sama saje. duit. duit wang money bole mengubah orang

nizwa: sibbaik ko takde. klu x. ak da dapat bayangkan camne nada ko ckp ngan bapak tu.. ;))

lukpi: tak sangke. org arab mmg cmtu ke. at least laku ok lagi. kamii yg pmpuan2 ni ha. nk aje belasah pakcik itu.

yanamieza: saba2 xsangke post ini mnimbulkan kemarahan ko plak. hihi~ klu ko rs cmtu. inikan pula kitorang. kne call parents mintak duit sewa immediately. igt mak ayah kitorang cop duit. uhhu..tp xpela. die br dpt baby. tension kot. :D

Anonymous said...

hahaha. pak agus emosi. g tutup suis. pastu bengang sebab org x bukak pintu bile dia ketuk. x paham tol. pastu siap leh sengih2 lak bila nk amik resit tu. isy.

Anonymous said...

salam2...
saya mahu komen...!
ahahahaa...
makasih ya, udah ajarin aku
mgumen di sini...
he2...
me agak terkejut ng pak agus
ho3... in a way mmg mcm x pro
tpi mlihat pada kondisi dia
mungkin saja dia tak tahu
professional itu apa...
the thing is that...
to confront with others
mmg bkn good choice
i agree wif ur stand
n what u did...