"tak balik ke cuti ni?"
"tak kot. ingat nak jalan-jalan. lagipun lepas cuti terus exam"
"bulan satu? raya cina ni baliklah."
"tak tahu lagi cuti bila. mungkin kejap je kot yang bulan satu tu."
"tak pe lah..studylah.."
hatiku meronta nak balik sebenarnya. tapi ada sekelumit ego menghalang. keji.
aku masih ingat saat aku meninggalkan rumah. kak suhana yang menghantarku ke airport. mak dan ayah hanya menghantarku didepan pintu rumah. air mata tak dapat ditahan lagi. terus mencurah gugur ke bumi. ketika aku peluk ayah tanda perpisahan sementara ini. ayah bertanya

"kenapa sedih sangat ni?"
aku tak dapat menjawab. kata hilang dalam tangis.
mak mengiringi aku ke kereta.
"marah kat mak ke?"
juga tidak dapat kujawab. aku hanya menggeleng. berlalu masuk ke perut kereta. aku cuba senyum. mak hanya memerhatikan aku. tak sanggup kupandang wajah lembut itu. pasti makin mencurah air mata akan gugur.
hanya sendu tangis mengiringi perjalananku. atas kapal terbang juga begitu. mujur tiada yang perasan. aku duduk di tepi tingkap.
hanya sendu tangis mengiringi perjalananku. atas kapal terbang juga begitu. mujur tiada yang perasan. aku duduk di tepi tingkap.
"marah kat mak ke?"
setiap kali ayat ini terngiang dan terbayang wajah emak. pasti air mata mengalir lagi. lemah sungguh kau ini airmata. sangat mudah kau mengkhianati ku. keras sungguh kau ini wahai hati. sanggup kau biarkan ibumu tertanya begitu.
aku tahu, pasti mak rasa bersalah kerana buat aku kecewa. lembut sungguh hatimu ibu. sayang sungguh kau padaku walau apa pun aku lakukan. tapi, sebetulnya aku tak layak untuk kecewa atas apa pun. siapa aku? bila difikirkan. betapa banyak pengorbanan mak kepadaku. air mata gugur lagi.

aku tidak mahu menyakiti ibu walau sikit pun. aku rasa ini keputusan terbaik. mungkin berjauhan akan membuatkan kita lebih menghargai. rindu. sayang.
tapi rasa rindu itu tak dapat kutanggung lagi. maafkan aku. kucapai telefon.
tapi rasa rindu itu tak dapat kutanggung lagi. maafkan aku. kucapai telefon.
"kenapa call ni?"
"saje je nak dengar suara mak"
***
3 komen disini:
bole buat novel..:)
Salam liyana..
Huhu,awak berjaya buatkan saya hampir2 menangis tau..tak bolehlah,bila sebut ttg mak ayah ni kan,especially utk kita yg duk jauh ni, memang hati sgt2 fragile..
Sedih memikirkan kalau mak saya tnya macamtu jugak,"marah kat mak ke?"
Owh, siapalah kita nak marahkan insan mulia itu kan..
Sweet sungguh awak cakap mcmtu kat mak awak tau.msti berbunga2 hati mak,serious!
Kesimpulannya,entry awak yg ni mmg sgt2 sweetlah!!
p/s : afwan yea,smlm saya tutup blog sekejap,saya pun tatau naper..~~ =p
artsoul: i take it as a compliment. tQ =)
nini: wuwu~ thanks. kesimpulannya. jgn jadi cam saya yg sesak nafas kalau nangis smpai xle nk ckp ape. sebenarnye nk ckp byk ngan mak n ayah sebelum berangkat. isk~ sadis.
*rindu rumah, sedang berkira2 utk balik bulan satu ini*
Post a Comment