Thursday 1 January 2009

bukan semangat, tapi peduli!


"sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta benda dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan ayat al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung. mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (ALLAH), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman." (9:111-112)

*salam semua..salam hijrah. biar terlambat.asal ingat.sebab tak sempat*

pandangan langit senja. ketika baru pulang dari jalan panjat bukit.



aku baru je pulang dari bogor. dari bogor ke jakarta. lalu pulang ke bandung. dalam perjalanan dari bandung ke jatinangor [dalam sejam lebih] aku ambil teksi, nak dijadikan cerita, teksi itu tetiba rosak lalu mati enjin di tengah lebuhraya. time tu betul-betul pukul 12 tengah malam. bunga api sana sini. elok sangat la tu. aku dan seorang lagi sahabat, cik teha tunggu di tepi jalan. tunggu bantuan teksi yang lain. kasihan pak cik bawak teksi tu. dah tua da. kami pun offer diri nak tolak cab tu. tapi die refuse. sebab tengok kami perempuan kot.

dalam perjalanan tu buat aku banyak berfikir. aku dapat lihat ramai yang berpakaian cantik, berhias untuk menyambut tahun baru. even di kawasan perumahan Dib di jakarta pun orang memasang unggun api dan segala. kalau yang nonmuslim tak kisah sangat, tapi yang muslim ni ha. ini bukan budaya kita. tahu ke tidak mereka tentang saudara kita semuslim seagama sesaudara di palestin yang bermandi darah berhujan bom. disini? berhujan bunga api. ya ALLAH, aku lihat dunia sekarang sungguh tak kisah. aku sedih tiba-tiba.

teksi penyelamat datang. teringat pakcik cab itu tanya

ga main sambut tahun baru?

lalu aku jawab

kami ga sambut tahun baru.


dengan dalam hati yang masih berbaur.

sepanjang daurah, memang banyak memberi pengajaran dan pengalaman yang sangat-sangat bermakna buat aku sepanjang aku hidup di dunia ini. ukhwah sefeekrah tu memangla, tapi yang paling penting, apa yang aku dapat dari sana. ilmu. ulum hadith, al-quran, syariah dan sebagainya. tambahan lagi, pemilik sekolah tempat kami menginap adalah seorang rakyat palestin yang dah lama berhijrah ke Australia, syeikh Umar. beliau berjihad dengan cara lain. dakwah. bina sekolah. sekarang sekolah dibina disini pula.

ketika berita tentang kematian palestin beramai-ramai akibat serangan israel yang terbaru ini, Syeikh Umar memberitahu kami semua yang ketika itu sedang dalam pengisian materi. terkejut. diajak solat jenazah untuk rakyat palestin bersama. kulihat isterinya sudah mengalirkan airmata kerana beliau berasal dari Gaza. ketika solat, memang perasaan itu, aku dapat rasakan betapa dekatnya saudara palestin di hati. terasa sangat sedih.

syeikh umar dan isterinya banyak bercerita tentang palestin. bagaimana mereka berjuang mempertahankan palestin. sungguh, aku terkesan. apakah yang berlaku di dunia ini ya Allah.

anak-anak muda sekarang terkinja-kinja menyambut tahun baru. maal hijrah dipandang sepi. malam countdown dirancang untuk keseronokan. budaya apakah ini ?

ingin sekali aku basuh minda semua orang. biar aku dikata ekstream, alim sangat, tak boleh nak happy langsung. biarlah! ketika bacaan ma'tsurat, isteri syeikh umar menangis dan bersungguh.

kami pun terasa dengan suasana begitu.

dimana bantuan negara-negara islam?

semua ini buat semangat aku semakin berkobar. akan ku simpan satu azam untuk menjadi seorang individu muslim yang sedar, menjadi yang terbaik. jangan biarkan orang lain menindas kita dan saudara kita. jangan biarkan hati dan akal di jajah perangai penjajah minda muslim[aku emosi lagi] sudah sunnatullah islam akan bangkit. tapi biarlah aku menjadi salah seorang yang terlibat dalam kebangkitan islam dan bukan yang hanya melihat islam bangkit.


bersama dib. tak sangka persahabatan kami kekal sampai disini.




syeikh umar

serius tak perasan ade orang snap gambar ini.



ohh ya.. tempat tu sangat cantik. muhasabah diri lagi.

*sudah merindui kalian semua*

"kalau persahabatan yang terjalin kerana Allah, pasti kita akan berjumpa lagi"


Jalan Dakwah - Alarm Me

6 komen disini:

dolat said...

owh.teksi rosak.mujur kamu selamat smpai.aku tidor awal semalam.xsambut tahun baru pon.:)

Liyana said...

haah..rosak dengan rakus lagi bergaya. kasihan itu bapak. dah la aku sampai bandng lmbat sebab jem org smbut nwyear. tp dia tunggu gak...haih..kete di highway sgt laju pastu lampu bukak maximum xhengat. silau tmbah power spek aku yg misteri nih.

ttbe kredit pakcik tu pun abes. xle call pengakalan teksi. sibbaik ak br topap 10 ribu utk kecemasa. haih.

Anonymous said...

alhamdulillah..
t'haru ngan p'juangan pak cik tu (syeikh umar)..
best nye daurah anti cik yana!

Anonymous said...

Tidak pernah kusangka bahawa ramai sungguh insan-insan yang bersemangat sepertimu. Seperti syeikh umar juga. Semoga islam terus tertegak di bumi Palestin!

p/s Ini pertama kali aku berkeliaran di sini.salam ziarah dari cairo...

zamrie said...

Salam maal hijrah 1430..

Liyana said...

nizwa: cik nizwa boleh ikut saya lain kali. hmm susah juga bile kite cuti lain2 kan? haah beliau semngat sgt.

sang mentari: masih ramai lagi yang bersemangat. tidak kurang yang tidak peduli. sebab tak tahu. ini sungguh mengecewakan. terbaca dr tulisan seseorang "Hebat macam mana pun kamu andai kamu tidak mengambil peduli hal umat Islam, kamu tidak bernilai apa-apa pun!"

xmahu mnjadi seorang yang tak bernilai sepanjang hdp ini.

zamrie: salam maah hijrah kembali. semoga thn ini lebih baik dari thn lepas.