Sunday, 18 January 2009

epal merah itu.

sementara tunggu waktu isyak, aku cuba cek soalan growth and development yang aku buat pagi itu. 3 soalan yang buat aku musykil. 3 soalan. belum yang silap. semua soalan ada 75. yang aku dapat cek lebih kurang 50 sahaja. yang lain? tak hafal tiap bait ayat 75 soalan untuk satu jam. benarkah outer enamel epithelium bersama ameloblast yang mineralize enamel menjadi keras? aku musykil. setahu aku stratum intermedium. serius. biarlah. semua telah lepas.

tapi

periksa yang dah lepas.

ilmu itu aku akan guna lagi bukan? ilmu bukan sekadar ilmu. ilmu bukan sekadar dicedok. periksa. habis begitu sahaja.

kesilapan terbesar. ilmu=belajar=periksa=result.titik.

bila mahu di aplikasi nanti?

buka buku. adakah?

terkadang aku pelik. adakah ini budaya orang-orang yang sedang belajar?

kasihan. berubah lah! sampai bila mahu begini?

bagi yang lebih. mudah memandang rendah pada yang dibawah. [EGO]. orang yang belajar di tempat berprestij lagi bagus dari orang yang belajar di tempat yang [entah-apa-apa]. satu produk terhasil mengikut acuannya bukan? prejudis!!

hentikan ini semua. aku muak.

pandang diri sendiri sebelum memandang orang lain dibawah kamu. orang sekeliling kamu. cermin diri kamu. cermin. kamu=dia. titik.

***

berkata tentang sekeliling dan cermin. benarkah?

bimbang. cakap tak serupa bikin. berilmu tapi disampahkan.

kata orang. sebiji epal yang busuk di letak didalam bakul bersama 20 epal yang segar. lebih cepat epal-epal tadi sama-sama membusuk.

tambah lagi sebiji epal segar lagi suci berkilat. diletak bersama 20 epal busuk. fikir sendiri.

macam mana epal itu mahu survive? dia perlu kuat. epal itu bukan perfect. sesegar manapun epal itu, bukan senang untuk mengekalkan kesegarannya di kelompok epal yang sudah-tidak-elok.

kasihan bukan?

lumrah kehidupan. sunnatullah. mampukah kau melawannya wahai epal? udara. suasana dalam bakul juga memainkan peranan.

kasihan engkau wahai epal. Yang Maha Agung menciptakan engkau segar. berkilat dan rangup. mudah betul kau kalah. kalah dengan dirimu sendiri. akhirnya jadilah engkau sama seperti epal lain. tidak lagi istimewa. tidak lagi berkilat. tidak lagi rangup dan segar. aduhai.

sedari awal, pokok epal dah berpesan.

"jaga dirimu baik-baik wahai epal segar. jaga jiwamu."


kau gagal

mahu jadi seperti epal itu? baik kau dimakan ketika masih segar. sekurang-kurangnya kau mengenyangkan si lapar. berbakti sebelum tamat riwayatmu.

*berfikir*

2 komen disini:

Ibnurashidi said...

salam..

Ilmu sememangnya perlu diamalkan..jika tidak pasti ilmu itu tidak akan tinggal dalam kantung jiwa lagi. Hanya menjadi memori silam.

Liyana said...

wsalam..

benar. ilmu juga perlu dibasahi feekrah supaya ilmu tidak tinggal sekadar ilmu.