Monday, 19 January 2009

kisah kanak-kanak 2

"cik..kalau yana gunting sikit langsir ni buat baju untuk barbie ni boleh tak?"


sambil membelek barbie doll yang pakaiannya agak tak semenggah. bosan. langsir baru mak ni cantik pula pada pandangan mata.

"guntinglah..gunting."


waah..lampu hijau. kucapai gunting besi yang boleh dilipat-lipat entah kepunyaan siapa. gunting flexible itu. masih wujudkah kini? cik [pengasuh aku tika itu] tiada. di dapur mungkin. aku terfikir juga. betulkah boleh potong? tapi cik kata boleh potong. boleh kot!

hmmm macam mana nak gunting ini? hentam sajalah. aku gunting..gunting..dan gunting. sampai separuh guntingan. penat. mungkin langsir ini agak tebal. gunting yang kecil memerlukan tenaga yang banyak untuk memotong. malas menyambung guntingan. tenaga tangan yang kecil membantutkan semangat. lupakan hasrat baju baru barbie. keluar berbasikal.

petang itu....

"ya Allah.... langsir baru!"


aku terkesima. kenapa dengan mak ini.

"yana....!"


cuak disitu.

"kenapa gunting langsir mak?"


diam. mak macam marah. bukankah cik kata boleh gunting. aku dah minta izin. bibir dicebik tanda sedih dimarah [well memang kalau kena marah. selalu akan buat muka begitu]

malam itu, ayah dengan gunting besi yang aku guna untuk menggunting langsir.

"mana tangan yang gunting langsir tadi? kena potong tangan ni!"


ayah marah. aku menunduk. bimbang tangan dipotong. abang [syazwan] dah berguling menangis. risau tangan kakaknya dipotong. [hehe..kau sungguh comel abang] tangan diletak dibelakang. disorok dari penglihatan ayah. macam mana nak makan, main basikal, menulis kalau tiada tangan.

tapi sampai sekarang. aku masih bertangan. ayah tak potong tangan. marah saja. ayah garang bila marah. tapi tak pernah menyakiti kami adik-beradik. cubit pun tidak pernah, inikan pula merotan. kata-kata yang menusuk sudah cukup buat aku menangis dan terkesan. ayah tegas tapi penyayang.

bila diingat, lurus bendul sungguh kamu ini liyana. padanlah orang kata kau nakal.

nakal yang tak disengajakan.

ditulis pada 15 disember

3 komen disini:

duchess11 is DiBaH said...

haaahahha..
aku nk tergelak..
naseb ko ade tgan smpai skarg kan yana...
kalo xcmne nak carve gigi skrg?

hehehe..=)

p.s :: kan aku da komen...aku igt tau..bkan x ingt...=))

Anonymous said...

yana!
ble aku bce blog ko ni
mcm novel
seswai utk dipublish!

ko mmg nakal
smpi mak ko dah xbole nak kate ape
aku dh tau psl insiden ni
ko cite live kat aku (bangge)

aku plek la ngn live traffic feed ko ni
die tulis ape tau utk aku
Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan arrived from abahslittlegirl.b logspot.com
sejak bile aku tinggal kat PJ
musykil2

part yg ko cte psl bapak ko tu mmg wat aku tharu
coz i know him
n aku tau bapak ko mmg strict n care pasal sume bnd even bnd tu kecik je
u HAVE TO be an excellent dentist to repay him!
tapi aku xmo cabut gg kat ko nnt
hahahah

ohhhh baru perasan!!
dh xde visual verification
fuh...
alhamdulillah!!!
klo x, aku trpkse tulis bnd same bkali2 sbb aku asek salah tgk bnd alah tu

aku malu dowh nak tulis nama aku kat sini
sbb aku tulis pjg sgt
rase cm minah over
ko tau kan aku sape!
hikhikhik (gelak tergedik)

Liyana said...

duchess: huhu..sibbaik. act aku pun terfikir jgak. jagalah tgn sebaiknya. ia aset. jg jugak tgn apa yg die buat. buat mnde2 baik. supaya bila tgn kne soal nnti. baik jawapannya. "saya potong langsir mak saya"

sorry to said: huhu i know who u are. erk..xde a..ni tulisan runcit-runcit (pipiyapong) je.

byk agie kisah dlu2 act. tp ade yg sensored. aku malu nk tulis. kui2..ni saje je igt balik mnde dlu2. precious kalau lupa.

ayah aku perfectionist sgt, aku slalu buat die kecewa sbb aku xmacam apa yg die nk.. :( aku nakal, aku rebel, aku aku. huhu sekang baru nk sedar. kasih ayah tu tiada hujungnya.

ye aku buang mnda tu sbb ko la komplen. hmm terima kasih atas komen yg berjela. aku turut mereply dgn berjela.