Sunday, 11 January 2009

nak percaya pada siapa?



PERHATIAN: gunakan modzilla untuk tengok post ini dengan ok. kalau guna internet explorer akan ada lompong sana sini.

*salam*
video di atas buat aku dan izza berfikir betapa putar belitnya yahudi menggoyahkan kepercayaan umat islam terhadap umat di palestin. betapa... entah 'undescribable' perkataan paling keji untuk dilemparkan lagi. betapa...ergh media massa boleh menipu. teknologi boleh menipu. berapa banyak penipuan boleh dicipta. bergantung mahu percaya atau tidak.


apa yang cuba mereka buktikan? menutup kekejaman sendiri. ibarat baling bom sorok tangan. gambar ini, ini dan ini. siapa yang nak jawab. tapi sedikit sebanyak buat orang terdetik :

"tak tahu nak percaya ke tak orang palestin ni. malas la kena tipu."

secara jujurnya. sedih aku mendengar ungkapan itu. kasihan. entah pada siapa.


aku masih ingat ketika biro agama di universiti menganjurkan satu program 'Peduli Palestin'. sebenarnya ini adalah majlis berbuka puasa bersama juga. aku masuk dewan agak lambat. kenapa? tak perlu explain. agak memalukan aku rasa.


okay berbalik kepada topik asal. aku dapat tempat untuk duduk. tidak diatas lantai walaupun lambat. rezeki. beberapa minit, ada beberapa 'ustaz' menerangkan tentang sejarah islam dan yahudi. ditayangkan slide-slide dan gambar kekejaman yahudi. aku pun tak tahu telinga dapat tangkap suara sumbang di belakang. aku tak pasti dari siapa. kata-kata yang aku rasa boleh mencucuk hati.


KEMASKINI: rakan-rakan yang duduk betul2 belakang aku. jangan terasa. bukan kamu orang.


kenapa la kita mahu pertikaikan usaha orang yang mahu membuka mata orang tentang apa yang berlaku sekarang? kalau tak suka. balik saja. dari menyebarkan ion-ion negatif kepada orang lain yang terdengar rungutan. berterima kasih dan bersyukur kan baik berbanding merungut? kalau anda mampu buat apa yang mereka usahakan, silakan.

ini membuat aku terfikir. kita peduli dan ambil tahu tentang isu palestin, tapi untuk apa kalau kita disini masih lagi dibelenggu kebencian dan rasa tak suka atas apa-apa yang dilakukan teman seagama. sibuk membincangkan itu ini tentang yahudi yang kejam, tapi bukankah diri ini lebih kejam melempar bola benci kepada saudara seagama disini.


tak faham sesetengah orang ini. *sigh*


aku terima email dari muna liyana. beliau bangkitkan tentang demo yang dijalankan tempatnya. bila difikirkan, apalah kebaikannya demo ini. bukan membantu umat islam di palestin sana pun kan? tapi itu dari sudut luaran. bila fikir lagi, demo ini membuat orang tahu dan membuka mata. masih ramai yang tidak peduli. yang tak ambil tahu. sedih bukan? beratus dan mungkin beribu kematian umat Nabi Muhammad disana langsung tak dipandang dan tak di ambil tahu oleh saudara seaqidah. malang bukan.

derma sumbangan untuk umat disana yang sedang berjihad. berilah apa yang kita mampu. kita tak mampu untuk berperang menegakkan agama. mempertahankan tempat ke tiga terpenting selepas mekah dan madinah. sekecil-kecil perkara, doa pun jadilah. Allah kan maha teliti.

bimbang wang tak sampai ke palestin? bimbang orang mencabul amanah? bak kata kak sufi, kita memberi, pahala dan amal dah ditulis. orang yang menipu ambil wang derma, itu adalah urusannya dengan Allah SWT. yang penting kita peduli, dan kita berusaha mahu membantu apa yang termampu.

"tak boleh la minum ********* lagi. kena boikot. tapi aku suka sangat"



tak mengapa. itukan baru minuman dunia. minuman syurga lagi berganda sedapnya. sabar la ea. Allah kan mengira usahamu untuk membantu. mengorbankan minuman kegemaran. ya aku tahu, susah. Allah lagi tahu. =)

pada awalnya aku rasa nak marah dengan kata-kata orang yang merungut tentang palestin, penganjur tapi aku tangguhkan sebab nak exam. sudahnya, tak jadi marah. =)

boikot, banyak alternatif yang boleh dilakukan. jangan bimbang. tinggal di sini ada banyak barangan buatan tempatan. ternyata lebih murah daripada barangan import. alhamdulillah. mudah. aku ada terbaca saru blog yang katanya bukan mudah berjihad memboikot ni. kena lawan godaan hasutan pengorbanan dan sebagainya. =) tahniah kepada siapa yang berjaya.

aku rasa cukuplah sampai sini. dah set masa 30 minit je menulis.

akhir kata dari penaja. cubalah menjadi lebih observant, bukan katak bawah tempurung.

muhasabah diri, adakah kita mahu menjadi dikalangan yang membantu membangkitkan islam atau golongan yang hanya melihat jatuh bangunnya islam itu. sekian.

*masih dalam minggu exam*


p/s: [maafkan aku sahabat. buat kau terguris. bukan maksudku. aku juga dalam ketidakstabilan emosi, minda dan fizikal. -kau tahu siapa dirimu, kalau kau baca ini. maafkan aku ya-]

6 komen disini:

dolat said...

aku setuju.
pasal derma tu.
ada yang ragu2.
ape laa...
xnak derma jangan la kate begitu.
yang penting niat!
kalo orang tu nak tipu kita itu urusan die dengan tuhan.

ko curik2 masa study epo(epi+demo) ke mase tulis ni?

nurul amalina said...

selamat study epo kepada donut cokelat dan puding caramel (dua2 makanan. haha.)

marilah memboikot, menderma dan berdoa! ^^

Anonymous said...

moga kte masih dbukakn pintu hati tuk menerima kebenaran...
insyaAllah..
mkin hari aku kian 'xsanggup' tuk bace berita ttg gaza..
takut m'bygkn keadaan saudara2 kte di sana..
namun kugagahkn jua diri nie tuk menjadi insan yg peduli..
moga mereka dikurniakn ganjaran syurga yg nikmatnya xt'hingga..
insyaAllah..

Anonymous said...

amal..nme ko ad nurul ea..bru ak taw..
cik yan..mari kite busaha mboikot mcd starbuck dll..
bak kate leokid..
byk ag alternatif len..
hukhuk~

*notfeelingwelltoday*

nurul amalina said...

weh sedih nye. jueann, ko x tau ke ade nurul!!!! waaaa. (anggapla ade emoticon aksi menangis yang hiperbola di sini)

lalala.

dolat said...

nurul amalina.sila berlaku sopan.jaga tatatertib.g baca epo