Friday 30 January 2009

sudah 7671 hari sebagai manusia


liyana,


dua dekad telah kau lalui

bila renung masa lampaumu,

ingat, kau boleh pandang ke belakang

tapi tak bererti kau boleh berpatah balik

nikmat mengajar erti syukur

susah mengajar erti sabar

kelemahan, tak bereti lemah..
atasi dengan menggunakan kelebihan

dunia ini hanya sementara
bagai mimpi yang panjang
perkukuhkan matlamatmu
kau akan nampak ketelitian perancangan
kau akan nampak kejayaan.


*dirimu dan hidupmu milik Allah, jangan lupa itu*


Diam tak bererti kalah
banyak bercakap tak bereti pandai
latihlah diri supaya lebih banyak mendengar
ia buat kau berfikir

pedulikan diri. observant. tak bermakna penyibuk.


lapangkan dada. tidak cepat melatah.

belajar mengenal dan hayati erti dewasa.


semoga Allah tidak membelah bahagikan hatimu.
tetapkan hati. kuatkan diri. teguhkan percaya.
kau di jalan yang benar.

walau apa pun jalan yang kau pilih
pasti ada ranjaunya. gunakan hikmah sabar. pasti kau lebih arif.
sayang saudara sefeekrah. jaga ukhwah. berterima kasihlah sentiasa.

renung hidupmu, jadikan ia sebagai guru.
pandang dirimu untuk dua dekad akan datang

dimanakah dan siapakah engkau ketika itu?


*selamat hari lahir yang ke 21*

puding caramel
bandung

30 jan 2009

-terima kasih-

terima kasih emak dan ayah kerana melahirkan aku
terima kasih cikgu yang telah mengajar aku
terima kasih kawan-kawan kerana menghiasi hidup aku

yang paling utama,
terima kasih ya Tuhan kerana beri peluang aku masih bernafas
untuk meraih kasih dan redhaMu..

[gunakan waktu itu sebaiknya selagi masih ada]

10 komen disini:

Anonymous said...

selamat hari lahir.....

hari lahir lebih bermakna jika kita mengingatinya selepas kita memahami erti dan tujuan 'lahir' itu sendiri.

semoga diberi kekuatan untuk terus berada di jalanNya, terus 'hidup' di bawah redhaNya. amiiiiiiiiinnnn...=)

zliah said...

happy birthdayyyyyy to you!
:D
semoga sentiasa dalam peliharaan Allah.
:)

Liyana said...

dr razi:terima kasih.
terima kasih atas doanya. =)

ida: terima kasih...hehe anda juga akan menyusul kan..mari daftar mengundi!

DAMAI said...

salam sayang buat birthday girl ^^

semoga panjang umur dalam penuh keberkatan dari-Nya...

jaga iman ya!!

semoga dijanjikan kebahgiaan di dunia dan akhirat...

selamat hari lahir ^^

Liyana said...

damai: hehe terima kasih kak damai.

insyaALLAH iman akan cuba dijaga sebaiknya walaupun Allah yg pegang hati ini.

terima kasih seribu kali...sangat2 saya hargai... =)

artsoul said...

hapy belated birthday.....
semoga diberi sinar2 kebahagian untuk hari2 yg mendatang...

Liyana said...

artsoul: terima kasih... ^^

misoshiru2312 said...

hepi belated bday..

"Manusia dapat menghitung berapa umurnya yg sudah terpakai, tapi berapa yang tinggal tetap menjadi rahsia"

dah transit di bumi selama 7671hari..
tapi tak tahu berapa lama lagi masa transit kita b4 ke stesen seterusnya sebelum sampai ke destinasi sebenar kan..

semoga Allah sayang liyana selalu=)

lukpi said...

fuhh..
puitis..
btw
hepi bufday..!
kullu 'am wa enti toyyibah

Anonymous said...

misoshiru2312: hehe terima kasih kak rahmah..

betul2. kita tahu berapa lama masa diguna tapi yg tinggal masih dlm misteri

ameen :)

lukpi: puitis ke? mne de..haha thanks doc luppy