Monday, 16 February 2009

bekal



*hayati dan amati. bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada*

sekarang subuh macam dah lambat. dah pukul 4.45 am masih belum azan

malam semalam buat pertama kali kami buat cycle di rumah temma aka naqibah [bukan nama sebenar]. Alai aka cikgu[bukan nama sebenar] yang bagi tazkirah. cerita sirah pasal Rasulullah saw. dari baginda dapat ayat 3 surah al-maidah sehingga baginda menghembus nafas terakhir.

bila dengar kan. terasa sangat sedih. tak tahu kenapa. aku nampak temma air mata dia dah bergenang.

cuba bayangkan ketika rasulullah mengahadapi sakaratulmaut. masih menyebut "umatku umatku" berkali-kali. sentiasa berdoa untuk umatnya. tiba-tiba aku sedih. terharu juga. selama ni baca pasal fowarded email dari kisah malaikat izrael mengetuk pintu yang saidatina fatimah azzahra buka pintu.

pernah sekali aku ke satu daurah di tanah air tahun lepas. perkara pertama yang ditanya ustazah. "rindu tak kepada rasulullah?"

buat aku terfikir. rindu? ketika itu aku tak tahu bagaimana rasanya rindu kepada baginda. kalau rasa cinta dan rindu kepada Allah dapat dirasa dengan solat malam, terasa yang Dia ada dan melindungi dan sebagainya. tapi bagaimana mahu memupuk rasa cinta kepada rasulullah? aku diam.

kalau boleh rasa kasih kepada Allah kenapa tidak boleh pupuk rasa sayang kepada kekasihNya? petanda iman belum cukup mantap. belum cukup sempurna. belum cukup. tidak cukup.

sungguh. berilah aku petunjuk tentang ini semua. aku mahu menjadi muslimah yang sempurna. mahu hati dihijab dari sifat keduniaan melampau. tapi tak perasan pun ini semua. masih lagi mengharap agar hadir seseorang membimbingku. tidak boleh berdiri sendiri. bimbang aku rebah dikala cuba berdiri. masih belajar. kerana aku ini asalnya punya kisah jahiliyah sendiri. bukan dilahirkan di suasana tarbiyah. tidak kuat aku tinggalkan semua yang dulu secara drastik. kerana aku manusia. perlu masa. belajar sedikit demi sedikit. perlu sabar. perlu waktu untuk terus belajar. ehem..betulkan sedikit. seluruh pengharapan sepatutnya hanya pada Allah.

***

setiap malam sebelum tidur, aku pastikan aku baca 10 muka surat buku yang lagi 3 buah aku mahu habiskan. dalam proses ialah "bekal dakwah" tulisan syaikh mushthafa masyhur. ini bekas murabbiyah yang bagi. [terima kasih] beliau suruh aku baca muqaddimah kemudian bab 3 akhir dahulu. tapi aku lagi suka baca dari depan. jadi aku kena baca cepat-cepat supaya sampai bab tiga akhir. ehh melalut.

sebelum ini ditulis tentang hari akhirat, mati dan pelbagai jenis bekal. semalam aku sampai bab "dalam ibadah solat terdapat bekal" solat. ya. solat.

bagaimana diceritakan tentang nikmat bersujud ketika solat dan sujud merupakan posisi paling dekat antara Allah swt dan hambaNya.

Rasulullah sendiri melakukan solatnya hingga tenggelam dalam solat [terlampau khusyuk] sampai sakit bengkak kaki pun tak terasa.

siapa yang melakukan solat dengan hati yang jernih dan niat yang ikhlas, maka Allah akan melimpahkan ketenangan, rahmat, cahaya, dan hidayahNya sehingga dapat membantu pelakunya untuk mengahadapi liku-liku kehidupan dengan tenang dan mantap. [muka surat: 112]

dapatkah aku mencapai tahap di atas. kuncinya hati kan? kita tak tahu bilakah waktu mati kita. jika ditaqdirkan waktu mati ketika iman tengah goyah. apa akibatnya? takut bila bayangkan. insaf kejap. lepas tu lupa balik. sebab kita tak nampak. kita hanya tahu. tapi tak hayati.

tiba-tiba aku bermood serius pula.

kata murabbiyah ku semasa usrah online baru-baru ini. "cubalah berusaha dan berlumba-lumba untuk menjadi seorang yang dipandang Allah"

ok mahu berhenti. cukuplah tazkirah muhasabah diri di pagi yang hening ini. ditemani bunyi burung yang berkicau riang. mungkin bunyi ayah burung berpesan kepada anak-anaknya supaya duduk diam-diam di sarang. sementara dia mahu keluar bekerja mencari sesuap padi atau cacing atau ulat bulu untuk dijadikan santapan keluarga. [hyperbola tak? sebab tu aku tulis dalam belog. kalau tak, mesti orang kata aku jiwa-jiwa tak pun yoyo o]

hari ini hari isnin. kelas general surgery jam 11 pagi pula. harap-harap tidak hujan. kerana payung aku hilang.

sekian

5 komen disini:

Anonymous said...

haha...
mate msuk habuk(haha)

dah dgr,dah belajar..
lepas ni kte buat ape yg Rasulullah suruh..
tu tanda cinta kpd dia kn~

moga kta antara yg beroleh syafaatnya..aminn~

nur_amalina said...

salam yana kamu apa habaq?
aku dah lame tak ziarah blog ko
hostel aku takde tenet
ni baru dapat huhu
aku nak exam dah 9.3 ni
doakan aku yer~
wokeh take care :)

~*puding caramel*~ said...

anonymus: i think i know who u are. insyaALLAH..marilah kite berusaha meraih rs cinta itu

amalina:ko slalu komen yg xde kaitan dgn post. adeih..saba je la aku

SangMentari said...

Aduh, entri ini mengingatkan semula akan rasa cinta kepada kekasihNya.. Terkadang kita lupa semua itu...

Menjelang tibanya hari keputeraan baginda, marilah kita sama-sama banyakkan selawat ke atas baginda SAW.

~*puding caramel*~ said...

sangmentari: mari bersama2 berselawat senditasa. tidak kira waktu. semoga kita beroleh syafaat darinya